Saturday, April 11, 2009

Hati dan perasaan..


Hari ni persekolahan berakhir begitu pantas.. Majlis persaraan Cikgu Mat hassan tadi pun berjalan lancar.... Walaupun aku tak sempat kenal Ketua bidang sains tu tapi terasa gak sedihnya melihat pemergiannya dari alam perguruan.. hmm.. akupun kalo panjang umur akan melalui detik2 bersejarah mcm tu juga.. tanggal 10 Januari 2036.. pada umur mencecah 56tahun aku akan bersara dari dunia pendidikan.. maksudnya there's still be 27 years for me.. wahhh.. lama lagi tu.. masuk tahun ni pun aku baru 7tahun jadi cikgi.. hihih.. jauh lagi perjalanan aku.. masih banyak onak duri dan ranjau berliku yang perlu aku lalui..

bila sebut ranjau yang berliku ni teringat plak kat seorang kawan yang juga ranjau berliku hidupnya.. tak perlula aku sebutkan siapa tapi rasanya kalo dia terbaca ni dia tahu aku maksudkan dirinya.. dunia realiti sekarang biasala.. kebendaan[harta, pangkat,kerjaya dan kemewahan] serta paras rupa selalu menjadi sesuatu yang ukuran.. terutamanya dalam soal mencari jodoh.. aku memang tabik spring kat member aku ni.. sebab dia tak pernah mengalah.. tak pernah rasa serik dengan dunia percintaan.. dia tetap mencuba untuk mencari seseorang yang dapat dijadikan teman sehidup semati.. walau apapun kekurangannya sahabatku ni tak pernah putus asa,,.. namun yang menyedihkan dan juga turut mencalar hati aku bila dia dikecewakan dan dpermainkan hati serta perasaaanya.. sesekali timbul rasa kasihan tp apa yang mampu kuberi hanya nasihat dan doa semoga satu hari nanti dia dpertemukan dengan jodohnya yang sebenar..

apapun.. aku juga berharap lelaki2 dluar sana masih ada yang berperikemanusiaan.. masih ada yang tahu menghormati perasaan perempuan..jangan hanya memandang luaran kerana yang zahir hanya sementara... hati yang ikhlas dan suci itu takkan dimakan usia.. tak ada seorang manusia di dunia ini yang tidak cantik... semuanya cantik... dan jangan pula kita mempertikaikan rupa seseorang kerana semua tu ciptaan Tuhan.. Jika kita mencaci, menghina kerana paras supa.. samalah seperti kita mempertikaikan ciptaan Tuhan.. yang cantik itu bonus tapi apa yang terbaik Tuhan kurniakan pada kita adalah kemurnian hati juga teman yang baik..Semoga sahabatku itu bertemu jodoh yang baik.. Amin..

p/s: aku juga berharap dapat menemui lelaki yang boleh membuatkan aku terasa seperti ada rama2 terbang di dalam perutku.. tapi.. sehingga kini aku belum pernah menemuinya..di mana dia?... hanya Tuhan yang tahu..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!