Saturday, December 27, 2008

kiss goodbye

Apa aku buat kebelakangan ni?.. minggu lepas ada pergi lapor diri d sekolah baru,.. my new company, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA,BALING KEDAH.. kira2 dalam 1/2 jam jugaklah nak sampai situ.. sama gak masa d keningau dulu, walaupun dekat keluar rumah pun dah 6.30pagi, sampai sekolah dah dekat kul 7.. hehehehe,. harap2 kat sini tak traffic jam macam kat sanala.. kalo tak alamat kena jalan jam 6 la kalo gitu.. hehehehe.. sekolah buka jam 740pagi.. itupun kalo kena ngajar sesi pagi.. sesi petang kul 1.20petang start,. alamak, tak nakla ajar petang..

30hb ni ada meeting.. baru tau agihan tugas macam mana... apapun, aku terima jer.. apa yang berlaku, apa yang ditentukan untuk ku adalah yang terbaik.. semua yang Tuhan beri dan rancang untuk ku adalah yang terbaik dan ada rahmat disebaliknya.. macam dulu, aku menangis almost everyday bila dapat posting sabah.. memang tak nak pergi tapi terpaksa.. last2 baru aku tau kenapa aku dihantar ke sana... Tuhan Maha Adil,.. Dia berikan aku kawan2 yang sangat baik dan mengajar erti hidup berdikari.. jauh dari family .. banyak yang aku belajar.. pengalaman hidup yang sang sangat indah di samping kawan2.. kalolah aku tak pergi Sabah, aku takkan kenal kakak, ong, win, jipang dan semua kawan2 d Ken Hwa.. may be juga aku takkan tahu sebut 'jangan bising' dalam bahasa cina dan aku may b tidak akan pernah tahu adanya lagu "kiss goodbye'.. paling penting aku belajar bekerja sebagai seorang guru.. mendidik pelajar yang banyak perangai dan kerenah,. ada ketika ketawa, adakala marah.. tapi semua tu untuk kebaikan diaorang juga..

sekarang aku belajar untuk melepaskan Sabah dan Ken hwa... bak kata ong, tempatku bukan di situ lagi.. betul cakap kokong.. adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik.. yang pasti persahabatan tidak akan terputus sebaliknya semasa berjauhan, persahabatan akan makin kuat sebabnya disaat seseorang itu telah tiada masa tulah kita akan sedar keistimewaan orang tu dan akan mula sedar erti rindu..Istimewa kah aku?.. ong cakap aku sangat istimewa.. betulkah kokong?.. ko pun sangat istimewa..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!