Friday, April 24, 2009

Takdir..

adakalanya dalam hidup kita ni kita terpaksa buat sesuatu yang dikatakan bodoh.. sebagai manusia kita tak mungkin lepas dari melakukan kesilapan.. hari ini aku boleh dikatakan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.. aku melarikan diri dari kesulitan.. masalah yang sukar untuk jelaskan di sini..hanya 2-3 orang teman rapat yang mengetahuinya..

di mana kewarasan?.. apakah apa yang aku lakukan tu sesuatu yang betul..aku tahu 'lari' bukan satu jalan penyelesaian masalah..tapi apalah ertinya bercakap, berterus terang andai semua itu tidak mendatangkan kefahaman pada mereka.. tak semua dapat menerima alasanku.. kenapa begitu?aku tidak menyusahkan sesiapa..tetapi kenapa perlu ada paksaan dalam membina kehidupan..

aku benci pada paksaaan.. kalau aku tidak mahu, tidak mahulah.. tidak perlu dipaksa..aku bukan budak kecil yang hanya tahu menurut perintah..aku punya masa depan sendiri..aku punya prinsip dan aku tahu apa yang aku mahukan.. kenapa tiada yang memahami.. Hanya Tuhan yang tahu apa yang bergolak dalam hatiku sekarang.. hanya kesabaran dan kekuatan saja untuk mengharungi semua dugaan ni..semoga aku tetap tabah dan ceria.. aku juga mahu gembira seperti orang lain tapi biarlah aku yang memilih jalan itu sendiri dan biarlah aku sendiri yang tentukan.. kerana semuanya sudah tertulis buatku.. Takdir ku hanya Tuhan yang tahu..

4 comments:

  1. jo...pasti kamu akan sentiasa tabah dan ceria....miss u fren...tabah ya....betul tu, kita mesti ada prinsip sendiri

    ReplyDelete
  2. 谢谢 Ming Lu.. i really need that.. tak semua orang memahami perasaan kita..tapi saya akan tetap berusaha untuk diri kebahagiaan diri sendir.. saya harap kamu juga ceria dan gembira d sana.. take care my fren..我想念你太..

    ReplyDelete
  3. jo,bukan我想念你太,ialah我太想念你。
    pandai type mandarin oh……ong kasi ajar kah?keep going!

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ok.. 我太想念你。
    sorry.. saya budak baru belajar.. tersalah susun rupanya perkataan tu..hihihi.. tapi oklah tu kan maksudnya i miss u 2 kan? hihihih..bagus juga saya menulis di sini..ko kan guru bahasa cina...hihihih..apa2 kasi betul saja aaa... hihih..thank u ming lu..bukan si ong ajar..sendiri belajar..hihihih

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!