Sunday, April 19, 2009

Cinta Kau dan Aku..

New novel in the house.. CINTA KAU DAN AKU.. aku beli hari Jumaat ari tu masa kuar sama2 aton.. hmm.. Ingat lagi citer ANDAI ITU TAKDIRNYA.?.. Penulis yang sama..Novel ni adalah tulisan kedua Siti Rosmizah..

nak komen apa erk?.. rasanya novel pertama lebih menarik kot.. yang kedua ni mcm bahasanya terlalu simple dan bersahaja.. bukan bemaksud aku sukankan novel berat cuma bila membaca novel cinta aku harap dapat melihat keseriusan penulis dan watak di dalam novelnya... bila bahasa yang diolah terlalu bersahaja, maka aku pun mulalah cepat nak rasa bosan sebab timbul ketidaklogikannya di situ.. tambah mengecewakan bila jalan cerita di separuh novel hampir menyamai cerita dalam novel ANDAI ITU TAKDIRNYA.. kisah seorang isteri dikecewakan suami, anak dalam kandungan meninggal,dan paling ketara si isteri terpaksa pulang ke pangkuan suami demi menjaga hati semua pihak..hmm.. stereotaipla pula aku rasa...

dan aku paling muak membaca cerita yang banyak memuja kecantikan mahupun ketampanan watak utamanya,..mcm melampau2 pula... seolah2 dunia ni hanya milik si jelita dan si kacak.. si kacak hanya akan bertemu jodoh dengan si jelita... hmm.. apa ni?.. boring tul aku bila penulis terlampau banyak memuji kecantikan paras rupa dan of course macam biasa si hero mesti anak orang kaya dan yang si heroin plak anak orang kampung yang bercita2 besar mahu berjaya.. well, rasanya dari ulasan aku ni pun korang dah tahu kesimpulannya kan?apapun penulis dah cuba bawa kelainan cuma perlu lebih baik...dan rasanya tak semua orang punya pendapat yang sama.. pendek kata beli dan baca sendiri baru tahu.. hihih..panjang kata aku dah tak tahu nak tulis apa..hihih.. nak buat RPH untuk esok plak ni..hihih.. hmm.. rasa rindu kat seseorangla..hihihih.. siapa yer?..我的好朋友- ,我好想你啊。 hihihihih...


Tajuk : Cinta Kau dan Aku

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd

ISBN : 978-967-5234-28-6


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah."Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.
Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.
p/s: Aku dah abis dah baca Twilight SAGA..hihihih..

2 comments:

  1. Ha ha ha! terasa rindu pd seseorg? kui kui kui... kami tahu siapa dia... kami tau! kami tau... iaitu mr dot dot... ;) jgn mare.. cpt mengelabah betul ko ni... relax ler....

    ReplyDelete
  2. hmm..ntahla..aku pun tak tau..tak ada apa2 la rasanya kot.. mcm ada yang tak kena jer ni..
    biarlah..aku nak lupakan je semua tu..kan yang indah tu hanya sementara..hahaha... malas dah nak ingat.. biarlah... lupakan jer..hihiihihihih

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!