Sunday, November 29, 2009

Cinta terakhir

semalam ada tengok sebuah drama kat tv3..tajuknya korban kasih malisa..sempena hari raya korban, drama tu pun berkisar tentang pengorbanan seorang wanita yang dah berumur skit tapi masih belum berumahtangga... jatuh cinta dengan lelaki yang jauh lebih muda tapi dapat halangan dari keluarga lelaki...sedih juga tengok cinta yang tak kesampaian..of coursela aku sokong watak perempuan tu... kesian, lama mencari cinta..dah jumpa cinta sejati, dapat plak tentangan dari pihak lelaki...mahu tak mahu terpaksa undur diri demi kebahgiaan pihak lelaki..last2 lelaki tu kawin dengan perempuan yang sebaya dia...

hmm... kadang2 aku naik pelik... dalam dunia ni apakah cinta tu dinilai dari umur?? kalo lelaki tua kawin dengan perempuan muda, jarang dengar rungutan dari masyarakat sekeliling..tapi bila wanita yg agak tua bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih muda mcm2 tohmahan dilemparkan...

apapun..tua ker muda ker..yang penting adalah soal hati..kalo hati dah suka xperlula nak dipertikaikan kenapa...kerana hanya yg menyintai tahu jawapannya... yang penting cinta itu ikhlas lahir di hati... Lagu tema yang digunakan dalam cerita ni pun best..nyanyian aiman..apapun..kita layan jer....



Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!