Sunday, February 22, 2009

pindah lagi..?


hari ni dapat sesuatu yang agak mengejutkan..dapat offer pindah daripada member yang dah lama mengajar kat sini.. dia dapat pindah balik kuala ketil tapi dia tak mau.. aku apa lagi.. memang dah ada hajat nak pindah.. jeng..jeng..jeng.. konon nak tukar suka sama sukala.. dah imagine dah dapat ngajar kat sekolah yang hanya 10minit dari rumah.. bestnya takyah drive jauh2..

siap karang surat lagi pastu jumpa pengetua.. and then.. jeng2...dapat penjelasan dari pengetua.. rupa2nya... hmm.. tak perlula kot aku bagitau kenapa aku tak dibenarkan tukar suka sama suka dengan cikgu tu.. yang penting kesimpulannya... aku tak dapat pindah pun.. huhuhuh.. may b jodoh aku dengan SMK tunku putera masih panjang.. tak apa,.. yang pasti semua yang berlaku ada hikmahnya.. huhuhuh

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!