Sunday, September 13, 2009

GC??

Baru2 ada dapat berita yg rasanya memang menggembirakan aku,,cuma belum tahu kedudukannya..apapun, biar masa yg menentukan... aku jumpa artikel ni kat sebuah laman web.. untuk panduan semua pendidik d luar sana..

Jawatan Guru Cemerlang (GC) merupakan satu jawatan baru diwujudkan atas usaha bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin sebagai insentif untuk menghargai jasa guru yang dedikasi dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Lantikan GC adalah secara Khas Untuk Penyandang di mana guru yang dilantik ke jawatan itu akan membawa lantikan itu ke mana sahaja beliau berkhidmat. Terdapat dua kumpulan GC iaitu GC DG2 bagi PPP Siswazah dan GC DG4 bagi PPP Bukan Siswazah. Guru-guru yang dilantik ke jawatan GC akan menikmati tanggagaji dan elaun-elaun PPP DG2 atau DG4.

Tugas sebagai seorang GC bukanlah mudah, walaupun pada hakikatnya seorang GC itu tidak langsung menjalankan tugas pentadbiran tetapi semata-mata menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Cabaran yang paling besar bagi seorang GC adalah untuk membuktikan kecemerlangan dirinya sebagaimana yang diharap oleh semua pihak. GC perlu menonjolkan dirinya dan seharusnya menjadi pemangkin untuk membawa perubahan dalam iklim sekolah di mana beliau bertugas.
Dalam menghadapi cabaran demi memenuhi jangkaan yang amat tinggi terhadap dirinya, seringkali GC berada dalam keadaan yang tertekan. Seorang GC tetap merupakan seorang insan biasa dengan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding rakan guru yang lain. Seorang GC tidak perlu menjadi hamba kepada keadaan sehingga terpaksa bekerja di luar kemampuan dirinya. Walau bagaimanapun GC sentiasa menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

GC adalah guru yang proaktif, melakukan apa yang difikirkan perlu mengikut keadaan tanpa menunggu arahan. Seorang GC harus ‘membawa cuacanya sendiri’ bekerja dalam keadaan yang redha tanpa terpaksa, sentiasa senyum dan riang selalu.
Faktor utama kejayaan seorang insan adalah kebolehan dirinya mengurus suasana kerjanya. Seorang GC perlu berkebolehan menguasai suasana sekelilingnya dan tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh suasana. GC perlu mempunyai ‘ruang kebebasan’ sendiri dan berada dalam suasana di mana ‘tidak sesiapa boleh menyakiti dirinya tanpa kebenaran atau kerelaan dirinya’. No one can hurt you without your consent. Sifat-sifat ini perlu ada dan wujud dalam setiap GC yang berjaya.

Sesungguhnya memang ada guru yang bimbang dan enggan memohon jawatan GC kerana khuatir akan kemampuan untuk menghadapi segala cabaran. Prosedur lantikan GC bukannya mudah, seorang guru itu akan dinilai oleh semua pihak, pentadbir, rakan sejawatan dan yang paling penting pelanggannya, iaitu murid-muridnya. Oleh itu, seorang GC bukanlah calang-calang orangnya. Lantikan ini tidak berasaskan senioriti tetapi semata-mata berasaskan kredibiliti dirinya. Tidak perlu ada yang dengki kerana lantikan ke jawatan GC tidak merebut peluang kenaikan pangkat sesiapa kerana jawatan itu tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi berasaskan kelayakan dan kemampuan.

Berikut adalah beberapa sifat yang patut ada pada seorang guru yang cemerlang:

    • They know their subjects well and it shows
    • They are incredibly enthusiastic about their subject and it shows
    • They like the people they are teaching and it shows
    • They are creative and it shows
    • They have a sense of humor and it shows
    • They care and it shows
Segala sifat yang ada perlu dibuktikan, supaya ‘it shows’. Dengan kriteria-kriteria di atas, seorang guru tidak perlu bimbang dan risau untuk menerima lantikan sebagai guru cemerlang. Jika anda berjaya dilantik sebagai GC, sudah pasti anda mempunyai kebanyakan ciri di atas walaupun mungkin tidak semuanya. Oleh itu, anda sememangnya cemerlang dan teruskan tugas anda sebaik mungkin tanpa merasa tertekan. Lakukan kerja sebaik mungkin mengikut kemampuan sebagai insan.



No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!