Thursday, April 30, 2009

i'm nobody..

tak tahu apa perasaan aku sekarang..marah?sedih?benci?sakit hati?menyampah?meluat?.. rasanya semua tu bercampur baur sekali.. tapi apa yang aku boleh buat?..mcm biasa menangis.. inilah kelemahan perempuan.. sensitif betul..dalam positifnya airmata tetap nak mengalir keluar..

apa jadi?..entahlah..susah betul nak luahkan apa yang terpendam d hati.. bila dah jumpa orang yang dipercayai,.. orang yang boleh berkongsi rahsia dan masalah.., sekali orang tu pulak melukakan hati.. jadi, siapa lagi yang aku nak percayai?..nak sayangi?.. aku tak nak menyayangi manusia yang 'selfish'..manusia yang hanya pentingkan kebahagiaan diri sendiri tanpa mempedulikan kehancuran hidup orang lain..

apa itu cinta?..cintakah itu jika menghancurkan mahligai orang lain?.. cintakah andai cinta itu sekadar menyambung ikatan yang tak kesampaian?..cintakah bila melihat insan lain yang tak berdosa kehilangan kasih sayang?..Layakkah kita sebagai manusia menolak ketentuan takdir,ketentuan jodoh,..Qada dan Qadar..hanya semata2 untuk tuntutan rasa cinta...

lelaki biasanya membuat keputusan berdasarkan akal.. bukan hanya lemah mengikut hati dan hawa nafsu.. Lelaki sepatutnya menjadi pemimpin ke arah jalan yang betul.. tapi kenapa ada lelaki yang terlalu lemah hatinya hanya kerana seorang perempuan?.. di mana letaknya akal dan keimanan yang Tuhan kurniakan... dan perempuan,.. terlalu mengikut hati dan perasaan.. Tidak cukup dengan sebuah kebahagiaan, namun rela mencalit dosa pada diri sendiri hanya kerana seorang lelaki...

hanya mengambil masa sehari untuk mengenali, 2 hari untuk berkongsi rasa dan minat... 3 hari untuk bergurau senda... 4 hari untk saling menasihati... 5 hari untuk ketawa..6 hari untuk memahami, ... namun cukup hanya 13 hari untuk dilukai.. betapa cepat masa mengubah suatu perkenalan itu.....Hanya aku dan Tuhan yang tahu apa yang aku coretkan di sini.. aku tak perlukan komen di sini... hanya meluah kesedihan, kekecewaan dan mungkin kelukaan yang baru aku rasai.. kenapa aku rasa kesedihan ni seperti yang pernah aku alami satu masa dulu?.. kenapa aku perlu sedih?.. siapa aku..? i'm nobody..

Imsonia..

Arggghhhh..tensionnya aku... sekarang dah jam 355am... aku masuk tido jam 1030pm..huhuhuh..tapi sampai sekrang tak dapt tidor.. huhuh.. tensionnya aku!!..dahla jap lagi jam 6 dah kena bangun gi sekolah..tinggal lagi 2 jam..huhuhuh...mcm mana tu?..

nak kata sebelum tidor tadi minum nescafe ker,kopi ker takder la plak..lagipun aku mana minum benda2 tu..satg mula nak pening kepala..jadi apa masalah aku ni?..apala yang aku pikir ni sampai susah sangat nak tidur..huhuh... takkan imsonia kot..huhuh.. dahla nak keje pagi esok..nak drive lagi...

nak buat camner..tawakal jelah..jangan ttido time driving sudah..hmm..nauzubillah... uwaaa... nak tidorrrrrr....

Saturday, April 25, 2009

Encik Cyprian Jokinol

hmm.. mcm ramai pla kawan2ku manyambut ulangtahun kelahiran bulan ni.. kakak (16/4), charles (19/4) dan muhaimin pada 24/04 yang lalu.. Selamat ulangtahun kawan2.. semoga mencapai segala hasrat dan keinginan hati..

Esok tanggal 26 April 2009 adalah ulangtahun kelahiran ke 28 my bestfriend, Jipang... hihi..ada makna d sebalik nama panggilan tu.. apapun, untuk Cyp, biarlah saya menjadi orang pertama mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE-28,..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Sia doakan juga semoga ko cepat bertemu jodoh.. hihihih..

Masih lagi terbayang2 lagi tahun lepas aku dan winn menyanyikan lagu happy besday untuk jipang d karaoke.. sengaja buat gila2 sampai lewat malam menyanyi semata2 nak karaoke kan lagu hepi besday untuk si jipang.. ko masih ingatkah itu jip?.. mcm baru saja berlalu kan?.. hmm..kenangan yang tak mungkin aku lupakan.. makan sama2 d Rahmat, pergi KK sama2.. semua tu adalah sesuatu yang sangat manis..
sekarang ni si Jip ni sibuk buat Master..kalo aku tak pindah mayb kami akan sama2 buat master di UMS.. masih juga teringat2 bila sama2 stay back d sekolah masa petang dan malam buat kerja sama2.. Jipang juga sangat mementingkan kekemasan kerja dan kesempurnaan dalam melakukan tugas.. sebab tu aku respect sangat kat Jipang yang bukan mcm sesetengah orang yang buat kerja sambil lewa saja..
saat2 terakhir sebelum aku meninggalkan sabah, jipang adalah antara sahabat yang paling setia menemani aku ke sana-sini.. aku rasa sangat bertuah kerana walaupun hidup aku penuh dugaan aku sentiasa ditemani dengan kawan2 yang sangat baik.. {sayuler plak rasa}.. hmm,.. jipang juga ada beri aku sekotak rama2 persahabatan yang dilipat sendiri sebelum aku tinggalkan sabah.. sweet kan?..jipang memang baik.. rakan yang tidak pernah berkata 'tidak' untuk kawan yang dalam kesusahan,.. kau pasti beroleh kebahagiaan dan kejayaan sahabatku because you deserved to...

hmm.. rindunya sama ko ni jip.. kalola dapat kita kumpul sama2 lagi dengan si winn mesti best kan jip.. ? apapun i wish u all da best!.. sempenan kelahiranmu ini tiada apa yang saya harapkan selain dari kebahagiaanmu dan semoga persahatan ini akan kekal buat selama2nya..

Tahniah!

Baru saja mendengar berita gembira mengenai kokong.. dia telah dilantik sebagai pengganti Mr Lee iaitu sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik yang baru d Sm Ken hwa.. wah.. tahniah kokong!..saya tahu ko memang akan dapat jawatan tu.. sebab ko memang layak dan cekap buat kerja mcm saya..hihihih... i'm proud of you my brother!!!

hmm.. kalolah saya di sana lagi mesti kita sudah keluar makan2 kan?.. mesti ko blanja makan Pizza atau secret recipe lagi.. waaa,.. bestnya.. itula ko.. suruh lagi saya pulang.. tengok sudah miss satu event penting dalam sejarah sekolah..huhuhuh..

masih lagi teringat kata2 ko dan wajah ko yang sedih bila ko suruh sia pindah.. hihihih.. masa tu cuti semester satu minggu.jadi saya tidak pulang ke kampung dan tinggal seorang saja di keningau sebab kawan2 lain termasuk si winn sama2 Jipang pulang ke kampung..saya pula masa tu hanya sibuk menyiapkan pendaftaran SPM..ko pula dengan muka sayu sambil melihat saya makan seorang diri berkata " Joriah.. pindahla.. kesian saya lihat kamu satu orang tiada kawan masa cuti ni".. hahaha.. mahu tersembur saja nasi yang sedang aku kunyah bila melihat ekspresi wajah Kokong yang sebegitu..hahahaha..sampai sekarang masih lagi terbayang2...

terima kasih kokong sebab mengambil berat dan sekarang seperti yang ko mahu, saya sudah meninggalkan Sabah.. hmm,.. keputusan yang amat beratku ambil.. well kokong, nampaknya lama lagi la ko akan berkhidmat d Ken Hwa...

tapi apapun dengan jawatan sekarang, aku harap kokong tetap seperti kokong yang dulu..my bestfriend.. Tahniah kuucapkan.. semoga ko dapat menjalankan tugas dengan baik dan mencapai apa jua impian ko selama ni... Miss U..

I'm Yours

New day means new beginning.. forget the worst..create the best... Just enjoy the song.. coz when i hear this song it will remind me to someone.. someone special which always be there for me.. to guide me through all my pain and i really appreciated it..


Jason Mraz ~ I'm Yours









Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks,
now I'm tryin to get back

before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
But I won't hesitate no more,no more, it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our godforsaken right to be loved loved loved loved loved

So, i won't hesitate no more,no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate
I'm yours

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanities and just go with the seasons
it's what we aim to do our name is our virtue
But I won't hesitate no more,

no more it cannot wait
I'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours
so please don't, please don't, please don't,there's no need to complicate,

Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours

Friday, April 24, 2009

Takdir..

adakalanya dalam hidup kita ni kita terpaksa buat sesuatu yang dikatakan bodoh.. sebagai manusia kita tak mungkin lepas dari melakukan kesilapan.. hari ini aku boleh dikatakan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.. aku melarikan diri dari kesulitan.. masalah yang sukar untuk jelaskan di sini..hanya 2-3 orang teman rapat yang mengetahuinya..

di mana kewarasan?.. apakah apa yang aku lakukan tu sesuatu yang betul..aku tahu 'lari' bukan satu jalan penyelesaian masalah..tapi apalah ertinya bercakap, berterus terang andai semua itu tidak mendatangkan kefahaman pada mereka.. tak semua dapat menerima alasanku.. kenapa begitu?aku tidak menyusahkan sesiapa..tetapi kenapa perlu ada paksaan dalam membina kehidupan..

aku benci pada paksaaan.. kalau aku tidak mahu, tidak mahulah.. tidak perlu dipaksa..aku bukan budak kecil yang hanya tahu menurut perintah..aku punya masa depan sendiri..aku punya prinsip dan aku tahu apa yang aku mahukan.. kenapa tiada yang memahami.. Hanya Tuhan yang tahu apa yang bergolak dalam hatiku sekarang.. hanya kesabaran dan kekuatan saja untuk mengharungi semua dugaan ni..semoga aku tetap tabah dan ceria.. aku juga mahu gembira seperti orang lain tapi biarlah aku yang memilih jalan itu sendiri dan biarlah aku sendiri yang tentukan.. kerana semuanya sudah tertulis buatku.. Takdir ku hanya Tuhan yang tahu..

Tuesday, April 21, 2009

對不起,請你原諒我 [i'm sorry..please forgive me]



hmmm.. tu bukan tajuk lagu tu.. tapi menggambarkan perasaan aku sekarang.. rasa bersalah pada seseorang..hmmm..siapa?..seorang kenalan la..seorang sahabat... susah nak jelaskan..it's complited.. rasanya seorang saja yang tahu kot..


kadang2 kita terpaksa buat sesuatu yang d luar jangkaan..sebab tulah kadang2 ada yang sanggup menipu... rasanya bukan satu kesalahan juga kalo penipuan tu tidak menjejaskan sesiapa.. cuma dari sudut moralnya nampak ketidak ikhlasan seseorang dalam menjalinkan sesuatu hubungan terutama persahabatan..


aku bukan mahu menipu dan aku bukan juga seorang penipu.. untuk merungkaikan kekusutan aku rela berterus terang..supaya rasa bersalah yang bersarang d hati juga dapt dihilangkan.. apa yang kuharapkan agar diri aku dimaafkan dan dipercayai untuk hari2 mendatang.. semoga dia faham dan sudi memaafkan aku..hmmm... 對不起,請你原諒我....

Sunday, April 19, 2009

Cinta Kau dan Aku..

New novel in the house.. CINTA KAU DAN AKU.. aku beli hari Jumaat ari tu masa kuar sama2 aton.. hmm.. Ingat lagi citer ANDAI ITU TAKDIRNYA.?.. Penulis yang sama..Novel ni adalah tulisan kedua Siti Rosmizah..

nak komen apa erk?.. rasanya novel pertama lebih menarik kot.. yang kedua ni mcm bahasanya terlalu simple dan bersahaja.. bukan bemaksud aku sukankan novel berat cuma bila membaca novel cinta aku harap dapat melihat keseriusan penulis dan watak di dalam novelnya... bila bahasa yang diolah terlalu bersahaja, maka aku pun mulalah cepat nak rasa bosan sebab timbul ketidaklogikannya di situ.. tambah mengecewakan bila jalan cerita di separuh novel hampir menyamai cerita dalam novel ANDAI ITU TAKDIRNYA.. kisah seorang isteri dikecewakan suami, anak dalam kandungan meninggal,dan paling ketara si isteri terpaksa pulang ke pangkuan suami demi menjaga hati semua pihak..hmm.. stereotaipla pula aku rasa...

dan aku paling muak membaca cerita yang banyak memuja kecantikan mahupun ketampanan watak utamanya,..mcm melampau2 pula... seolah2 dunia ni hanya milik si jelita dan si kacak.. si kacak hanya akan bertemu jodoh dengan si jelita... hmm.. apa ni?.. boring tul aku bila penulis terlampau banyak memuji kecantikan paras rupa dan of course macam biasa si hero mesti anak orang kaya dan yang si heroin plak anak orang kampung yang bercita2 besar mahu berjaya.. well, rasanya dari ulasan aku ni pun korang dah tahu kesimpulannya kan?apapun penulis dah cuba bawa kelainan cuma perlu lebih baik...dan rasanya tak semua orang punya pendapat yang sama.. pendek kata beli dan baca sendiri baru tahu.. hihih..panjang kata aku dah tak tahu nak tulis apa..hihih.. nak buat RPH untuk esok plak ni..hihih.. hmm.. rasa rindu kat seseorangla..hihihih.. siapa yer?..我的好朋友- ,我好想你啊。 hihihihih...


Tajuk : Cinta Kau dan Aku

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd

ISBN : 978-967-5234-28-6


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah."Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.
Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.
p/s: Aku dah abis dah baca Twilight SAGA..hihihih..

Jangan Tegur..

best gak citer ni, aku ni mcm yang kokong cakapla.. menonton mcm takder perasaan.. hahaha,... yelah mcm mana nak menonton dengan perasaan kalo orang kat belakang aku duk terjerit2 ketakutan.. si aton plak duk sibuk nak tutup mata..huh..rugila duit yang dibayar kalo tak tenguk.. apa aku buat?.. hihih..aku ketawa jelah tenguk ragam manusia dalam panggung tu..Punyalah ramai orang... hihih.. yang kelakar lagi tu bila hantunya belum keluar tapi dah ada orang menjerit2 ketakutan..hahaha.. memang lucu... rasa mcm menonton citer komedi pun ada.. padahal cerita itu memang seram.. kalo nak tahu kenala tonton sendiri.. nak harap aku cerita hmm..mcm takder perasaan je erk..hihihihihih...

Jangan Tegur (Malay)


After being involved in an accident, Natasya (Julia Ziegler) had a dream about a girl named Baizura. Natasya is determined to discover the truth about her. Since waking up from a coma, Natasya is haunted by creepy images of evil spirits that only she can see. This causes a lot of trouble for her husband, Kamal (Pierre Andre) because he doesn't believe in superstitions.



Classification: U
Genre: Horror
General Release Date: 09 Apr 2009
Running Time: 1 Hour 23 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Almy Nadia, Ellie Suriati, Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Pierre Andre
Director: Pierre Andre




p/s: xsabar tunggu filem New Moon keluar Bulan November ni..hihihihih

Thursday, April 16, 2009

keretaku,,..


Hari ni pergi sekolah mcm biasa,,.. tak ada masalah... cuma masa sampai sekolah timbul masalah.. ntah mcm mana aku leh terlajak reversed.. terus terlanggar tiang parking lot guru,, huhuhuh...alamak.. aku ingatkan mesti kemek punyala... bila check mujur tak kemek cuma ada calar biru (warna cat tiang tu).. huhuh,... sedihnya aku tengok..

agak2 kalo polish kuar tak tu erk?.. hhuhuhuh.. apa boleh buat?.. benda dah nak jadi kan?.. terima jelah.. huhuhuhuh,,,...

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Ulangtahun.. sayang..生日快樂


Esok adalah harijadi kakak kesayanganku.. Ouu Chu Suan.. jadi aku nak jadi orang pertama wish kat sini... My Dear sis.. for tomorrow, 16th of April , i Wish u A happy Birthday.. Many happy returns of the days.. Mcm baru jer tahun lepas aku,kokong, yengkey dan Jipang celebrate besday kakak d KFC keningau.. rasa sayu pula tahun ni tak dapat bersama2 lagi.. teringat lagi tahun lepas aku pernah cakap.. "may be ini kali terakhir saya celebrate birthday ko bersama2 kakak",.. realitinya itulah yang terjadi..
Apapun kakak.. percayalah yang ko tetap kakak kesayanganku.. dan rasanya tiada hadiah yang lebih mengembirakan dan beharga buat kakak apabila dia melahirkan baby boy minggu lepas.. Tahniah juga pada kakak dan suami [anthony]..juga pada Christa dan Christy yang sudah mendapat adik lelaki... Aku harap kokong akan hantar sekeping gambar mereka sekeluarga padaku untuk kupamirkan di sini... I love u kakak.. semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..kenangan manis, tawa dan tangis kita bersama akan tetap kuingati seumur hidupku.. Selamat Ulangtahun kakakku.. sayang.. 生日快樂.....

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

p/s: kakak.. i miss u...huhuhuhu..

Songkran Festival..

hmm.. hari ni cuti... sekolah aku jer cuti sempena Songkran Festival.. sebab perayaan ni hanya disambut oleh Siamese,,.. sekolah aku tu ada ramai Siamese students and teacher..so.., sebab tu kami dapat perlepasan untuk cuti ni...

sekarang ni pun sedang hujan di luar.. aku plak baru jer lepas membasuh tadi..sekarang plak sedang mnegemas bilik.. tiba2 plak teringat pasal Songkran Festival tu.. so pada kawan2 yang blum tahu apa tu Songkran Festival check this out..[ sebagai pengetahuan bersama]

Songkran is a Thai traditional New Year which starts on April 13 every year and lasts for 3 days. Songkran festival on April 13 is Maha Songkran Day or the day to mark the end of the old year, April 14 is Wan Nao which is the day after and April 15 is Wan Thaloeng Sok which the New Year begins. At this time, people from the rural areas who are working in the city usually return home to celebrate the festival. Thus, when the time come, Bangkok temporarily turns into a deserted city.

Songkran is a Thai word which means "move" or "change place" as it is the day when the sun changes its position in the zodiac. It is also known as the "Water Festival" as people believe that water will wash away bad luck.
The Songkran tradition is recognized as a valuable custom for the Thai community, society and religions. The value for family is to provide the opportunity for family members to gather in order to express their respects to the elders by pouring scented water onto the hands of their parents and grandparents and to present them gifts including making merits to dedicate the result to their ancestors. The elders in return wish the youngsters good luck and prosperity.

The values for community is to provide the opportunity to create unity in the community such as to jointly acquire merits, to meet each other and to enjoy the entertaining events. And for the society value is to create concern upon environment with cooperation such as to clean houses, temples, public places and official buildings. Thais value the religion bye means of merits acquisition, offerings alms to monks, Dhamma Practice, listening to sermon and monks-bathing.

In the afternoon, after performing a bathing rite for Buddha images and the monks, the celebrants both young and old, joyfully splash water oon each other. The most-talked about celebration takes place in the northern province of Chiang Mai where Songkran is celebrated from April 13 to 15. During this period, people from all parts of the country flock there to enjoy the water festival, to watch the Miss Songkran Contest and the beautiful parades.


p/s: ada saper2 nak join Miss Songkran Contest tak? hihihi

Tuesday, April 14, 2009

Biarlah Rahsia..

kadang2 hidup ni penuh dengan rahsia.. aku pun ada banyak perkara rahsia yang sahabat baikku sendiri pun tak tahu.. bukan tak pernah berkongsi.. tapi tidak sepenuhnya.. sebut pasal rahsia ni teringat aku satu lagu ni.. Biarlah Rahsia.. nice song dan lirik pun penuh bermakna... bila aku rasa orang tak sukakan aku lagu ni yang aku akan dengar,, biarlah feeling sorang2 pun aku tak kisah.. kalo rasa sedih, sayu.., lagu ni jugalah yang aku layan.. tambah2 bila time lirik " andai kau jujur memahami.. tiada ku menjauhi.. dan kisahku yang masih panjang.. menambahkan berat yang memandang.. lantas ku putuskan...Biarlah rahsia..."..

Pernahkah kau bermimpi seketika Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakanBerdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendamKu putuskan biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kataBertulangkan dusta
Pernahkah kau bermimpi seketikaBerada di tempatku

p/s: memang aku sedang merahsiakan sesuatu.. perasaan ni.. jadi.. Biarlah Rahsia..

Memori Tercipta lagi...

aku pernah buat klip video guna lagu ni.. semalam ada surf cari lagu ni guna youtube.. terjumpa la lagu ni yang dinyanyikan live oleh penyanyi asalnya Shila masa pertandingan i in a million dulu.. sedap lagu ni dan penyanyi dia pun mempunyai suara yang very nice.. dan lagu ni pun banyak kenangan untuk aku.. especially time lirik ni..
"di sini jua memori tercipta... walau seketika terjalin kasih kita..
mungkin di sini kitakan terpisah.. kenangan bersama tiada ku lupa.."

hmmm... memang seketika pertemuan tu.. belum sempat bermula semuanya dah berakhir.. tapi tetap menjadi memori yang tercipta untuk aku..


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpiT
ada pon terduga pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x) Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


p/s: yang indah itu memang hanya untuk sementara...

Monday, April 13, 2009

Sinis..


Pernah tak korang rasa yang ada orang tidak sukakan korang.. entahla.. kadang2 aku dapat merasakan begitu.. mungkin kedengaran sinis atau negatif tapi itulah aku..kadang dari cara layanan orang, cara orang bercakap dengan kita pun kita boleh tahu samada orang tu suka ataupun tidak dengan kita.. hmm.. kadang2 aku jadi benci dengan perasaan ku sendiri yang mudah berprasangka buruk dengan orang lain walaupun kenyataan aku bukan mahu berprasangka tapi apa yang terjadi membuktikan semua tu..entahla.. mungkin aku perlu banyak muhasabah diri aku ni... hmmm..

Hari ni di sekolah mcm biasa.. cuma awal pagi sampai saja di sekolah aku terus print slip keputusan Ujian Bulanan pelajar.. sakit hati pula ms tu bila printer dan komputer yang hanya ada satu2nya untuk memasukkan markah tu buat hal.. punyalah awal aku buat kerja last2 jam 8.15 baru siap..kelamkabut aku berlari ke kelas untuk subjek sivik.. hiii.. geram tul.. dahla markah exam untuk setiap subjek guru kelas yang kena isi sendiri,. kalo d Ken hwa dulu guru subjek yang isi tapi kat sini macam semuanya tanggungjawab guru kelas.. 2 kali ganda bebannya berbanding d ken hwa... nak tak nak kena lalui juga walaupun ada rasa tak puas hati.. yalah.. siapala aku untuk suarakan rasa d hati ni... hmm..

tadi KP sains datang jumpa bagitau Bulan Julai ada lawatan ke Putrajaya KL untuk Persatuan sains math dan astronomi.. tak ada guru pengiring jadi dia minta aku tolong bawa budak untuk 3 hari.. KL?.. dah lama tak gi KL.. so, ringan ja mulut aku cakap ok.. wah, cam tak caya jer.. hihiihih... apapun,.. kalo takder aral sampaila aku ke KL bulan 7 ni...

hmm.. apa aku nak ajar esok erk.. ada 5 waktu.. 2 waktu sivik, dan 3 masa sains... hihih... kena buat powerpointla ni... hmm.. baru aku ingat.. esok jam 1230 ada meeting panitia sains.. meeting lagi..tapi hari rabu ni plak sekolah aku cuti untuk festival Songkaran.. hihihi.. tadi budak2 duk jemput aku g festival tu rabu ni.. hmm.. apa tu songkaran festival?.. nanti2la aku cerita.. sekarang nak g menunaikan kewajipan penting dulu.. Selamat malam...

Sunday, April 12, 2009

Cinta Jangan kau Pergi...

Aku bukannya peminat Sheila Majid.. tapi lagu ni memang memberi kenangan yang amat bermakna untuk aku.. mendengar lagu ni membuatkan aku teringat kepada seseorang..Seseorang yang sangat baik..very nice... sebelum ni aku hanya mendengar lagu ni gitu2 ja.. tapi dialah yang telah memperkenalkan lagu ni pada aku... dan rasanya hati aku digamit sayu bila mendengar setiap bait kata lagu ni.. huhuh.. mulalah ni nak sentimental balik.. huhuhuhuh...




Sheila Majid - Cinta Jangan Kau Pergi

Kusedari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya
Gelap jadinya

Oh... oo... kasihku
Kuharap kau mahu
Memaafkan menerima pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah erti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih... sayang

p/s: J... jangan kau pergi...

Hari ini..

hari ni skolah mcm biasa.. penuh dengan tugasan.. cuma masa pagi tu rileks skit sebab takder kelas... jam 1030 baru ada kelas sederet 4 masa sampai jam 1250 tengahari...Sepatutnya hari ni ada meeting Panitia Sains.. tapi sebab KP tak ada meeting pun cancel.. hmm.. cerita dalam kelas ari ni mcm biasalah ..ada yang ponteng,.. ada yang malas buat kerja.. ada yang fokus tapi sebenarnya tembus dan yang paling aku geram ada yang tidur.. hmm.. memang pantang tul aku kalo ada yang buat makmal mcm SPA.., nak bersantai2 dan tidur.. jangan harapla dapat tidor masa kelas aku.. aku pergi jerit sound kuat2 kat telinga.. biar padan muka..

pas kelas ada gak student datang bayar yuran.. hmm.. ni satu lagi masalah.. aku kesian tul la budak2 ni time kena bayar yuran.. hampir semua pelajar aku ni keluarga diaorang bukan dari kalangan orang senang..kebanyakan bila tanya pekerjaan mak bapa mesti jawapan diaorang penoreh getah,,.. ada yang siap cakap lagi takda duit nak bayar..ni yang lemah ni.. rasa kesian pula.. aku faham sangat mcm mana hidup susah sebab akupun bukan dari keluarga senang.. sebagai seorang cikgu aku memang rasa berat hati dan kesian nak kutip tapi apa boleh buat dah tugas..kalola aku kaya raya aku tolong bayarkan untuk semua yang susah,. tapi apa boleh buat.. setakat yuran insuran yang sorang RM 1.50 tu bolehla aku cover untuk 9 orang tapi kalo dah sampai untuk yuran sekolah RM43+yuran PIBG+majalah semua mcm mana nak tolong...

sebab tulah aku harap diaorang akan sedar dan cuba untuk mengubah nasib keluarga mereka.. tapi malangnya ada yang datang sekolah bukan tujuan nak belajar.. mcm last week ada seorang mak budak datang cari aku sebab nak tau anak dia datang sekolah ke tak.. dia cakap anak dia hari2 kuar rumah minta duit nak pergi sekolah padahal bila aku check register sekali pun anak dia tak datang sekolah.. surat amaran pun dah on da way ke rumah.. kesian sangat aku tenguk muka makcik tu.. dah macam nak menangis.. hmm.. apa nak jadi dengan budak2 sekarang..langsung tak menghargai jasa mak bapa.. aku cuba bayangkan kalo aku di tempat parents yang ada anak2 mcm tu.. rasa kecewa, terkilan dan sedih pasti terasa... hmmm...

Saturday, April 11, 2009

Hati dan perasaan..


Hari ni persekolahan berakhir begitu pantas.. Majlis persaraan Cikgu Mat hassan tadi pun berjalan lancar.... Walaupun aku tak sempat kenal Ketua bidang sains tu tapi terasa gak sedihnya melihat pemergiannya dari alam perguruan.. hmm.. akupun kalo panjang umur akan melalui detik2 bersejarah mcm tu juga.. tanggal 10 Januari 2036.. pada umur mencecah 56tahun aku akan bersara dari dunia pendidikan.. maksudnya there's still be 27 years for me.. wahhh.. lama lagi tu.. masuk tahun ni pun aku baru 7tahun jadi cikgi.. hihih.. jauh lagi perjalanan aku.. masih banyak onak duri dan ranjau berliku yang perlu aku lalui..

bila sebut ranjau yang berliku ni teringat plak kat seorang kawan yang juga ranjau berliku hidupnya.. tak perlula aku sebutkan siapa tapi rasanya kalo dia terbaca ni dia tahu aku maksudkan dirinya.. dunia realiti sekarang biasala.. kebendaan[harta, pangkat,kerjaya dan kemewahan] serta paras rupa selalu menjadi sesuatu yang ukuran.. terutamanya dalam soal mencari jodoh.. aku memang tabik spring kat member aku ni.. sebab dia tak pernah mengalah.. tak pernah rasa serik dengan dunia percintaan.. dia tetap mencuba untuk mencari seseorang yang dapat dijadikan teman sehidup semati.. walau apapun kekurangannya sahabatku ni tak pernah putus asa,,.. namun yang menyedihkan dan juga turut mencalar hati aku bila dia dikecewakan dan dpermainkan hati serta perasaaanya.. sesekali timbul rasa kasihan tp apa yang mampu kuberi hanya nasihat dan doa semoga satu hari nanti dia dpertemukan dengan jodohnya yang sebenar..

apapun.. aku juga berharap lelaki2 dluar sana masih ada yang berperikemanusiaan.. masih ada yang tahu menghormati perasaan perempuan..jangan hanya memandang luaran kerana yang zahir hanya sementara... hati yang ikhlas dan suci itu takkan dimakan usia.. tak ada seorang manusia di dunia ini yang tidak cantik... semuanya cantik... dan jangan pula kita mempertikaikan rupa seseorang kerana semua tu ciptaan Tuhan.. Jika kita mencaci, menghina kerana paras supa.. samalah seperti kita mempertikaikan ciptaan Tuhan.. yang cantik itu bonus tapi apa yang terbaik Tuhan kurniakan pada kita adalah kemurnian hati juga teman yang baik..Semoga sahabatku itu bertemu jodoh yang baik.. Amin..

p/s: aku juga berharap dapat menemui lelaki yang boleh membuatkan aku terasa seperti ada rama2 terbang di dalam perutku.. tapi.. sehingga kini aku belum pernah menemuinya..di mana dia?... hanya Tuhan yang tahu..

Ponteng

Hari ni Sabtu.. tapi terpaksa kerja.. ada sekolah ganti sempena Aidilfitri nanti.. tapi bila masuk kelas 2-3 orang pelajar jer datang.. hempeh betul.. mcm tadi, awal pagi ada kelas dengan 4 Kemboja.. budak lelaki ada sorang jer.. yang perempuan dalam 10 orang.. hmm.. kelas aku lagila, 4 Melati,.. 29 orang tak datang.. apuu,.. penatnya..

aku pun hairan dengan perangai budak2 sini..langsung tak menitikberatkan soal kehadiran ke sekolah.. bayangkan dalam seminggu tu mesti terpaksa keluar 2-3 pucuk surat amaran ketidakhadiran ke sekolah.. hari ni pun ada 3 pucuk lagi aku siapkan.. yang satu tu amaran terakhir dah.. akupun tak faham apa masalahnyer.. susah sangat datang sekolah untuk menuntut ilmu?.. demi masa depan... dengar2 budak pompuan tu dah kerja.. ari tu ada call bapa dia,... dia cakap anak dia dah taknak sekolah.. hmm.. kalo taknak sekolah datanglah berenti cara baik.. ini aku gak yang susah..nak kuar surat itu ini... tension plak rasa jadi guru kelas ni.. terlalu banyak benda nak urus..
Jap lagi jam 12 ada majlis persaraan Guru kanan sains.. akupun tak kenal cikgu ni.. sebab masa aku datang skul ni sedang bercuti sakit.. kena strok.. hmm.. banyak sangat tekanan agaknya.. nauzubillah.. janganla sampai akupun mcm tu satu ari nanti,... kemarin ada belikan hadiah untuk dia dari Kelab Guru..akukan bendahari. so terpaksala aku kuar membeli.. harap2 dia sukala hadiah ni... sebenarnya ada lagi benda nak tulis.. tapi masa terhad.. nanti tulis lagi... salam..

Thursday, April 9, 2009

Hanya Tuhan Yang Tahu

sebenarnya aku ada satu masalah besar.. rasa sangat tak sedap hati.. rasa ada sesuatu yang kurang dalam hidupku.. tapi aku sendiri tak pasti apakah masalah aku tu.. semuanya bercampur baur.. rasa sedih.. rasa geram.. rasa marah dan benci..

tak tahu pada siapa harus kuceritakan semua ni.. sudahla masalah d luar tak habis.. ditambah plak dengan konflik dalaman.. sekrang aku sedar aku memang seorang perahsia... bila masuk soal hati dan perasaan ni aku betul2 tak pandai bercerita.. Hanya Tuhan yang tahu.. kadang2 rasa terpinggir.. dalam usia yang mcm ni aku tertanya2 apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup aku...

bila tak mampu meluahkan kepada sesiapa, terasa beban tu kian menekan di bahu.. kepala rasa berat dan hati rasa sangat sayu.. sangat sensitif.. hanya mampu melepaskan semua tu dengan keluhan, tangisan dan jeritan..( jerit dalam kereta jelah)..kang tak pasal2 orang cakap aku dah gila.. hmm.. hampir gila agaknya tu..
apapun.. hanya tuhan yang tahu..Semoga jiwa ni akan sentiasa tenang dan tabah mengharungi semua dugaan hidup ni...sebab aku sedar kalo aku punya masalah, ada lagi yang mempunyai masalah.. kalo aku rasa tertekan ramai lagi yang mengalami tekanan.. anggap saja apa yang berlaku sebagai balasan atau dugaan untuk meneruskan kehidupan... semoga aku bahagia seperti orang lain,...Aminn...

Wednesday, April 8, 2009

Symbolic picture..


i love this picture.. for me it's very symbolic.. HAND OF FRIENDSHIPS.. gambar ni diambil pada tahun 2007.. masa hari guru kalo tak silap.. ramai2 kami pakai gelang pemberian yengkey dan ambil gambar tangan persahabatan ni bersama2..

aku sangat rindukan memori masa tu.. kadang2 bila bersendirian begini tak ada apa yang aku ingati melainkan kenangan indah bersama kawan2 di Sabah.. Berada d perantauan benar2 mengajar aku erti persahabatan dan keseronakan bekerja.. kenangan tak akan hilang.. sebab tu aku selalu mengambil gambar walau apa jua aktiviti yang aku buat d sabah dulu.. sebab aku tahu aku akan tinggalkan sabah dan kawan2 d sana.. jadi aku mahu memori tu tetap di hati dan di ingatan...

sekarang, realitinya..aku memang sudah meninggalkan ken hwa dan memulakan hidup baru... bekerja d tempat baru.. namun seingat aku, belum pernah sekalipun aku ambil gambar tahun ni menggunakan kameraku.. Mood bergambar dah hilang.. mungkin sebab tiada lagi yengkey dan jipang di sebelahku.. tiada lagi kokong yang gemar tersenyum semasa bergambar.. kata kokong untuk senyuman yang manis dan cantik mesti tersenyum sehingga menampakkan 8 batang gigi.. hahahaha.. kokong... kakak pun diam saja.. aku tak tahu samada dia dah bersalin ke belum..

hmm.. sebenarnya hari ni aku mc.. demam lagi.. agaknya aku demam rindukan ken hwa.. hmmm.. how i miss all those good old days... uwaaaa.....

White Love Story

Rasa mcm nak nyanyikan lgu ni untuk seseorang.. tapi siapa... di mana dia...




i didn't know at first.. why your gaze looking at me...
made me feel so flustered...
i always wanted to ask.. if you understood just a little of my feelings..
although i never told you..

now i know, how you were as lost and wandering as I was..
how you hurt so much, it kept you from sleep..
hold my hand, i won't let go of you again..
I love You.. as long as i breathe...

Things stood still,.. when you, who'd always treated me coldly,..
smiled at me that day..

Now I know, how you were lost and wandering as I was,..
how you hurt so much, it kept you from sleep..
Hold my hand.. don't let go of me..
I love you..till the day I close my eyes in rest...

I won't cry,.. now that you're by my side..
Thank You.. for such a worthless me..
for giving me the gift of you....

Monday, April 6, 2009

Kau tercipta untukku..

i love this song so much!!.. sentimental la katakan... huhuhuh

Sentimental..

2-3 hari ni tak tahula napa sentimental sangat,,.. huhuhu..apa dah jadi akupun tak tahu... Rasa tertekan pun ada.. rasa kehilangan pun ada... jantungpun berdenyut lebih kencang dari biasa,,... kadang2 rasa macam dah jatuh cinta..pada siapa?..hahahaha... akupun tak tahu apa yang aku rasa ni,,..kta orang kalo kita jatuh cinta kita akan rasa mcm ada rama2 terbang d dalam perut.. hihih.. mcm mana rasanya tu erk..
hari ni sekolah mcm biasa..penat plak ..nipun baru ja balik dari sekolah... sabtu ni pun sekolah sebab ada majlis persaraan ketua bidang Sains.. so jadila hari persekolahan ganti.. dengar2 ura pas majlis tu ada plak gotong royong.. ok ler tu.. huhuh.. baru jer plan nak ajak aton g tenguk wayang.. citer JANGAN TEGUR..hihih.. aku ni penakut tapi ada hati gak nak tenguk cerita hantu..hihih
oh ya kemarin ada majlis pertauliahan pengawas di sekolah.. Ada jemput pegawai polis untuk majlis tu..kira grand jugakla.. buat aku terkenangkan majlis tu di sekolah lama dulu.. mcm manala pengawas ken hwa kan..huhu..rindu lagi..

Sunday, April 5, 2009

i'm in love..

nice title.. haha.. mcm dah jatuh hati la pula rasanya.. 2-3 hari ni berdebar2 ja rasa.. hahaha.. tapi jangan salah faham.. jatuh cinta dengan seseorang dalam klip video di bawah ni.. haha.. my favorite song from my favorite band "UNGU".. nice video clip also.. with the cute specky guy i adored.. hahahaha.. jangan jeless...rasanya korang pun akan suka lagu ni.. "CINTA DALAM HATI".. Just listen and enjoy the song..


Cinta dalam Hati
Mungkin ini memang jalan takdirku Mengagumi tanpa di cintai

Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu Menunggu hatimu menyambut diriku

Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah Bahagia untukku, bahagia untukku

reff: Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu Meski ku tunggu hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja

'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

note: Kadangkala ada yang menyinta kerana harta, kerana wang.. ada yang menyintai kerana rupa paras... jadi di mana rasa cinta atas dasar keikhlasan dan kejujuran dalam hati? ada yang lama menyemai cinta.. ikatan terputus di pertengahan.. namun ada yang baru mahu bermula tapi telah berakhir sebelum mulanya.. ada yang sudah bermula tapi mungkin tiada happy ending nya.. jadi atas dasar apa cinta itu?...

Saturday, April 4, 2009

Cik Salwa Binti Ismail


Siapa tu yer.. hihih.. inila adikku Salwa .. ex-housemate ku masa d Keningau dulu.. walaupun tempoh perkenalan kami hanya setahun( sebab wawa posting tahun 2008).., namun banyak kenangan kami bersama.. apa yang penting.. ESOK ( 5 April 2009) adalah merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 26..
Selamat hari Lahir Wawa... harap2 kak jo orang pertama yang wish... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... i miss u so much... Sangat rindukan joke dan gelak tawa kita bersama... take care and have fun on your birthday.. i wish i were there and we can celebrate it together like last year... Miss u..

Personality Quiz..

tadi ada buat satu kuiz d facebook... maksud tarikh lahir... so, is this really me?...

Stubborn and hard-hearted. Ambitious and serious. Loves to teach and be taught. Always looking at people's flaws and weaknesses. Likes to criticize. Hardworking and productive. Smart, neat and organized. Sensitive and has deep thoughts. Knows how to make others happy. Quiet unless excited or tensed. Rather reserved. Highly attentive. Resistant to illnesses but prone to colds. Romantic but has difficulties expressing love. Loves children. Loyal. Has great social abilities yet easily jealous. Very Stubborn and money cautious.

IKLAN LAGI!