Sunday, April 12, 2009

Hari ini..

hari ni skolah mcm biasa.. penuh dengan tugasan.. cuma masa pagi tu rileks skit sebab takder kelas... jam 1030 baru ada kelas sederet 4 masa sampai jam 1250 tengahari...Sepatutnya hari ni ada meeting Panitia Sains.. tapi sebab KP tak ada meeting pun cancel.. hmm.. cerita dalam kelas ari ni mcm biasalah ..ada yang ponteng,.. ada yang malas buat kerja.. ada yang fokus tapi sebenarnya tembus dan yang paling aku geram ada yang tidur.. hmm.. memang pantang tul aku kalo ada yang buat makmal mcm SPA.., nak bersantai2 dan tidur.. jangan harapla dapat tidor masa kelas aku.. aku pergi jerit sound kuat2 kat telinga.. biar padan muka..

pas kelas ada gak student datang bayar yuran.. hmm.. ni satu lagi masalah.. aku kesian tul la budak2 ni time kena bayar yuran.. hampir semua pelajar aku ni keluarga diaorang bukan dari kalangan orang senang..kebanyakan bila tanya pekerjaan mak bapa mesti jawapan diaorang penoreh getah,,.. ada yang siap cakap lagi takda duit nak bayar..ni yang lemah ni.. rasa kesian pula.. aku faham sangat mcm mana hidup susah sebab akupun bukan dari keluarga senang.. sebagai seorang cikgu aku memang rasa berat hati dan kesian nak kutip tapi apa boleh buat dah tugas..kalola aku kaya raya aku tolong bayarkan untuk semua yang susah,. tapi apa boleh buat.. setakat yuran insuran yang sorang RM 1.50 tu bolehla aku cover untuk 9 orang tapi kalo dah sampai untuk yuran sekolah RM43+yuran PIBG+majalah semua mcm mana nak tolong...

sebab tulah aku harap diaorang akan sedar dan cuba untuk mengubah nasib keluarga mereka.. tapi malangnya ada yang datang sekolah bukan tujuan nak belajar.. mcm last week ada seorang mak budak datang cari aku sebab nak tau anak dia datang sekolah ke tak.. dia cakap anak dia hari2 kuar rumah minta duit nak pergi sekolah padahal bila aku check register sekali pun anak dia tak datang sekolah.. surat amaran pun dah on da way ke rumah.. kesian sangat aku tenguk muka makcik tu.. dah macam nak menangis.. hmm.. apa nak jadi dengan budak2 sekarang..langsung tak menghargai jasa mak bapa.. aku cuba bayangkan kalo aku di tempat parents yang ada anak2 mcm tu.. rasa kecewa, terkilan dan sedih pasti terasa... hmmm...

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!