Saturday, March 28, 2009

Andai itu takdirnya

Baru2 ni ada juga beli sebuah novel bersama2 "the twilight saga'.. novel melayu bertajuk andai itu takdirnya.. karya seorang peguam bernama Siti Rosmizah.. melihatkan cover kulitnya membuatkan aku sedikit tawar hati nak membaca.. ditambah pulak dengan sinopsisnya yang kurang menarik.. apalagi ianya keluaran BUKU PRIMA production.. selalu aku biasa beli novel2 keluaran Alaf21.. ntah napa terdetik hati nak beli buku ni selepas terbaca komen d sebuah akhbar tentang novel ini yang dikatakan menarik.. agak lama novel tu tersadai di atas meja dek keasyikan aku membaca twilight.. (hihih.. masuk ni dah abis dah 2 buku...masih ada 2 lagi..)...

apapun berbalik kepada cerita tadi, ntah napa kemarin terdetik nak selak2 buku andai itu takdirnya tu.. hmmm,.. bermula dari mukasurat satu akhirnya aku tertarik untuk membca sehingga ke akhir cerita.. kesimpulannya.. MEMANG MENARIK.. kalo ada member2 yang nak membeli aku syorkan novel ni.. membaca novel ni membuatkan aku rasa kagum.. masih adakah wanita dalam dunia ni yang setabah watak utamanya.. ?penderitaan dan kesedihan yang dilaluinya membuatkan aku turut menangis., (hihih,,. emosi la plak,,)..kalo boleh akupun nak jadi setabah itu..

apapun, syabas untuk penulisnya yang baru kukenali.. rasanya lepas ni, novel2 tulisan Siti Rosmizah akan menjadi tumpuan aku.. hmm.. dah tak larat dah nak ulas panjang2..baca sendiri baru tahu ye tak?.. sekarang ni aku nak buat powerpoint..preparation for tomorrow,.,,. arggg,.. esok dah sekolah,,,.. hihihih.. pemalasnya aku sekarang... mana semangat aku ni.. huhuhuhu


Harga: RM 19.90Halaman: 588Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.ISBN: 978-983-3669-65-3

Sinopsis dari laman web:Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.

moral: dont judge a book by its cover....

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!