Friday, October 17, 2008

Pelajar Pukul guru?


hmm.. baru jer cakap tu ari, tengok.. apda dah jadi?.. salah pendidik kah? atau salah pelajar?.. inilah nasib kita warga pendidik.. niat baik, mencurahkan ilmu, tapi sampai diri yang terancam.. di mana salahnya.. terkejut juga aku menonton klip pelajar pukul guru kat TV3 semalam.. memang melampau.. kalaulah pelajar tu buat kerja yang diberi, kalaulah tidak menulis kata2 kesat.. tentulah semua ni xberlaku.. tapi itu jika kalau.. masalahnya tu pelajar tidak buat kerja sekolah lepas tu tulis lagi perkataan kesat,. bila kena tegur, mulala nak melawan., kurang ajar dan biadap dengan guru.. dimana hilang sifat hormat dan sayangkan guru?.. aku ingat lagi masa belajar dulu dalam tahun1987-1997.. memang aku tak pernah nampak pelajar melawan guru.. semua takut, dan hormat bila jumpa cikgu. termasuklah aku, guru praktikal pun aku sayang ini pula guru yang banyak membantu aku belajar dn tahu apa itu ilmu pengetahuan. sampai sekarang aku masih ingat nama-nama guru yang banyak berjasa padaku,.. arwah cikgu saadiah, cik tey, cikgu amin... dan ramai lagi.. semua jasa dan pengorbananmu ku kenang..
dunia2.. mungkin peredaran waktu membuatkan sikap juga berubah.. tiada sudah nilai2 kasih sayang dalam diri remaja.. mengejar kebebasan dan keseronokan semata2.. ada yang datang skul hanya untuk dapatkan sijil berhenti sekolah.. itu yang kadang2 timbul masalah disiplin sebab niat belajar tiada dalam diri.. sebab tulah, kerja rumah pun tidak mau buat.. macamla guru ni yang nak sangat menanda kerja rumah padahal itu sudah tugas harian. menanda dan memeriksa kerja rumah pelajar. kalo bukan tugas guru siapa lagi?..tapi pelajar tidak paham.. bila kena marah, mula nak tunjuk besar kepala, ego.. tapi kalau sudah salah takkan masih mahu berlembut.. guru pun ada hati perasaan, ada rasa marah.. sabar pun ada hadnya,.. sendirila fikir...

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!