Tuesday, December 9, 2008

Pengertian..

kelmarin kokong dah pergi Hong Kong.. sebelum dia terbang ada call kejap.. hehehehe, ada perancangan terbaru ni.. ( hanya aku dan kokong yang tahu).. hehehehe, ingat janji ko ah kokong.. hehehehe,..semangat ni nak kumpul duit ni.. sekarang ni mayb dia sedang hav fun di sana.. bestnya kalo aku pun dapat jalan2 tenguk tempat orang.. jauh perjalanan kan luas pengalaman.. bosan gak lama2 d rumah..
kelmarin gak kokong ada tanya "apa beza antara hari raya aidiladha dengan aidilfitri".. so ni jawapannya.. jangan ko tidak baca ahh kokong...penat saya tulis ni,.

Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa.. Anaknya Nabi ismail pun sanggup dikorbankan bagi menunaikan perintah Allah.. Di saat Nabi Ismail hendak dikorbankan Allah telah menukar ganti tempat nabi ismail dengan seekor kibas/ kambing. Terbuktila kesetiaan nabi ibrahim dan nabi Ismail kepada Allah Swt. Maka setiap tahun tanggal 10 Zulhijjah (kalender Islam), seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aildiladha/hari raya korban.

Banyak pengertian yang kita dapat dalam menyambut bulan Zulhijjah ini. Ibadah korban juga menjadi satu perkara yang amat sinonim di dalam bulan ini. Korban biasanya disedekahkan kepada orang-orang miskin...kira dalam beraya tu kita buat amal sosial untuk orang lain..

Hari raya Aidilfitri pula merupakan hari kemenangan kepada umat islam kerana berjaya mengharungi dugaan, lapar dan dahaga selama sebulan sepanjang bulan puasa..itulah bezanya.. sikit saja saya dapat tulis.. harap2 ko faham.kalo tidak faham ingatkan saya bercerita bila kita berjumpa nanti.. kita akan jumpa lagi kan?. hehehehe.. miss u kokong..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!