Thursday, April 29, 2010

Lelong..Lelong...

Nak tahu tak apa yang membuatkan bisnes online anda tak logik? Jawapanya ialah apabila anda menjual manusia secara online... Zhangsu di Jiangxi, Seorang lelaki ingin menjual anak saudaranya di internet !!
Beliau memulakan penjualan ini dengan meletakkan iklan di website Taobao.com.

Betapa sanggupnya lelaki ini menjual anak saudaranya secara online malah bermula dengan harga 1 yen termasuk kos pos !?

Lelaki ini dikenali sebagai Mr Hu menjelaskan bahawa keluarganya mahukan anak lelaki tetapi mereka mendapat anak perempuan, oleh itu beliau bersedia menyerahkan kepada sesiapa sahaja yang mahukan anak saudaranya itu.



Selain itu, iklan yang Mr Hu letakkan juga menerangkan asal usul anak saudaranya itu. Dikatakan bahawa bapa kepada anak itu seorang yang berpelajaran tinggi dan mempunyai rekod kesihatan yang baik. Manakala emaknya pula mempunyai kulit yang lembut dan mata besar yang cantik. Iklan tersebut juga ditulis seperti begini "sangat comel, harap semua orang akan berfikir mengenai kanak-kanak".

Isu ini semakin lama diketahui oleh media dan Taobao juga tahu mengenai isu ini. Maka admin website tersebut telah mematikan akaun member lelaki tersebut.

p/s: macam-macam perangai manusia..ada yang buang..ada yang lelong bayi... (sambil geleng kepala)

Mengapa???


Aku tengah MARAH ni...mengapa?mengapa?mengapa?.. mengapa ada manusia yang berhati busuk..?suka menuduh tanpa usul periksa.. tak kenal seseorang dan dengan mudah membuat kesimpulan tentang seseorang itu? Salahkan berbuat baik atau rapat dengan pelajar?kenapa perlu ada pelajar lain yang sakit hati?mengapa perlu ada yang bersangka buruk sedangkan aku tak mengajar pun kelas diaorang??? WHY WHY WHY????....

Tuesday, April 27, 2010

dunia-novelku



Aku dan novel memang tak dapat dipisahkan.oleh itu aku telah membuka sebuah lagi blog khas untuk peminat-peninat novel mcm aku. so, sapa-sapa yang mempunyai minat mcm aku ni bolehla jalan2 kat blog ni http://dunia-novelku.blogspot.com/ .

Bolehker aku tulis 2 blog serentak.blog yang satu ni pun tak ter update..hehehe..aku pun xpasti.. kat sini aku banyak bercerita mengenai personal life.. tapi kat blog yang satu lagi lebih tertumpu kepada minatku dan berkongsi maklumat mengenai novel2 yang pernah aku baca.ada juga mengenai drama-drama atau filem yang pernah aku tonton.. especially drama korea..hehehe. apapun, thanx kat kawan2 yang sudi menjengah blog ni.kalo rajin sila2la jengah blog yang satu lagi ya??? Salam petang.. chiaooo....

Friday, April 23, 2010

Akhirnya..

Akhirnyaaaaaa..berjaya jugak aku menyiapkan kertas 1 untuk Exam pertengahan tahun neh.. hehehe... 50 soalan objektif sudah ready dicetak..hehehe... bagus2.. sekarang ni tinggal Kertas 2 yang lebih mencabar.. jia you...jia you... heheh...

Aktiviti ari ni~ Pagi tadi aku ngan adik aku ke BSN..buka buku akaun GIRO-I dan kad baru..menggantikan akaun lama aku yg dah expired..(hehehe...tak aktif).. ekcelikan, aku kalo bab2 buka buku akaun baru ni memang pemalas,.ikut pengalaman2 masa muda2 dulu aku rasa leceh sebab mesti kena tunggu lama.. tapi, tadi baru aku sedar yang dunia dah semakin maju dan pantas bergerak... semuanya jadi mudah dan cepat...
my new card and account book

pas bank, tibala masa untuk menjamu selera.. jgn tanya siapa belanja..huhuhu... demand tul adik aku neh..(mentang2la aku baru gaji semalam)..siap order benda alah neh awal2 pagi.. nampak sedap..memangpun sedap...huhuh...
saudapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Esok untuk makluman adalah merupakan hari persekolahan ganti sempena cuti raya nanti.. so, esok hari bekerja... hmm.. tak dapatla aku bermalas-malasan esok... apapun.. "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".. ;-)
aku yang kekenyangan dan kemalasan..heheheh

Wednesday, April 21, 2010

Maulasssss...

hari ni aku rasa maulas..errr....MALAS.. hehe... kertas soalan mid-term nak kena siapkan (huhu..baru buat Kertas 1,..tu pun baru 26 soalan siap).., sekarang ni tak kesah sgt buat soalan, tapi time paper dah siap cetak tu yg buat aku geleng kepala skit...ada sesiapa nak offerkan diri tak stapler kertas soalan tu nanti... huhuh...tak banyak pun...kena prepare 320 set..ada 2 paper..maksudnya kena stapler 640set kertas soalan...hehehe... ada sesapa sanggup.???.. pas penat2 stapler nanti akan terjumpala kertas itu dibuang di merata2 cerok bangunan selepas peperiksaan... siap ada jadi kapal terbang kertas lagi.. apa perasaan korang.???..


huhuhu... itula yg biasa aku dan cikgu2 lain lalui...cikgu penat buat soalan, penat stapler beratus2 set yg berbelas2 muka surat kesudahannya kertas itu dalam tong sampah bukan dalam fail soalan pelajar.. geram dan rasa maulasnyaaaa.... argggghhhh... malam ni nak tidorrrr awal............

Tuesday, April 20, 2010

Pasir


PASIR PUTIH TEPI PANTAI... OMBAK... ececeh...berdangdut lak..hehehe... ari ni masa duk belek2 laman2 web menarik aku terjumpa idea kreatif manusia menghasilkan karya menarik menggunakan pasir..selalu ingat ada istana pasir jer..tapi upernya lagi menarik dan kreatif dari tu pun bleh dibuat..tak caya tengok gambar kat bawah neh...

p/s: manusia memang dianugerahkan akal dan kebijaksanaan.. gunakan sewajarnya dan sebaik mungkin.

Monday, April 19, 2010

Singa yang Jinak??

Dah lama tak pergi ZOO...huhuh.. kali pertama dan terakhir aku ke zoo adalah 3 tahun lepas bersama kawan2 ke Zoo Lok Kawi di Sabah..huhuh...
2007 ( bersama my BFF, Winn)

tu pun masa tu tak banyak sangat binatang yg bleh tengok..paling best dapat tengok gajah dan anak2 gajah yg cute...ada sekor binatang aku teringin sangat nak tengok tapi takder situ... RAJA RIMBA... Singa ler.. mcm gambar kat bawah neh ada zoo yg menyediakan perkhidmatan sebegini...berani ker korang menyerah diri cam neh...??? hehehe

hmm... teruja betol singa neh,...mangsa..mangsa...

aik..rileks jer makcik tu kan??

SINGA: diaorang tak takot aku daaa..{sambil jelir lidah}

cehh...patotla rileksss...ada cermin rupanya..separuh badan jip jer kat dalam tu...

alalala....cutenya..manjanya...(manja ada makna tu)..hehehe

p/s: agak2 bila nak ada zoo dinasor mcm jurassic park tu eh??heheh

berlalu sudah 18 April

Kenapa dengan 18 April?apa yang berlaku pada 18 April..xada apa2 yg menarik..cuma tarikh tu mengingatkan aku kepada seseorang..hari lahir seseorang yang pernah singgah dalam hati.. kenapa harus dikenang?kata orang jangan lupakan sesuatu yang pernah buat kita kecewa, supaya kita sentiasa beringat...sentiasa berhati2 supaya tidak dikecewakan sekali lagi..

Tentu dia bangga jika dia tahu aku masih mengingatinya... tapi dia tidak tahu yang perasaan ini tidak sama seperti dulu..semuanya hanya kenangan.. Aku mengaku hati ini pernah terluka,mata ini pernah bengkak menangis dan aku mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk kembali ceria seperti sekarang..dan untuk diisi sekali lagi..

Apapun, yang berlaku kubiarkan berlalu... takkan berpaling lagi...bila diri ditabur dengan kata-kata penipuan, kecurangan dan pembohongan,..semuanya akan jadi pengajaran berharga dalam hidup..yang pasti sekarang, hatiku tidak dalam kesedihan lagi..sudah ada yang sudi mengubati...

Sungai di Bawah Air

Jika anda penyelam profesional, anda patut melawat Cenote Angelite, Mexico. Terdapat sebuah gua di situ. Bila anda menyelam melebihi 30 meter, anda akan jumpa air tawar. Lebih kurang 60 meter anda akan jumpa air masin. Kemudian anda akan dapat melihat sebatang 'sungai' beserta dengan pokok-pokok dan daun-daun yang luruh. Hakikatnya ia bukanlah sungai tetapi lapisan Hidrogen Sulfida. Walaubagaimanapun, ia tetap memberikan satu gambaran yang cukup menarik.








p/s: subhanallah..

Sunday, April 18, 2010

Dalissa Sweet Treat Birthday Giveaway



Ada sesapa berminat nak join contest tak?? kalo ada cepat2la korang masuk sebab tarikh tutupnya dah hampir dekat (25 APRIL 2010) ...bersempena bulan Hari Jadi Dalissa Sweet Treat yang nak masuk 2 tahun ada giveaway contest kepada semua. Ganjarannya??? lumayan seh.. bukan dalam bentuk cash money tapi sesuatu yg akan membuatkan korang terliur cam aku sekarang (tap..tap.. air liur kuar)....huhuhuh... Pemenang-pemenangnya akan membawa pulang sebijik kek samada moist chocolate cake, kek lapis asam manis atau snickers cheese cake beserta satu handmade coin purse from Dalissa Craft (tokeynya sama je). Nak join giveaway ni tak susah sangat. korang klik jer kat sini.

Ekcelikan..aku tak pandai buat kek..tapi aku suka makan kek...huhuh..semua kek yang nak di giveaway tu memang melelehkan air liur PENCINTA KEK seperti aku neh... tapi antara semua mestila aku paling suka dan akan pilih yg neh..

TAraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

moist chocolate cake

dah imagine dah mcm mana rasanya...nyummm..nyum.. perot aku dah berdangdut neh....dan beratus kali gak ni telan air liur..huhuhuh...


memang buat aku tak leh lena tidor malam.. jomla join ramai2..kalo aku tak menang korang menang leh gak share2 rasa kek yg korang dapat..heheheheh

My 1st Blog Award




Hari ini Windi's Diary telah menghadiahkan blog aku ni dengan AWARD BLOG MESRA MATA. Ini award pertama aku tau..tima kasih banyak2 kat WINDI @ http://windi2u.blogspot.com.


Aku kenal Windi melalui dunia blog jugak.. walaupun baru kenal tapi banyak info yg aku perolehi dari blog cikgu neh..Blog Windi, banyak info2 terkini dan berita2 menarik untuk dibaca.. paling buat aku tertarik untuk follow masa terbaca kisah makanan yg berupa mayat manusia..interesting kan???.. Thanx to windi..Windi pesan pasni kena bagi award ni kat 5 orang blogger lagi. Bak kata Windi jugak, Yang tak terbagi jangan kecik hati ya..lain kali giliran korang pulak.

ANUGERAH BLOG MESRA MATA :

Jangan lupa bagi kat 5 orang blogger yang lain, ok! bye..happy surfing!!

Ajal

Salam pagi Ahad.. pagi ni mcm biasa ke sekolah..rutin harian sebelum sampainya musim cuti sekolah..hehehe.... sekarang aku takder kelas... lepas perhimpunan tadi ada sesi pengesahan pendaftran untuk Unit beruniform dan Kelab sukan.. Aku join PBSM (ekceli bukan aku yg mintak).. dah kena bagi unit ni terima jelah walaupun nak buat CPR pun tak pandai..hehehehe...

Oh ya, pasal tajuk entry aku neh bukannya apa..nak bercakap skit soal ajal dan maut neh..Kalo belum sampai ajal..mcm di bawah ni lah..kisah yang berlaku di China... seteruk manapun kejadian tapi andai kata belum ditakdirkan untuk 'pergi' kita akan tetap bernafas di muka bumi ni...(sila klik untuk besarkan imej)

Kalo sudah sampai ajal, maka kita akan meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya..tinggalkan keluarga, kawan2, harta benda semua..yg dibawa cumala amalan kita selama hidup di dunia ni.. Mcm yang berlaku semalam, belum lagi dunia hiburan reda pasal pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi), kita dikejutkan pula dengan pemergian Achik Spin, atau nama penuhnya Abdillah Murad bin Md Shari yang meninggal dunia kerana accident kereta...Rasa mcm tak percaya ja.. terkejut sangat2..Apapun, semuanya ketentuan dariNya.. Al-Fatihah.


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam.(SUMBER BERITA HARIAN)

p/s: minat sangat lagu 'MEMORI BERKASIH' dan "HADIRLAH MUSTIKA" nyanyian arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Friday, April 16, 2010

T.Q

Malam ni aku ingat nak rajinkan diri mem'blogging'.. tapi entah apa kes ntah, berokband aku neh buat perangai lak..asal tengah bulan jer mesti lembab..bila dekat2 nak kena bayar bil [ujung2 bulan gitu] dan awal2 bulan memang laju..mayb nak motivate bayar bil kot.. ntah apa2 ntah... sakit ati tul..bila la agaknya nak betul2 upgrade kuasa berok neh.. huhuh....

dalam kelembapan neh, sempat gak aku meninjau2 blog2 manusia lain.. mak aihh..lambatnya loading... memang tensen..tapi takper, sambil2 layan MEGA MOVIE Big Momma 2 kat TV3,..kira terisi ler jugak masa menunggu aku... banyak gak blog2 yg best2 dibaca.. ntahla,..rasa cam blog aku neh tak menarik jer.. follower pun ada 14 org jer... huhuh.... ada blog tu sampai beribu2 follower dia..hebat betol... adeeiiihhh,.. memang tak tahu dah nak upgrade mcm mana blog neh..kadang2 rasa cam syok sendiri jer..kikiki...tapi peduli apa kan??ni blog kita..tulis jer apa yg kita suka..asalkan tak melanggar peraturan..dan yg penting ada gak yg sudi membca...apapun thanx kat kawan2 sudi membaca dan memberi komen... ;-P

Hepi besday Kakak!!

Ari ni aku nak cerita pasal seseorang yang amat kusayang.. my Dear Sister..Ouu Chu Suan.. Hari ni hari lahir kakak.yg ke berapa???biarla rahsia..hehehe..yg penting aku lagi muda dari kakak..wakakakaka...

selama aku kat sabah dulu, kakak adalah antara manusia yg terapat ngan aku.. antara yg paling awal aku kenal..masa aku sampai sabah kakak tengah prgnant anak sulong.. apa yg spesel pasal kakak eh??.. aku tahu kakak sayang aku..hehehe perasan kejap... sebabnya apa2 dia akan cari aku.. termasuk la kalo nak mengumpat..hahaha.. aiseh, mana da..kakak baik, xder ngumpat2nyer...[tengah gelak]..

Dah nak masuk 8tahun aku kenal kakak..6tahun kami bersama2 di Ken hwa..mengharungi perit getir bersama2..kakak kukira seorang guru yg tegas dan garang juga..walaupun berbadan kecil molek tapi kebanyakan pelajar takot dengan kakak.. kan dia guru disiplin... bersama2 menjadi guru displin perempuan di Ken hwa adalah antara pengalaman terbaik aku terutamanya bila kakak ada di sisi memberi tunjuk ajar... yg penting masa kakak jadi Pemangku HEM, aku rasa she's the best.. semua kerja jadi teratur.. i like... mungkin satu hari rezeki kakak akan ke situ juga.. aku sentiasa berdoa yg terbaik untuk kakak..


sambutan harijadi kakak kali terakhir bersama2 (16th April 2008)

Di saat ni, aku rasa sangat rindukan kakak..seyessss... rasa sangat sayu..walaupun berlainan agama dan kaum, kakak adalah kakakku... kalola sekarang aku di sana, mesti aku dan kokong akan meraikan hari lahir kakak bersama2... sob..sob..sob... sedih neh... dah 2 tahun tak sambut bersama2..setakat dengar suara ketawa kakak di phone saja.. apapun, tanpaku di sana aku harap kakak tetap gembira di samping suami dan anak2nya.. i miss u kakak... SELAMAT ULANGTAHUN...

-jojoe-

Thursday, April 15, 2010

No more CRY..

New day,,.. gud morning... hari ni aku nak kemas bilik, basuh baju..bla..bla..bla...
Rasa fresh skit lepas apa yg berlaku kemarin..no more tears..nope..nak happy je..taknk sedih2..kadang2 sebab benda kecik pun bleh meletuskan perbalahan..dan kadang2 jugak aku rasa ALONE IS BETTER... but then aku sedar.. aku perlukan dia.. Semoga dia juga merasakan perkara yg sama...

waktu2 mcm ni teringat aku lirik lagu neh...


"Aku tak ingin kau menangis bersedih Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku Kan menghapus dukamu sayang

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu Baik baik sayang karna aku untukmu"

p/s: Apapun terjadi..hatiku takkan berubah,..

15 April 2010

Malam ni nak stay up lama skit.. tadi petang ada tidor, huhuhu..tetiba ja sakit mulut dan sakit ati... terus aku terlena dalam tangisan..huhuh... malas nak citer panjang2..benda dah settle.. esok ingat nak p jalan2... tengoklah.lagipun esok sekolah cuti... sebab apa?? esok 15 April, (eh, dah kul 12..so ari ni ler tu kan).. ari ni adalah merupakan perayaan SONGKRAN bagi Siamese..sekolah aku ambik cuti sebab ramai gak pelajar aku yg terdiri daripada pelajar dan guru2 Siam. sesapa yg tak tau apa tu SONGKRAN FESTIVAL(perayaan air), korang carila entry aku tahun lepas..ada info sal perayaan tu..
satu lagi ari ni jugak merupakan besday si HEMA MALINI ku.. err...yg ke berapa eh?? 40 kot..hehehe..


errr... ekcelikn ni bukan besday Hema Malini yg pelakon hindi ni,tp besday adik cyber ku si ELYA .. http://braceletshunter.blogspot.com/.....


besday yg ke berapa ni dik?? apapun, SELAMAT HARI LAHIR..SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.. SEMOGA CEPAT2 BERTEMU JODOH DENGAN 'abE'.. hehehe.. InsyaAllah, kalo takda aral kita bertemu gak nanti..

p/s: mcm ada iras lak kan si elya punya cara pose ngan si hema malini neh...jelingan mata pun sama..hehehe... apapun, elya sendiri yg cakap dia seiras hema malini... memang seiras..hehehe..

Tuesday, April 13, 2010

Matahari

Hari neh dari pagi sampaila sekarang aku duduk2 jer kat makmal.. kelas should be kul 1140 tadi..tapi tetiba lak budak2 aku kena panggil p ceramah sampai kul 130 satg..so kira goyang kaki ler aku ari ni...tapi takder arrr goyang kaki pun... awal2 pagi tadi dah pegi update transkrip pelajar untuk Ujian Topikal 1..tak dapat print out sebab masih ada guru yg belum key in markah..adeiii.bila keja aku nak siap neh??? terpaksa la tunggu..nilah cabaran jadi guru kelas neh..takkan siap kerja selagi org lain tak siapkan keja..kadang2 rasa geram gak.....pagi2 tadi gak aku dah siapkan RPH dan ABM for tomorrow...(chewahhhh..).jap tadi masa rehat ada pertandingan TONGUE TWISTER dalam makmal neh.. mak aiii...tegeliat lidah2 menengok budak menyebut perkataan tu..hehehe..,



sekarang aku nak menulis jelah apa yg terlintas kat pikiran aku sekarang..Pagi tadi masa datang sekolah dapat tengok matahari terbit...orennyerrrr...ada snap gambar...nanti aku upload ler bila dah balik umah karang (taraaaa...dah upload dah)..bulat jer kan matahari tu..mcm lampu ja...


bila tengok matahari neh, teringat masa kat sabah dulu.. masa pergi Kota kinabalu ngan housemate aku, Pura,Rem dan Rosnah... bestnya bila terkenangkan masa dapat lihat matahari terbenam di depan mata di Tanjung Aru..







ekceli tu kali ke dua aku ke situ..sebelum tu dengan geng2 jugak..rindunya ingat balik..lepak2 sambil makan jagung rebus..huhuh bilala dapat berkumpu
l macam ni balik.???


Apapun life goes on..semangat berjalan aku dah datang balik..tak sabar nak ajak cik ada p langkawi...ntah bila jadi kenyataan,..akupun tak tau..huhuhu

IKLAN LAGI!