Monday, November 24, 2008

Funfair dan Majlis Perpisahan Di Rahmat Rest.



Macam dah lama tak menulis sesuatu d sini.. sejak tidak dapat online setiap hari, aku hampir2 lupa yang aku mempunyai banyak perkara yang hendak dicoretkan...seminggu ni aku bz menguruskan soal perpindahan.. pergi PPG Keningau buat tuntutan elaun perpindahan dan kargo . kemudian di sekolah lagi minta cop dan tandatangan bos untuk borang-borang perpindahan.. semuanya hampir selesai..

apapun thanx to my dear students, tracey, chong, cheronie sama august yang bertungkus lumus menolong aku packing barang tu hari.. banyak juga rupanya barang2 ku yang terkumpul selama 6 tahun ni.. hehehehe... puas hati betul dengan semangat students ku yang sedia berkhidmat untuk kali terakhir kat aku.. rasa terharu betul.. thanx girls.. cikgu takkan lupakan kamurang..hari rabu ni barang-barang aku akan dibawa kargo..

malam Khamis tu ada berkumpul ramai2 di Rahmat makan2.. malam sebelum tu jugak ada pergi funfair sama-sama.. aku,ong,ashraq,winn dan cyp.. seronok juga tenguk diaorang memancing botol.. harap2 dapat seekor teddy bear.. tapi, hehehehehe.. paham2 jelah.. diaorang patut belajar memancing dengan si Lau.. hahahaha..

terasa sangat yang detik2 perpisahan kian hampir tp apa boleh buat.. ”what will happen will happen’ dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!