Thursday, February 19, 2009

amuk!

ari ni secara rasminya berakhir hari sukan sekolah,.. rasa legala plak dah takyah pikir nak g tengah padang time panas terik... dan rumah sukan aku (laksamana) dapat naib johan keseluruhan.. hihihi..kira ok ler tu kan?.. kali ni aku bertugas sebagai unit perangkaan dan keputusan.. kira mencabar la juga keja ni.. berdepan dengan banyak kertas dan keputusan.. hihihih..tapi yang tak best aku tak dapat tenguk acara berlangsung,.. huhuhu, tak apalah.. yang penting kerja siap on time..

peserta perbarisan rumah Syahbandar (Hijau)


perbarisan unit beruniform

perarakan dan tabik hormat

sebut pasal on time ni, teringatla kisah kemarin.. kesabaran yang selama ni aku pendam akhirnya tercetus juga kemarahan.. pertama kali aku ngamuk kat students. apa taknya masa sains aku tunggu kat makmal, seekor makhluk pun tak datang.. padahal hari tu ada eksperimen.. kelas yang sepatutnya mula kul 740 belum start2 walaupun dah jam 8.00... datang pulak tu sorang2.. pastu ada yang bagitau "cikgu.. ada lagi 2-3 orang kt dalam kelas blum turun'.. hiiii.. kalo masa tu ada termometer, mau nya suhu aku dah mencecah 100 degree.. mendidih2 ja rasa.. aku apa lagi.. bawa pembaris makmal yang satu meter tu naik kelas 4 kenanga.. adala 2-3 makhluk lagi kat dalam tu.. dengan marahnya aku hempas pembaris atas meja "PAPPPP!".. terus.. kuarla beberapa ayat sadis dari mulut aku.. antaranya berbunyi seperti ini:
"hangpa ingat hangpa putera raja? anak raja? sampai nak kena jemput?.. ingat aku ni tunggul kayu tunggu hangpa kat makmal?.." semua berhamburan lari ke makmal..dalam makmal skali lagi aku hempas pembaris dan menyambung kutbah aku:
" nak bagi pandai pun susah.. kalo hangpa tu keluar2 dari perut mak hangpa dah pandai sebut ABC tak apalah jugak!"
"haa.. kamu!( sambil menunjuk ke arah pelajar yang memakai uniform PBSM).. Buat malu ja hang pakai uniform PBSM.. tak berdisiplin!.. kalo ada orang cedera duk tunggu hang,hang tak sampai2 pastu orang tu plak dah lama mati !"
"satu kelas aku tolak markah bahagian attitudes- tak co-coperate dan show no interest! hangpa ni tak kenal lagi sapa cikgu Joriah.. next time bukan aku naik jemput, aku suruh PK HEM p jemput hangpa.. tengokla.."..
itula antara kata2 sadis aku di saat kepala otak aku macam nak meletup sebab marah.. Padan muka diaorang.. selebihnya dalam hati aku juga menjerit " TENSIONNNNNYAAAAAA"!!!!!.. huhuhuhuh... akhirnya eksperimen pada hari itu berakhir dengan jayanya....

4 comments:

  1. sabar la Cikgu Joe! bdk2x daerah ni.. mmg kebanyakannya x de kesedaran yg ilmu tu ptg... x mcm zmn kita.. berlumba2x nak msk u.. tp depa msh x sdr... dah lah susah, tp msh x nak majukan diri.. kkdg, kita yg cikgu ni... berusaha itu & ini... tp dipandang begitu ja oleh bdk2x kita... kami pun pernah jd cikgu... ngaja lak di nun cerok sana... yg msh coverage nye teruk... ko bsbr jer lah... wahai students sekalian... jgn sampai guru anda berasa letih dgn anda! anda akn kesusahan jika anda msh di takuk yg lama....

    ReplyDelete
  2. itula, bebudak zaman sekarang.. bila cikgu tegur sikit mula sampai nak membakar kereta cikgu.. aku geram tul la.. diaorang tak sedar ker yang bila kita marah atau tegur tu untuk kejayaan diaorang.. ingat cikgu ni gila ka nak marah tanpa sebab..hiii.. geramnya aku!

    ReplyDelete
  3. jojoe..itulah jojoe yang saya kenal.. ajar dengan cara tersendiri.. kau buat sesuatu bukan saja untuk tanggungjawab sendiri, kau juga buat sesuatu untuk masa depan budak-budak itu..suatu hari nanti, mereka akan tau mana guru yang sayang mereka.. mereka bakar kereta kau, suatu hari nanti mereka akan dibakar pada hari kiamat.. betul tak??saya pun sama, rotan dan marah terhadap pelajar yang kurang biadap, tapi mereka juga suka akan saya, sebab saya memang memberi input kepada mereka untuk menuju kecemerlangan masa depan mereka..

    ReplyDelete
  4. betul tu kokong..one day diaorang akan sedar yang cikgu marah diaorang untuk kebaikan diaorang.. saya pun tidak paham budak2 zaman sekarang.. kadang2 tu langsung tidak hormat cikgu,. kurang ajar pun ada.. macam kita ni tunggul kayu ja.. dunia dah banyak berubah.. yang baik dipandang jahat, yang jahat kadang2 nampak baik.. hmm, ntahla...

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!