Saturday, December 27, 2008

kiss goodbye

Apa aku buat kebelakangan ni?.. minggu lepas ada pergi lapor diri d sekolah baru,.. my new company, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA,BALING KEDAH.. kira2 dalam 1/2 jam jugaklah nak sampai situ.. sama gak masa d keningau dulu, walaupun dekat keluar rumah pun dah 6.30pagi, sampai sekolah dah dekat kul 7.. hehehehe,. harap2 kat sini tak traffic jam macam kat sanala.. kalo tak alamat kena jalan jam 6 la kalo gitu.. hehehehe.. sekolah buka jam 740pagi.. itupun kalo kena ngajar sesi pagi.. sesi petang kul 1.20petang start,. alamak, tak nakla ajar petang..

30hb ni ada meeting.. baru tau agihan tugas macam mana... apapun, aku terima jer.. apa yang berlaku, apa yang ditentukan untuk ku adalah yang terbaik.. semua yang Tuhan beri dan rancang untuk ku adalah yang terbaik dan ada rahmat disebaliknya.. macam dulu, aku menangis almost everyday bila dapat posting sabah.. memang tak nak pergi tapi terpaksa.. last2 baru aku tau kenapa aku dihantar ke sana... Tuhan Maha Adil,.. Dia berikan aku kawan2 yang sangat baik dan mengajar erti hidup berdikari.. jauh dari family .. banyak yang aku belajar.. pengalaman hidup yang sang sangat indah di samping kawan2.. kalolah aku tak pergi Sabah, aku takkan kenal kakak, ong, win, jipang dan semua kawan2 d Ken Hwa.. may be juga aku takkan tahu sebut 'jangan bising' dalam bahasa cina dan aku may b tidak akan pernah tahu adanya lagu "kiss goodbye'.. paling penting aku belajar bekerja sebagai seorang guru.. mendidik pelajar yang banyak perangai dan kerenah,. ada ketika ketawa, adakala marah.. tapi semua tu untuk kebaikan diaorang juga..

sekarang aku belajar untuk melepaskan Sabah dan Ken hwa... bak kata ong, tempatku bukan di situ lagi.. betul cakap kokong.. adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik.. yang pasti persahabatan tidak akan terputus sebaliknya semasa berjauhan, persahabatan akan makin kuat sebabnya disaat seseorang itu telah tiada masa tulah kita akan sedar keistimewaan orang tu dan akan mula sedar erti rindu..Istimewa kah aku?.. ong cakap aku sangat istimewa.. betulkah kokong?.. ko pun sangat istimewa..

Saturday, December 20, 2008

S.A.B.A.R

masuk hari ni kira2 dah seminggu lebih tak update blog..

sebab2nya:-

1st: Bapa aku sakit.. masuk hospital 5 hari.. hari2 berulang alik ke Hospital Baling.. Kencing manis dia tinggi betul 18.2,.. sebab tu kena tahan wad.. hari ke-5 baru bleh baik dan dia dah beransur baik.. alhamdulillah..

2nly: - line broadband dua tiga ari ni bukan lagi sangat lembab tapi tersangatla lembab.. nak check emai pun rasa terseksa sangat,.

3rdly: - sebab akupun tak tau apa nak tulis.. tak ada aktiviti yang menarik..duk rumah jer.. tak gi mana-mana pun.. kawan2 pun bz.. atun maseh keje pastu alwaz on call, eda pun keje n bz ngan family.. huhuhuhu, tu je 2 kawan aku kat sini.. macam mana ni?.... yang lain semuanya jauh... huhuhu..,

ari tu ada call SMK Tunku Putera.. surat transfer lum lagi sampai sana.. Sm ken Hwa dah terima surat tu.. so may b ari isnin ni aku gi SMKTP la.. lapor diri... ari tu borak dengan PK1 ja.. dia cakap mayb kena ajar maths form 4 dan IT.. huhuhu, aku nak ajar Science... Uwaaaa.., tapi dia cakap nanti dia tolong dapatkan subjek tu.. bergantung kepada kekosongan.. huhuhuhuhhu..

barang2 kargo akupun blum sampai.. susah ati tul.. sepatutnya ikut janji dengan pihak kargo 17hb patut dah sampai.. tadi call kargo, dia cakap barang2 this week sampai, kereta mayb 27hb baru sampai port Klang.. so may b, dalam 29 atau 30hb baru dapat.. hiiii. geram tul.. harap2 semuanya berjalan lancar..bersabarlah hati..kan SABAR ITU SEPARUH DARIPADA.....(kokong, sambung ayat ni kokong).....

Friday, December 12, 2008

Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin baru!




1st sekali ucapkan selamat pengantin baru untuk rakan sekerjaku di SM Ken Hwa..Muhaimin.. tahniah kerana esok( 13 Disember 2008) dia bakal menjadi Raja Sehari.. macam tak dapat pergi.. sori dikk.. apapun kak joe ucapkan selamat berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..
2ndly.. nak ucapkan Selamat bertunang untuk ex-housemateku,.. Tahniah di atas pertunangan.. semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. Aminn.. nampaknya cuti tahun ni ramai yang ambik kesempatan berkahwin dan bertunang.. hehehehe,tadi jipang ada mesej.. dia pun tertanya2 bila la turn aku dan dia nak betunang .. ahahahaha.. aku cakap tahun depan.. kalo tak jadi tahun depan mayb 2010.. takpun 2011 atau 2012 dan so on.. so on.. hehehehehehe.. maksudnya setiap tahun planning bertunang, jadi tak jadi belakang kira.. hehehe, kitakan hanya merancang.. Tuhan yang menentukan.., ye tak???.. baru2 ni pun Charles dan Tete pun dah buat wedding ceremony.. .... sempat gak curi gambar kawen diaorang kat frenster tete,.. alamak, romantik pula si yau ni kan.. heheheheehehe.. ming Lu pun bakal buat ceremony jugak...tak lama lagi turn ashraq plak.. hehehehe,.. kokong?.. ko bila lagi?.. apapun, kepada yang berkahwin dan yang bertunang, kudoakan selamat semuanya... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Aminnn..

BEIJING OH BEIJING.. HATI OH HATI..


Tadi dapat email dari kokong... sekarang dia di beijing.. dari cara dia bercerita macam sangat menarik dan excited ja dia d sana.. jeles betul.. aku dah lama pasang angan2 nak main salji tapi dia duluan nampak salji...uwaaa.. nak main salji juga..
sekarang ni banyak betul benda nak pikir.. tahun depan dah 29tahun.. apa nak buat ni?.. kadang2 tertanya2 perancangan masa depanku yang sebenar.. sekarang ni banyak masalah yang timbul.. kadang rasa nak lari jauh,.. nak pergi menenangkan fikiran di mana2.. kalolah ada yang memahami.. kalolah semua masalah dapat diluahkan dan diceritakan kepada semua orang.. tapi adakalanya we need to face it alone.. kadang2 orang lain hanya mampu mendengar tapi tidak mampu menolong atau memahami sepenuhnya.. sebabnya, " berat mata memandang.. berat lagi bahuku yang memikul",.. hanya Tuhan yang tahu..
sesekali rasa na
k menangis puas2.. sesekali airmata jatuh tanpa sedar.. kesakitan dipendam di dalam.. tapi perlu sedar.. airmata bukan satu cara penyelesaian masalah.. namun kadang2 airmata juga penawar segala luka.. sekurang2nya puas hati dengan menangis.. jadi aku tidak malu menangis.. cuma kadang2 perlukan bahu seseorang untuk menangis.. tapi di mana orang tu?.. akupun tak tahu.. huhuhuhuh

Wednesday, December 10, 2008

PLANNING VACATION

disebabkan tahap keboringan yang agak cipan ni.. aku pun merajinkan diri membuat sedikit homework berkaitan planning ku selepas ni.. ntah naper la semangat kuat tul nak g melancong ni.. jeles tul tenguk orang lain g melancong.. aku pun nak gak rasa gak keseronokkan tu.. hehehehe.. konon nak g korea kan?.. so sekarang banyak yang tanya nak g time season aper.?.. aku pun tak tau.. tapi dari maklumat yang aku jumpa mcam kat bawah.. so, kokong, .. mana season yang ko prefer?.. ko kan tak tahan sejuk.. aton?.. ko plak nak g time autumn kan?..

Climate
Korea's climate is determined by its mid-latitudinal location and peninsula configuration, as well as its position as an appendage to the world's largest continent, Asia. The continent, rather than the ocean, affects the climate of Korea. Korea has a humid, East Asian monsoonal climate but the average temperature during winter is generally below freezing point. The average January temperature in Seoul is -3.5¡£C. Summers in Korea are quite hot and humid, and in most of the country, the average temperature of the hottest month is above 25¡£C except in the northern regions. In Seoul, the average temperature in July is 25.3¡£C.

Four Seasons
Korea has four distinctive seasons and variety of different types of weather. Without a doubt spring and autumn are the most beautiful and pleasant times of the year. As a general rule, the eastern part of any continent experiences greater extremes in temperature than the western part as well as lower temperatures in winter. On the Korean peninsula there is also a sharp difference in temperatures between the northern and southern areas.

SPRING
Spring begins during the middle of April in the central part of the country, and toward the end of April in the northern region. Spring is rather short in the north. As the Siberian high pressure weakens, the temperature rises gradually. Farmers also during this time begin to grow rice, the staple food of the Korean people.



SUMMER

Summer can be divided into two period
s; Jangma, a rainy period which occurs during the early summer months and hanyorum, a hot and humid period which occurs during late summer. The weather during the Jangma period is characterized by a marked concentration of rainfalls. More than 60 percent of the annual precipitation is concentrated between June and July. In particular, July sees many rainy days which are followed by short dry spells and clear skies. Much of the rainfall is due to summer monsoons which originate in the Pacific Ocean. In Korea, Jangma means "the rainy season.
"Rainfall during the summer time is characterized by heavy showeres. Daily precipitation often exceeds 200mm (8 inches), with extremes topping 300mm (12 inches). Occasional torrential storms caused by typhoons that pass through the peninsula from China may sometimes cause a great deal of damage, although the loss of the life is rare in these instances.
Regional temperature contrasts are not striking during the summer season although the northern interior and the littoral are cooler than temperature in the south. When Hanigureum begins in August, the temperature rises abruptly as the Jangma front moves northern toward Manchuria. During this period, the weather becomes extremely hot and humid, particularly in the western plains and the Nakdonggang river basin area. The daily high temperature often rises to over 38oC (100oF). Nights are also hot and humid.*Monsoon and Rainfall
Korea is located in the East-Asian monsoon belt. During the summer months, the air mass over Asia gathers abundant moisture from the ocean, and results in heavy rainfall. The monsoon season in Korea lasts from June through September and accounts for about 70 percent of Korea's yearly precipitation. During the winter months, masses of continental high pressure air develop over inland Siberia, from which strong northwestern winds bring dry, cold air into Korea. Except for a few instances of winter snowfall, the winter chill produces little precipitation.
Occasionally, there are typhoons which originate near the east Philippines and move northward toward Taiwan and China before shifting direction toward the northeast. Typhoons usually reach Korea in the months of July and August. One or two mild typhoons hit the south coast yearly and a strong one occurs every two to three years.

AUTUMN
Autumn is the season with crisp weather, much sunlight and changing autumn leaves. This is the transitional season between the hot and humid summer and the cold and dry winter months. Beginning in October, the continental air mass brings dry, clear weather. Traditionally, Koreans enjoy the season of harvest, chuseok, which is one of the most important national holidays in Korea. It is celebrated as a harvest festival, and occasionally refered to as the Korean version of the American Thanksgiving. Autumn weather is nicely, expressed in the simple words of old Korean saying "The sky is high and the horses get fat."

WINTER
Winter: The monsoonal arctic air from the interior of Asian continent brings bitter cold and dry weather and occasional snow fall, adding warmth to the cold and dry winter weather periodically. Significant regional climate variations are caused by differences in elevation and proximity to the seas as well as by differences in latitudinal location. Regional differences in the monthly mean temperature during the month of January between the northern and the southern peninsula is about 26¡£C (80¡£F). Snow remains longer on the ground in the north. The frost-free period varies from about 130 days in the northern interior to about 180 days in the central region. In the southern coast, the frost-free period is roughly 225 days of the year.

email dari sahabat..

Tadi dapat email dari Su.. Peringatan yang amat bermakna untuk diambil iktibar dan pengajaran.. dunia semakin ke penghujungnya.. semua tanda-tanda kecil HARI KIAMAT sudah nampak di depan mata..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah ~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga..." - Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon ....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim ~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Tuesday, December 9, 2008

Pengertian..

kelmarin kokong dah pergi Hong Kong.. sebelum dia terbang ada call kejap.. hehehehe, ada perancangan terbaru ni.. ( hanya aku dan kokong yang tahu).. hehehehe, ingat janji ko ah kokong.. hehehehe,..semangat ni nak kumpul duit ni.. sekarang ni mayb dia sedang hav fun di sana.. bestnya kalo aku pun dapat jalan2 tenguk tempat orang.. jauh perjalanan kan luas pengalaman.. bosan gak lama2 d rumah..
kelmarin gak kokong ada tanya "apa beza antara hari raya aidiladha dengan aidilfitri".. so ni jawapannya.. jangan ko tidak baca ahh kokong...penat saya tulis ni,.

Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa.. Anaknya Nabi ismail pun sanggup dikorbankan bagi menunaikan perintah Allah.. Di saat Nabi Ismail hendak dikorbankan Allah telah menukar ganti tempat nabi ismail dengan seekor kibas/ kambing. Terbuktila kesetiaan nabi ibrahim dan nabi Ismail kepada Allah Swt. Maka setiap tahun tanggal 10 Zulhijjah (kalender Islam), seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aildiladha/hari raya korban.

Banyak pengertian yang kita dapat dalam menyambut bulan Zulhijjah ini. Ibadah korban juga menjadi satu perkara yang amat sinonim di dalam bulan ini. Korban biasanya disedekahkan kepada orang-orang miskin...kira dalam beraya tu kita buat amal sosial untuk orang lain..

Hari raya Aidilfitri pula merupakan hari kemenangan kepada umat islam kerana berjaya mengharungi dugaan, lapar dan dahaga selama sebulan sepanjang bulan puasa..itulah bezanya.. sikit saja saya dapat tulis.. harap2 ko faham.kalo tidak faham ingatkan saya bercerita bila kita berjumpa nanti.. kita akan jumpa lagi kan?. hehehehe.. miss u kokong..

Sunday, December 7, 2008

Wajah-wajah yang kurindu..



masuk ari ni genap seminggu aku tinggalkan sabah.. kejapnya masa berlalu namun rasa sedih dan pilu seolah-olah terasa baru semalam aku melihat lambaian diaorang di airport.. sentimental betul aku ni.. huhuhhuh, rasa sangat rindu dengan senyuman dan gelak ketawa mereka,.., really miss them,. agak2 diaorang rindukan aku tak? huhuhuhu


Great Wall



selamat hari raya AildilAdha kepada semua kawan2.. tahun ni memang sangat sederhana sambutan.. kuih pun takda.. cuma tadi jer mak aku duk sibuk buat ketupat.. nyam2.. aku tenguk ja sebab aku tak pandai buat.. hehehehehe... mcm tak semangat jer ni.. alahai, dahla adik dengan abang tak balik kampung tahun ni.. mcam tak rasa nak rayer jer ni... mujur raya haji ja, kalau raya puasa macam ni... huhuhuhhuhhu









esok kokong gi China.. bestnya,, mesti ko sedang bahagia dan gembira kan kokong.. akupun teringin nak g sana, time2 musim sejukla best kokong.. walaupun tak pernah gi China tapi aku pernah sampai ke "the great walls of Ken HWa.." heheheehe.. rindunya kat ken hwa,., rindu sangat,. huhuhu..

Saturday, December 6, 2008

friends


We need friends for many reasons,
all throughout the season.

We need friends to comfort us
when we are sad,
and to have fun with us when we are glad.

We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on,
and treat us nice.


We need friends to remember us
one we have passed
sharing memories that will always last.

Friday, December 5, 2008

Lelaki...


Hari ni macam yang dirancang aku kuar g Sg. Petani.. but before that aku, aton and her sis pegi Penang, kami g Sunway Carnival Mall.. tujuannya satu jer,.. tonton citer Twilight.. hehehe.. giler tul aku.. tu ari dah tenguk sama2 kokong, winn and jip.. saja nak temankan aton tenguk movie tu.. masa tenguk tu tringat plak masa menonton 1st time tu ari.. argghh.. kenangan..
bila dah tenguk kali ke-2 ni, makin berkenanla plak kat vampire tu.. satu sikap dia yang aku suka bukan sebab dia tak minum darah manusia atau sebab dia cute ke aper tapi sikap dia yang serius, very protective dan caring.. rasanya kalo dalam dunia ni betul2 wujud vampire macam tu akupun tergoda hehehehehe.. sekarang ni susah dah nak cari lelaki yang berpewatakan macam tu.. may b bleh jumpa dalam novel atau movie ja.. kadang2 ada lelaki yang bukan protective tapi perempuan yang terpaksa protect dia dan paling teruk lelaki yang pentingkan diri sendiri.. benci tul aku.. apapun, setiap orang ada kelemahan sendiri kan> nobody is perfect<.. tapi sebenarnya aku dah pernah jumpa lelaki yang sangat protective dan caring.. tapi sayang, lelaki tu bukan untukku..
aku berdoa semoga suatu hari nanti aku akan bertemu lagi dengan lelaki sebegitu.. Aminn..
Berbalik kepada cerita asal,.. after tenguk movie baru kami bergerak ke SP.. Actually tujuan ke situ sebenarnya nak beli kek birthday untuk adikku yang cute, AZILA.. Hepi besday ke -15.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. AMINN...

Thursday, December 4, 2008

Kekasih gelapku

MY PLANNING 4 TOMORROW:
+ kemas rumah
+ Keluar dengan aton ke Sg. Petani
+nak tengok cerita twilight sekali lagi
+ abiskan bacaan novel " Di Langit Cinta"
+blogging

ok, tu plan utk esok.. ntah jadi ke tak tak tau lagi.. sekarang nak tidor dah.. but before that ini lagu favorite aku.. kokong pun cakap kalo dia dengar lagu ni dia akan ingat kat aku.. hehehehe.. tu ari masa karaoke teringin dengar dia nyanyi lagu ni tapi lagu ni takder.. takper kokong, kalo kita jumpa lagi g karaoke ko mesti nyanyi lagu ni 4 me k.. so, this song i dedicated it for u, kokong.... Gud Nite,,..

Ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya, kekasih ge~lap ku

Yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku,
yang ku cari s’lama ini, dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku,
hidup ku…

Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun kau hanya, kekasih ge~lap ku
kekasih ge~lap ku…

Menghitung hari..

Sekarang ni aku sedang menghitung hari untuk melapor diri ke sekolah baru.. hanya satu dalam hati, walau di manapun aku, siapa pun aku, apa yang aku lakukan,.. aku tetap menghitung hari untuk bertemu kembali rakan2 di Ken Hwa.. bak kata kokong, perpisahan pada tanggal 30 november 2008 bukan suatu hari yang kita tak jumpa, ia merupakan suatu hari yang kita akan bertemu kemudian!


Menghitung hari,detik demi detik,masa ku nanti apa ‘kan ada
Jalan cerita,kisah yang panjang,menghitung hari
Padamkan saja,kobar asmaramu,

jika putih itu tak ‘kan adaYang aku minta,tulus hatimu,bukan puitis
Pergi saja, cintamu pergi,bilang saja, pada semua

Biar semua, tahu adanya,diriku kini sendiri

korea and jodoh


arghhh.. tensionn tul.. penat2 ja aku tulis blog berjela2 tapi last2 blum sempat post tiba2 ja ilang.. huhuhu.. apa yang aku tulis dahla menarik.. bab jodoh dan korea..tulis sekali lagi.. kalo ilang ja, aku bakar laptop ni.. hehehehehe
tadi pagi keluar pekan pastu terjumpa dengan bapa sahabatku, aton. dia bagitau yang aton akan bertolak ke korea malam ni.. Apa? aton pi korea tanpa aku.. ni yang hangin satu badan ni.. aton ni kawan baik aku sejak kecik.. sejak bertocang dua masa darjah satu.. hehehehe,. aku call la dia konon2 nak marah dan dalam pada masa yang sama nak minta pesan poskad korea la, heheheheh.. tapi rupa2nya aku salah dengar bukan dia yang pergi tapi dia punya mummy.. hehehe, sori tun.. lemah gak pendengaran aku sekarang.. hehehehe... takper len kali kita gi korea sesama k? dengar2 sekarang musim sejuk.. mesti ala2 winter sonata gitu kan?.. hehehe, teringin tul nak main salji ni.. kalo kokong leh gi cina, aku plak gi korea cari boyfren bermata sepet.. untung2 dapat macam kim jae won ke.. takpun macam kokong pun ok la.. hehehehe
aku ni minat tul dengan chinese look ni.. may b sebab tulah masa kecik2 dulu minat tul tenguk citer cina.. paling takleh lupa citer 'breaking point',.. sekarang ni plak minat tul citer korea..pastu berjodoh tul ... masa 1st posting dapat skolah cina.. kawan baik pun cina jugak, kokong ngan kakak.. jipang ngan winn kategori lain.. sorang jepun,. sorang bumiputera.. hehehehe
naperla aku nak gi korea sangat ni? bukan nak cari jodohla,.bagi aku kalo ada jodoh adala.. kalo takda takdala.. lagipun susah tul aku nak caya lelaki ni,.. ada ke lelaki yang nak sayangkan aku ni.?. mana ada..huhuhuhu..
kalo bab2 jodoh ni aku malas tul nak fikir.. kan setiap wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki.. jadi kalo wujud aku wanita ni, maksudnya adalah tu jodoh aku.. di mana dia? Tuhan ja yang tahu..tapi kalo aku jumpa dia aku tampar dia dulu sebab buat aku tunggu lama tul,.. dah nak masuk 29 tahun aku tunggu tapi baru sampai.. hehehehehe.. tapi kalo tak datang2 juga tu jodoh pun apa bleh buat... lagipun ada orang tu janji kalo umur aku dah 35 tahun tapi tak kawin2 dia akan kawin dengan aku.. hehehehehe, tak cayalah...
tapi kalo tak ada jodoh pun apa bleh buat.. semuanya Tuhan yang tentukan.. ada orangpun bercinta bagai nak rak tapi last2 kalo tuhan dah tentukan tak ada jodoh tak adalah juga.. tapi ada juga orang yang jauh, tak pernah bercinta pun tapi tuhan dah tentukan berjodoh last2 bertemu dan berkawin juga.. betul tak?

Hati ini telah dilukai..


Lagu ni banyak memberi kenangan manis untukku.. walaupun lagunya sedih tapi bila dengar lagu ni aku akan terkenangkan saat2 terakhir d sabah bersama2 kokong, winn dan jipang.. sayu tul kalo dengar lagu ni.. semoga lagu ini juga akan membuatkan mereka terkenangkan diriku.. huhuhuhuh,,.,

Semalaman terkenangkan dirimu....
Mengalir air mataku membasahi pipi...
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu perasaan ini
Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggupku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadiKata perpisahan yang kau pinta
Biarkanlah.. biarkan aku hidup sendirian..
tak inginku mengenangkan kisah lama..
biarkanlah.. biarkan aku..
hidup sendirian....
kerana hati ini... telah dilukai...

kokong, winn,jipang.. miss u guys,,....

Hujan

hari ni hujan sangat lebat di sini,.. kelmarin sangat panas, hari ni agak sejuk..
apa aku buat ni ari, ntahlah,.. makan, tidur saja ni.. tapi tadi ada telefon sekolah baru..
surat belum sampai lagi.. ashraq ada mesej tadi bagitau dia dah ke skolah baru.. kat sekolah tu tak ada subjek RC.. so, may b dia terpaksa ajar BM.. mengeluh dia tadi,.. nak ajar P.seni, sekolah tu dah banyak guru seni.., sian ashraq.. aku plak tunggu masa jelah nak p lapor diri.. ntah apa subjek yang kena ajr tak tahula.. jangan bagi bahasa cina dah la.. hehehehe.. kalo bahasa cina aku pandai cakap "wo ai ni" jelah.. hehehehehe.. nyesal tak belajar bahasa cina masa d ken hwa.. belajar yang basic2 je.. tu pun kokong yang ajar.. tapi dia ajar aku perkataan untuk marah budak je.. hehehehe...

Wednesday, December 3, 2008

RINDU

petang yang panas di sini.. sangat panas.. aku tak tahu nak buat apa.. rasa sangat bosan..kerinduan bersarang di hati.,kenapa hati ku rasa macam dihiris2.. bila teringatkan kawan2 di sabah rasa bagai nak nangis.. tadi sempat gak ber YM dengan jipang..
aku terfikir sekarang, sampai ke tuakah aku begini.. di rumah.. tiada lagi adventure naik kapal terbang, tiada lagi rakan sekerja, kawan yang ramai dan baik padaku.. kokong.. aku sedih.. sangat sedihh..bukan bermaksud aku tidak gembira dekat dengan keluarga tapi entahla... aku rasa kehilangan yang amat besar.. kegembiraan yang tidak akan berulang lagi.. keseronokan bekerja yang tidak akan kembali lagi..
Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mengharungi semua ni.. semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. kokong, saya rindu koo...

kenangan terindah

3 Disember 2008

Sudah 3 hari di rumah baru ada kesempatan menulis.. tapi terpaksa post lewat juga sebab broadband aku lembab yang amat,, .. dapat buka dan baca saja blog tapi takdapat post.. benci tul.. nasib baik maseh bleh Yahoo Messanger, buka friendster dan email.. kalo tak sia2 ja beli.. may b kola ketil blum cukup kuat signal untuk celcom broadband..

Hmm.. hari ni masa aku menulis ni ari Rabu..Semalam aku dah call JPN Kedah. Dat tahu nama sekolah baru.. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA, BALING.. mak oii, jauh jugak nak drive tu.. mau makan 30-40 minit.. apapun, mungkin itu yang terbaik untukku.. Apapun di saat ni aku sangat merindui teman2ku di Sabah.. Ong, winn, jipang, kakak.. really miss u guys..


28 November 2008
Hari terakhir aku di Keningau.. sema
lam tidur umah winn.. pagi2 aku melihat SM Ken Hwa for the last time lepas tu terus bertolak ke KK.. rasa sayu sangat2 masa melintas di pintu pagar sekolah.. i’m gonna miss all the memories here..
Sampai d KK jam 9 aku jumpa Cyp dan kokong d MCD.. breakfast dulu sebelum aktiviti seterusnya.. Winn g JPJ urus road tax.. pas jalan2 d KK Plaza terus check in di Deleton Hotel.. PAstu kami menapak ke K-Box.. karaoke.. hehehe, rasa sangat enjoy.. baru kokong tau betapa “gila’nya kami berkaraoke.. jam 8 tenguk wayang di One Borneo,.. cerita “TWILIGT”.. harap2 dapat dengar kokong menjerit tapi kali ni tidak sebab bukannya cerita scary movie tapi romantic vampire movie.. best gak citer ni walaupun aku hampir2 tertidur, hehehehe..apapun hero dia memang cute ( walaupun muka pucat).. paling best laju tul dia lari, kalo jadi boypren aku bleh la suruh bawa naik gunung Kinabalu.. hehehehe..

29 November 2008

Kenangan manis lagi bila 1st time gi Pulau Manukam.. memang best dapat gi sana walaupun hanya pergi main OSOM..
(hahaha, hanya aku,ong, winn dan Jip yang tahu.. soriii jip)..permandangan memang cantik dan aku rasa sangat hepi dapat gi situ sebelum balik Kedah.. thanx kokong, winn and Jip..
Petang tu gi main bowling plak kat CP.. hehehe, satu lagi kenangan manis buatku.. berketawa saja kami sepanjang game.. maklumlah… bukan selalu dapat baling bola.. hehehehehehe.,. apapun, tiada pun hadiah saya ni.. huhuhuhu..
Malam pergi melepak jap kat tanjung Aru pastu gi karaoke lagi.. tapi malam ni aku rasa sangat sayu.. kalo bleh tidak mau tidur,,. Mau habiskan masa sama2 diaorang 4 the last time.. paling tak boleh lupa bila nyanyi lagu HATI INI TELAH DILUKAI dan MENGHITUNG HARI.. rasa sangat sedih..

30 November 2008
Akhirnya hari ini sampai juga.. dalam hati memang rasa gembira bila fikir dapat jumpa family dan kawan2 di sana tapi dalam masa yang sama rasa sangat sedih bila fikirkan aku takkan kembali bertugas lagi di sini.. Masa Kokong hantar ke airport pun aku dah tak dapat menahan airmata.. bila d KKIA lagila.. terharu sangat bila Shearley pun datang dan my sister’ SUAN yang sedang pregnat 5 bulan pun datang bersama2 hubby, anthony dan anak2
Christa dan Christy untuk menghantar aku.. rasa sangat terharu.. KAKAK, thanks 4 everything.. you also Lim, thanx..
Detik yang paling menyedihkan bila melangkah masuk ke dewan perlepasan.. berkali2 aku memandang ke belakang.. airmata memang tak boleh kawal.. rasanya seperti berpisah dengan kawan lebih perit dari putus cinta.. tak dapatku bayangkan tahun depan tidak dapat sama2 lagi di sekolah.. ong, kakak, winn dan Jipang.. i’m gonna miss u guys so much.. dunt forget me.. kokong, jangan lupa janji ko ah.. friendships forever and always keep in touch,.

Wednesday, November 26, 2008

wonderful Life





Tadi pagi semua barang2 aku sudah dibawa masuk lori.. tiada sudah barang2 ku d rumah ni.. sayu tul rasa hati.. tadi juga aku lunch buat kali terakhir dengan kokong d RAHMAT.. ya kan.. last sudah kami makan tengahari di situ.. huhuhuh.. esok kokong sudah turun KK.. jumaat baru jumpa sebelum aku balik semenanjung ahad nanti.. jadi esok kokong tiada.. apalah aku mau buat ni? Boring oo sangat boring.. untuk mengisi keboringan tu aku made this clip video for kokong.. kokong, ni clip video untuk ko.. ada adik kembar ko dalam ni.. hehehe.. i like him..

Ni cerita wonderful life..a story of life, family life,.. kesilapan dan keegoaan dalam hidup.. dan yang paling penting HERO dia aku suka.. senyuman yang manis macam kokong.. hehehehe.. macam ko ooo kokong,. Kan kokong kan kan kan? Hidup ni akan jadi wonderful tapi akan jadi sedih juga bila tiba masanya.. aku tak mau sedih2.. aku mau HAPPY and have a WONDERFUL LIFE..

Farewell lagi..




malam semalam berkumpul di rumah yengkey untuk farewell party untukku.. actually aku tidak sukakan majlis perpisahan.. itu akan buat aku tambah sedih dan sayu nak tinggalkan diaorang. tapi aku amat amatlah menghargai usaha diaorang.. dari buat karipap d rumah pingu sehinggalah adanya kek perpisahan..
terima kaseh yeng, jip,pingu dan ong..saya sanga
t terharu.. tapi my expectation is so high.. saya pikir akan ada lagi sahabat yang akan hadir tapi apa boleh buat.. saya tidak memaksa cuma saya rasa sangat sedih.. i'm not asking for present just a "present" there, gathering for the last time... sekurang2nya pun just tell me or show up for a few minutes and it's okay already..
aku memang sensitif kalo bab-bab yang berkaitan friendship ni.. biarla apa orang pikir tapi inila aku.. bila seseorang tu dah jadi kawan rapat, aku akan anggap macam keluarga sendiri.. adik, abang atau kakak.. memang say
angkan kawan2.. biarla orang cakap aku ni terlalu emosi atau apa tapi itu lebih baikkan dari menjadi hipokrit.. ?aku bukan manusia yang suka berpura2 tidak kisah padahal dalam hati memendam rasa dan dendam.. aku bukan pendendam. i will forgive but i wont forget.. tidak boleh lupa apa orang buat supaya kita tidak akan mengulangi atau mengalami pengalaman yang sama lagi.. biar jadi pengajaran dan ingatan sampai bila2..
memang rasa agak kecewa, agak sedih dan rasa sangat terkilan.. tapi saya harap kamurang faham perasaan saya
.. maaf untuk apa yang terjadi.. my dear yengkey, jipang, kokong and pingu.. thanx for what u have done.. sangat terharu dan appreciate your efforts.. terima kasih sahabatku.. gonna miss u guys so much..

Tuesday, November 25, 2008


Baru balik dari pekan.. penat tul nak kasi settle semua bil.. baru aku sedar apa yang aku sudah buat tadi adalah kali terakhir aku buat d keningau.. kali terakhir bayar kereta d AMBANK keningau, kali terakhir keluarkan duit d Bank, kali terakhir masukkan duit d CIMB.. banyak tul terakhir kalinya.. huhuhuh.. tadi pergi sekolah jap.. dah dapat E-ticket MAS untuk ahad ni.. confirm dah aku berangkat balik Kedah 30 November 2008 jam 330 petang.. bercampur baur betul perasaan aku saat ni... gembira nak berjumpa keluarga dan kawan2 di sana, dalam pada masa yang sama amat sedih nak tinggalkan ken hwa dan kawan2 di sini.. macam2 yang aku rasa.. may be sebab tu lah bad mood betul aku 2-3 hari ni.. seorang kawan baikku pun dah pernah tegur.. "muka kau.. busuknya.." nak ketawa mendengar kata2 tu tapi perasaan sedihku sekarang hanya dapatla digambarkan dengan kata-kata ini..

you will never come back to me..
and you can't do it..
please stop doing so,
you comfort me like this..

if i can't see you again..
really wanna forget,..
all about you that hold me..

whenever i wanna laugh, you make me cry..
u keep me doing even one thing as i want..
whenever i miss you,
i break down like this..

even though i try to forget you,
i cannot do it..

i didn't realize loving one is so hard like this

Monday, November 24, 2008

sunyi dan bosan..


rasa sangat bosan sorang2.. winn ngan jipang jaga exam.. ong plak tusyen.. aku maseh di bilik guru sorang2.. mujur dapat online.. kalo tak terpaksala balik umah tidur.. tadi bangun awal gak.. hantar guru2 baru yang stay jap kat umah aku tu naik bas untuk g kk.. sok diaorang balik semenanjung.. .. sian plak diaorang.ntahla,.. hidup ni kena pandai berdikari.. tak boleh selalu sangat bergantung pada orang.. bak kata ong " jangan terlalu manja'.. aku tak manja... cuma bila sudah rapat dengan seseorang mulala nak mengada2.. hehehehe.. apapun, kadang2 aku tahu juga berfikir untuk tidak menyusahkan orang lain.. may b sebab tulah aku boleh bertahan 6 tahun lebih kat bumi Sabah ni..
bab2 berkawan aku suka.. sebab semua kawan2 aku best... ada jugala sesekali berselisih faham tap
i takderla serius.. tapi orang cakap, perjalanan hidup ni sangat jauhhhhhhhhhhhhhh.. betul tu.. dan d sepanjang perjalanan aku akan bertemu kawan baru dan akan kehilangan kawan juga.. aku belajar untuk menjadi manusia yang tabah tapi entahla,.. kadang2 terlalu lemah nak melalui dugaan. kadang2 tu cuba menahan airmata dari jatuh tapi jatuh juga.. lemahkah aku..?.. mana ada manusia yang mahu menangis sesuka hati.. kalau boleh aku mahu selalu tersenyum, selalu ketawa.. tapi hidup ni macam iklim persekitaran jugak, kejap panas, kejap sejuk, kejap mendung, sekejap terik pastu hujan...
bab kerja aku memang serius.. aku tak suka menangguh kerja.. paling penting aku punya prinsip, kerja mesti siap dan aku takkan buat kerja orang lain jadi lambat sebab aku.. bila sebut kerja itu dah melibatkan periuk nasi.. tak kerja tak adalah nasi untuk dimasakkan? (walaupun aku jarang masak tapi aku selalu makan di RAHMAT, hahahaha).. apapun, kalo nak orang suka kerja mesti efisien... bukan main tangkap muat ja..pastu biar orang terkejar2 minta disiapkan.. hah,.. aku harap di tempat kerja baru nanti, aku akan tetap memegang prinsip yang sama.. ada juga bergurau dengan kawan2 hehehe.. bila pergi tempat baru nanti pura2 bodoh tak tahu nak buat kerja .. tapi mana bleh macam tu.. ini joriahlah,.. heheheeh.. selagi boleh buat kerja aku akan buat... dan pastinya yang terbaik! Amin..

Perginya Ashraq Rafiqan Arham




(Jumaat / 21 november 2008)

aku dan Ong ke KK menghantar Ashraq ke airport.. lepas settle kan dulu beberapa perkara penting macam ambil geran kereta di AMBANK Luyang, check buku perkhidmatan di Federal dan beberapa urusan Ming Lu d SPS kami terus ke airport untuk check in kan ashraq.. cuak jugala kami bila semua barang2 dia yang 60kg tu kena bayar RM650..

terkedu gak,, tapi mujurla ada hamba Allah yang berbesar hati memberi ruang kargonya untuk ashraq,.. dapatla si ashraq kurangkan dalam 16kg berat barang2 dia.. last2 bayar dalam RM 450 macam tu... (nasib baik aku dapat free kargo)..hmmm..

Lepas lepak2 jap kat KFC di situ, baru kami mengiringi dia ke balai perlepasan. Sayu tul hati masa antar dia.. teringat balik masa dia mula2 datang aku dan kak nor sambut, tak sangka sekarang aku yang menghantar dia pergi.. masa tengok dia masuk ke balai perlepasan tu hati aku tertanya2, mungkinkah ini kali terakhir aku lihat dia?.. sedih sangat masa tu..rasa macam melihat adik sendiri pergi jauh dan mungkin tak akan bertemu lagi. apapun, aku doakan yang terbaik untuk dia.. semoga dia gembira di sekolah baru dan harap2 dia takan lupakan kakaknya yang seorang ni.. huhuhuhuhhuh..

Lepas dia berlepas, aku ngan Ong menapak ke One Borneo.. bertemu si cyp d situ.. saat tu aku rasa bersyukur, walaupun masih ada sayu bersisa, tapi sekurang2 nya di saat ni maseh ada sahabatku yang setia menemani.. macam manala rasanya bila berpisah dengan mereka minggu depan? Aku tak mahu dulu mengenangkan saat2 tu.. biarlah gembira dulu di saat bersama macam ni..

Tenguk wayang ”Quarantine’.. pengalaman manis buatku tapi ’pahit’ bagi ong.. hahahahaha..wayangnya takderla best sangat tapi.. macam mana agaknya rasa penonton lain ye.. orang menjerit ketakutan menonton tapi aku ketawa jak.. hehehehehe,..lucu menenguk cara ong menonton wayang.. takper, next week tenguk lagi,.. len kali aku nak menengok cerita hantu,. Mesti lagi lucu.. hahahaha (hanya aku,cyp dan ong yang tahu).. hahahaha, lucu oo.. sangat lucu...

Lepas menonton kami ke Secret Recipe.. ong yang blanja..thank u ong...pas kenyang, beli VCD d Speedy Video kami split up.. jipang balik umah , aku ngan ong plak mula bergerak balik keningau.. tapi sebelum tu singgah jap menjenguk kawan lama, Fung Siew yin.. hehehehe, ada gak kejadian lucu kat situ.. hahaha.aku dengan ong, fung dan suami jak yang tahu.. hehehehe...dalam jam 9 malam baru bertolak balik keningau..Mujur Ong yang drive.. hehehe, kesian dia.. apapun banyak jugak cerita kami sepanjang perjalanan.. sedih plak bila fikirkan may be Tuhan memberi ruang untuk kami berbual puas2 sebelum berpisah.. aku akan hargai semua kenangan dan saat2 bersamanya...ONG.. terima kasih banyak2.. saya tidak akan lupakan kau..

Funfair dan Majlis Perpisahan Di Rahmat Rest.



Macam dah lama tak menulis sesuatu d sini.. sejak tidak dapat online setiap hari, aku hampir2 lupa yang aku mempunyai banyak perkara yang hendak dicoretkan...seminggu ni aku bz menguruskan soal perpindahan.. pergi PPG Keningau buat tuntutan elaun perpindahan dan kargo . kemudian di sekolah lagi minta cop dan tandatangan bos untuk borang-borang perpindahan.. semuanya hampir selesai..

apapun thanx to my dear students, tracey, chong, cheronie sama august yang bertungkus lumus menolong aku packing barang tu hari.. banyak juga rupanya barang2 ku yang terkumpul selama 6 tahun ni.. hehehehe... puas hati betul dengan semangat students ku yang sedia berkhidmat untuk kali terakhir kat aku.. rasa terharu betul.. thanx girls.. cikgu takkan lupakan kamurang..hari rabu ni barang-barang aku akan dibawa kargo..

malam Khamis tu ada berkumpul ramai2 di Rahmat makan2.. malam sebelum tu jugak ada pergi funfair sama-sama.. aku,ong,ashraq,winn dan cyp.. seronok juga tenguk diaorang memancing botol.. harap2 dapat seekor teddy bear.. tapi, hehehehehe.. paham2 jelah.. diaorang patut belajar memancing dengan si Lau.. hahahaha..

terasa sangat yang detik2 perpisahan kian hampir tp apa boleh buat.. ”what will happen will happen’ dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Friday, November 14, 2008

SLAD

Jam 5 petang aku menapak ke KFC sekali lagi ( kalo nak tau, kat keningau KFC jer yang ada, no PIZZA, no McD..)..kali ni aku bersama-sama dengan ahli SLAD (skim lencana antidadah).. makan2 dan borak2 sebelum aku tinggalkan keningau.. hilang sedikit rasa bosan untuk hari ni.. esok blum tau lagi apa mau buat.. packing barang di rumah barangkali.. huhuhuhuh,.. bosannya,..bila mau pegi funfair lagi ni...?..

patah tumbuh hilang berganti..


lumrah alam, yang patah akan tumbuh dan lumrah kehidupan yang hilang pasti berganti.. Sm Ken Hwa dah mendapat guru baru.. bukan seorang, tapi 11 orang.. ramaikan?. cukuplah untuk cover aku, ashraq, ming lu, cikgu lee n wife, christine, velarian, lau dan may b juga henry..
semoga ken hwa akan lebih bersinar tanpa kami,. aku rasa sangat boring dan sunyi sekarang. semua housemateku dah jalan khamis lepas,. malam tu ada g makan jap di KFC.. terharu betul dengan adik-adikku..betul2 sayangkan diaorang.. safura, rem n rosnah.. thanx for everything.. min juga.. thanx for the pen drive..
sekarang ni menunggu ja ni surat untuk menguruskan kargo.. after that barula bleh pikirkan tiket bila nak balik kampung. barang d skul dah siap packing.. tunggu hantar borang serah tugas jelah.. huhuuh.. tapi barang kat umah maseh banyak berselerak lagi.. tadi pagi easy pun dah jalan balik trngganu.. huhuhu, sedih tul rasa,, ming lu pun dah jalan.. si jipang sama winn balik kampung.. ong ada tusyen.. apa lah aku mau buat ni.. ada gak cikgu baru 2 orang tapi diaorang ada orientasi.. rasa sangat boring.. uhhuhuhuh.. lagi duk seorang lagi rasa sunyi dan sedih..

Wednesday, November 12, 2008

charles and Tete..


cantiknya kamu dua.. hehehe,,.. sori, sia curi ni gambar dari frenster si charles.. hehehehe... apapun:...
To charles and ester.. selamat pengantin baru.. semoga berkekalan dan bahagia ke akhir hayat.. sorry sebab mungkin tak dapat hadir ke majlis kamurang.. apapun, TAHNIAH dan jangan lupakan saya k?..
i dedicated this song for both of u...

FROM THIS MOMENT ON
(I do swear that I’ll always be there. I’d give anything and everything and I will always care. Through weakness and strength, happiness and sorrow, for better, for worse, I will love you with every beat of my heart)
From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you
is where I belong
From this moment on
From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love
I’d give my last breath
From this moment on
I’d give my hand to you with all my heart
Can’t wait to live my life with you, can’t wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you
From this moment
as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment on
You’re the reason I believe in love
And you’re the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you
From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment
I will love you
I will love you
As long as I live
From this moment on

my memory



melodi perpisahan.. i'm gonna miss our sweet memories!

Tuesday, November 11, 2008

my diary..

ari ni sepagi aku d bilik guru, dari jam 7 mengurus SPM termasuklah urusan pelajar " lupa bawa i.c"... akupun hairan apa yang susah sangat nak bawa ic dengan slip exam. mujurlah awal2 aku dah sediakan surat akuan. lepas urusan semua selesai aku mulala mengemas apa yang patut.. sayu plak menengok meja dengan rak buku ku yang sudah kosong dan bersih.. tiada sudah si jojo d ken hwa tahun depan.ah, tabahla hati..
jam 1130 kuar makan dengan ong.. tapi sebelum tu pegi ambil gambar yang aku cuci dulu.. 2 frame gambar aku kasi sama si ong.. harap2 dia tak akan lupakan aku.. takda apa yang boleh diberi sebagai tanda ingatan, just memories in a frame..
lepas minum balik skul balik urus lagi barang2 pastu sempat membaca diary yang d tulis oleh rakan2 ken hwa.. sedih sangat mebaca tulisan tangan diaorang.. terima kasih kawan2.. i will always remember u guys.. even we far apart but u all will always be in my heart..

IKLAN LAGI!