Saturday, January 24, 2009

Kokong...사랑해~



hehhehehe... hari ni 24hb.. sekarang jam 7:08 pagi..jap lagi aku nak bersiap2 untuk ke Bayan Lepas pulau pinang.. my bestfren kokong is on da way home for CNY.. so we planned to meet today.. hehehe.. actually really miss him a lot..
ingat lagi mula2 d ken hwa.. dia antara orang terawal yang rapat dengan aku selain kakak.. semuanya bermula dengan Kursus Etems yang kami ikut sama2 d SMK Gunsanad..masa tu tahun 2003. sebelum tu aku ingatkan dia sangat serius ( maklumla.. guru jadual waktu) tapi bila dah kenal bleh tahan juga kelakar dia.. gila2 gak macam aku ngan kakak.. Sejak dari hari tu kami very close.. dia macam abang, suan macam kakak.. bila aku berdepan dengan banyak masalah, hati sedih semua aku luahkan pada kokong.. kalo bercakap sejam mesti sejam juga dia terpakasa berbahasa melayu dengan aku..hihihih.. kesian kokong.. tapi dia memang sporting.. and a motivated person of course..yang paling best dia memang baik dan caring.. bukan kat aku jer kat semua orang termasuk kawan2 yang lain juga students.. aku rasa dia antara guru yang paling budak sayang di ken hwa..apapun kokong memang best!aku tak pernah jumpa chinese man yang boleh rapat dengan melayu macam kokong.. paling tak boleh lupa masa bulan puasa lepas, masa balik semayang terawih tenguk ada "dunkin donut' atas kereta aku.. rupanya dari kokong.. dia belikan d KK.. ada juga sekali dia hantar PIZZA ke rumah.. malah, bila hari2 terakhir aku kat Sabah, kokongla yang selalu temankan aku ke sana sini.. pergi makan sama2.; temankan aku urus borang kargo di PPG..TQ kokong...semua kenangan tu saya takkan lupa.. ( orgon,.pintu surau, kecorong..semuanya saya akan ingat dan ketawa sorang2).. Memang semua d ken hwa tahu kami rapat.. Rapat dan baikpun bukannya bermakna kami tak pernah bergaduh.. pernah..bukan sekali tapi banyak kali.. dalam setahun tu mesti gak bergaduh sekali.. ( hihihih.. lucu plak bila ingat balik)... apapun sekarang aku sedar bila bergaduh actually itu akan buat kita tambah rapat dengan seseorang.. apalagi bila seseorang tu adalah kawan baik kita..satu hari nanti aku akan bercerita pula pasal 3 orang lagi kawan baik aku kat sana KAKAK, WINN dan JIPANG..
sebenarnya aku rasa sangat excited nak jumpa kokong ni.. banyak benda nak diceritakan.. pasal sekolah baru, kawan2 baru,pasal sm ken hwa dan kawan2 kat sana.. rasanya bagus aku bersiap sekarang.. hehehehe.. jumpa ko nanti kokong...Kokong...사랑해~

2 comments:

  1. haha...
    thanks.. sebenarnya kita pun banyak appreciate persahabatan kita selama-lama ini..
    pagi saya dengan suan bincang kelas intensif, nyaris-nyaris nak gaduh, sebab suara dan nadanya macam nak cari gaduh, saya hanya tanya dan cadang nak terus buat, sebanarnya bantu dia, dia yang ajar form 3, tapi dia tak henti-henti meluah perasaannya terhadap guru yang tak kerjasama dan masalahnya, program itu yang dia sendiri cadang dulu, i hanya sokong dan cuba pasti ia berjalan atau tidak..lepas tu i pun kena ejek dan dimarahi, i pun tak tahan, i terus cakap.. suan, kau jangan kuat suara kau, i bukan marah kau, kita hanya nak bincang sesuatu, kau nak buat atau tidak, tak mau buat pun tak apa..memang suasana itu hangat sudah.. guru-guru macam tengok wayang.. Keputusannya YES.. lepas itu kita pergi kantin makan sama.. tadi baru marah, tapi pergi makan sama.. teringat pun rasa lucu..
    lepas itu i minta maaf, panggil jangan simpan dalam hati.. sebab apa kita buat sebenar pun untuk pelajar kita.. we love our students. we love our school..
    jika jojoe ada masa itu, mesti kita dapat lawan kak suan.. hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. ko yakinkah kita dapat lawan kakak kalo saya maseh d sana?.. saya takut dia yang kalahkan kita ooo..macam mana kalo saya yang bergabung tenaga dengan kakak kasi kalah ko.. hihihihi.. saya rindu oo suasana bila kita bertiga bersama.. sangat riuh dan sangat lucu juga... kejap merajuk,kejap marah kejap ketawa dan mengumpat orang... hahahahaha...jangan ko marah kakak bah.. diakan sedang pregnant tu.. hihihihi..(tapi kalo tidak pregnant pun begitu jugakan perangai dia?.. 3kali miang sudah..)..hihihihi.. saya sayang kakak.. dan sayang ko juga.. our frenship sangat unik.. christian,buddhist dan muslim.. tapi macam adik beradik.. kim salam kakak ah...

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!