Monday, November 10, 2008

hari terakhir persekolahan


Akhirnya hari ini sampai juga..bukan hari yang ku tunggu tapi mahu tidak mahu aku terpaksa melalui pengalaman terakhir berada di alam persekolahan ken hwa.. kali terakhir berada dalam perhimpunan sekolah mendengar lagu sekolah dan lagu negeri sabah di
mainkan memang amat menyayat hati.. Tuhan saja yang tahu betapa aku sayangkan sekolah ini..rasanya baru semalam cikgu Lee menjemput aku di PPG.. maseh terngiang2 lagi soalanku pada cikgu lee.. "jauh lagikah ken hwa.?"
tapi semua tu 6 tahun yang lalu,.. aku akan meninggalkan ken hwa dan memulakan hidup baru di sekolah baru..aku betul2 rasa sedih.. tapi aku tetap menjalankan tugas2 terakhirku sebagai S/U SPM.. berjumpa dengan ketua pengawas dan meng
edarkan slip kemasukan SPM.. esok, lusa aku akan tetap berada d sini..Bila datang si tracey, chong, cella, august dan cheronie aku tambah sedih memikirkan yang diaorang membesar d depan mataku.. sejak form 2 aku mengajar matematik samapaila sekarang diaorang sudah d tingkatan 5.cikgu sayang sangat pada korang..
lepas sekolah, kelab keluarga ada buat sedikit jamuan yang juga mengundang airmata.. ken hwa dah macam keluarga sendiri.. di mana lagi aku dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekerja seperti warga ken hwa.. paling menyedihkan masa jamuan, masa dminta
berucap tiada d situ 3 orang sahabat baikku.. Ong, kakak dan Winn.. si cyp saja yang bagi aku kekuatan untuk terus berucap.. thanx cyp.. kalo ko tiada masa tu mungkin saya sudah tidak mampu berkata2... aku sangat sayangkan kawan2 ku kat sini.. saat tu aku sedar aku sudah mula merindui winn,kakak, ong, cyp, easy, ming lu, ashraq,chan, adik2 housemateku dan semua yang amat baik denganku d ken hwa.
kawan-kawan,... saya harap kamurang takkan lupakan saya sampai bila2.. mesti ingat si JOJO ah..walaupun mungkin ada yang gembira bila saya berpindah, tapi sayaxkisah, sebab saya tahu saya ada kamurang yang sangat baik pada saya.. saya sayanggg kamurang..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!