Sunday, April 18, 2010

Ajal

Salam pagi Ahad.. pagi ni mcm biasa ke sekolah..rutin harian sebelum sampainya musim cuti sekolah..hehehe.... sekarang aku takder kelas... lepas perhimpunan tadi ada sesi pengesahan pendaftran untuk Unit beruniform dan Kelab sukan.. Aku join PBSM (ekceli bukan aku yg mintak).. dah kena bagi unit ni terima jelah walaupun nak buat CPR pun tak pandai..hehehehe...

Oh ya, pasal tajuk entry aku neh bukannya apa..nak bercakap skit soal ajal dan maut neh..Kalo belum sampai ajal..mcm di bawah ni lah..kisah yang berlaku di China... seteruk manapun kejadian tapi andai kata belum ditakdirkan untuk 'pergi' kita akan tetap bernafas di muka bumi ni...(sila klik untuk besarkan imej)

Kalo sudah sampai ajal, maka kita akan meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya..tinggalkan keluarga, kawan2, harta benda semua..yg dibawa cumala amalan kita selama hidup di dunia ni.. Mcm yang berlaku semalam, belum lagi dunia hiburan reda pasal pemergian Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi), kita dikejutkan pula dengan pemergian Achik Spin, atau nama penuhnya Abdillah Murad bin Md Shari yang meninggal dunia kerana accident kereta...Rasa mcm tak percaya ja.. terkejut sangat2..Apapun, semuanya ketentuan dariNya.. Al-Fatihah.


KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam.(SUMBER BERITA HARIAN)

p/s: minat sangat lagu 'MEMORI BERKASIH' dan "HADIRLAH MUSTIKA" nyanyian arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

6 comments:

  1. Al-fatihah..
    gitula realiti kehidupan..
    mudahan kita cukup bekalan sebelum ke sana..
    hidup penuh kejutan..hanya Allah yg mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  2. betul tu shyna..daripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali..

    ReplyDelete
  3. sedih dengan pemergian achik spin. sedih juga tgk kartun itu.

    ReplyDelete
  4. samala windi..cam tak percaya ja.. huhu...

    ReplyDelete
  5. dah ajal dia...ketentuan dari azali lg..ajal kita tak tau lg cmna...semoga kehidupan kita nanti diakhiri dgn husnul khatimal..aminn..

    ReplyDelete
  6. Amin... semoga begitulah hendaknya kan kak...

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!