Tuesday, February 24, 2009

without you..

hari ni sepanjang perjalanan kat sekolah berkabus.. selama 1/2 jam tu aku hanya terdiam dan termenung jauh.. tak tahula kenapa 2-3 hari ni rasa tak bersemangat langsung..tak tahula ke mana hilangnya semangat tu.. perasaan tu sama macam perasaan dulu masa nak pindah dari sekolah lama.. kat sini bukan aku tak ada kawan,.. ada.., bila pindah aku dapat ramai kawan baru.. tapi hati aku masih lagi tertinggal d ken hwa..
semalam, hujan sangat lebat.. sebelum tidur teringat balik kenangan masa d sabah dulu.. masa hujan d rumah yengkey.. masa tu baru turun kereta.. hujan plak turun dengan lebat.. pastu masih lagi sama2 kuar makan d Rahmat... ada sekali tu hujan juga masa balik dari kk sama2 kokong.. dan hujan lagi masa bulan puasa tahun lepas masa semayang terawih.. argghh... semua kenangan buat aku rasa nak sangat terbang melayang balik ke keningau..
sekarang ni dah 2 bulan aku tak gi keja kat ken hwa.. dah 3 bulan tak jumpa winn, jipang dan kakak.. dan hari ni jugak genap sebulan tak jumpa kokong lagi.. cepatnya masa berlalu.. rasa macam mimpi.. kadang2 perlu sedarkan diri.. aku tahu aku perlu berpijak d bumi yang nyata.. aku perlu mencari balik semangat yang hilang tu.. tapi d mana?

No I cant forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess thats just the way
The story goes
You always smile but in your eyes
Your sorrow shows
Yes it shows
No I cant forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there
But then I let you go
And now its only fair
That I should let you know
What you should know

I cant live
If living is without you
I cant live
I cant give anymore
I cant live
If living is without you
I cant give
I cant give anymore

Well I cant forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess thats just the way
The story goes
You always smile but in your eyes
Your sorrow shows
Yes it shows

I cant live
If living is without you
I cant live
I cant give any more
I cant live
If living is without you
I cant give
I cant give anymore

Sunday, February 22, 2009

pindah lagi..?


hari ni dapat sesuatu yang agak mengejutkan..dapat offer pindah daripada member yang dah lama mengajar kat sini.. dia dapat pindah balik kuala ketil tapi dia tak mau.. aku apa lagi.. memang dah ada hajat nak pindah.. jeng..jeng..jeng.. konon nak tukar suka sama sukala.. dah imagine dah dapat ngajar kat sekolah yang hanya 10minit dari rumah.. bestnya takyah drive jauh2..

siap karang surat lagi pastu jumpa pengetua.. and then.. jeng2...dapat penjelasan dari pengetua.. rupa2nya... hmm.. tak perlula kot aku bagitau kenapa aku tak dibenarkan tukar suka sama suka dengan cikgu tu.. yang penting kesimpulannya... aku tak dapat pindah pun.. huhuhuh.. may b jodoh aku dengan SMK tunku putera masih panjang.. tak apa,.. yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.. huhuhuh

Friday, February 20, 2009

Chew Easy..



hari ni 20hb february.. so, today is my frens' birthday, Chew Yee Sze,..(betulkah spelling saya ni) hihihi.. easy,.. hepi besday and may all your wish will come true.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. and one other important thing is, kalo sudah jadi orang penang mesti call me always so we can meet and ketawa sama2 macam dulu.. hahahaha..
with u.. inspector easy.. hihihiiih



my favorite pic of me, u, jessica and ashraq..



me, u and chan..



sangat rindukan kenangan kita bersama.. especially masa kumpul sama2 winn, ong dan sip d rahmat.. borak2 sambil ketawa.. juga masa kita sama2 kem, dan masa penat siapkan blue hypo for maskot sukan rumah biru last year.. huhuhuh,.. really miss all those good memories.. kita juga selalu share our love secret together kan?.. hahaha.. masih ingat kata2 u masa i mau pindah hari itu.. " selepas ni, tinggal saya seorang saja yang cantik dan bujang lagi d ken hwa kan?".. hihihih,.. lucu betul kata2 u tu.. dan paling saya ingat juga masa kita nangis sama2 pada malam dinner 2008 dulu.. rasa sangat sebak dan sayu masa tu..
apapun easy, all the best!.. cepat2 kahwin and friendship forever.. miss u..

Thursday, February 19, 2009

amuk!

ari ni secara rasminya berakhir hari sukan sekolah,.. rasa legala plak dah takyah pikir nak g tengah padang time panas terik... dan rumah sukan aku (laksamana) dapat naib johan keseluruhan.. hihihi..kira ok ler tu kan?.. kali ni aku bertugas sebagai unit perangkaan dan keputusan.. kira mencabar la juga keja ni.. berdepan dengan banyak kertas dan keputusan.. hihihih..tapi yang tak best aku tak dapat tenguk acara berlangsung,.. huhuhu, tak apalah.. yang penting kerja siap on time..

peserta perbarisan rumah Syahbandar (Hijau)


perbarisan unit beruniform

perarakan dan tabik hormat

sebut pasal on time ni, teringatla kisah kemarin.. kesabaran yang selama ni aku pendam akhirnya tercetus juga kemarahan.. pertama kali aku ngamuk kat students. apa taknya masa sains aku tunggu kat makmal, seekor makhluk pun tak datang.. padahal hari tu ada eksperimen.. kelas yang sepatutnya mula kul 740 belum start2 walaupun dah jam 8.00... datang pulak tu sorang2.. pastu ada yang bagitau "cikgu.. ada lagi 2-3 orang kt dalam kelas blum turun'.. hiiii.. kalo masa tu ada termometer, mau nya suhu aku dah mencecah 100 degree.. mendidih2 ja rasa.. aku apa lagi.. bawa pembaris makmal yang satu meter tu naik kelas 4 kenanga.. adala 2-3 makhluk lagi kat dalam tu.. dengan marahnya aku hempas pembaris atas meja "PAPPPP!".. terus.. kuarla beberapa ayat sadis dari mulut aku.. antaranya berbunyi seperti ini:
"hangpa ingat hangpa putera raja? anak raja? sampai nak kena jemput?.. ingat aku ni tunggul kayu tunggu hangpa kat makmal?.." semua berhamburan lari ke makmal..dalam makmal skali lagi aku hempas pembaris dan menyambung kutbah aku:
" nak bagi pandai pun susah.. kalo hangpa tu keluar2 dari perut mak hangpa dah pandai sebut ABC tak apalah jugak!"
"haa.. kamu!( sambil menunjuk ke arah pelajar yang memakai uniform PBSM).. Buat malu ja hang pakai uniform PBSM.. tak berdisiplin!.. kalo ada orang cedera duk tunggu hang,hang tak sampai2 pastu orang tu plak dah lama mati !"
"satu kelas aku tolak markah bahagian attitudes- tak co-coperate dan show no interest! hangpa ni tak kenal lagi sapa cikgu Joriah.. next time bukan aku naik jemput, aku suruh PK HEM p jemput hangpa.. tengokla.."..
itula antara kata2 sadis aku di saat kepala otak aku macam nak meletup sebab marah.. Padan muka diaorang.. selebihnya dalam hati aku juga menjerit " TENSIONNNNNYAAAAAA"!!!!!.. huhuhuhuh... akhirnya eksperimen pada hari itu berakhir dengan jayanya....

Monday, February 16, 2009

cikgu oh cikgu..

hari ni macam banyak yang menyakitkan hati.. dahla semalam berselisih faham lagi dengan Mr. X ni.. dia marah sebab aku tak balas mesej.. tapi bila aku balas dia plak yang diam.. pastu mulala nak gaduh.. ni kali kedua kami camni.. sebelum ni ada gak, tapi semalam jadi lagi.. aku ni pantang tul kalo dah explain berpuluh2 kali tapi kena ulang balik berkali2.. tension tul.. last2 senyap gitu jer.. aku pun makan hati gak...apa taknya, ada satu ayat tu yang buat aku melenting..
"hai.. kerje cikgu pun sibuk jugak yer?"
apuu.. panas telinga tul masa tu.. ingat cikgu ni masuk kelas mengajar jer ker?.. banyak lagi komitmen lain yang orang tak nampak.. nampak ja mcm kerja senang.. ingat kalo dapat tulis blog, dapat chatting, dapat connect wireless tu tak sibukla.. padahal tu ja cara nak release kan tension dengan kerja melambak2 tak siap.. siap satu ada lagi kerja lain menanti.. aku rasa semua cikgu kat dunia ni paham perasaaan aku ni.. sakit hati tul kalo orang anggap kerja cikgu ni senang.. tu blum lagi bab nak control budak.. sedangkan sekolah berasrama penuh pun ada gak masalah disiplin, inikan plak sekolah harian biasa,.. lagila.. dengan kes pontengnya, tu blum lagi bab kurang ajar dan melawan cakap guru.. tapi aku rasa sangat bersyukur sebab Tuhan anugerahkan aku suara yang kuat,.. kalola aku ni sangat lemah lembut dan softspoken mesti suara aku ni tenggelam dikalahan suara bebudak yang tak pandai diam.. sekali suruh senyap senyapla pastu mula balik.. akupun tak faham kenapa nak datang sekolah kalo setakat nak tido, nak buat bising dan melepak.. buat habis duit mak bapa ja,. geramnya!
rasanya kalo ada orang yang cakap kerja cikgu ni mudah nak jer aku suruh dia jadi cikgu.. takdapat sebulan seminggu pun jadila.. suruh dia buat TOV, buat analisis exam, suruh urus kelas,buat perancangan strategik.. tu belum lagi kerja2 masa exam dan masa aktiviti ko-kum.. haa, masa tu baru tau kenapa cikgu ni bleh cuti sebulan dua.. kalo tak cuti bleh gila agaknya.. tu pun time cuti ada yang kena kursus, kena jaga exam,kena attend aktiviti students,. diaorang tau ker?
pastu ada satu satu lagi,.. kemarin dapat LPC dari sekolah lama..(last payment check).. rupanya gaji aku akan stop untuk 2 bulan( bulan 2 dan 3).. bulan 4 baru dapat gaji.. huhuhuh, sampai hati kerani sekolah lama aku buat gaji sampai bulan 1 jer.. kata kerani baru aku kat sini, sepatotnya kerani lama aku buat gaji sampai bulan 3, pastu baru sekolah sini dapat sambung urus gaji tanpa terputus.. huhuhuh,.. dia bagitau ada seorang guru baru dari sabah gak tak ada masalah sebab kerani sekolah lama buat sampai bulan 3.. so, gaji cikgu tu tak putusla..huhuhuu,.. tapi tadi bila call ashraq rupanya dia lagila.. dari bulan 1 lagi gaji dah stop.. takpelah.. sabar jelah...huhuhuhu

Saturday, February 14, 2009

Home sweet home..

petang tadi dapat perkhabaran sedih dari adik2ku d keningau..sudah tiba masanya diaorang berpindah keluar dari rumah kami d Taman Luagan,Keningau.. huhuhuh.. akupun tumpang sedih..apa taknya, rumah tu 6 tahun aku huni sebelum berpindah.. pastu konon wariskan kat diaorang tapi last2 tuan rumah nak masuk umah balik.. huhuhuh,.. terpaksala diaorang cari rumah baru.. kesian adik2 ku..
hmm.., rumah tu memang secure..walaupun peralatan di dalamnya dah uzur dan sewanya agak tinggi dalam Rm650,. tapi ntahla, bertahan gak aku dalam rumah tu.. apa boleh buat.. kadang2 kita terpaksa lepaskan apa yang bukan milik kita..bila wawa MMS gambar rumah yang dah kosong rasa sangat sayu dan sunyi.. di sinila kami berguruu senda macam nak roboh dinding.. waktu ni aku teringat betul suasana masa tu.. dalam gambar tu bleh nampak bilik aku d belakang sekali.. huhuhuh, rindunya...
buat adik2ku.. selamat menghuni rumah baru dan ucapkan selamat tinggal kepada Taman Luagan sepertimana kak jo dah ucapkan.. jangan sedih2 k?.. may b rumah baru lebih baik dari rumah ni.. jaga diri...

macam-macam..



hari ni hari sabtu.. aku sekolah ganti hari ni.. tapi tak ngajar pun.. tadi ada mesyuarat agong persatuan ICT.. so, pas rehat, budak2 ada ceramah kat dewan.. hmm,.. patutlah dah sunyi dah bilik guru ni.. tadi ada 2 makhluk tuhan berlainan bahasa dengan aku macam tak pandai berhenti nak bercakap.. pot pet pot pet kat sebelah aku.. sampai pening kepala hotak aku nii. tension tul.. dah la apa yang diaorang cakap langsung aku tak paham.. berbelit2 lidah nak sebut.. hihihih..mcm mengumpat ler plak... yelah,.. kalo orang lain pun mesti tak tahan dengar,.. selalu aku familiar dengan bahasa melayu ngan cina ja... ni, bahasa yang satu ni betul2 buat aku penin la... hihihihihi...tapi diaorang tu pun satu nak borak pun tenguk2la orang,..ini tak.. main hantam ja.. at least jagalah privacy cikgu2 lain.. ikutkan hati nak jer aku sound tadi.. tapi sabar...

haa.. sekarang dah aman damai.. rasa tenang skit.. ikutkan dalam hati ni tak berapa tenang.. yelah, pikirkan nasib adik ipar aku.. kemarin motor dia kena curi.. kesian tul. apa bleh buat.. kalo semua orang dalam dunia baik2 nanti polis tak ada kerja plak.. hmm.. ada satu lagi benda yang merungsingkan aku ni.. apa pendapat korang tentang family yang arrange kan for wedding?.. any comment?..

aku malas tul la kalo ada yang nak kenen2 kan ni.. mcm tak best plak.. kalo citer korea bolehla, ada temujanji jodoh.. hmm.., malas tul aku nak pikir.. sepupu aku nilah,.. pandai2 jer nak carikan jodoh untuk aku.. aku paling tak suka betul kalo diperkenalkan untuk tujuan tu.. kalo terkenal sendiri tak apalah juga.. huhuhuh,.. apapun aku dah said 'NO, TQ'.. hiihi,, rasa bersalah la plak,., yelah, umur dah 29.. orang dah nak tolong carikan tapi aku plak jual mahal.. hmm.. ye ker? ..

Thursday, February 12, 2009

Give me a break!

yes..! esok cuti...tapi yang tak berapa yesnya tu, hari sabtu plak kena kerja.. sekolah ganti..huhuh, penatnya.. dahla sekarang ni berat tul mata aku masa drive g sekolah.. dah la jam 7 kat sini masih gelap dan kena pasang lampu lagi.. kalo kat sabah memangla kalo jam 7pagi dah terang benderang.. hmm,.. rasa fobia la plak nak drive ni.. sekarang ni kan mcam2 kes kemalangan berlaku..
terbaru dengar cerita dari kokong pasal seorang sahabat d sabah yang baru2 ni accident.. alamak, trajis tul.. aku yang dengar pun terkejut.. apapun, aku harap dia tabah menghadapi semua dugaan yang berlaku...,, kalo aku di tempat diapun pasti aku trauma sangat2.. apa boleh buat, benda dah nak jadi.. akupun risau gak ari2 drive 1/2 jam ke sekolah... tapi bila pikirkan ada cikgu lain yang dari sg petani (hampir 1 jam drive) aku rasa bersyukur jugakla.. at least aku dekat sikit.. hmm, apapun, semoga dijauhkan dari semua perkara buruk..
macam minggu depan lebih sibuk rasanya sebab minggu depan ada hari sukan..mcm cepat jer masa berlalu,.. hmm.., napa rasa mcm nak rehat jer,,.. malas tul aku skrg.. hihihi..may b sebab takder orang yang bagi semangat kot..kokong.., marah saya sikit... hihihihih

Atas nama Cinta

aku suka lagu ni.. selalu kalo g k-oke mesti ni antara my favorite song.. tapi sejak2 lagu ni jadi lagu latar untuk memey dan norman hakim aku jadi tak suka plak.. tapi bila pikir2 balik, apa plak.. lagu ni tak layak untuk perempuan macam tu... yelah, buat apalah nak bina kebahagiaan daripada kesedihan dan titisan air mata wanita lain.. nauzubillah.. entahlah, dunia ni banyak cerita.. dan yang pasti kalo nak berkorban atas nama cinta pun janganla sampai dengan meruntuhkan kebahagiaan orang lain... dan kalo nak cintakan seseorang biarlah sampai menutup mata... (lagu ni pun aku suka..)



ATAS NAMA CINTA- ROSSA

SAMPAI MENUTUP MATA - ACHA

Wednesday, February 11, 2009

sukantara



hari ni bz skit.. kelas ada 6 masa.. yang best tu masa ngajar IT tiba2 ja ada bunyi letupan kat luar.. semua blackout..aku ingatkan LCD aku yang burn ke , meletup ker.. sekali keluar tengok ramai budak duk excited tenguk wayar elektrik terbakar,,..adala percikan api situ..mula2 takut gak melarat ke bilik ICT, tapi mujurla jauh gak wayar tu dari bilik ICT.. tadi masa nak balik ada nampak TNB dah kasi repair.. hihihihih.. buat gabra jer..
petang plak aku g sekolah lagi untuk sukantara.. aku hakim untuk lompat jauh. kelakar gak tenguk budak2 situ melompat yang tak berapa jauh.. hihihih.. apapun semangat diaorang kuat gak walaupun tiba2 langit jadi gelap beserta guruh.. aiseh ada kilat lagi... last2 blum jam 5 semua dah settle.. kat sini sukantara tak beban sangat sebab guru perempuan jadi hakim untuk bebudak pempuan ja, lelaki dengan lelakilah.. so, semuanya berjalan lancar dan cepat.. hihihihih.. dulu kat ken hwa kalo judge satu rumah sukan, dari lelaki 1 sampailah perempuan 3 kena tunggu.. kat sini aku cuma judge perempuan 1 dan 2 sahaja.. perempuan 3 sesi pagi yang urus.. bestkan.. hihihihih.. apapun tetap rindukan ken hwa.. teringat tahun lepas jadi judge lempar peluru dengan cikgu marzuki.. cikgu karizam pun ada.. jipang, yengkey and si lim.. masa tu aku gila gak ambil gambar tapi sekarang, ntahlah dah tak minat dah ambik gambar... ambil gambar budak yang tengah melompat jelah.. huhuhuhuh

Monday, February 9, 2009

Gambar kahwin?


hahaha.. hari ni aku rasa nak ketawa terbahak2.. ada ke patut aku diingatkan dah kawin?.. citernya begini.. laptop aku ni dalam 5minit akan keluar screen saver.. yang bestnya tu tadi pagi aku tinggal jap laptop tu atas meja.. bila balik, ramaila cikgu2 duk menonton screen saver tu.. menengok gambar2 aku dan geng2 d sabah. yang lawaknya tu bila tiba2 ada seorang cikgu ni bertanya.." jo dah kawin erk?".. aku terkedu la kejap.. bila aku kawin..?.. pastu cikgu tu cakap.. tu ada gambar pengantin tu.. aku lagi terkedu.. bila masa ada gambar pengantin? setahu aku gambar pengantin Hoo ming Lu adala situ..last2 diaorang tunjuk gambar tu.. hahahaha,.. gambar aku dengan ashraq rupanya,. hihihih.. masa RIMUP dulu,.. lucunya.. ada rupa gambar pengantin ke nih? hahaha, mati aku kalo tunang ashraq tau.. sory ye Omey,.. pinjam ashraq jap.. hihihihih.. itu blum lagi tenguk gambar aku ngan kokong, sip sama mutahar..kalo tak mesti kena cakap satu gambar tunang, satu gambar akad nikah dan satu masa bercerai.. hahahahahaha...
pastu jam 1230 tadi ada mesyuarat guru.. banyak bincang pasal sukantara dengan sukan sekolah.. sukantara akan berlangsung esok.. hmm.., aku bertugas hari rabu.. hari sukan plak minggu depan.. apuu,.. sekarang ni kat tengah padang panas gila.. rumput pun mati.. silap2 orang pun bleh mati kena campak kat tengah padang tu.. hmm,.. apa bleh buat.. berkorban apa saja.. ok.,.. nanti aku tulis lagi.. tata..

Saturday, February 7, 2009

yang ke-4

kejap tul rasa cuti hujung minggu.. esok dah nak sekolah balik.. hari ni sepatutnya aku g sekolah untuk orientasi guru baru ( baru ker?).. tapi disebabkan kurang sihat aku tak pergi.. malam khamis batuk teruk sepanjang malam dan panas badan lagi.. pagi jumaat aku keluar g klinik.. doktor bagi aku mc untuk hari sabtu suruh rehat secukupnya..

hari ni seharian aku tidur.. lepas makan ubat terus terlelap.. jam 7 tadi baru terjaga lepas tertidur jam 2,,.. sekarang ni dah tak batuk.. panas pun dah kurang..aku ni sebenarnya tengah tunggu adik2 dan mak aku balik dari Perak. diaorang g melawat kakak ipar aku yang dah bersalin khamis ari tu.. dapat baby boy.. maksudnya aku dapat anak saudara yang ke empat.. hehehehehe.. banyak dah anak buah aku ni.. tapi terkilan gak sebab tak dapat join diaorang,.. huhuhuh.. takper, next time mesti dapat jumpa..

hmm.. esok dah sekolah.. apa aku nak ajar erk?.. hihihihihi..apapun aku blum prepare.. sakit punya pasal.. tak apa.. aku boleh! tapi sekarang dah ngantuk balik.. baru ja pas makan ubat tadi,, uwa... macam mana ni?... zzzzzzz

Wednesday, February 4, 2009

matahariku,,..

best ker lagu ni? best ker?.tapi agnes monica ni cantikla kan..ada tenguk cerita JELITA di TV3,.. jadi perempuan miskin pun masih cantik.. kulit yang tak perlu di mekap.. huhuhuhuhu


Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu... Kini kau pergi dari hidupku... Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi didalam hati....Sejenak luluh bergening menjauh pergi....Tak ada lagi cahaya suci...Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku...Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku...Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku....Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
Berjuta warna pelangi didalam hati...Sejenak luluh bergening menjauh pergi....Takada lagi cahaya suci...Semua nada beranjak aku terdiam sepi

orientasi?


pagi tadi datang skul ada surat panggilan untuk program orientasi guru baru sekolah.. terkejut gak aku.. aku ni masih consider guru baru ker?..bukan selalu orientasi untuk guru yang baru transfer je ker?

nak tak nak terpaksala aku attend program tu sabtu ni.. dari jam 8 sampaila jam 430 petang.. lamanya.. kat sekolah lagi tu.. ingat dapatla rehat ujung minggu ni 2 hari,.. rupanya sehari jelah.. huhuhuh.. dahla mata sedang sakit2 ni.. nak sakit mata gaknya..

tension pula rasa.. tapi tadi ada dengar2 juga 9 orang guru akan dipindahkan semula ke sekolah lain sebab terover limit dah pulak sekolah ni punya bilangan guru.. hmm.. malas nak pikir.. apa2 jelah..

jap g aku ada kelas lagi.. pastu petang ni jam 330 ada latihan umah sukan.. kena datang balikla.. apuu.. berat jugak komitmen aku kat sini.. dulu harap2 dapatla posting dekat2 umah ja.. kalo posting kuala ketil, drive 5 minit jer.. ini 30 minit baru sampai... apa boleh buat.. terpaksala terima.. tengokla macam mana., kalo terpaksa may b aku apply pindah lagi.. harap2 dapat tanjong puteri atau smkk 1.. harap2la...

Tuesday, February 3, 2009

sayu.

sekarang dah jam 115.. jap g dah bleh balik.. ntahla.. rasa sayu tul ari ni.. mcm banyak yang nak dpikirkan.. tiba2 rasa sangat susah hati,,..
tapi dalam sayu2 ni ada gak berita yang menggembirakan aku dengar.. tadi dapat sms dari yati.. dia dah lahirkan baby boy.. yati ni ex-student aku masa 2004 dulu.. dia pun pernah jadi guru ganti jap kat SMKH.. apapun, tahniah untuk yati.. rindu tul nak jumpa kawan2 kat sana...


Cute Myspace Generators

My Chan..


ala..ntah napa ni ari wireless kat sekolah buat hal tul.. susah tul nak connect.. mujur ada gak local connection..; tapi banyak masalahla.. skit2 block..skit2 block.. benci tul.. hihihi.. nak download movie pun tak dapat..aku baru abis kelas ni.. jap g ada lagi dua masa.. hmm,.. ntahla.. rasa tak happy tul ngajar sini.. may b blum biasa kot..
apapun, hari ni adalah harijadi my chan.. chan yin ling.. happy besday.. semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki.. miss u so much....rindu plak kat si chan ni..selalu meluah rasa sesama.. hihih.. kenangan di sarawak pun sangat best.. dan lucu juga..apapun chan, wish u all da best and dunt forget me.. take care..


Custom Birthday Card

Monday, February 2, 2009

Download flash file


this note is specially made for my jipang.. How to download? make sure ko ada real player 11.. bila dah tekan play video , akan kuar sign mcm ni di sebelah atas movie bila ko gerakkan cursor ke situ.. so download jer then fail tu akan masuk di dalam file MY VIDEO dalam MY DOCUMENT... best of Luck..

마녀유희 / Witch Amusement

for jipang.. i recomended u this drama.. what are u waiting for.. dunt forget to download the drama.. sekarang ni aku kat bilik ICT.. baru abis mengajar tadi.. nanti jam 1030 baru ada kelas balik.. arghhh.. sakit tul tekak aku.. apa aku buat skrg?.. sedang download drama tu la.. baru episod 6.. ari tu ingat nak download citer what's up fox.. tapi ntah napa, tak dapat loading pun citer tu.. so, apapun nanti aku tulis lagi.. i wonder where is kokong?.. lama tul dia tak comment something di sini.. uikk kokong!.. mana ko oooo?


p/s: jip, cepat ko tenguk citer ni... hihihihih



Alternative Title: 마녀유희 / Witch Amusement
Genre:
Comedy, Romance
Film Date: March, 2007
Total Episodes: 16
Korea Casts:
Dennis Oh, Han Ga In, Jae Hee, Jun Hye Bin, Kim Jeong Hoon
Description:
As the director of her father's advertising company, Ma Yoo Hee (Han Ga In) is known as a witch for her ruthless, no nonsense character. After a string of failed attempts to hire a housekeeper, she (literally) runs into Chae Moo Ryong (Jae Hee), ex-medical student turned aspiring chef. As a way to work off his debt for crashing into her car, he agrees to become her housekeeper and personal love affairs coach for one month. Gladly, he gives her a makeover that attracts both her old friend Johnny Kruger (Dennis Oh) and her first love Joon Ha (Kim Jeong Hoon). Despite having a girlfriend, Sung Mi (Jun Hye Bin), Moo Ryong eventually finds himself falling for Yoo Hee.

Sunday, February 1, 2009

New day!


haha.. already in school.. mcm baru jak cuti dah mula datang sekolah balik.. so, ni ari aku dah dapat jadual waktu.. semua sekali 24 waktu;. ajar subjek sains form 4 dengan It form 4 gak.. huhuh.. nanti aku upload jadual waktu ku.. hihihihi.. esok baru mula masuk kelas.. so ni ari aku berazam untuk rehat puas2... kikikikiki... tapi nanti jam 1230 ada meeting panitia sains..
semalam tidak dapat tidur..rasa sangat tidak selesa.. pening kepala dan lemah tul badan,, takut gak kalo2 kena deman c*** tu..hi.. nauzubillah.. bangun tadi pun rasa sangat sakit kerongkong dan panas badan.. rasa cam nak ambik mc jer.. tapi malas tul nak g klinik.. so terpaksala drive jugak p skolah,,
kokong pulak sekarang mesti on da way mau naik kapal sudah.. rasanya flight dia jam 10 nanti.. mcm baru jer aku g jemput dia kat Bayan lepas last week.. dah kena balik semula ke keningau.. apapun kokong, chaiyo!

IKLAN LAGI!