Monday, August 31, 2009

Janji kasih

A song for someone special...Bila berjanji harus ditepati... jangan mungkiri...




Mata Yang Memandang
Tak Merasa Keluh Resah
Senang Berbicara

Namun Mungkin
Takkan Memahami
Yang Tersimpan

Disanubari
Yang ku Yakin
Apa Yang Terjadi
Menguji Kesungguhan Di Hati

BerJanji Takkan Berlalu Pergi
Kasih Pasti Kan Bersemi Nanti
Mencipta Sinar Bahagia Bersama
aku Kan Buktikannya
Ke Akhir Nafasku Ini

Masa Telah Memaksa
ku Lontarkan Kata-kata
Agar Kau Mengerti

Tidak Akan Berterusan Lagi
Kesedihan Yang Ada Di Hati

Kerna aku Tak Mampu Menipu
Menyata Keinginan

Di Kalbu

Suatu Hari Kan Menjelang Jua
Saat Bersatu Diantara Kita Oh

Suatu Masa Kan Terbukti Nyata
Duniakan Menjadi Saksinya

BerJanji Takkan Berlalu Pergi
Kasih Pasti Kan Bersemi Nanti
Mencipta Sinar Bahagia Bersama
aku Akan Buktikannya
Ke Akhir Nafasku Ini

Merantai Jiwa Takkan Berpisah
Merungkai Gundah Menguntum Indah
Terbuka Hati Yang Lama Melara
Akan ku Buktikannya
Ke Akhir Nafasku Ini

Sunday, August 30, 2009

I miss u!


Rasa rindu itu adakalanya indah..
tapi adakala menyakitkan..
namun pabila tahu diri saling merindu, timbul rasa bahagia dalam hati..

"Rindu saya tak?"
"rindula..kenapa tanya?"
"sebab saya rindu awak"
"samala..mana boleh tidak rindu pada orang yg saya sayang dan cinta sgt".......

kesimpulan: Rindu itu nafas cinta..

Kasih yang tak dianggap

New favorite song in my list..enjoy!!...


Because I'm A Girl





I just can't understand the ways
Of all the men and their mistakes
You give them all your heart
And then they rip it all away

You told me how much you loved me
And how our love was meant to be
And I believed in you
I thought that you would set me free

(REFRAIN):
You should've just told me the truth
That I wasn't the girl for you
Still, I didn't have a clue
So my heart depended on you, whoa

(CHORUS):
Although I'll say I hate you now
Though I'll shout and curse you out
I'll always have love for you
Because I am a girl

Been told a man will leave you cold
Get sick of you and bored
I know that it's no lie
I gave my all, still I just cry

Never again will I be fooled
To give my all when nothing's true
I won't be played again
But I will fall in love again

(REFRAIN)
You should've just told me the truth
That I wasn't the girl for you
Still, I didn't have a clue
So my heart depended on you, whoa

(CHORUS)
Although I'll say I hate you now
Though I'll shout and curse you out
I'll always have love for you
Because I am a girl

I Want You So
NoW you leave me in the cold
How could this be?
I thought that you Really Loved Me

Into the Night
I will pray that you're alright
YOu hurt me so
I just can't let you go

You took advantage of my willingness
To do anything for love
Now I'm the only one in pain
Will you please take it all away?

Never thought Born being A girl
I can love you and be burned
Now I will build a wall
To never get torn again

(CHORUS)
Although I'll say I hate you now
Though I'll shout and curse you out
I'll always have love for you
Because I am a girl

Well See You Soon...

Friday, August 28, 2009

BILA HATI LELAKI JATUH CINTA


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Siapaku di sisimu..

pagi ni bangun rasa jiwang lak..hehehhe..aku neh jiwang memanjang..sahur tadi liat tul nk bangun..last2 family aku semua dah sahur..aku bangun sahur sorang diri..huhuhu..elekk..tak kisah... sahur jer..tu pun sempat berangan...awal tul diaorang bangun ari neh sahur... teringat ayah aku tanya mak tadi masa aku tegur awal diaorang sahur.."awat tak bangun sahur kul 1'.. ngeh..ngeh..ngeh... tersengih2 aku dengar...hehehehehe.... sebut sal jiwang tadi aku duk layan lagu neh..lagu sedih..takder kaitan ngan perasaan aku yg berbunga2
sekarang
ni ..lagu ni lagu putus cinta la..hehehe..layannnn..


Hembusan angin bagai membawa berita..
Berita yang mengecewakanku..
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan..
Namun ku tabahkan hati ini..

Sayangku..
Ku tahu kau tak ingin begini..
Tapi kau..sanggup lakukannya..
Betapa..hatiku hancur musnah berderaian/berderai..
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaanku..

Kerna cintakanmu kujadi begini..
Kerna sayangkanmu kutelan semua..
Betapa hebatnya kau dihati ini..

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Disisimu..

Kuharap suatu hari kaukan mengerti kasih..
Siapa diriku di sisimu..
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai..
Ia bagai angin yang berlalu..

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di hatimu..
Kasih..

Kenapa kau tak pernah fikir hatiku..
Kenapa si dia jadi pilihanmu..
Ku sedar siapa diriku di sisimu..
Di sisimu..di sisimu..
Aku di sisimu..

Thursday, August 27, 2009

Bunga-bunga Cinta..


Bila cinta berbunga...maka wujudlah, ayat-ayat cinta...

Ming Lu...恭喜你哦!!!



Hari ni PTK berjalan lancar..entah apa aku jawab pun aku tak tau..soalan entah apa2 ntah...naik fenin aku.. adeiiihhh..baru ja online neh bila ternampak blog my dear friend Ming Lu...wahhh...dia dah lahirkan seorang baby boy yg ensem bernama Chen..betulka tu Ming Lu...dilahirkan pada 23 August yg lalu..sehari sebelum aku jumpa kokong.... baru jer aku tanya kokong ari tu samada ming lu dah bersalin ke belum...rupanya sudah...

to dear Ming Lu...恭喜你哦!!! memang handsome baby ko... kim salam ah..semoga baby dan u sentiasa sihat.."yellow'tu tak lama..nanti2 ok la tu..jangan ko susah hati arr....kim salam dari aunty jojo and sorry ya curi gambar your baby from your blog..hehehehe..biasala...macam tak kenal aku neh..heheheheh... bestnya....dah jadi mummy dah Ming Lu...aku bila erkkk???hehhehehehe

Wednesday, August 26, 2009

PTk dan SimCard

arghh,,,tensionnyer..esok ada exam PTK jam 9 pagi..tapi apapun aku tak sempat prepare,,namanya ada buku tapi apapun tak sempat baca..tadi ada juga baca tapi tetiba simcard aku lak buat hal.. tetiba jer keluar sign "INVALID SIM".Apa kes..??petang tadi jer duk borak2 ngan aton dan sms ehem2...tetapi tiba2 lak buat hal neh..bila call CELCOM dia ckp sim problem..kena bawa pergi celcom centre dan tukar sim baru..apuu.... memang wajib buat..dalam tu ada lagi RM4o lebih kredit..tak g ambik memang rugi la..huhu.

masalahnya, number tu adik lelaki aku yg daftar..so dia la yg kena g ambik..masalah lagi satu, sabtu neh baru dia cuti dan bleh p sg petani urus bil..so, nak tak nak kena tunggu sabtu baru dapat guna semula number lama..so sekrang neh aku guna number baru sehinggala adik aku dapatkan semula sim lama sabtu neh,..pada kawan2, kalo call tak dapat tu harap maklumla erkk... memang tak dapat contact aku buat masa sekarang....huhuhuh..ingat bila dapat sim lama aku akan transfer credit ke number baru dan akan guna number baru..apapun, kalo jadi aku akan maklumkan number baru pada kawan2 semua..

oh ya, berbalik pasal PTK, masuk neh dalam 4kali ambik
..umum punya dah lepas, khusus yg belum dapat iV lagi..balik2 III...dah boring dah aku ambik...harap2 kali ke empat neh bleh dapat IV..ngehngehngeh...tensionla macam neh... huhuhuh..pada kawan2 yg turut ambik, good Luck!!!

Orphan

Sometimes there's nothing scarier than a little kid--and Orphan will introduce us to Esther, one of the scariest of them all. Without much in the way of star power this one's going to be counting on sheer thrills to generate its success.

When a young couple adopts an adorable nine year old girl, she seems downright heaven sent. But this little angel's halo is looking downright crooked--is she as innocent as she seems? Brace yourselves--here comes the trailer!






p/s: This movie is frickin awesome!!! cant wait Final destination 4...got all the 3 sequel before..heheheh

a day to remember..

24th August 2009
Monday
830 am..

Hari ni hari ke-3 berpuasa..Jam 8.30 pagi aku dah gerak ke Pulau Pinang..hari ni aku akan bertemu kokong..bestnya..lepas jumpa bulan 5 ari tu, baru berpeluang jumpa lagi..hehehe..xsabar nk jumpa my big brother neh..mcm mana rupa dia erk?hehehhe...rasa mcm diberkati sangat perjalanan pagi ni..berjalan lancar walaupun aku drive seorang diri..cuma bila sampai atas jambatan trafik slow skit sebab pembinaan laluan ke tiga tu,..sempat gak snap gambar..hehehe..

nampak permandangan pulau mutiara dari jauh..cuaca plak mendung jer..nk ujan agaknya..aku sampai kat bayan lepas dalam jam 915...baru jer duk meninjau kokong dia mesej bagitau dia tunggu kat depan kenny rogers... there he is..tertinjau2 mencari aku..tetap org yg sama cuma rambut makin panjang dan semakin sehat..hehehehehe....

lepas ketawa2 jap kami bertolak ker sberang jaya menuju ke carnival mall..tu jer tempat yg pandai aku pergi..tu pun mek ton yg ajar..hehehehe... on da way sembang2 pasal sekolah..banyak yg dah berubah.. dari cerita kokong aku tau ken hwa dah tak sama mcm dulu..apapun, life goes on..mcm aku juga, terpaksa teruskan life kat sekolah baru tanpa kawan2 lama yg selalu di sisi..kadang2 sesuatu pembaharuan itu mampu mengubah hidup kita..seperti yg sedang berlaku dalam hidupku...


dengar2 ramai jugak yg nk meninggalkan ken hwa tahun depan,...sedihnya..boleh bayangkan suasana baru, dan org2 baru yg semakin memenuhi rua
ng ken hwa yg ditinggalkan.. aduii.,. sayu plak rasa..

apa yg aku dan kokong buat d carnival mall??kalo bukan sebab bulan puasa mesti dia dah blanja aku makan,..heheheh..so, kami just tengok wayang ja.ekceli segan gak bulan2 posa ni nak masuk panggung, tapi bila fikir masuk menonton ja apa salahnya, so aku temankan kokong menonton filen "ORPHAN"..best citer neh...tak bergerak aku menonton..nanti aku letak trailernya kat sini..kesimpulannya, cerita yg menarik utk ditonton, dan rasa enjoy sepertimana menonton dengan jipang ari tu.. bestnya kalo dapat berkumpul sesama mcm menonton citer twillight tahun lepas..sama2 jipang,kokong dan winn..huhuh.. how i miss my old days...

pas tenguk citer aku dan kokong berpisah semula dalam jam 2..aku kembali ke rumah dan kokong plak menunggu dijemput abangnya dari BM kat situ,. masa on da way balik hujan dah mula turun, dan aku plak rasa sedih,,, entah bila dapat bersua kembali...apapun kokong, tq sebab sudi jumpa saya lagi... harap dapat jumpa lagi tau..and thanks jugak untuk coklat dan key-chain neh..

so sweat of you,,take care dear brother..will see u again...

Sunday, August 23, 2009

Tip Diet Sepanjang Ramadan

hehehe...jumpa artikel ni kat sebuah laman web..kena cuba neh..takleh jadi... sejak balik dari sabah, semakin sehat aku jadinya,..huhuhuhuh....ingat lagi tahun lepas berdiet ngan rem dan pura..apa agaknya citer diet diaorang tahun ni erkk??




SEPANJANG bulan Ramadan, diet atau pemakanan kita sepatutnya tidak berbeza dengan begitu ketara berbanding diet normal. Jika boleh, biarlah ia seringkas mungkin. Diet yang dimaksudkan seharusnya diet yang sama seperti kita menjaga berat badan normal - berat badan tidak turun dan tidak juga naik. Bagaimanapun, sekiranya seseorang mempunyai berat badan berlebihan, Ramadan merupakan masa yang ideal untuk mengembalikan semula berat badan normal. Mengambil kira tempoh menahan diri daripada makan dan minum yang agak panjang iaitu kira-kira 14 jam mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari, adalah disarankan anda mengambil makanan yang lambat dihadamkan yang mengandungi fiber atau serat berbanding makanan yang mudah dicernakan. Makanan yang lambat dihadam boleh bertahan sehingga lapan jam lamanya manakala makanan yang mudah dicernakan yang bertahan kira-kira tiga ke empat jam sahaja.

* Makanan yang lambat dihadam adalah makanan yang mengandungi bijirin dan biji-bijian seperti barli, gandum, oat, milet, suji, kekacang, lentil (dari keluarga pokok kekacang legum), tepung mil penuh, beras kampung dan lain-lain (dipanggil karbohidrat kompleks)
* Makanan yang cepat dibakar dan mudah cerna merupakan makanan yang mengandungi gula, tepung gandum dan lain-lain (dipanggil karbohidrat ditapis)

* Makanan berserat pula adalah makanan yang mengandungi bran (kulit biji-bijian yang dikisar dan diayak daripada tepung), gandum penuh, bijirin dan biji-bijian, sayur-sayuran seperti kekacang hijau, kacang pis, lada paprika, sayur labu air, tepung kasar atau bertepung, bayam dan lain-lain herba seperti daun ubi pokok bit yang kaya dengan zat besi, buah-buahan bersama kulit, buah kering terutamanya aprikot, buah ara, prun, badam dan lain-lain.

Makanan yang diambil hendaklah seimbang, mengandungi makanan daripada setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin/biji-bijian seperti beras, jagung, gandum dan lain-lain serta produk tenusu.

Makanan kering adalah tidak sihat dan perlu dihadkan kerana ia boleh menyebabkan sakit perut kerana makanan tidak hadam, pedih hulu hati dan masalah berat badan.

Pemakanan di bulan Ramadan

Berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. serta penyelidikan meluas yang telah dilakukan, berikut adalah pelan pemakanan yang disarankan:

Roti/bijirin/nasi, pasta, kumpulan biskut dan biskut kering: 6 hingga 11 hidangan sehari

Daging/kekacang/kumpulan buah kekeras: 2 hingga 3 hidangan sehari

Susu dan kumpulan produk tenusu: 2 hingga 3 hidangan sehari

Kumpulan sayur-sayuran: 3 hingga 5 hidangan sehari

Kumpulan buah-buahan: 2 hingga 4 hidangan sehari

Gula tambah seperti gula kasar, sukrosa: secara berpatutan

Lemak tambah, minyak politaktepu: 4 hingga 7 sudu besar

Berbuka

Tiga biji tamar, satu hidangan jus (4 auns) dan semangkuk sup sayur-sayuran bersama sedikit pasta atau biskut

Semasa berbuka, badan memerlukan sumber tenaga yang tersedia dengan mudah dalam bentuk glukosa bagi setiap sel hidup khususnya otak dan sel-sel saraf, pada kadar segera.

Kurma dan jus merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan gula. Dalam kuantiti seperti di atas, kurma dan jus adalah memadai untuk mengembalikan semula glukosa darah rendah ke tahapnya yang asal.

Jus dan sup membantu mengekalkan keseimbangan cecair dan mineral di dalam badan.

Diet yang tidak seimbang dan terlalu banyak hidangan manis yang ditambah dengan gula bukanlah sesuatu yang sihat untuk kesihatan anda.


Makan malam

Ambil makanan daripada kesemua kumpulan makanan di bawah:

Daging/kumpulan kekacang: Daging dan kekacang merupakan sumber yang baik untuk protein, mineral dan vitamin tertentu. Kekacang juga menjadi sumber serabut diet yang baik.

Roti/kumpulan bijirin: Kumpulan ini menyediakan sumber karbohidrat kompleks yang baik yang menjadi sumber tenaga yang baik dan menyediakan sedikit protein, mineral dan serabut diet.

Kumpulan susu: Bagi mereka yang tidak gemarkan susu boleh mencuba produk- produk yang melalui proses penapaian seperti susu mentega (cecair yang tinggal sesudah susu jadi mentega) dan yogurt.

Susu dan produk tenusu merupakan sumber protein dan kalsium yang penting untuk penyenggaraan tisu-tisu badan serta beberapa fungsi fisiologi.

Kumpulan sayur-sayuran: Sayur-sayuran adalah sumber yang baik bagi serabut diet, vitamin A, karotena dan lain-lain bahan kimia yang berasal dari tumbuh- tumbuhan yang antioksidan.

Ini sangat membantu dalam mencegah kanser, penyakit-penyakit kardiovaskular (jantung) dan banyak masalah kesihatan lain.

Kumpulan buah-buahan: Makan 1 hingga 2 hidangan sitrus dan/atau buah-buahan lain.

Makan buah-buahan sebagai makanan yang terakhir selepas makan malam bagi membantu pencernaan dan menghindari gangguan-gangguan gastrousus.

Buah-buahan sitrus jenis limau menyediakan anda dengan vitamin C. Buah- buahan satu lagi sumber serabut diet yang bagus.

Buah-buahan dan buah kekeras campuran boleh dimakan sebagai snek selepas makan malam atau solat tarawih ataupun sebelum tidur.

Sahur

Makanlah sahur yang ringan sahaja. Makan gandum penuh atau bijirin oat atau roti gandum penuh sebanyak satu ke dua hidangan bersama secawan susu. Satu hidangan bersamaan dengan satu auns.

Tambahkan dua hingga tiga camca teh minyak zaitun atau lain-lain lemak monotaktepu atau politaktepu di dalam salad atau bijirin.

Makan satu hingga dua hidangan buah sebagai makanan terakhir.

Cadangan tambahan

Jangan lupa untuk memberus gigi. Beruslah gigi anda sebelum tidur dan selepas bersahur. Berus lebih dua kali atau berapa kali yang anda suka asalkan praktikal.

Individu yang mempunyai berat badan normal mahu pun berlebihan tidak sepatutnya menambah berat badan mereka.

Bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan, Ramadan memberikan peluang yang baik untuk menurunkan berat badan.

Sementara itu, bagi yang kurus atau mempunyai berat badan yang kurang mahupun mereka yang berat badannya normal, tidak digalakkan mengalami penurunan berat badan sepanjang bulan ini.

Menganalisis komponen pemakanan dan tenaga diet menggunakan jadual komposisi makanan atau perisian komputer adalah sangat berguna dalam merancang diet yang bersesuaian.

Adalah disarankan agar setiap orang melakukan senaman fizikal ringan seperti regangan dan berjalan.

Penting untuk mengikuti amalan pengurusan masa yang baik untuk beribadat, tidur, bekerja dan melakukan aktiviti fizikal atau senaman.

Ringkasnya, pengambilan diet yang seimbang adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik, gaya hidup aktif dan memperoleh manfaat sepenuhnya dari keberkatan Ramadan.

Elakkan

* Makanan kering dan berlemak

* Makanan berempah

* Pengambilan makanan yang terlalu manis dan tinggi kandungan gula baik gula kasar mahupun sukrosa seperti yang terdapat di dalam gula tebu dan gula bit

* Makan secara berlebihan terutamanya pada waktu sahur

* Terlalu banyak minum teh semasa bersahur. Teh boleh menyebabkan anda membuang air besar dengan lebih kerap sekali gus menyingkirkan garam mineral berharga yang diperlukan oleh badan pada siang hari

* Minuman berkafeina seperti kola, kopi dan teh. Kafeina boleh meninggalkan kesan diuretik (kerap membuang air kecil).

Kurangkan pengambilan minuman tersebut secara beransur-ansur dalam tempoh dua, tiga hari sebelum puasa bermula.

Pengurangan kafeina secara mengejut boleh mencetuskan sakit kepala, perubahan mood dan menyebabkan seseorang menjadi lekas marah dan meradang.

* Merokok. Merokok merisikokan kesihatan. Jika anda tidak boleh berhenti merokok, alternatifnya anda mungkin boleh mengurangkannya secara beransuransur beberapa minggu menjelang Ramadan.

Merokok memberikan kesan negatif terhadap penggunaan pelbagai jenis vitamin, metabolit dan sistem-sistem enzim di dalam tubuh badan.

Lagipun, merokok memudaratkan kesihatan dan anda sepatutnya berhenti terus daripada tabiat buruk itu.

Makan

* Karbohidrat kompleks semasa sahur. Dengan cara itu, makanan boleh bertahan lebih lama dan anda pun kurang berasa lapar

* Haleem iaitu sajian India dan Pakistan menyerupai sup yang diperbuat daripada gandum, daging, lentil dan rempah-ratus merupakan sumber protein yang sangat baik dan lambat dibakar

* Makan sayur-sayuran yang memadai semasa menjamah hidangan. Akhiri hidangan dengan memakan buah-buahan.

* Buah kurma merupakan sumber gula, serta, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik

* Badam kaya dengan protein dan serat serta, kurang lemak.

* Pisang adalah sumber yang baik bagi kalium, magnesium dan karbohidrat.
Minum

* Minum sebanyak mungkin air atau jus buah-buahan di antara berbuka dengan waktu tidur bagi membolehkan tubuh anda menyesuaikan diri dengan tahap cecair.

Ia juga bagi mengelakkan insiden dehidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.

Saturday, August 22, 2009

baby......

belum terlewat nk baritahu yg aku dah dapat sorang lagi anak buah.. adik perempuan aku dah lahirkan adik lelaki utk alya Maisarah..hehehe..aku ingat lagi 14 Julai lepas dia rasa nk bersalin..jam 4 aku bawa p hospital SP..jam 12 tengah malam baru dia lahirkan Mohd Iman Hafiz.. yg kelakar tu adik aku dah banyak prepare barang untuk baby girl..apa taknya masa scan doktor ckp baby girl..sekali keluar lelaki daa...heheheh... tapi kesian gak kat iman..ari ke 2 aku bawa p spital dia kena kuning...


hmm..biasala, baby kalo darah tak ngam dengan darah ibu beginila jadinya..
hari ni Iman dah berusia sebulan lebih..dah makin sehat dan pandai tersenyum...kakaknya plak makin aktif dan bikin aku pening...adeiiihh...

oh ya, 2-3 ari pastu ada dapat MMS dari Sherley..dia pun dapat tetek lelaki yg cute jugak....



bestnya jadi mami kan??

disayangi dan dicintai...




bila diri di sayangi dan dicintai...
hati tidak lagi sepi

perasaan tidak lagi sangsi

hari kelam terasa indah di hiasi pelangi..

bila diri di sayangi dan dicintai...
diri tidak lagi rasa sendiri
walau seorang diri terasa berteman di dalam hati..

bila diri di sayangi dan dicintai...
hari mendatang tidak lagi aku geruni
dengan adanya dia disisi menyayangi sepenuh hati
aku terasa yakin akan diri..

bila diri di sayangi dicintai...
ranjau dan duri sanggup di tempuhi
biar seiring sama melangkahkan kaki
walau lelah mengiringi..

apa yang penting
diri ini di sayangi.. .menyayangi..dicintai..menyintai...
fitrah manusia yang punya hati..





p/s: Buat dia y
g disayangi dan dicintai...

1 Ramadhan



Bulan ramadhan dah sampai hari ni... bermulalah puasa bagi semua umat ISLAM.. aku baru sudah sahur..mata blum mengantuk balik...teringat tahun lepas bersahur dengan adik2 housemate d keningau,,,tahun ni depa bersahur dan berbuka tanpa aku..huhuhuuh....miss u pura, rosnah,remmm......apapun, selamat berpuasa dan selamat bercuti sekolah kepada semua kawan2...semoga puasa kita tahun ni memberi makna dan diberkati.,AMINN...


Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA termasukla untuk diri aku sendiri,,.. :

Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak.... Bukan yang suruh!! Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!! Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
kalo tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
yang dok cucuk!!

Maka
MANUSIA , ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda..
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin.......... Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .......Ini pun takdak kena mengena dgn
tau!!..

IKLAN LAGI!