Sunday, August 16, 2009

H1N1


hmm..sekarang ni mcm2 penyakit2 dah timbul... salah satu yg terkini dan kian hebat melanda wabak H1N1..selesema Babi... baru2 ni pun dah ada pegawai kesihatan yg datang bagi ceramah pasal penyakit ni... kat tempat aku memang dah ada yg meninggal sebab penyakit ni... sekolah aku belum ada kes lagi..nauzubillah..harap2 takdala..sekarang ni semua ambik langkah berjaga2 pakai topeng muka... pagi tadi kena edar topeng sorang satu... semua dah jadi mcm pelajar perubatan dah..hehehehe.. hari ni start Ujian topikal 2 kat sekolah aku...
sekarang aku d makmal..kelas lepas rehat nanti... tadi ada budak2 datang melawat,...

hehehe...dah mcm perampok dah aku nenguk semua...termasuk aku sendiri..hihihihihihiih....


Langkah Berhati hati Jika ada tanda2 H1N1

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita
dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian,
setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk
mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema *
(influenza-like-illness)*, anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak
pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah
berikut :

*A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah*

- Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
- Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh
membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan
nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang
sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
- Berehat secukupnya.
- Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik,
jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) *
segera* dapatkan rawatan doktor.
- Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di
bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

* *

*B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan
Di Rumah*

1. *Amalkan adab batuk yang baik*
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu
tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau
bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke
dalam tong sampah.

1. *Tingkatkan penjagaan kebersihan diri*
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan
berasaskan alkohol.
- Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap
ahli keluarga.
- Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan
yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa
digunakan
di rumah.

1. *Jangan kongsi peralatan peribadi*
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan
selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini
perlu dicuci dengan sabun dan air.

1. *Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)*
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka
sembuh, lazimnya selama 7 hari.
- Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
- Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi
(khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan
diri daripada
pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
- Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan
rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung *(mask)*,
mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

*C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah*
- Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun
begitu, anda perlu mendapatkan rawatan *SEGERA* di hospital jika anda
mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi
biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas
tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada
rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing




No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!