Friday, December 31, 2010

jalan2 cari hantaran...

3 Disember lalu aku dan adik2 memulakan misi ke 2 selepas bunga telur iaitu mencari2 barang hantaran.. destinasi kami... PARKSON ria kat Tmn sejati nuu.. heheh... motif shopping time ni? sebab kan dah ujung tahun..biasala...banyak sale...sampai 70% potongan...mujur xda potongan 100%..hehehe
dua2 adikku berjalan pantas ngan anak saudara perempuanku.....teruja nak menghabiskan duit..hehehe

adikku dan anaknyer yg cuteee...



alya maisara yg tiut mcm adiknya...kepenatan menunggu pakcik memilih baju..hehe

kan dah cakap banyak less....hehe



ni ler hasilnya...dah bertimbun dah barang hantaran dalam bilik nuuu...xsabar nak kodek2 time preparation nak wat hantaran nanti..hehehe
~jojoe~

Kueytiow Kung Fu



Suka makan neh!!..baru2 ni..err...xderla baru, lama gak masa awal2 cuti saya ada g jalan2 cari makan... dalam banyak2 menu saya makan ni.. Kuewtiow kung fu..rasanya seakan2 kuewtiow hong kong yg pernah saya makan masa blajar di UUM dulu... so..saya tempekkan di sini resepinya..manala tau ada kesempatan dapatla kita semua termasukla saya untuk mencubernyeee.. hehehe

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • kuey teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood
  • lobak
  • 1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • sos tiram

Cara-cara

  1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
  2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
  3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
  4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  9. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

p/s: mcm senang jer..hehehe
~jojoe~

Thursday, December 30, 2010

Air ke ais?

Xtahula anda semua perasan tak..atau saya sorang jer perasan...air sangat sejuk baru2 ni.macam air barcampur ais....heheh.. ni bukan entry malas mandi tau.. sebelum ni memangla sejuk tapi sekarang bertambah2 sejuknya..huhuh...kalo tak da heater tu kenala rajin2 masak air awal pagi untuk dibawa mandi,... mayb sebab sekolah dah buka semula, air bertukar menjadi sesejuk itew..oohh, tak sanggup rasa nak mandi pagi tadi...huhuh...
bila sebut sal air ni, teringat pula masa cuti baru2 ni, bekalan air ke kampung saya terputus sehari suntuk...seksa ooo... bagus takder elektrik dari takda air.. memang sengsara... masa tu baru terasa nak menghargai air walau setitik pun... memang bersyukur dengan nikmat Tuhan selama ni.. memberikan kita bekalan air yang bersih dan banyak... tak seperti ada sesetengah negara yang susah betul nak dapat bekalan air bersih...
jadi kepada anda semua..hargaila air..


p/s: air sejuk bagus untuk pesakit imsomnia yang sukar tidur...

~jojoe~

Harimau Malaya

Tahniah buat MALAYSIA.. rasanya satu dunia dah tahu kejayaan malaysia menjuarai piala AFF selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2... banyak blog yang bercerita tentang peristiwa bersejarah ni.yelah 14tahun kita menanti piala tu dibawa balik ke Malaysia..akhirnya kita berjaya..dan menulis di blog sebagai ingatan yang xkan dilupakan.... saya pun tak terkecuali la.. nak tulis gak..walaupun saya ni bukan peminat fanatik apalagi penonton tegar pertandingan bola sepak.. Piala Dunia pun saya tak ambik peduli..hehe..tapi bila melibatkan negara,saya jadi bersemangat untuk menyokong.. sekarang saya rasa bangga..ternyata Malaysia Boleh!!..

dari sudut peribadi, saya sangat berdebar2 dan takot sepanjang tempoh perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia.. Semasa pertandingan dalam kumpulan semasa Malaysia dibelasah 5-1 oleh Indonesia, saya sangat sedih.. apalagi bila melihat wajah2 megah penyokong pasukan GARUDA yang tidak menghormati lagu negara kita di samping mengibarkan slogan "GANYANG MALAYSIA".. rasa mcm kita sedang dibuli...ternyata MALAYSIA tidak mengaku kalah.. ALhamdulillah..kita berjaya sampai ke FINAL..

salah seorang hero malaya

Bila isu laser timbul dan dipbesarkan2 rasa lagi muak.. seolah2 malaysia tidak layak untuk menang... menci betul...
Akhirnya tanggal 29 Disember 2010, di Indonesia kita berjaya mengembalikan maruah negara yang diperkotak katikkan bila berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF itu.disebabkan kejayaan itu jugala esok (31disember 2010) diumumkan sebagai cuti umum.. hehehe.. best2... semoga Harimau Malaya terus mengaum dengan megah bukan saja di asia.. mana tahu boleh ke peringkat dunia..masa tu mayb saya akan menonton Piala Dunia pula..hehehehe

p/s: mcm pengulas sukan lak rasa,...hehehe.. Tahniah Malaysia...
~jojoe~

Share the joy!

Bila dah dapat on9 dengan bahagia dan jayanya tadi d skul menggunakan wifi, saya rasa makin semangat nak berblogging..cuma kalo senyap pun may b sebab batasan waktu yang tidak mengizinkan... petang tadi saya pergi meronda2 d kulim..heheh... hey, saya jumpa ini...McD.. xtauhula bila kena buka..tapi ternyata bila dibuka mengundang ramai pengunjung..selalu nak makan mcD harus ke SP..skrg dah jumpa d Kulim neh..so, apalagi.. saya ambil peluang my peberet nih yg hanya kuar di awal dan ujung tahun.. prosperity burger...sayangnya, versi ayam belum kuar..yg ada cuma beef saja.. saya hadap saja..soo yummyy.. jom makan prosperity!!!

~jojoe~

Janin


kemarin ada menonton filem nih..boleh tahan jugak citernya... time last tu yg touching..huhuh..nak meleleh gakler air mata ni,,huhuhuh
Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampong selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan.

Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan. Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya.

Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian ngeri telah berlaku.
Orang – orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera…
ni ler part yg menyediahkan tu... kasihnya ibu membawa ke syurga...
Lakonan Eja, Hairie Othman dan Airis Yasmin.
~jojoe~

wedding N wedding..

Kejap betul masa berlalu..sekarang saya sudah di sekolah untuk pra-persekolahan.. tugas saya ari ni mendaftarkan pelajar-pelajar tingkatan 1.. guru-guru lain yang tidak terlibat menguruskan persiapan untuk memulakan semula tugas,..
tapi sekarang saya bukan nak bercerita tentang kerja.. kemudian-kemudianla..banyak sgt yg saya nak tulis ni kalo ikutkan..hehehe..mcm nak lepas gian blogging lak..hehehe...
mari cerita sal kenduri dulu..biasala time2 cuti sekolah, salah satu event yg masuk dalam diari saya adalah menghadiri majlis perkahwinan.. banyak juga yg saya pergi tetapi tak semuanya berkesempatan untuk snap gambar... so ni jer yg sempat..syok betul ambik gambar pengantin dan majlis kenduri..tapi bab ambik gambar sendiri yg lemah... huhu... xsesuaiii..hehe..
ni majlis pertama saya pergi .. 21 november yang lalu.
.baru jer bermula cuti sekolah.. wedding sepupu saya..hehehe

Adik saya dan anak2nyer bergambar ngan pengantin...

ni kenduri sahabat kampung... kalo tak silap 5 disember yg lalu..dah lama dah kan??


so sweet... bertemakan hitam kelabu...

ni plak majlis terakhir yg saya hadir sebelum tirai 2010 dilabuhkan... banyak gambar yg saya dapat sebab majlis ni adalah majlis kenduri rakan fb yg juga adalah kakak ipar pelajar saya... majlis ni berlangsung di yan pada 26 disember baru-baru ni...

soo cute kan..sama cantik dan sama padan...

tahniah untuk semua pengantin baru..semoga rumahtangga yang dibina diberkati ALLAH... semoga berbahagia ke akhir hayat.. AMIN..
p/s: bulan 2 turn adik saya lak..xsabar tunggu saat dapat adik ipar ..hehehe
~jojoe~

Thursday, December 23, 2010

entry frust!

oohh.. saya sangat tension..maafkan saya rakan2 blogger... bulan 12 adalah bulan yang sememangnya entry saya akan jadi tersangatla sedikit... komen2 pun tidak sempat dibalas.. bukan sebab tak sudi...tapi kerana line internet saya sangat teruk..no wifi bila xkerja... hanya bergantung harap kepada berokband yang tidak menentu kepantasannya..ini pun bernasib baik dapat membuka bagi new post..
hati saya sangat meronta2 untuk menulis blog..banyak yang hendak saya kongsi masa cuti ni..tp apalah daya..entah bila celcom akan upgrade perkhdmatannya ke kampung2..perlu diingat juga bukan semua pengguna tinggal di bandar... please la upgrade kawasan2 yang juga dilanggani anda.. PESANAN IKHLAS BUAT CELCOM sebelum saya mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan anda.. sebulan bayar seratus, pakej yang lebih laju tapi rasanya sama jerk... tak kena langsung dengan motto diaorang yang kononnya berbaloi-baloi tu..arrgghhh..saya menulis dengan perasaan marah dan frust yang.. 2tahun rasa sangat tak berbaloi2..huhuh...
saya tidak dapat blogwalking dan memberi komen kepada netry kawan2..banyak yang saya miss...saya cuma dapat jenguk facebook...tapi blogger cukup susah saya tembus..apalagi bila saya berkeinginan nak menukar template blog saya..huhuh... tolonggg....
~jojoe~

Sunday, December 19, 2010

sms tipu

Ini bukan sms saman tau..heheh...rasa nak gelak bila dapat mesej ni...dari number yang tak dikenali..haiiisshhh.. memang melampau..ingat org bodoh ker?? aduii... nak jer reply bagitau mcm ni..
" makcik saya dah lama meninggal..nanti saya bagi number ni kat polis..minta diaorang topup kan yer?" hehehe....
Hati2 kat semua di luar sana..jgn sampai tertipu..hmmm...

~jojoe~

Monday, December 13, 2010

kek coklat kukus

dah lama dah nak tulis resipi ni..hehe..coklat cake..the simple one.. yang selalu aku buat..walaupun tak sesedap mereka2 yg memang dah expert bab2 baking ni tapi at least dapatler juga menghasilkan kek..heheh..bila aku tulis resipi ni, one day dah lupa leh kodek2 balik..heheh... bukan selalu nak masak kek ni..

Bahan kek:
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko2 cawan gula (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh kecil soda bikarbonat1 cawan susu cair
3 biji telur
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil esen vanilla

bahan Topping
3/4 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu minyak masak
coklat rice sesuka hati

cara:
1. Campur tepung+gula+ koko+ soda bikarbonat.kacau hingga sebati
2. masukkan minyak, telur, esen vanilla+susu cair.
3. masukkan air suam. kacau sebati.
4. kukus sampai masak..heheh..senang kan?? hahaha...
5.dah masak?biar sejuk pastu letak topping yg pekat tu kat atas..nyam2.. taburla coklat rice banyak2..hehe

HASILNYA...tara.....
ok ler tu kan?? ada gak rupa kek..hahaha
~jojoe~

Wednesday, December 1, 2010

Saman ooo saman..

bila sebut sal saman ni rasa sakit ati ler plak..huhuh..apa taknya, check guna sms rupanya aku dapat 2 saman..check dalam internet no plat kreta dah kena blacklist..saper nak jawab.. yang syoknyer tu saman tu sampai 2..so, semua sekali RM600.yeyyy...satu masa 2007, zaman2 tuk kaduk aku kat sabah..satu lagi last year masa adik aku borrow keta p perak lawat kak ipar aku bersalin..saper nak jawab tu?semuanya atas kesalahan yg sama...pandu laju..adeeiiii... ye ker aku pandu laju.??? so kemarin, sebagai warganegara yg berhemah aku pun pergi ler ke balai polis trafik nak membayar samannya.Alhamdulillah..masih lagi rezeki aku RM 300..ada diskaun 50 % ..so sapa2 yg nak bayar saman segerakanla niat tu..sebab diskaun ni cuma untuk 15hari jer bermula semalam.. pasni 15 hari diskaun akan dikurangkan menjadi 30%, pastu 20% and so on so on...sampaila dah takder diskaun...ada paham??faham2 ker la..pergi ler bayar cepat sementara mereka bermurah hati..huhuhuh


~jojoe~

Monday, November 29, 2010

Bunga Telur

Masih lg kisah jalan2 ari tu dgn cik ada..after tengok wayang kami ada survey kedai nih yang terletak di Seberang Jaya.. A-Z wedding house.. ni bukan kedai, tapi gudang daaa.. banyak betul bunga2 telur yg dijual kat sini..harga pun bleh tahan.. takdala mahal sgt..ada diskaun lagi for members..aku ngan cik ada ambik kesempatanla wat members card.. lagipun adik aku dah nak kawin..so may b next time aku p dengan dia dan baru membeli barang2 kawin..bestnyer tengok bunga2 telur kat sini,.teruja jer rasa nak wat preparation untuk wedding sendiri..hikhik.. kad pun dah ada..hahaha
~jojoe~

IKLAN LAGI!