Tuesday, August 2, 2016

My girl

Assalam..
 

This is my girl.. sudah masuk 2tahun 7bulan.. dah pandai minta besday party utk diri sendiri bila saya duk bincang sal majlis hari lahir sepupu dia nawfal yang ke-3.. Bila saya cakap besday qisya lambat lagi dah pandai muncung mulut, tarik muka merajuk..hahahaha... Qisya...Qisya..

Banyak juga perkembangan baik yang berlaku pada Qisya di  umur ni.. Paling best dengar dia guna ayat "tapiii.."..."mungkin"... hahha...memang lucu dengar ayat2 tu keluar dari mulut dia... qisya pun siang2 hari dah xpakai pampers..dah pandai ke toilet sendiri..baru2 ni dia tolong suami saya cuci kereta.. basuh tempat yg sama ja saya tengok,,,pastu main air,,hahaha...




Besar dah anak ibu ni.. smoga qisya terus membesar dengan baik dan sihat.. Ibu abah sayang qisya..
~jojoe~

Thursday, July 28, 2016

Al-fatihah... sahabatku.

Assalam

maseh kisah lama.. sekadar coretan menggamit kenangan sedih... 12 April 2016, saya dan sekolah kehilangan seorang sahabat dan pendidik yg amat disayangi... Kak Rozana Hazizi ... Perginya seorang kakak yang murah dengan senyuman dan lembut tutur bicara.. masih terngiang suaranya di telinga saya...

Apapun, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tak ada sesiapapun yang menduga semua ni akan berlaku..Kak Zana sihat dan aktif mcm org lain.cuma seminggu sebelum pemergiannya arwah sakit di bahagian lutut.. Katanya ada masalah tulang rawan. terpaksa dibedah...saya ingat lg whatsapp terakhir dengan arwah tanya khabar kesihatan dia..

sminggu lepas tu arwah pergi, sedangkan pada waktu paginya saya dan kawan2 duk merancang bila nk melawat dia.rupanya Allah lebih sayangkan dia.. dia pergi mengejut petang Khamis 12 April ...dengarnya disebabkan komplikasi pada jantung. Innalillahhiwainnailaihirajiun.. daripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali...sedih melihat anak-anak arwah yang masih kecil.. Semoga keluarga arwah tabah dengan Ujian yang berat ni..

hari ini sudah hampir 4 bulan arwah meninggalkan kami semua.. yang pasti kenangan bersama arwah xmungkin dilupakan.. semoga Arwah tenang dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.. Amin..


~jojoe~

Sunday, June 12, 2016

Qisya.. anak ibu yang kuat..

Assalam...

Lamanya tak menulis di sini... kesibukan hanyalah alasan.. cuma baru2 ( 10 Mei)  ni saya dan suami diuji apabila puteri kesayangan kami Qisya kemalangan kecil di rumah pengasuh ketika bermain. menurut pengasuh dia jatuh terkena besi di bahagian mata. masa tu saya di sekolah jaga exam pertengahan tahun. bila pengasuh call tu memang dah rasa cuak yang amat. otak xdapat nk pkir apa dah.. pikir nak balik rumah tengok keadaan Qisya.

setengah jam perjalanan balik ke rumah memang terasa lama yang amat..macam-macam bermain dalam kepala saya.. apa dah jadi dengan mata qisya.. macam mana kalo lepas ni qisya Bxxx,... Ya Allah Lindungi lah anakku Ya Allah.. Jauhkan lah dirinya daripada bayangan buruk itu.

Saya dan suami sampai di unit kecemasan klinik kesihatan setengah jam kemudian.Pengasuh dan adik ipar saya yang bawa qisya ke situ...


sedih hati saya melihat keadaan qisya masa ni... :-(


 luluh hati melihat Qisya yang bengkak sebelah matanya. sisa darah dan airmata pun masih di situ.. tp qisya memang kuat.. langsung tak menangis bila melihat saya..dia senyum melihat saya ... Ya Allah, Kuatnya anak ibu... saya terus dukung qisya dan bawa dia ke hospital.Pihak klinik ada memberi surat susulan untuk rujukan pihak hospital.. Saya dan suami ambil keputusan bawa qisya ke Hospital Metro.
tunggu doktor datang check masa ni

sampai hospital, doktor bagitau ada koyakan di bahagian dalam.. mata hitam qisya pun ada calar sikit.. hati jadi sebu..jadi sebak bercampur baur.. tak henti2 memohon dan berdoa smoga tak ada kesan yang lebih serius.. Qisya terpaksa saya puasakan dari pukul 1 petang sampaila ke pukul 7 malam. baru dia ditolak ke bilik bedah. Lukanya dalam mata tu perlu dijahit dan qisya perlu dibius supaya lena,,,,huhuh... sedihnya masa tu Tuhan yang tahu.. hancur hati melihat anak kesayangan saya lali lepas hidu gas anesthesia tu..huwaaa.... sedihnya...
selesai operation.... qisya separuh sedar time ni.. xnak lepas jari saya dan suami... terpaksa bergilir pegang tangan dia...

Alhamdulillah, lepas sejam qisya selamat dijahit semua... matanya berbalut sebelah..dan dia masih lg dalam keadaan lali... memang semalaman dia lena saja... teringat plak saya time tu dia blum makan apa2 sejak tengahari tadi... saya cuba kejutkan dia minum susu masa jam 11 malam.. dia ada bangun dan minum tp kemudiannya dia muntah.. adui... sedih lg rasanya... last2 dia tlena balik ..pukul 530 pagi qisya bangun minta air dan roti.. alhamdulillah...lega rasa tgk dia bselera makan sampai 3 keping roti... sambil gelak2 lg ...alahai anak ibu... lepas tu qisya lena balik..
dah bleh senyum dan bermain time ni... sebelum balutan dibuka

pagi esok saya diminta bawa trun dari wad untuk pemeriksaan di klinik pakar mata...doktor buka balutan mata qisya masa dan explain kat saya ada lebihan benang di tepi mata..

ok.. time ni doktor baru buka balutan qisya...kesian anak ibu ni..

tujuannya nk memudahkan prosedur buka benang nnti.. adui... lepas ni kena follow up utk buka benang pula la... dah la naik seriau saya tgk mata dia time tu,, dengan benang lg... huhuhu.. apapun, syukurla tak ada kesan buruk pada penglihatannya... saya bersyukur sangat2..


wajah ceria menanti untuk dibuka benang...

hari ni dah 2 minggu kejadiaan tu berlaku... qisya pun dah betul2 sehat.. jumaat lepas pun dah buka benang.. Alhamdulillah, dipermudahkan olehNya.. Qisya anak ibu yang kuat.. sepanjang tempoh penyembuhan dia tidak meragam( kecuali time nak letak ubat dalam tu... time tu saya pun nangis sebab takot..seriau pedih,.,huhuh).Dia tak garu.. tak kacaupun benang di tepi matanya... masa-masa Qisya dihabiskan dengan aktiviti biasa,,.temasuk melompat dan berlari... adui.. Qisya...Qisya.. semoga anak ibu sentiasa sihat...sentiasa dilindungi Allah.. tak nak sakit2 lg yer sayang.. Ibu dan abah sayang qisya....


~jojoe~

Friday, April 1, 2016

Selamat Pengantin baru adindaku...

Assalam...

11 Mac 2016 ( Majlis Akad nikah)

Hari ni adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seisi keluarga kami... Semua persiapan telah disediakan... tinggal hari ja lg...
kad kawen yang comei..
kek cantik dan sedap dari fiza cake house.

meja makan pengantin

pelamin yg cantik..sori..ada budak kecik sesat situ..hahaha

Majlis pernikahan adik bongsu saya.Jadi..inilah penutup tirai kenduri kawin adik beradik saya... tunggu anak2 saudara dan anak sendiri jelah pasni... kalo dikira2 maunya nunggu  lebih kurang 20 tahun lagi la jawabnya... yg paling tua pun sepupu qisya umur 7 tahun..hahaha.... sabor jelah...so, ini jelah gambar yg ada ngan saya masa kenduri aritu...selebihnya kena minta kat tuan empunya diri la... hehe..layan jelah..

gambar akak2 yang tengah tunggu adik bongsu dinikahkan..hehehe






Ekceli ada istimewanya kali ni... iaitu kehadiran dua pelajar saya dari Sabah dulu... My Ribena girls.. yang lain xdapat datang... Tracey dan August saja kali ni.. Tracey dah pernah datang dan jadi pengapit saya masa saya kawin dulu.. so, this is the first time bagi August.. dan ini juga bermakna pertama kali saya berjumpa dengannya selepas 8 tahun xberjumpa..wahhh.. lamanya rasa... siapa tak teruja kan...Lepas majlis akad nikah dan ambil kek di SP saya dan suami terus ke airport bayan Lepas untuk jemput diaorang... rindunyaaa....


12 mac 2016
majlis menyambut menantu kat rumah... penat xyah cakapla.. qisya plak hari ni wat prangai.. dengan cuaca panas sama.. boleh tengah rmai2 org dia pegi baring tdo depan pelamin.. saya ingatkan dia pengsan masa tu..cuak juga... last2 bawak dia masuk bilik dan tdokan dia..huhu.. Majlis aritu berjalan lancar,,,ditambah pula dengan kehadiran Wakil Rakyat Baling, Dato Azeez Rahim yg sudi meluang masa menerima jemputan daripada pakcik saya.








13 Mac 2016
majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki..adik saya pakai baju hijau emerald arini..i like... apapun.. buat adindaku,azila dan amirul.. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah... semoga dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby.. amin...




Nanti kalo rajin baru update plak pasal tracey n august yg sudi datang memeriahkan majlis kami...tq girls...

~jojoe~

Tuesday, March 22, 2016

Selamat Ulangtahun ke-3 Sayang.

Assalam..Alhamdulillah.. hari ni genap tiga tahun saya dan suami melayari rumahtangga... Segala suka duka... pahit manis diharungi bersama... apalagi bila dikurniakan seorang cahayamata tanda kasih kami, Shafiya Qisya Azzalea. Tiada apa yang diharapkan seorang isteri melainkan rumahtangga yang kekal bahagia hingga ke Jannah..Insha Allah... amin.... Pagi semalam... suami buat suprise untuk saya yang kepanasan.. maklumla..cuaca panas.. tdo pun memang tak nyenyak.. pasang aircond pun tak terasa,,dia suruh saya keluar bilik.. rupanya atas meja dah menanti hadiah ni untuk saya...


coklat and....


Idamanku... Gucci perfume... finally...hehehe


tq sayang... love it... speechless sekejap.. dalam hati terdetik...romantik juga suami aku neh..haha.. apapun...terima kasih sayang, i love u so much... for the rest of my life.. forever,..

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu.
 Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

~jojoe~

Monday, February 29, 2016

Jalan-jalan with Qisya

Assalam...

tak ada yang lebih membahagiakan selain daripada membawa qisya keluar berjalan2..heheh...riak wajahnya saja dah buat saya dan suami hepi sangat walaupun susah jugak nak control dia... risau juga sebenarnya bila bawa ke sopping compleks ni... mcm2 kes jadi sekarang ni..terutamanya yg melibatkan kanak2 dan esculator.. jadi saya dan suami cukup alert dengan qisya...nauzubillah..semoga anak2 kita sentiasa dilindunginya..
kalo ikotkan setiap gambar ni menunjukkan outing kami yang berbeza hari...tp dah malas nk menulis tp nak juga upload gambar sini saya combine terus semua sekali...hahaha..malas menulis ibumu ini qisya...
ni antara kenangan saya dan suami bersama qisya masa outing time cuti aritu..haha..sebab tu malas nk menulis..semua cerita dah basi... so...let the pictures tell the stories..haha

 ni aksi qisya masa kitaorang g shopping kat ALMA Bukit mertajam.. ngader jer duk atas stroller tu..hahaha.. lepas tu kitaorang ke SP celebrate besday maksu Qisya.. makan-makan di Hotmas Restaurant... sedap... harga pun xda la mahal sgt...
 kek besday adik saya yang ditaja khas oleh encik tunang nya..haha
 pastu masa cuti aritu ada menghadiri majlis kahwin sahabat sekerja dulu tp sekarang Jijah dah berhenti jadi cikgu... Kenduri kahwin ni kat Alor setar..
 Lepas kenduri kami ke Aman jaya Mall...lepak2 situ sambil tengok pameran mainan yg mcm2 ada..huhuhu..rasa mcm kat Muzium mainan pun ada ni..hehe
 Of coz insan yang paling hepi bila dibawa berjalan adalah Qisya dan Doraemon..hahahaha

ok..itu jer...pos ni lebih kepada mengabadikan kenangan jer..cuci mata tengok gambar jer...

~jojoe~

Sunday, February 21, 2016

Pesta penang 2015

Assalam...
* AMARAN: KISAH INI SUDAH BASI...HEHEHE


Rasanya dah dua tahun tak ke pesta penang..acara wajib pulau pinang setiap tahun... Tahun ni bila qisya dah menjangkau 2tahun hubby ajak p... so...memandangkan cuti pun dah nak abis, saya follow jelah... ajak adik n adik ipar sekali.. senang nak mengasuh n kejar qisya yang makin aktif..hehehe..

18.12.2016:  Kami bergerak ke sana pun dah lewat...dalam kul 5 lebeh mcm tu.. sampai pun dah dekat jam 8 memandangkan keadaan jalan yang jammed dan hujan yang turun kat Pulau mutiara tu...Paling best bila suami salah masuk jalan... kena plak jalan duk construction+hujan.. so memang riuh la dalam kreta...dengan qisya plak yg meragam sebab jemu duk dalam kreta..haha..dugaan..dugaan...

Sampai pesta jalan2 jelah..paling xtahan tengok suami dan adik ipar naik benda alah ni..mak aiii..kecut perut tgk... apa yang best sangat tak taula ..huhuh..

walaupun citer ni dah basi.. enjoy jelah tgk gambar yer..hehehe






balik tu dan lagi melantak kat kulim..nak makan kat pesta memang xlah.. saya order nasi goreng cina kat qisya pun dah rm6.. tu pun letak atas pinggan polistren jer..huhu..


~jojoe~

IKLAN LAGI!