Friday, March 6, 2009

ayu vs garang..



tadi ada terbuka sebuah laman web seorang wanita.. bertudung litup dan memakai purdah lagi di bahagian depan.. ala.. yang ala filem ayat-ayat cinta tu..yang nampak hanyalah matanya yang ayu.. terserlah kecantikan dalamannya walaupun tak kenal.. tapi jangan salah faham.. aku bukan jatuh cinta dengan perempuan tu cuma ada terbit sedikit rasa kagum.. di zaman moden ni, serba canggih ni banyak jenis manusia yang kadang2 macam dah lupa asal usul.. tengok sajala pakaian dan perangai.. kadang2 aku sendiri geleng kepala tengok budak2 zaman sekarang.. akukan cikgu.. hari2 berdepan dengan students.. macam2 perangai.. ada yang baik tu baikla, tapi ada gak yang dah hilang rasa malu,.. terutamanya perempuan.. mcm baru2 ni masa ujian topikal aku tangkap 2 orang budak perempuan berpassing kertas.. ingatkan duk bertukar2 jawapan rupanya duk manual CHATTING!.. panas hati gak.. ingatka chatting pasal apa, rupanya pasal lelaki.. pastu adala mencarut2 dan cakap benda2 yang tak senonoh.. astagfirullah.. macam tak percaya.. ini baru sekolah luar bandar.. kalo sekolah bandar aku tak tahulah mcm mana perangai budak2nya.. pening kepala juga dibuatnya.. malas cakap banyak aku serah jer nota chatting tu kat PK Hem.. biar dia jer urus budak2 mcm tu..
kadang2 aku rasa sangat bersyukur.. biarlah tak cantik pun yang penting aku masih berpegang kepada adat dan menjaga adab sebagai perempuan.. bukannya bermaksud aku seorang yang betul2 sempurna.. manusia mana yang tak pernah buat dosa atau buat salah.,.. cuma yang penting mesti pandai jaga diri.. biarlah budak2 cakap aku garang pun, yang penting aku garang bertempat.. kalo dah tak buat kerja, bising dalam kelas masa cikgu mengajar siapa yang tak marah? siapa yang tak garang.. kalo dah bukan seorang yang lemah lembut buat apa nak berpura2 jadi lembut, jadi ayu.. sori.. bukan cara aku.. ada sekali tu seorang budak tegur aku,.. "cikgu ni garang sangat.. sebab tulah tak kawin lagi..".. hahaha,.. lucu gak dengar.. tak timbul pun rasa marah waktu tu.. bagi aku kalo seorang lelaki tu dah sayangkan seorang perempuan semuanya kan diterima seadanya.. takkanlah tak ada sebab pun nak garang.. pandai tul budak2 ni buat persepsi begini..dalam hati aku terdetik gak.." aku garang ngan korang jer.. sebab korang tak faham bahasa".. hihihihih.. biarlah.. Hanya Tuhan yang tahu..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!