Monday, October 20, 2008

Holiday,,,..

JUMAAT / 17 OKTOBER 08..

Kundasang.. salah sebuah tempat pelancongan yang menarik di sabah.. sebab kat situ, sape2 yang tringin nak tengok mount kinabalu blehla tengok di depan mata dengan sepua2nya..Jd disebabkan keinginan yang meluap2 tu ( walaupun dah 2 x penah g situ) aku dan housemate ku membuat keputusan untuk melencong ke sana.. hehehehe.. jumaat ari tu ( 17oct 08) aku and the geng( Safurah n Salwa) bertolak dari keningau jam 1 tengahari menuju ke KK. Selepas ‘mendaki’ gunung Mas, kami sampai di KK jam 3 ptg.. semayang dulu d masjid negeri, pastu kami menuju ke Pasar pilipine. Mula2 ingat nak g Segama, cari baju untuk dinner, tapi disebabkan ujan lebat sepanjang perjalanan dari tambunan sampaila KK maka kami pun mencari2 tempat untuk makan.. dan pastinya tempat yang paling kami idam2kan (sebab takder kat Keningau).. hehehe, menapakla kami ke PIZZA hut di CP.. mujur tak ramai org masa tu.. sambil2 menunggu makanan yang blum sampai, mulala kitaorang borak2 kosong, pasal ketawa macam badak SOMALIA la.. hmm,. Badak somalia.. bukan badak sumatera ka?.. hahahahaha, tergelak besar aku n miss Safura pada miss Salwa yang tersalah sebut..hehehe.. terus melekat kak SOM tu nanti...lepas mamam, kami trus gi check in di Deleton Hotel jam 7malam.. mujur cepat, ramai gak duk tunggu nak last check in.. mujurla aku ada buat tempahan awal.. kalo x, terpaksala kami tdur dalam keta ni malam.. hehehehehe..masuk2 je dalam bilik, tiba2 jak si som bersuara...” WAHHHH..CANTIKNYA BILIK NI.. EKSEKUTIF BETOL KAN?..” terus aku n pura terkedu seketika.. EKSEKUTIF?.. Bukan ekslusif ka?..HAHAHAHAHHA.. nak pecah perut aku bergolek atas katil ketawakan dia.. sudahla tadi BADAK SOMALIA, sekarang eksekutif pulak,, hahaha.. memang lucu masa tu..

Malam tu, kitaorang lepak2 ja dalam bilik sambil2 menonton movie yang aku beli d SPEEDY tadi... si SOM yang EKSEKUTIF ada beli korean drama ” PRINCESS HOUR”..hehehehe, dapatla aku menumpang kasih menonton cerita tu nanti...heheheehheh, SOM..SOM.. Malam tu tiba2 perut berkeroncong, diaorang turun beli nasi gorong d restoran SEMPELANG.akukan penat drive, so rehat2 ja d bilik..hehehehe. lepas perut kenyang, suka hati dan kamipun tdur memandang esok kami akan berangkat ke Kundasang..

Sabtu/ 18 Oktober 2008

Jam 730 pagi kami dah check-out dari hotel.. lepas breakfast di SEMPELANG, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang jam 8pagi.. Sepanjang perjalanan dah ternampak2 kelibat gunung Kinabalu yang tersergam indah.. hahaha, bahagianya idup walaupun perjalanan memakan masa sejam lebih.. tapi hangin gak satu badan dengan sebijik keta kancil tu.. nak potong lori tapi punya la slow dia bawak.. tak sempat aku nak potong dari belakang.. terpaksala aku brek dan ikut belakang tu lori balik,.,huhuhu, bikin panas.,..kami sampai2 trus ke Kinabalu Park.. bayaran masuk RM3 sorang.. berhenti kejap konon nak bergambar, tapi hallamak, bateri kamera kong plak.. aisehh, bikin mati mood tul.. terpaksala kami patah balik gi kaunter pertanyaan,minta tolong charge.. mujurla diaorang kat situ baik hati.. jadi, dapatlah charge kamera kejap untuk ½ jam.. huhuhu... lepas bateri full separuh, aku trus drive naik ke kaki gunung.. wahh,, sejuk tul kat atas tu.. tapi, kecewa tul bila tenguk gunung kena lindung awan.. huhuhu.. malu2 plak gunung tu nak jumpa kitaornag.. SOM plak cakap, ”AWAN JAHAT!” hahahahaha... apapun the view sangat cantik.. macam di awan jak rasa.. ada gak mat2 salleh yang seronok main tupai kat ctu.. agaknya kat tempat diaorang susah jumpa tupai.. akupun teruja ambik gambar dengan pura n som.. hehehehe. Posing situ, posing sini,last2 ujan dan bateri kamera weak balik.. jam pun dah ke angka 11.30.. so walaupun tak nampak gunung terpaksala kami turun dan check in di Kinabalu Pine Resort.. memang best dapat landing d katil dengan suasana suram dan dingin kat sana.. tak payah pakai air cond ngan kipas pn dah sejuk sampai tulang..

Lepas bateri kamera full, perut pun mula berkeroncong minta isi.. jam 230 ptg kami bergerak ke pekan Ranau.. 2tahun dulupun begini gak pekannya.. satu jer pasaraya kat citu.. itupun milimewa jer.. huhuhuhu.. lepas menjamu selera, kami bertolak ke poring jam 330 petang.. begitu jugakla poring mcm 2tahun dulu.. tetap xberubah.. lepas berposing2 dan merendam kaki d air yang suam2 ’cekam’ itu, kami pun keluar dan membelek2 souvenier yang dijual di sepanjang jalan.. hehehe, sempat gak beli key-chain utk diri sendiri dan Rosnah( housemate aku yang xdapat join sebab balik g konvo d UPM, Tahniah Rosnah!)..

Jam 5 petang kami meninggalkan Poring,Hot Spring dan singgah jap d milimewa beli megi.. hehehehe, bekalan malam dan pagi esok.. syoknya makan megi dalam suasana sejuk malam sambil menonton Princess Hour,..hahahaha...jam 1130 malam baru aku tdor.. asyik menonton drama tu..hehehe..

SUNDAY/ 19 Oktober 2008

Jam 6pagi aku dikejutkan dengan suara excited teman2 ku yang teruja melihat gunung Kinabalu di depan mata.. sangat jelas.. Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan..berada di beranda chalet,kami pun berposing berlatarbelakang gunung yang tersergam indah... syok giler masa tu.. hehehehe..apapun, kami berpuas ati dengan trip ni walaupun sekejap saja.. Tuhan telah melancarkan perjalanan kami pergi dan balik.. apa yang dirancang berlaku tepat pada masanya dan semua yang kami nak buat berjaya dlaksanakan dalam masa yang ditetapkan.. alhamdullilah,.. jam 830 pagi kami meninggalakn Kundasang dengan kenangan di hati.. sampai di KK jam 940( itupun lepas singgah beli souvenier lagi d kedai kecil on da way turun dari sana)..hehehehe.. lepas menjamu selera di chicken rice shop, kami berjalan2 lagi d CP cari novel.. hehehehe. Pastu turun beli PIZZA.. lepas order kami jalan2 lagi shopping d Watson tapi tiba2 jak letrik terputus.. kelam kabut semua orang tiba2 gelap gelita d CP.. seminit kemudian baru On smula, itupun generator jer.. duit kena kasi pulang, sebab diaorang xdpt masak PIZZA.. huhuhu.. sedihnya.. Rosnah call jam 130, so kami trus bertolak ambik dia d airport.. after that pergi Mc D.. mujur letrik dah ada.. dapatla kami membeli bekalan makanan yang tiada d Keningau.. hehehehehehe... jam 3 kami bertolak balik ke Keningau..sempat gak posing2 d sawah padi d tambunan.. cantik tul pemandangan sawah yang menghijau... alhamdullah, jam 5 selamat samapai.. MUJURLA.. hehehehehe... len kali pergi KUDAT pula.. hahaha,, itu hanyalah rancangan, TUHAN yang menentukan.. AMIN...

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!