Thursday, October 30, 2008

KAWAN


Tadi dapat email dari sahabat lama masa belajar di UUM dulu.. Sudiarti(su) yang comel dan manja.. macam menarik plak dia punya email ni.. apa kata kita kongsi bersama..

1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya tulis blog, awak akan baca entry saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Funfair



semalam aku dengan si winn n jipang pergi fun fair yang baru kena buka d keningau.. sebelum tu kami bertapa dulu d bilik kebal PPG Keningau untuk OBK lebih kurang 2jam.. penat gila clasify tu kertas soalan exam SPM.. walaupun tak dpt tengok tu soalan.kira aku antara yang pertama peluk kertas exam SPM sains 2008.. hehehehehe.. aminn.. harap2 dapat keberkatan untuk pelajar2ku..
hehehe, lepas kenyang dibelanja si win minum jus oren ngan satay kami pun menuju ke funfair dengan rasa x-citednyer..bayaran masuk RM2.. tapi 1 token, mak aii, mahal tul.. RM2 satu token.. dapatla kejap naik I ON U la konon2 menengok keningau dari p
andangan atas.. wahhh, mahal giler,, 3 token sekali naik tapi syok jugaklah


dan mujur tak laju.. kalo tak mau pening kam
i.. pastu 2 token lagi kami masuk ghost train yang tak berapa takut tu.. org lain masuk menjerit takot.. tapi si winn sama sip ketawa jak.. ceeeeehhhh, tak takot pun.. aku?.. aku tak tahu apa2 sebab sepanjang jalan aku tutup mata.. hahahahaha.. apapun xnampak...bestla..i'm gonna miss this

Tuesday, October 28, 2008

Mahua..


Ahad- 26 October 2008

aku mengisi masa lapangku ni ari dengan beriadah di Air Terjun Mahua, Tambunan.. bersama-sama dengan housemate and 3 org guru ken hwa ( ashraq, Min n Kak hadra) juga kawan2 dari SMK Bingkor, kami bertolak ke Mahua tepat jam 9am.
memang cantik tempat tu.. jalan dia pun dah ok, dah xmcm dulu masa aku 1st time datang dengan linai dan mus.. sekrang makin cantik.,. syok giler berendam dalam air yang maha sejuk.. berasap2 mulut kitaorang masa bercak
ap.. condensation process berlaku, maklumla.. terlampau sejuk.. hehehe.. tapi memang bestla, macam berlakon cerita Winter Sonata plak...
hehehehe. yang paling best dapat tengok dugong sexy berenang dalam air...(ashraq).. hahahahahah
apapun kesimpulan, memang
best p sana.. plan mau p lagi dengan si winn, jip n my dear ong..entah kesampaian ke tak akupun tak tau.. sebabnya lagi seminggu jer tinggal sebelum cuti sekolah dan sebelum PINDAH.. huhuhuhu,,....

kemalangan


baru2 ni ( Sabtu- 25/10/08) aku dan rakan2 rumah g hospital Keningau melawat guru2 perempuan Sekolah Men. Sepulut yang accident.. kesian tul tenguk diaorang.. walaupun xkenal (hanya cam muka) kami menunaikan kewajipan sebagai sedara seislam melawat sedara yang terlantar di hospital.. lagipun di sini jauh dari family, siapa lagi yang dharapkan kalo bukan kawan2.. teruk jugak keadaan diaorang.. yang sorang tu (ZURA) masih bleh bercerita pasal kejadian tu ari..
rupanya kereta MyV diaorang terlanggar HILUX yang terbalik di tengah jalan.. kesian betol.. yang sorang kena antar g Quenn Hosp. kat KK sebab teruk di kaki dan leher.. Kejadian tu buat aku betul2 insaf.. mcm manala kalo aku d tempat diaorang.. sedihnya, tanpa family di sisi.. apapun, aku doakan diaorg cepat2 sembuh..

Friday, October 24, 2008

friends


kemarin berkumpul sama2 ong, winn,cip n easy di Rahmat.. makan2 sambil bercerita.. memang seronok sampaikan tak sedar masa berlalu.. mujur sempat lagi aku balik skul untuk penyampaian hadiah pertandingan badminton PSKPP..
bercerita pasal pengalaman easy di philipine memang menyeronokkan dan lucu di dengar.. pasal 'tiang' la , menari la, pasal life partner dan mcm2 yang melucukan.. bestnya dapat kawan yang boleh berkongsi kisah suka dan duka macam ni..kadang2 ada kawan yang hanya mencari time susah ja, tapi time senang, jumpa pun macam tidak nampak.. aku sudah jumpa manusia sebegitu tapi aku bersyukur kerana walaupun begitu, aku maseh ada lagi kawan2 yang setia menemani d kala susah dan senang,..
Best tol dapat kumpul dengan korang,.. winn, sip, ong n easy...entah bila lagi dapat sama begini.. aku pun mengira hari jer ni menunggu keputusan pindah.. kalo balik semenanjung, mungkin aku tidak akan jumpa lagi rakan2 kerja yang sebegini.,. huhuhuhuhu.. sedih pulak rasa.. selalu kalo sedih2 ongla tempat aku mengadu masalah... semoga diaorang takkan lupakan aku seperti mana aku tidak akan lupakan diaorang.. walau apapun yang mendatang, friendship forever..

Monday, October 20, 2008

Holiday,,,..

JUMAAT / 17 OKTOBER 08..

Kundasang.. salah sebuah tempat pelancongan yang menarik di sabah.. sebab kat situ, sape2 yang tringin nak tengok mount kinabalu blehla tengok di depan mata dengan sepua2nya..Jd disebabkan keinginan yang meluap2 tu ( walaupun dah 2 x penah g situ) aku dan housemate ku membuat keputusan untuk melencong ke sana.. hehehehe.. jumaat ari tu ( 17oct 08) aku and the geng( Safurah n Salwa) bertolak dari keningau jam 1 tengahari menuju ke KK. Selepas ‘mendaki’ gunung Mas, kami sampai di KK jam 3 ptg.. semayang dulu d masjid negeri, pastu kami menuju ke Pasar pilipine. Mula2 ingat nak g Segama, cari baju untuk dinner, tapi disebabkan ujan lebat sepanjang perjalanan dari tambunan sampaila KK maka kami pun mencari2 tempat untuk makan.. dan pastinya tempat yang paling kami idam2kan (sebab takder kat Keningau).. hehehe, menapakla kami ke PIZZA hut di CP.. mujur tak ramai org masa tu.. sambil2 menunggu makanan yang blum sampai, mulala kitaorang borak2 kosong, pasal ketawa macam badak SOMALIA la.. hmm,. Badak somalia.. bukan badak sumatera ka?.. hahahahaha, tergelak besar aku n miss Safura pada miss Salwa yang tersalah sebut..hehehe.. terus melekat kak SOM tu nanti...lepas mamam, kami trus gi check in di Deleton Hotel jam 7malam.. mujur cepat, ramai gak duk tunggu nak last check in.. mujurla aku ada buat tempahan awal.. kalo x, terpaksala kami tdur dalam keta ni malam.. hehehehehe..masuk2 je dalam bilik, tiba2 jak si som bersuara...” WAHHHH..CANTIKNYA BILIK NI.. EKSEKUTIF BETOL KAN?..” terus aku n pura terkedu seketika.. EKSEKUTIF?.. Bukan ekslusif ka?..HAHAHAHAHHA.. nak pecah perut aku bergolek atas katil ketawakan dia.. sudahla tadi BADAK SOMALIA, sekarang eksekutif pulak,, hahaha.. memang lucu masa tu..

Malam tu, kitaorang lepak2 ja dalam bilik sambil2 menonton movie yang aku beli d SPEEDY tadi... si SOM yang EKSEKUTIF ada beli korean drama ” PRINCESS HOUR”..hehehehe, dapatla aku menumpang kasih menonton cerita tu nanti...heheheehheh, SOM..SOM.. Malam tu tiba2 perut berkeroncong, diaorang turun beli nasi gorong d restoran SEMPELANG.akukan penat drive, so rehat2 ja d bilik..hehehehe. lepas perut kenyang, suka hati dan kamipun tdur memandang esok kami akan berangkat ke Kundasang..

Sabtu/ 18 Oktober 2008

Jam 730 pagi kami dah check-out dari hotel.. lepas breakfast di SEMPELANG, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang jam 8pagi.. Sepanjang perjalanan dah ternampak2 kelibat gunung Kinabalu yang tersergam indah.. hahaha, bahagianya idup walaupun perjalanan memakan masa sejam lebih.. tapi hangin gak satu badan dengan sebijik keta kancil tu.. nak potong lori tapi punya la slow dia bawak.. tak sempat aku nak potong dari belakang.. terpaksala aku brek dan ikut belakang tu lori balik,.,huhuhu, bikin panas.,..kami sampai2 trus ke Kinabalu Park.. bayaran masuk RM3 sorang.. berhenti kejap konon nak bergambar, tapi hallamak, bateri kamera kong plak.. aisehh, bikin mati mood tul.. terpaksala kami patah balik gi kaunter pertanyaan,minta tolong charge.. mujurla diaorang kat situ baik hati.. jadi, dapatlah charge kamera kejap untuk ½ jam.. huhuhu... lepas bateri full separuh, aku trus drive naik ke kaki gunung.. wahh,, sejuk tul kat atas tu.. tapi, kecewa tul bila tenguk gunung kena lindung awan.. huhuhu.. malu2 plak gunung tu nak jumpa kitaornag.. SOM plak cakap, ”AWAN JAHAT!” hahahahaha... apapun the view sangat cantik.. macam di awan jak rasa.. ada gak mat2 salleh yang seronok main tupai kat ctu.. agaknya kat tempat diaorang susah jumpa tupai.. akupun teruja ambik gambar dengan pura n som.. hehehehe. Posing situ, posing sini,last2 ujan dan bateri kamera weak balik.. jam pun dah ke angka 11.30.. so walaupun tak nampak gunung terpaksala kami turun dan check in di Kinabalu Pine Resort.. memang best dapat landing d katil dengan suasana suram dan dingin kat sana.. tak payah pakai air cond ngan kipas pn dah sejuk sampai tulang..

Lepas bateri kamera full, perut pun mula berkeroncong minta isi.. jam 230 ptg kami bergerak ke pekan Ranau.. 2tahun dulupun begini gak pekannya.. satu jer pasaraya kat citu.. itupun milimewa jer.. huhuhuhu.. lepas menjamu selera, kami bertolak ke poring jam 330 petang.. begitu jugakla poring mcm 2tahun dulu.. tetap xberubah.. lepas berposing2 dan merendam kaki d air yang suam2 ’cekam’ itu, kami pun keluar dan membelek2 souvenier yang dijual di sepanjang jalan.. hehehe, sempat gak beli key-chain utk diri sendiri dan Rosnah( housemate aku yang xdapat join sebab balik g konvo d UPM, Tahniah Rosnah!)..

Jam 5 petang kami meninggalkan Poring,Hot Spring dan singgah jap d milimewa beli megi.. hehehehe, bekalan malam dan pagi esok.. syoknya makan megi dalam suasana sejuk malam sambil menonton Princess Hour,..hahahaha...jam 1130 malam baru aku tdor.. asyik menonton drama tu..hehehe..

SUNDAY/ 19 Oktober 2008

Jam 6pagi aku dikejutkan dengan suara excited teman2 ku yang teruja melihat gunung Kinabalu di depan mata.. sangat jelas.. Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan..berada di beranda chalet,kami pun berposing berlatarbelakang gunung yang tersergam indah... syok giler masa tu.. hehehehe..apapun, kami berpuas ati dengan trip ni walaupun sekejap saja.. Tuhan telah melancarkan perjalanan kami pergi dan balik.. apa yang dirancang berlaku tepat pada masanya dan semua yang kami nak buat berjaya dlaksanakan dalam masa yang ditetapkan.. alhamdullilah,.. jam 830 pagi kami meninggalakn Kundasang dengan kenangan di hati.. sampai di KK jam 940( itupun lepas singgah beli souvenier lagi d kedai kecil on da way turun dari sana)..hehehehe.. lepas menjamu selera di chicken rice shop, kami berjalan2 lagi d CP cari novel.. hehehehe. Pastu turun beli PIZZA.. lepas order kami jalan2 lagi shopping d Watson tapi tiba2 jak letrik terputus.. kelam kabut semua orang tiba2 gelap gelita d CP.. seminit kemudian baru On smula, itupun generator jer.. duit kena kasi pulang, sebab diaorang xdpt masak PIZZA.. huhuhu.. sedihnya.. Rosnah call jam 130, so kami trus bertolak ambik dia d airport.. after that pergi Mc D.. mujur letrik dah ada.. dapatla kami membeli bekalan makanan yang tiada d Keningau.. hehehehehehe... jam 3 kami bertolak balik ke Keningau..sempat gak posing2 d sawah padi d tambunan.. cantik tul pemandangan sawah yang menghijau... alhamdullah, jam 5 selamat samapai.. MUJURLA.. hehehehehe... len kali pergi KUDAT pula.. hahaha,, itu hanyalah rancangan, TUHAN yang menentukan.. AMIN...

Friday, October 17, 2008

Pelajar Pukul guru?


hmm.. baru jer cakap tu ari, tengok.. apda dah jadi?.. salah pendidik kah? atau salah pelajar?.. inilah nasib kita warga pendidik.. niat baik, mencurahkan ilmu, tapi sampai diri yang terancam.. di mana salahnya.. terkejut juga aku menonton klip pelajar pukul guru kat TV3 semalam.. memang melampau.. kalaulah pelajar tu buat kerja yang diberi, kalaulah tidak menulis kata2 kesat.. tentulah semua ni xberlaku.. tapi itu jika kalau.. masalahnya tu pelajar tidak buat kerja sekolah lepas tu tulis lagi perkataan kesat,. bila kena tegur, mulala nak melawan., kurang ajar dan biadap dengan guru.. dimana hilang sifat hormat dan sayangkan guru?.. aku ingat lagi masa belajar dulu dalam tahun1987-1997.. memang aku tak pernah nampak pelajar melawan guru.. semua takut, dan hormat bila jumpa cikgu. termasuklah aku, guru praktikal pun aku sayang ini pula guru yang banyak membantu aku belajar dn tahu apa itu ilmu pengetahuan. sampai sekarang aku masih ingat nama-nama guru yang banyak berjasa padaku,.. arwah cikgu saadiah, cik tey, cikgu amin... dan ramai lagi.. semua jasa dan pengorbananmu ku kenang..
dunia2.. mungkin peredaran waktu membuatkan sikap juga berubah.. tiada sudah nilai2 kasih sayang dalam diri remaja.. mengejar kebebasan dan keseronokan semata2.. ada yang datang skul hanya untuk dapatkan sijil berhenti sekolah.. itu yang kadang2 timbul masalah disiplin sebab niat belajar tiada dalam diri.. sebab tulah, kerja rumah pun tidak mau buat.. macamla guru ni yang nak sangat menanda kerja rumah padahal itu sudah tugas harian. menanda dan memeriksa kerja rumah pelajar. kalo bukan tugas guru siapa lagi?..tapi pelajar tidak paham.. bila kena marah, mula nak tunjuk besar kepala, ego.. tapi kalau sudah salah takkan masih mahu berlembut.. guru pun ada hati perasaan, ada rasa marah.. sabar pun ada hadnya,.. sendirila fikir...

Berita tergempar!

ini berita yang kutenguk di TV semalam.. nantikuberi komen.. sebab sekarang mau masuk kelas dulu.

Pelajar pukul cikgu

KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar.

Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu.

Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali.

"Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan penjelasan tetapi mereka bertindak di luar dugaan apabila memukul dan menendang mangsa beberapa kali.

"Guru itu yang terkejut dengan tindakan pelajar tersebut cuba mempertahankan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun guru wanita itu difahamkan hanya mengalami cedera ringan tetapi enggan ditemuramah pemberita kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

Difahamkan selepas pergaduhan itu, pelajar berkenaan yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan gangsterisme masih tidak berpuas hati dan bertindak memanggil beberapa rakannya yang lain untuk mencari guru itu.

Insiden yang berlaku dalam kelas itu sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui kelas terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Thursday, October 16, 2008

Baby..


baru dapt mesej dari member tadi, lie@zu, kawanku masa di UUM dah melahirkan baby boy.. anak ke-2 selepas baby girl yang pertama.. cograts to her n hubby!bestnya, semua orang dah ada anak ni.. aku ni dah nak masuk 29 tahun setakat ada anak tekak, anak rambut, anak mata and anak kucing jer.. huhuhuhuh.. orang lain blog pasal anak, tapi aku xder anak nak diceritakan,, anak sedara adala.. tu pun jauh..., eh,, tul ke aku nak masuk 29 dah.. alamak.. abisla keremajaanku ni.. huhuhuhu.. apa bleh buat..?..

Wednesday, October 15, 2008

kepuraan atau kepalsuan?


Kehidupan ni kadang2 tak berjalan seperti yang dirancang.. mcm ari ni, pagi tadi plan awal nak g breakfast dengan ong tapi xjadi so kuar ja lunch.. n then plan nak kuar awal skit makan kena plak spend time marah budak2 yang main tepung di kelas.. sound silly kan? tapi itula yang berlaku,.. Form 5 plak tu yang buat keje mcm tu.. mcm takder benda nak buat.. kan dah nak SPm, patotnya spend time study tapi ada yang main benda2 mcm tu sampai berterabur kelas.. sakit ati xyah cakaplah.. ikutkan ati nak jer denda satu kelas.. tapi mujur yang lelain tu takder d kelas masa kejadian.. last2 3 master mind kena denda cuci toilet.. baru tau.. pas tu ada ka plak patot tanya xbleh ka suruh amah dia tolong cuci toilet.. wah.. banyak cantik kan?.. sudah buat salah pastu mau minta orang lain plak yang tanggung salah dia.. pening2.. inilah realiti kehidupan.. bila rasa kaya semuaya boleh settle dengan wang..padahal taksemua perkara boleh diambil mudah mcm tu.. sikap tu yang perlu diubah.. manusia-manusia.. mcm seorang sajak seseorang ni.. DUNIA INI PENUH KEPURAN.. hehehehe.. ya betull dunia ini penuh dengan kepalsuan..

Lelaki Pilihan..hehehehe


hahahaha, these 3 men are actually my favorite guys.. Antara Mr. A, Mr B and Mr C ni mana korang rasa paling cute? paling ensem? ( sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)
please leave your comment..Tq.. hehehehehe

Gud Murning!

Tuesday, October 14, 2008

MAKSUD TARIKH LAHIR


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita,apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita,kita boleh mencampurkan nombor2 tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.Contoh:
25 Ogos 1985
25+8+1985 = 2018
2+0+1+8 = 11
1+1 = 2 (jadi nombor lahirnya adalah 2)


Keterangan nombor lahir ;

( 1 )Ketulenan
-hadir dengan idea baru
-memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri
-golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari
dengan baik teknik diplomasi
-mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik
dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos
-bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka

( 2 )Pendamai
-dilahirkan sebagai diplomat
-mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan
orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
-secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
-mereka tidak suka bersendiriran.persahabatan adalah penting
buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam
hidup
-golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,patut belajar untuk
meningkatkan nilai diri dan meluahkan perasaan

( 3 )Ceria
-golongan ini merupakan golongan yang idealistic
-mereka sangat kreatif,social,mesra,romantik,dan mudah dibawa
berunding
-mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
-mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukannya apa
sahaja untuk mencapainya

( 4 )Konsevatif
-golongan ini sangat peka dan tradisional
-mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
-mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan
-mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja
secara sendirian
-mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar
-sabar,tekun,dan adakala dianggap degil

( 5 )Perintis
-mereka adalah perintis
-secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka
mengambil risiko serta sangat bersemangat
-mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.dunia ini adalah
sekolah mereka,mereka memerhati setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada situasi yang ditempuhi.
-melihat sesuatu dengan teliti

( 6 )Romantik
-golongan ini adalah idealistic dan memerlukan sesuatu atau sebab
untuk berasa gembira.
-hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka
-mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang
-mereka sangat setia dan menjadi guru yang terbaik
-mereka suka seni muzik
-mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius

( 7 )Intelektual
-golongan ini adalah pencari
-selalu menyelesaikan seuatu secara tersembunyi,dan adakala mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah
-perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
-mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan
-mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
-mereka gemarkan perkara berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
-mereka sangat suka berahsia

( 8 )Penyelesaian
-golongan ini adalah penyelesai masalah
-mereka adalah professional,berterus-terang,penilai yang baik dan
tegas
-mereka sangat suka mengendalikan manusia,mereka melihat manusia
secara objektif
-mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua

( 9 )Pelakon
-golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
-mereka sangat penyayang dan pemurah
-dengan daya tarikan,mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa yang dianggap asing
kepada mereka
-mereka mempunya personality yang pelbagai sehingga menyukarkan
orang sekeliling mereka sukar memahaminya
-boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

SELAMAT MENCUBA!!!!

nasi ayam


kemarin petang aku and the geng kat umah sibuk masak nasi ayam.. nyam...nyam...hehehehe.. best!kalola ari2 makan macam ni,hehehehehhe...apapun lain ari mesti masak lagi.. hahahaha..


Bahan-bahan

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit madu
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris.
  • lobak merah - dikisar
  • serai/ bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis
  • bawang merah/bawang putih - dikisar

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Monday, October 13, 2008

Semangat yang hilang..


pagi ni sepatutnya aku membuka mata dan rasakan semangat untuk terus berjuang.. tapi kenapa kurasakan semakin lama semakin hilang semangatku.. mana perginya jojoe yang dulu.. yang hepi dan sangat bersemangat,.. mungkin mengingati detik2 pemergianku, meninggalkan kawan2 ku d sini membuatkan aku rasa sedih.. seandainya aku perpindahanku dluluskan maka tinggallah 30 hari saja lagi untuk aku bersama2 ken hwa.. sudah 6 tahun 1 bulan aku di sini.. macam mimpi saja.. rasa macam baru semalam tanggal 26sept. 2002 aku menjejakkan kaki d sini..
macam2 kisah sedih, gembira, pahit getir aku lalui.. semuanya berlaku sekelip mata. dari seorang yang berumur 22 tahun sampaila sekrang 28tahun.. huhuhu, dah tua.. apapun, life must go on.. aku mesti teruskan langkah.. walau d manaku berada, aku xkan lupakan ken hwa..

Sunday, October 12, 2008

epi besday ( 13 oct 2008) !








sebelum jam 12 malam, tanggal 13 oktober i wish to you
my dear sis, epi besday!!!. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. lebiu much!
be a good wife and mum! . hope that next year we will celebrate it
together..miss u

Gud murning 4 2morrow murning..



esok adalah ari ke 13 bulan 10 2008... sebelum aku membuka mata dan bangun pagi esok, sebelum students ku mengucapkan "GOOD MORNING TEACHER" maka dengan ini aku ingin meng'wish'kan diri sendiri " GUD MURNING!!!!".........
Akan kumulakan hariku dengan penuh semangat demi anak muridku... 30hari lagi mereka akan bertarung dengan SPM.. moga mereka berjaya especially in SCIENCE.. AMINNN..

Saturday, October 11, 2008

Selamat Pengantin Baru!



i hope that i'm not too late to wish my friend congrats for her wed.. Hoo Ming Lu.. wish you all da best and happily ever after k?.. one last word, you're soooo preety!

Ayat-ayat Cinta



semalam tenguk filem indonesia ni kat TV3.. memang best.. ingat nak cari VCD..mula2 ingat jalan citernya boring ke apa.. tapi lama2 memang syok dtonton.. best sangat.. aku dengan member2 rumah terpaku depan TV sampai abis.. Soundtrack dia pun best ..4 sure aku akan tonton lagi.. so kawan2, kalo berani cari dan tontonla cerita ni.. ok!

Laksa Penang






Bahan-bahan

  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang2
  • 3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi-potong 2
  • 1 bawang besar dimayang
  • Bahan-bahan untuk kuah:-*1/2 kilo ikan sardin(dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Jamuan ari raya









Ari ni walaupun cuti terpaksa gak masuk kejer.. apa bleh buat.. ganti balik cuti raya tu ari.. hehehehe.. tapi ni ari semangat lain sikit sebab after skul ada jamuan hari raya.. apa aku bawak? hehehehe apa lagi laksa penang la.. malam semalam berhabis aku n geng rumah memasak.. hihihihih... akhirnya tersedia gak lak..apapun selamat ari raya kepada semua warga SMKH..

Friday, October 10, 2008

Dunia ini.. penuh kepuraan..


hmm... manusia2.. bila dinasihat mulalah menuduh si penasihat busuk hatila, jelesla, tak boleh tengok orang senangla.. tapi bila benda tu dah tak elok dipandang takkan mau diam ja.. tugas pendidik menunjukkan teladan yang baik, tapi kalo ada pendidik yang perlu dididik macam mana?.. hari jumaat yang mulia ni patutnya kalo seorang lelaki sudahpun berada di masjid menunaikan kewajipan kepada Illahi.. tapi kalo masih bercengkarama dengan 'buah hati' macam mana? tidak malukah? akupun bukan baik sangat, bukan alim sangat tapi aku bukan hipokrit.. kalo benda tu benda yang tak elok, memalukan, memang aku xkan buat.. Ya Allah, ampunkanlah hambamu ini seandainya terlalu banyak prasangka di dalam hatiku ini...sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui lagi maha Menyayangi.. aku tahu aku takda hak menegur.. cuma "permandangan' yang kulihat amat menyakitkan mata memandang.. Ya Tuhan, Kau berikanlah keinsafan kepada mereka...

NOVEL


Sekarang jam 855.. kejap lagi ada kelas 5Jujur. Tadi dalam kelas 4 Rasional aku jaga exam. boring gak menenguk budak menjawab kalo xder aktiviti sampingan.. hehehe.. apa lagi buat ulangkajila..hehehe, baca novel.. tajuk dia menanti kasih tulisan norzailina nordin.. sedap gak ceritanya.. sebelum ni aku banyak membaca novel aisya sofea.. xsangka ada gak penulis lain yang setandingdia... hehehe.. apa yang menarik pasal novel ni erk...maybe ceritanya pasal perjalanan hidup farhana yang pergi melancung di itali dan bertemu dengan Giovanni buat aku teruja betul nak melancung ke tempat orang.. best juga kalo dapat melancong d europe..hehehhe.. berangan jak.. KLCC pun blum pernah g.. kira sabah la tempat paling jauh aku penah melawat d malaysia.. tapi kira melancong ker kalo datang untuk bekerja..hehehe.. ntah apa2.. apapun, insyaallah kalo ada rezeki, kalo umur panjang aku mesti p melancong.. hehehe, tapi kena ada pasport dulu.. setakat dokumen perjalanan terhad je buat apa... hahahahahahaha.. yang penting aku mesti melancong ke KOREA.. nak main salji..huhuhuhu

Thursday, October 9, 2008

KLCC










Rasa lucu,.. rakyat malaysia tapi tak pernah p KLCC.. siap kena ketawa lagi dengan kawan2 bila bgtau takpenah g situ..huhuhu.. actually bukan xpernah p KL.. pernah pegi KL tapi xpenah singgah situ.. bukan xmau pegi tapi xsempat,..hehehehe.. apapun one day i'll be there.. !

My Lovely Sam Soon


One more korean drama which really attract me most is KIm SAm SOOn,, really like this drama also.. got the CD.. hehehehe.. anyway, the hero(hyun bin) was gorgeous,, handsome guy on earth,,,hehehehe

SINOPSIS:---

Kim Sam Soon (Kim Sun Ah) is a baker who has a talent in making pastries and cakes. On Christmas Eve, she caught her boyfriend, Min Hyun Woo (Lee Kyu Han), cheating on her and breaks up on the same night. On that same night, she accidentally went into the men's restroom and met Hyun Jin Hun (Hyun Bin), a somewhat callous fellow but sometimes considerate guy. By sheer coincidence, Jin Hun needs a baker for his restaurant Bon Appetit and Sam Soon is unemployed. Sam Soon is hired as the restaurant's chief baker and the two fights like cat and dog. Nevertheless, they started to have feeling for each other and Sam Soon agreed to post as Jin Hun's girlfriend so his mother would leave him alone. Things got complicated when Jin Hun's ex-girlfriend Yoo Hee Jin came back from the States intending to win him back.

Coffee Prince..




Rasa2 aku ni antara fan drama korea.. dan satu cerita best yang pernah aku tonton adalah drama ni.. best and romantic sangat2.. hehehehe.. OST dia pun best (walaupun aku xfaham bahasa korea) hehehehe... kalo saper2 yang blum penah tenguk citer ni bagus tengok.. heheheh

SINOPSIS:

With a foolish mother and the need to look after her younger sister, “pretty boy” Go Eun Chan has to give up her feminine image to help support the family with multiple jobs. Because of her previous experience with Tae Kwon Do, Eun Chan has quite the bold and opinionated personality. Choi Han Kyul seems to know women well and thinks of himself as a great guy.

After accidentally being mistaken for a man by Han Kyul’s older brother, Choi Han Seong, she starts working at Coffee Prince, and falls in love with the hot-tempered owner Choi Han Kyul.
Han Kyul hires Eun Chan to avoid an arranged marriage by pretending to be romantically linked to a “gay” Eun Chan. But Choi Han Kyul slowly starts to develop feelings for her, but still doesn’t believe in love. Eun Chan also starts to have feelings for Han Kyul but can’t confess that she’s a woman, Han Kyul, continues thinking that the agonized Go Eun Chan is a man. Choi Han Kyul thinks he’s experiencing feelings of homosexuality towards her, and gets heartsick. This side of him was drawn in a risky but fun way.

The part when he discovers that Go Eun Chan is a woman is shown in an undemanding way, and the story doesn’t concentrate on just these two people, but also on the other people who frequent Coffee Prince. These people are shown one by one in a natural way, and since the story isn’t just about romance but about the natural conflicts of all the characters.

Langkawi...Pulau Lagenda

uikk..siapa bilang aku xpernah p langkawi?.. Lama tak pergi adala.. last pergi kalo xsilap masa tu LIMA97..ikut rombongan pengawas sekolah.. heheheh.. masa form 5.. sekarang ni mesti banyak yang dah berubahkan?.. nak g ambik gambar kat depan dataran helang, makam mahsuri.. eii.. beshnya.. xsabar tunggu cuti sekolah.,hehehehehe

Wednesday, October 8, 2008

Alya Maisara

rindunya pada ARA.. anak sulung adikku ni memang nakal.. dan sangat cute.. tapi bila nak tidur mulalah menangis macam sakit. maunya sejam baru mau berhenti menangis dan tidur... tapi bila dia bangun dia akan bangun dengan senyumannya yang membuatkan aku ketawa.. how i miss her so much.. cuti sekolah nanti baru dapat jumpa.. huhuhuhu.

Words 4 today..

IKLAN LAGI!