Tuesday, March 10, 2009

ujian..


apa berlaku hari ni?.. macam biasa pergi sekolah.. hari ni masih ada ujian lagi d sekolah..Ujian Topikal 1.. tapi napa mcm diaorang tak ujian jer yek?.. mcm ambil mudah jer bebudak ni, padahal ujian tu kira pentingla juga.. ishk..ishk..akupun tak paham dengan perangai budak2 zaman sekarang..

hmm.. ari kamis ni result SPM kuar.. mcm manala keputusan Sains untuk SM Ken Hwa yek?..huhuhu, tahun ni tak dapatla aku sama2 menyambut result exam mcm tahun2 sebelum ni.. dah 5tahun aku pegang semua kelas Form 5.. mcm2 ragam pelajar yang aku jumpak.. ada yang pernah bangun macam nak debik aku bila aku kejutkan dia bangun tido masa exam.. ada gak yang menengok mcm nak menelan bila aku marah sebab berborak time exam.. mcm2 perangai.. hai,.. susahnya nak disiplinkan seorang manusia..paling best bila dapat tangkap budak meniru.. hahaha, biru muka.. pastu datang menangis2 merayu minta jangan panggil parents datang skul.. tapi biasala, salah tetap salah.. hukuman bukan datang dari aku tapi dari pihak atasan.. dari kakakku( masa tu dia jadi pemangkin HEM).... hihihih.. teringat betul kat kakak.. bulan 4 ni dia due anak ke-3.. harap2 anak lelaki.. dia dah ada 2 anak perempuan.. Christa dan Christy..ingat lagi tu ari aku dengan kokong plan letak nama untuk anak lelaki dia.. apa nama dia erk?... kokong bilang c*** c****..hihihih,apala ko ni kokong....konon2 gabungkan nama kami berdua untuk anak lelaki kakak, so jadila Joe Kyle something mcm tu la.. hahahaha..kakak yang penat mengandung aku plak yang sibuk nak namakan anak dia....apapun, semoga kakak selamat melahirkan seorang baby yang sihat tapi jangan banyak meng****** macam dia... hahahaha..

hmm.., tadi dapat call dari si winn... hahaha.. rindunya aku pada bestfren aku ni..sempat jugak bergurau-gurau sama seorang lagi kawan baik aku masa kat sana, husband stella,si mut.. hahaha,.. selalu juga dulu si mut ni usung gitar masuk bilik guru.. masa free tension2 dia akan play the guitar dan menghiburkan hati semua orang d bilik guru... sekarang di sekolah baru tiada lagi mutahar untuk menghiburkan hatiku.. hmm,.. kenangan.. betullah cakap orang, walau di manapun berada, kenangan akan tetap bersama kita.. biarlah jauh asalkan dekatkan d hati.. hmm.. aku rindukan Keningau lagi...

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!