Friday, January 30, 2009

My tag!

sekarang aku kat umah eda.. sedang testing broadband kat sini..bleh tahan gak laju dia.. takderla berjanggut sangat nak tunggu.. hihihihihi... ada dapat tag dari mek ton.. nanti balik umah baru aku jawab soalan2 ni k?... dan sesapa yang kena tag balik tu jangan lupa jawab k? hihihihihi

1. Kalau kau tinggal seorang diri di dunia ini. Apa kau akan buat?

aku akan bertanya pada Tuhan ".. Why.. why me?..i'm alone..."

2. Apa kau akan lakukan jika kau hanya tinggal 24 jam sahaja untuk hidup dan kau boleh lakukan apa saja di seluruh dunia?

aku akan pastikan semua orang yang sayang bahagia,. dan kalo ada orang yang aku suka aku akan bagitau dia... 사랑해~

3. Berikan 5 nama untuk kau bawa ke mana sahaja.

i. my family

ii. kokong

iii. winn

iv. jipang

v. all my beloved frens

4. 3 sebab anda berblog?
i. sebab aku ada tempat bercerita
ii. senang nak stay in touch dengan kengkawan
iii. sebab orang lain blog,...so aku pun nak blog.. hihihihih

5. 2 cara untuk mengubah dunia?

i. ubah diri sendiri
ii. ubah pemikiran supaya lebih realistic

6. Siapakah sahabat pertama kamu?

i. my mom

7. Apakah mimpi kau yg paling teruk?
i. mimpi jumpa hantu dan kehilangan orang yang tersayang..

8. Kau bagaimana orangnya?
simple, suka terus terang dan suka ketawa

9. Terangkan kau punya cara?
caraku dan caramu berbeza..

10. Kau seorang pembuli?
aku selalu buli adik aku,.. hihihihi

11. Apa yang membuatkan kau panas?
i. cuaca yang panas dan sikap manusia yang ntah apa2..

12. Sila tag orang untuk membuat tag ini
i. eyna (hihihi..adik)
ii. charles
iii. winn dan jipang

What's Up?

hari ni jumaat.. apa aku nak buat..?.petang ni nak jumpa 2 orang kawan sejak kecik.. eda dan aton.. eda ajak g umah dia petang ni.. dia cuti seminggu dari KPLI.. ari isnin ni baru turun KL balik.. semalam adik ipar aku bagitau tayar keta aku sebelah dah botak.. alamak.. duit lagi.. nama jer baru dapat gaji, tapi banyak benda aku buat bulan ni.. kena simpan lagi sebab next month may b gaji stop sbulan.. tengokla... esok may b aku g kedai tayar..g alligment dan tukar tayar terus..

ahad ni dah sekolah.. huuhuhuh.. napa macam tak semangat je ni?.. kejap tol masa berlalu,. malas tul rasa.. macam baru jer minggu lepas aku g bukit ijau, g jumpa kokong.. huhuhuh.. kalola masa dapat diputar semula.. aku nak kembali ke tahun 2002.. masa mula2 posting dan umur baru 22 tahun.. banyak benda yang aku nak ubah dan rancang.. tak mau ada kesilapan langsung.. tapi mana boleh begitu.. masa yang pergi takkan kembali lagi.. i need to face the reality.. next year my age will start with number 3++... huhuhuhuh... rasanya banyak benda yang belum tercapai dalam umur 20-an ni.. takpala.. apa boleh buat.. tua mengejar kita.. lagipun, siapa tahu umur 30-an lebih menjanjikan pembaharuan dan kebahagian untukku,.. siapa tahukan..?

hmmm.. ahad ni may b dah dapat jadual.. so banyakla benda nak buat.. RPH,.. ABM semua nak kena prepare... blum lagi termasuk tugas2 lain... huhuhuhu.. hidupku akan kembali sibuk dengan kerja2 sekolah.. tapi sibuk2 tak sibuk aku ttp nak happy go lucky.. dan yang penting tringin nak download citer ni.. hihihihihih.. WHAT'S UP FOX?


Alternative Title: 여우야 뭐하니 / Hey Fox, What You Want To Do?
Genre:
Comedy, Romance
Film Date: September, 2006
Total Episodes: 16
Korea Casts:
Chun Jung Myung, Jo Yeon Woo , Kim Eun Joo , Ko Hyun Jung, Son Hyun Joo
Description:
The story is about a not-so-bright older girl of 33 years old with a heart of a 24-year-old called Go Byeong Hee, who works as a reporter in a third-rate magazine company and dreams with a "platonic love and relationship" with her friend's brother who is nine years younger than her. What she dreams of, is working for a company that she can be proud of and finding a man who can provide warm support when she needs it. In addition, she wants to go on a world tour in a camping car with her new love. Suddenly, she gets into an accident with her friend Seung Hye's brother, Park Chul Su. He is a 24-year-old male working as a mechanic at a car repair shop. Although Chul Su does not have much in life, he is filled with ambition and enjoys life by doing the things he loves, working as a mechanic and traveling. How many people actually find the love they dream of? Until they realize that true love is just around the corner, this couple continues to pursue this unique romantic relationship of "dating a friend's brother" and "dating my sister's friend".

p/s: hahahaha, marah marah gak, sedih sedih gak.. tapi kena gak cari benda untuk buat kita happy kan?

Thursday, January 29, 2009

Panas hati


aku panas! aku marah betul.. minggu ni memang minggu bad mood aku.. tak tahula.. selalu jarang gak aku nak tarik muka atau melenting mcm ni.. kalo sudah buat salah aku tegurla.. pastu aku plak yang kena marah balik.. kadang2 kita boleh rasa sendiri yang orang tu dah berubah atau tak macam dulu.. dah memang sikap aku suka terus terang..kalo aku cakap aku tak suka, tak sukalah.. ini aku yang kena balik..dahla tu, bukan nak pujuk cakap baik2.. hantam lagi adala.. suruh aku terus terang.. padahal aku dah bagitau dah yang memang gayanya tu aku buat aku terasa hati.. sekarang ni aku dah malas nak peduli.. biarla,.. kalo dah 8tahun kenal pun masih2 tak paham2 biarla.. yelah,.. sekarang dah senang.. dah banyak kawan.. kalo dulu mungkinlah aku yang dicari.. aku pun tak paham.. kenapa manusia mudah berubah.. kenapa tidak boleh seperti dulu.. susah sangatkah? biarlah.. aku dah malas nak pikir.. buat susah hati jer.. kadang2 nak keraskan hati ni.. biarlah apapun orang nak cakap.. aku akan pekakkan telinga ja.. layan lagu korea lagi best..
dahla plan nak g perak tak kesampaian.. ingat dapatla jumpa anak2 buah tapi tak dapat.. apa boleh buat.. manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan,..

Tuesday, January 27, 2009

merisik...?

hari ni aku dan family ke pantai merdeka.. bukan nak g lepak tepi pantai tapi... ehem... pergi merisik.. bukan untuk aku tapi untuk adik lelaki aku.. hehehe.. memula ajak dia gi sekali tapi dia tak nak.. malu ler konon.. yelah, dia dengan budak perempuan tu pun tak kenal.. kira family yang nak arrange kan.. hihihihi.. aku pun tak sabar gak nak tenguk rupa bakal adik ipar aku.. ( hihihi, insyaallah kalo ada jodohla..)..
kami sampai sanapun dalam jam 3 macam tu... dah tenguk dah pun bakal menantu mak aku.. hihihi.. umur 21 dan berkulit cerah orangnya.. tak tahu nak explain rupa orang ni.. insyaallah kalola ada jodoh nanti aku uploadkan gambar kahwin diaorang.. hihihii..
dalam kesibukan mencari jodoh untuk adik ni, adalah terdengar suara2 orang bertanya.. "kakaknya bila lagi?".. aku sengih jer.. bagi aku jodoh tu urusan tuhan,.,. bak kata kokong.. kalo ada adalah,.. ya betul.. aku setuju tu.. kalo tuhan dah tetapkan takda jodoh, tak adalah.. ntahla.. susahlah nak cakap soal ni.. malas tul nak pikir.. bila tenguk kawan2 yang dah kawin dah ada anak rasa jeles gak... tapi ntahla.. bukan senang nak cari orang yang bleh terima kita seadanya.. nak kawin pun kena tenguk juga.. bukannya main tarik jer.. nak hidup bersama bukan sehari dua.. kalo dapat yang baik tak apalah,.. sekali yang ntah apa2.. haa,.. sapa nak jawab tu?.. kesimpulannya.. kalo ada adalah.. kalo tak ada tak adala...

Saturday, January 24, 2009

pertemuan dan perpisahan



i'm home.. tadi jam 830 aku keluar rumah menuju ke airport.. nak dijadikan ceritakan aku terlepas pandang simpang ke arah jambatan..apa lagi terlepas la aku ke tol butterworth.. mujur tu hari pernah terlepas ke situ dengan aton..so tahula kat mana nak u-turn.. jam 930 aku sampai bayan lepas.. kebetulan flight kokong pun baru landing.. so sempatla aku sambut dia.. (tapi sebenarnya dia yang sambut aku..ada ker patot aku yang sebesar2 pintu tunggu dia tak nampak.. hahahaha...terus dia keluar cari aku kat luar padahal aku maseh menunggu kat dalam)....
Rasanya banyak benda yang kami borakkan,.. start dari airport sampailah ke Sungai Petani.. kejap betul masa berlalu.. sampai kat sungai petani makan kat secret recipe (kokong belanja..hehhehehe),.. borak2..baca surat wasiat kakak pastu hantar kokong ke Parkson Taman Sejati sebab dia akan balik kangar dengan abang dan family dia.. jam 130 kami berpisah semula.. rasa sangat sedih...3jam rasa macam terlalu cepat.. sedih tul bila tengok dia pergi.. ntah bilala dapat jumpa dia lagi..apapun aku rasa sangat terharu dan gembira sangat walaupun pertemuan tu singkat ja.. dah lama rasa tak ketawa dan bergurau macam hari ni... Tq kokong.. harap dapat jumpa ko lagi..
thanks juga untuk kawan2 yang lain (kakak,jipang,winn,pura,rosnah dan rem) yang menjadikan kokong mcm santa claus.. hehehe.. dapat gift dari diaorang.. rasa sangat terharu.. terima kasih sangat2.. kamurang ingat dan rindu sayapun sudah cukup..sayang kamu semua..사랑해~
kokong.. di depan PARKSON RIA, Sg Petani

kain dari rosnah,pura dan rem, CD ICT dari REM, pen drive min dan angpow dari kakak.. hihihihi

(new pal -- MOOOOO--.. from kokong,kakak,winn dan jipang.. hihihih..( mujur tahun ni tahun lembu..사랑해~ )

Kokong...사랑해~



hehhehehe... hari ni 24hb.. sekarang jam 7:08 pagi..jap lagi aku nak bersiap2 untuk ke Bayan Lepas pulau pinang.. my bestfren kokong is on da way home for CNY.. so we planned to meet today.. hehehe.. actually really miss him a lot..
ingat lagi mula2 d ken hwa.. dia antara orang terawal yang rapat dengan aku selain kakak.. semuanya bermula dengan Kursus Etems yang kami ikut sama2 d SMK Gunsanad..masa tu tahun 2003. sebelum tu aku ingatkan dia sangat serius ( maklumla.. guru jadual waktu) tapi bila dah kenal bleh tahan juga kelakar dia.. gila2 gak macam aku ngan kakak.. Sejak dari hari tu kami very close.. dia macam abang, suan macam kakak.. bila aku berdepan dengan banyak masalah, hati sedih semua aku luahkan pada kokong.. kalo bercakap sejam mesti sejam juga dia terpakasa berbahasa melayu dengan aku..hihihih.. kesian kokong.. tapi dia memang sporting.. and a motivated person of course..yang paling best dia memang baik dan caring.. bukan kat aku jer kat semua orang termasuk kawan2 yang lain juga students.. aku rasa dia antara guru yang paling budak sayang di ken hwa..apapun kokong memang best!aku tak pernah jumpa chinese man yang boleh rapat dengan melayu macam kokong.. paling tak boleh lupa masa bulan puasa lepas, masa balik semayang terawih tenguk ada "dunkin donut' atas kereta aku.. rupanya dari kokong.. dia belikan d KK.. ada juga sekali dia hantar PIZZA ke rumah.. malah, bila hari2 terakhir aku kat Sabah, kokongla yang selalu temankan aku ke sana sini.. pergi makan sama2.; temankan aku urus borang kargo di PPG..TQ kokong...semua kenangan tu saya takkan lupa.. ( orgon,.pintu surau, kecorong..semuanya saya akan ingat dan ketawa sorang2).. Memang semua d ken hwa tahu kami rapat.. Rapat dan baikpun bukannya bermakna kami tak pernah bergaduh.. pernah..bukan sekali tapi banyak kali.. dalam setahun tu mesti gak bergaduh sekali.. ( hihihih.. lucu plak bila ingat balik)... apapun sekarang aku sedar bila bergaduh actually itu akan buat kita tambah rapat dengan seseorang.. apalagi bila seseorang tu adalah kawan baik kita..satu hari nanti aku akan bercerita pula pasal 3 orang lagi kawan baik aku kat sana KAKAK, WINN dan JIPANG..
sebenarnya aku rasa sangat excited nak jumpa kokong ni.. banyak benda nak diceritakan.. pasal sekolah baru, kawan2 baru,pasal sm ken hwa dan kawan2 kat sana.. rasanya bagus aku bersiap sekarang.. hehehehe.. jumpa ko nanti kokong...Kokong...사랑해~

Friday, January 23, 2009

miss my nephew!


masuk ari ni dah seminggu lebih tak jumpa anak adik aku ni.. rindu tul rasa.. selalu kalo dia ada kat umah mesti rasa sangat happening dengan telatah dia.. kadang2 tu balik keje penat pun terasa hilang bila dapat peluk dan dukung dia..sekarang aku tahu kenapa member2 aku yang dah ada anak suka tul blog pasal baby diaorang.. sebab rasa sangat happy dan puas dapat berceloteh pasal anak sendiri.. aku?.. hehehe.. berceloteh pasal anak saudara jelah.. takpun anak mata..eh tak..anak tekak.. takpun anak tudung.. hehehehe
alamak, bestnya ada baby.. ari selasa ari tu ada g lawat dia kejap.. dah pandai bersalam,pok amai2 dah.. comel.. mulut pun bising macam mak ngah jugak.. kuat makan macam mak ngah juga... hehehehehe... cute pun cam mak ngah.. hahahaha.. rindunya.. ahad ni baru dia balik.. tengukla.. bila mami dia dah lahirkan 2nd child aku culik dia.. hehehehehe... miss u ara..

ala..tiutnya dia...

Lata Bukit Hijau

Hari ni macam yang dijanjikan aku,aton,adik dan aja pergi berkelah d Lata Bukit Hijau.. rasa2 tempat ni juga antara port menarik kat kedah..lagipun jarak dari rumah aku dalam 1/2 jam.. hehehehe...tempat ni lebih kurang macam mahua la di Tenom.. huhuhuh,..teringat kenangan masa p mahua tahun lepas sama2 ashraq,adik2 rumahku dan min.. macam baru semalam ja bergelak ketawa macam dugong dalam air..

kami sampai sana dalam jam 9am.. memang tak dar orang..cuma adala bebudak sekolah yang tengah camping kat situ.. pas dapat port yang menarik kami menyelamla macam tak pernah jumpa air.. hehehehe... sejuk.. tapi memang best..aton ada bawa nasi lemak. aku plak bawa sandwich jer.. hehehehe.. pas makan menyelam balik pastu makan balik.. hehehehe..air plak memang sejuk giler,,,... hehehehe,..apapun viewnya memang cantik


Thursday, January 22, 2009

Cuti CNY

yes!.. esok start cuti seminggu for chinese new Year.... hehehehe.. bestnya.. macam banyak benda aku nak buat cuti ni:

i. balik skul ari ni nak g SP dengan adik. bayar segala bil (astro,keta,credit card)

ii. esok nak g kelah dengan bestfren sejak kecik (mekton).. hehehehehe.. may b g Bukit Hijau..

iii. Lusa nak jumpa kokong d bayan Lepas,penang.. dia balik Chinese new year..

iv. 26-28hb pergi Perak umah abang,..lawat anak2 buah.. hehehehe.. bestnya..


hmm.. bila la dapat g Sabah lagi ni.. apapun kepada semua.. HAPPY HOLIDAY and Happy Chinese New Year for those who celebrate ( kokong,kakak,easy,chan,charles,ang and others) ala.. this year takderla limau ngan angpow lagi.. huhuhuhuh.. HEPI HOLIDAY!!!


MySpace Comments

Wednesday, January 21, 2009

ICT room

rasa2nya salah satu tempat paling menarik in my new school is the IT room.. very large and condusive for lesson..Actually there're 2 rooms for ICT. Each room is complete with 20 pc also with air-cond and got a nice environment.i believe it's a good start for me as IT's teacher.. hehehehehe...
p/s: cool isn't it?.. Jip.. any fungus?...heheheehehehehe

Sukan SM Ken Hwa

Semalam ada YM dengan Charles.. dia bagitau dia ada tagged gambar-gambar masa hari sukan ken hwa 2009 di facebook.. huhuhu,.. rindunya.. walaupun tak berada kat sana, tapi apa yang berlaku d sana macam turut sama aku lalui.. semua aku tahu.. dan paling gembira bila BIRU juara lagi tahun ni.. hehehehe.. happy sama.. teringat lagi masa sukan last year aku sama2 easy, pura dan jessica berhempas pulas siapkan blue hypo untuk dijadikan maskot..( nanti aku upload gambar tu).. bila teringat balik rasa sangat happy.. very sweet memories..apalagi bila biru menang maskot terbaik tahun tu.. bestnya!.. dengar2 this year biru tak menang maskot.. takper.. yang penting johan! hehehehe...


i miss them so much!

not impressed with the CJ7 but the men beside it,.. Mr principal and Mr. Jeromie!

Cukup bersinar Mascod rumah kuning...bunga matahari..macam kostium untuk rancangan budak budak d astro ceria! ( dipinjam dari kata2 yau.. hehehehe)


pancaragam sekolah

i wonder when i can play this instrument?

Anyway,.. thanx to charles coz make me back to SM Ken Hwa.. i owe u with da pics.. thanx yau.. agaknya inilah yang dikatakan orang.. jauh d mata tapi dekat d hati...

happy belated besday!!



hari ni buka ja mata masa bangun tidur, wajah seseorang ja yang aku teringat.. Nath!.. hari ni dah 21 hb.. maknanya aku dah terlewat wish besday untuk dia yang jatuh semalam ( 20 januari 2009).. alamak.. apa punya kawan la aku ni.. huhuhuhuh....HEPI BESDAY NATH!... SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DMURAHKAN REZEKI...
Nath ni nama sebenar Rowena bt. George... Orang kuat sukan kat Ken hwa.. rindu rasa nak jumpa... sori nath,... jangan ingat sia lupa ko sudah ah... sia ingat cuma ter'miss' satu ari ja.. huhuhu..

Tuesday, January 20, 2009

Snow white/ taste Sweet of Love



korean drama recomended! disebabkan tahap keboringan yang amat melampau akupun merajinkan diri men'download' drama korea ni.. mula2 ingatkan tak best.. tapi lama2 best gak citernya.. hehehehe..


Ma Young-Hee (Kim Jung Hwa) has been in love with her best friend Han Jin-Woo (Yeon Jung Hoon) since the first time they met in high school. Han Jin-Woo, on the other hand, does not see Ma Young-Hee's love for him and blindly goes out with other girls in front of Ma Young-Hee. On a trip to Japan, Young-Hee meets a young man on the street who takes her back to his apartment since she is drunk. Young-Hee accuses this man of raping her even though he didn't, but before she can rightfully press charges, he runs away as the government officials of Japan chase him down for an expired visa. Upon returning to Korea, Jin-Woo stops by her apartment and introduces his younger brother, Han Sun-Woo (Lee Wan) who just happens to be the young man she met in Japan. Jin-Woo asks if Sun-woo may stay at her place, and Young-hee accepts out of love for Jin-Woo. The story unfolds as a sudden high school classmate of Young-Hee, Jang Hee-Won, (Oh Seung Hyun), begins to court Jin-Woo.

My word: so apa lagi jipang, aton and da geng.... download la citer ni.. korang mesti suka.. hehehehehe

Sunday, January 18, 2009

kasihan..




semalam dapat call dari adik2ku di keningau.. khabarnya tuan rumah nak masuk rumah balik.. jadi terpaksala diaorang cari rumah baru..alalala, kesiannya aku dengar kisah diaorang kat sana.. apapun, aku harap diaorang dapt cari rumah sewa baru.. lepas ni rumah no 43, taman luagan keningau akan tinggal kenangan jelah untuk kami.. sebenarnya hampir 6 tahun jugak aku sewa rumah tu.. tak sangka plak, tahun selepas aku pindah, tuan rumah nak renovate plak umah tu.. dah la rumah tu sangat secure.. sebab tu dulu aku berani stay sorang2 hampir 2tahun tak da housemate.. kesian adik2 ku.. sabar jelah yek..

ari sabtu baru2 ni SMKTP ada merentas desa..apa nak diceritakan yek?.. ntahlah.. rasa lain sangat dari masa bersama2 ken hwa dulu.. tempat jatuh lagi dikenang.. inikan pula sekolah pertama posting.. segala2nya terasa ada kelainan.. kat sini aku tak enjoy sangat.. ingat lagi last year sama2 jaga checkpoint dengan kokong dan winn.. happy sangat masa tu.. huhuhuh.. dengar2 diaorang dahpun sukantara dan next week plak ada sukan.. aku kat sini, blumpun lagi sukantara.. dengar2 juga next week dapat jadual waktu.. ntahlah.. lama2 naik boring gak aku kalo tak da kerja..

Monday, January 12, 2009

Rumah sukan



apa aku buat hari ni.. actually aku blum dapat jadual waktu.. so just wait dan urus kelas 4 MELATI.. sebab kat sini aku jadi guru kelas.. kelmarin dan tadi aku sibuk uruskan pinjaman buku teks.. teringat kat alfred dan kak V yang jadi orang kuat SPBT di ken hwa.. huhuhu

kelas2 kat sini diambil sempena nama bunga.. bunga Anggerik, melati,mawar,kemboja,kemuning,seroja.. hehehehe.. kalo kat ken hwa dulu ada setia, sopan,rasional,jujur,amanah dan berani.. rumah sukan pun nama berbeza.. kat ken hwa nama sempena perwira2 sabah, tapi kat sini mengambil nama pembesar2 melayu macam laksamana,temenggung,bendahara dan syahbandar..

sebut pasal rumah sukan, tadi ada perjumpaan rumah2 sukan di SMKTP.. aku rumah laksamana (MERAH).. kalo kat ken hwa aku rumah Peter Mojunti (BIRU).. dengar2 kat sana biru juara merentas desa lagi this year.. hahahaha,.. bangga gak aku kat sini dengar.. hari sabtu ni ada kejohanan merentas desa.. so esok dan lusa ada latihan rumah sukan kat sekolah.. terpaksala aku stay kat sekolah.. nak balik rasanya tak berbaloi kot.. yelah,. 30 minit tu.. penat jer drive.. tengukla macam mana nanti..

Saturday, January 10, 2009

My wish..





hari ni genap umurku 29tahun.. hooreey?.. dah tua.. huhuhuhuh.. kalo tahun2 lepas aku celebrate d Keningau bersama2 kawan2.. nampaknya this year aku keseorangan je kat umah... no celebration.. teringat lagi last year.. 3 kali make a wish, 3 kali tiup lilin.. rasa sangat terharu masa tu... sekali bersama kakak dan kokong, esoknya sama2 jipang, yengkey and the geng.. then the next day with my dear students (t.c,indut,ogos,chong dan cella).. apa boleh buat, masa berlalu dan yang tinggal hanyalah kenangan manis untuk seumur hidup.

My wish?.. apa wish aku erk?.. banyak.. biarlah aku seorang yang tahu.. hidup ni macam jigsaw puzzle.. perlu dilengkapkan..dan hidupku belum lagi complete.. banyak lagi perkara yang belum lengkap dalam hidupku.. tahun depan dah nak melangkah ke alam 30.. tak tahulah.,..kenapa macam tidak excited jer ni?..
tadi pagi terharu tul bila dapat mesej dari kawan2 dan juga panggilan dari rosnah, pura dan rem.. angkat2 jer terus diaorang nyanyi lagu happy besday.. thanks adik2ku.. semalam pun kokong ada call wish.. jipang ada wish di facebook, c winn email kelmarin... awal tul diaorang wish.. hehehehe..apapun, tq atas ingatan kamurang...i really appreciated it..

sangat rindukan semua di sana...apapun.. happy besday ke-29 to me.. semoga dipanjangkan umur dan dmurahkan rezeki.. aminnn...

Thursday, January 8, 2009

Adik-adikku


malam ni online lama skit.. lagipun esok tak sekolah..harap2 dapat YM dengan safurah, rem atau rosnah.. tapi macam kelibat diaorang tak kelihatan malam ni.. mana kamurang oo adik2ku... rasa sangat rindu..


malam tu ada call diaorang jap.. rasa tak kering gusi mengusik rem.. hehehehehe.. selalu kalo kat sana mesti bising giler rumah.. kalo dinding rumah tu tak kukuh mesti dah lama runtuh mendengar gelak ketawa kami... harap2 cikgu marzuki ampunkan dosa2 jirannya ni.. memang sangat happy sama2 diaorang.. ada ja benda nak buat lawak dan gelak..bila la semua tu akan kembali terulang kan?..apapun, kalo korang ada terbaca entry ni, ketahuilah yang kak joe sayang dan sangat rindukan korang.. ROSNAH, SALWA dan SAFURA...


jangan lupakan kak joe yer.. kenangan di kundasang, TVRC, KK.. semuanya masih kukuh dalam ingatan kak jo.. teman2kan si min juga dengan abang jeff jugak ye.. hehehehehe..

ICT literacy

Apa kebendanya tu.. apuu.. sakit kepala beta...tadi kawan baruku mesej.. dia bagitau aku kena ajar 3 subjek.. Science form 4, ICT form 4 dan ICT Literacy Form 1..1st time aku dengar subjek tu.. rupanya itu subjek untuk programming mcm words, xcel..oo..itu senang jer..

yang aku pening sekarang ni ICT.. memangla aku dulu opsyen IT tapi dah lama tak sentuh bab2 programming.. tambah2 visual basic.. dulu masa kat UUM belajar JAVA dengan c++ jer.. wawa.. minn... tolong kak joe...
apapun.. positive thinking.. kau boleh jojo!!!

Wednesday, January 7, 2009

Selamat hari jadi!!!


Hari ni 07 Januari 2009... Selamat hari jadi yang ke 28 to ashraq rafiqan arham.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Aminn.. Cepat2la kahwin ye dik pastu jangan lupa jemput..macam baru je kelmarin wish besday ashraq yang ke 27 di Keningau.. cepat tul masa berlalukan.. ? apapun semoga berjaya di tempat baru.. tapi dengar2 sekolah baru tu skima skit.. tak taulah skima yang macam mana... janganla lepas ni ashraq pun skima jugak dah ler.. hehehehe.. tak leh nak imagine mcm mana rupa ashraq yang hepi go lucky tu jadi mat skima.. hehehehe.. mesti lucukan?....hahahahahahaha

Tuesday, January 6, 2009

Tragedi..

Hari ni awal pagi aku bertolak ke sekolah.actually sekolah ni 30km dari rumah.. so,lebih kurang 30minit jugakla aku drive.. itupun kalo tak tersekat dengan kereta orang lain yang punya main slow.. kadang2 bengang gakk.kuar awal tapi sebab orang lain sampai sekolah lewat.. hari ni ada satu kejadian yang agak tragik.. ada sebuah kereta kat depan aku bleh tahan slow gak dia bawa.. tiba2 ja dia langgar sesuatu kat depan.. aku lak tak sempat ngelak.. rupanya seekor kucing.. rasa sangat bersalah sebab turut terlanggar sama.. huhuhuhuhu.. masa balik ternampak bangkai kucing tu.. berdosa tul rasa.. tapi bukan aku yang langgar,.. rasanya masa aku terlanggar tu mesti dah jadi mayat.. kesian tul..

just imagine kucing yang dah mati terlanggar pun rasa bersalah apalagi kalo manusia yang tak bersalah kena bunuh.. geram tul dengar berita sekarang pasal rejim zionis yang sedang membuat kaco d palestin.. sedih tul tenguk mayat kanak2 yang tak berdosa menjadi mangsa,,.. bukankah perbuatan Yahudi ni boleh disamakan dengan pengganas... Amerika Syarikat kan menentang keganasan.. kenapa tidak ditentangnya Zionis yang tak berperikemanusiaan tu.????. memang tidak adil.. mentang2la sekutu.. geramnya aku.. semoga Allah melindungi rakyat palestin..

apa aku buat di sekolah hari ni?.. jadual belum dapat.. tapi jam 9 ada meeting pembahagian kelas.. aku pegang kelas 4 Melati.. so ada 39 pelajar kena handle esok.. hmm.. dah lama tak jadi guru kelas ni.. tapi tak apalah.. what will happen, will happen right?.. tak perlu mengeluhkan?..

rindunya pada ken hwa.. hari2 rindu.. macam manala ni..tadipun dapat sms dari Chan yin Ling.. dia cakap "miss u lar jojo".. uhuhuhuhuh.. ketahuila chan.. aku juga merindui ko dan kawan2 di sana..hidupku pun dah tak seceria dulu.. family saja yang kuatkan semangat aku kat sini.. tadi petang pun termenung saja d tepi pintu bilik.. hmmm... RINDU..

Monday, January 5, 2009

memori tercipta

hari ni 2nd day aku d sekolah baru.. rasa sangat rindukan kawan2 d ken hwa.. bukan bermaksud aku tak ada new friend kat sini.. ada.. ramai sangat.. tapi ntahlah,.. maseh rasa sunyi.. may b sebab jadual waktu pun blum dapat,.. hari ni sehari aku dalam bilik guru mengadap laptop ja.. mujur ada wireless.. kalo tak mau aku gigit jari tak tahu nak buat apa..
sekarang dah jam 8 malam.. esok may b dapat jadual waktu.. sebenarnya aku ada video nak upload tapi biasala kalo guna broadband yang lembab ni.. mau berjanggut tunggu pun lum tentu dapat upload.. so may b aku akan upload esok d sekolah.. itupun kalo maseh free la..
rindunya pada kokong... mana ko ooo?.. jipang!.. how's you 1st day as master student? jangan lupa cari sumandak yang cantik di sana... yengkeyku,... takziah d atas pemergian datukmu.. kuharap kau bersabar ok.. aku tahu ko kuat..
apapun.. video ni kutujukan untuk kamurang bertiga termasuk ashraq.. dengar2 dia sedang berbahagia d shah alam.. dapat mengajar PJK dengan P.seni.. wahh..., bestla dia tu.. ari tu dia ada call.. seronok tul dia dapat subjek favorite.. aku ni ntahla.. masih lagi tertanya2.. dengar2 dapt subjek sains.. tapi tak tahulah... jangan diberi subjek Bahasa Tamil dah.. surrender awal2.. hehehehe.. Sattam poraley...

Sunday, January 4, 2009

Lagu untuk Yengkey..




hari ni 1st day d new school.. memang banyak sangat beza dengan ken hwa.. di saat ni rindu sangat kat yengkeyku.. selalu yengkey akan d sebelah mejaku.. banyak betul memori tercipta bersama kan yengkey?.. sia rindu ko ooo... huhuhuhuhu

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Saturday, January 3, 2009

Sayonara!

Semalam buka email dan dapat email dari my bestfriend winn atau yang selalu kupanggil yengkey.. antara isi kandungan email dia berbunyi seperti ini:-

aku jumpa si henry.. si henry sedang berkemas.. dia pun dapat pindah.. last minutes dia bilang nama dia dapat pindah.. henry kasitau lagi.. si kristin sama lau sama valerian pun dapat pindah.. dan sia tidak tau siapa lagi yang lain.. huhuhu... alalalaa sedihnya..

nampaknya sunyila ken hwa tanpa gurauan henry next year... ari tu henry mesej bagitau dia xdapat pindah dan terpaksa buat rayuan.. nampaknya berjaya gak dia dapat pindah.. pagi tadi dia mesej dapat sekolah Menengah Kebangsaan Kelombong, kk.. alamak,.. sedihla plak..

Henry ni sama-sama posting dengan aku.. kiranya dah 6tahun lebih bertugas di SM Ken Hwa.. nakal gak orangnya.. selalu masa meeting aku mesti bergelak ketawa dengan dia.. "MUJURLAH".. itu kenangan paling melucukan antara aku dan henry..nampaknya masa malam dinner ari tu adalah kali terakhir dia jadi MC dan mengusik semua guru d ken hwa.. hmmm... kalo aku kat sana mesti aku akan rasa sangat kehilangan hensem boy ni.. apapun henry.. Selamat bertugas di Sekolah baru.. Ken hwa pasti merinduimu.. begitu juga saya.. huhuhuhuhu...

Nampaknya semakin ramai yang meninggalkan ken hwa.. Rasa sayu pula fikir.. apapun persahabatan tidak mungkin padamkan.. dan ari tu ada dapat gak mesej dari seorang sahabat yang sedang berbahagia... dengar2 dia pun akan apply pindah next year.. siapa dia?.. tak berani nak bagitau.. sebab sudah janji rahsia.. nanti dia sendiri akan bagitau.. apapun semoga ken Hwa tetap sukses walaupun guru silih berganti... KEN HWA BOLEH!!!

Friday, January 2, 2009

New Year.. New Chapter!

wahh.. cepatnya masa berlalu... tup2 dah tahun baru.. 2009.. Cerita baru bermula.. new life.. new school and new chapter for me.. selama 365 hari yang akan datang aku akan melalui pelbagai kisah.. suka dan of course duka.. pahit manis ini akan aku harungi dalam usia 29tahun.. next year lagila mendebarkan sebab dah masuk angka baru.. 30tahun.. huhuhuhuh... apapun, andai umur panjang,.. masa itu akan ku lalui juga


pembuka tirai tahun ni pastinya berita menarik pasal 2 orang sahabatku,, Eda dan Sudiarti yang berjaya menjejakkan kaki ke dalam bidang perguruan.. wah,., satu bidang la kita sekarang.. eda akan akan ke Institut bahasa KL.. Su plak akan ke Institut Perguruan Perlis,.. Tahniah for both of u.. Semoga berjaya dan menjadi seorang pendidik yang berjasa.. hari tu ada jugak jumpa eda masa on da way balik dari sekolah baru..



Sekolah baru.. hm... apa nak diceritakan ya? macam kokong cakap,. i'm not yet adapted with the new environment.. so i dunt know what to comment about.. apapun, aku nekad harungi ja apa dugaan yang mendatang.. mahu atau tidak aku kena harungi jugak.. hari tu masa agihan tugas aku blum diberi jadual waktu.. tugas2 dah tahu dah macam Penolong S/U SPM.. alamak, ni yang lemah ni.. balik keja lama balik.. masa kat ken hwa dulu 4tahun urus SPM.. kat sini kena jadi pelapis lagi sebab S/U SPM sekarang mayb akan berpindah.hmm.. ntahla.. what will happen will happen right?

semoga tahun 2009 ni memberi seribu makna dan kebahagiaan kepada kita semua.. Aminn..

Kawan Lama...


i think it's not too late for me to wish HAPPY NEW YEAR 2009 to all my buddies.. masa berlalu dengan begitu pantas.. pejam celik,.. pejam celik dah nak masuk 29 tahun rupanya aku bernafas dalam dunia ni.. alhamdulillah.. rasa macam baru jer d alam persekolahan.. sebut pasal alam persekolahan baru2 ni ada terjumpa kawan lama masa belajar di sekolah dulu.. dari Form1 sampaila Form 5 kami sama2 satu kelas.. dahla sama2 pengawas..aku terserempak dengan dia masa d Pasar malam.. masalahnya dia tak kenal atau dalam erti kata lain tak cam aku.. hehehehe,..aku plak confuse,.. sekali pandang macam mael.. dua kali pandang macam orang lain.. takut gak nak tegur.. last2 aku diam,dalam kereta baru aku berani call, rupanya betullah dia ISMAIL mohammad.. hehehehehe.. cepat tul peredaran masa.. sampai kawan pun dah tak cam kawan.. hehehehe.. korek punya korek album gambar terjumpala gambar2 dulu kala kami.. memang berbeza dari sekarang..patutlah dia tak cam aku,.. akupun tak cam dia... hehehehee.. dah tua la ni..
* Mael, masa Tingkatan 3


hehehehe,. cute kan mael masa ni.. muka budak2 lagi.. lucu gak rasa. aku plak dulu pakai cermin mata besar.. tudung bulat.,,, hahahaha.. benci tul aku tenguk gambar2 lama ni..

* ini aku masa form 5 masa pameran LIMA 97 di Langkawi

hahahaha,..apapun mael sekarang dah jadi bapa orang.. Tahniah.. harap2 nanti dapat jumpa isteri dan anak2 dia pula.. Jadi mael,.. kalo jumpa aku len kali jangan lupa tegur ah.. hehehehehehe..... Inilah aku sekarang.. maseh bertudung.. kadangkala pakai gak cermin mata besar.. dan maseh macam dulu.. besar gak.. dah tak larat diet dah.. macam tu jer... yang penting hidup mesti happy walaupun kadang2 tu tak berapa nak happy..,., hehehehehe,,



IKLAN LAGI!