Thursday, April 30, 2009

i'm nobody..

tak tahu apa perasaan aku sekarang..marah?sedih?benci?sakit hati?menyampah?meluat?.. rasanya semua tu bercampur baur sekali.. tapi apa yang aku boleh buat?..mcm biasa menangis.. inilah kelemahan perempuan.. sensitif betul..dalam positifnya airmata tetap nak mengalir keluar..

apa jadi?..entahlah..susah betul nak luahkan apa yang terpendam d hati.. bila dah jumpa orang yang dipercayai,.. orang yang boleh berkongsi rahsia dan masalah.., sekali orang tu pulak melukakan hati.. jadi, siapa lagi yang aku nak percayai?..nak sayangi?.. aku tak nak menyayangi manusia yang 'selfish'..manusia yang hanya pentingkan kebahagiaan diri sendiri tanpa mempedulikan kehancuran hidup orang lain..

apa itu cinta?..cintakah itu jika menghancurkan mahligai orang lain?.. cintakah andai cinta itu sekadar menyambung ikatan yang tak kesampaian?..cintakah bila melihat insan lain yang tak berdosa kehilangan kasih sayang?..Layakkah kita sebagai manusia menolak ketentuan takdir,ketentuan jodoh,..Qada dan Qadar..hanya semata2 untuk tuntutan rasa cinta...

lelaki biasanya membuat keputusan berdasarkan akal.. bukan hanya lemah mengikut hati dan hawa nafsu.. Lelaki sepatutnya menjadi pemimpin ke arah jalan yang betul.. tapi kenapa ada lelaki yang terlalu lemah hatinya hanya kerana seorang perempuan?.. di mana letaknya akal dan keimanan yang Tuhan kurniakan... dan perempuan,.. terlalu mengikut hati dan perasaan.. Tidak cukup dengan sebuah kebahagiaan, namun rela mencalit dosa pada diri sendiri hanya kerana seorang lelaki...

hanya mengambil masa sehari untuk mengenali, 2 hari untuk berkongsi rasa dan minat... 3 hari untuk bergurau senda... 4 hari untk saling menasihati... 5 hari untuk ketawa..6 hari untuk memahami, ... namun cukup hanya 13 hari untuk dilukai.. betapa cepat masa mengubah suatu perkenalan itu.....Hanya aku dan Tuhan yang tahu apa yang aku coretkan di sini.. aku tak perlukan komen di sini... hanya meluah kesedihan, kekecewaan dan mungkin kelukaan yang baru aku rasai.. kenapa aku rasa kesedihan ni seperti yang pernah aku alami satu masa dulu?.. kenapa aku perlu sedih?.. siapa aku..? i'm nobody..

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!