Thursday, April 29, 2010

Lelong..Lelong...

Nak tahu tak apa yang membuatkan bisnes online anda tak logik? Jawapanya ialah apabila anda menjual manusia secara online... Zhangsu di Jiangxi, Seorang lelaki ingin menjual anak saudaranya di internet !!
Beliau memulakan penjualan ini dengan meletakkan iklan di website Taobao.com.

Betapa sanggupnya lelaki ini menjual anak saudaranya secara online malah bermula dengan harga 1 yen termasuk kos pos !?

Lelaki ini dikenali sebagai Mr Hu menjelaskan bahawa keluarganya mahukan anak lelaki tetapi mereka mendapat anak perempuan, oleh itu beliau bersedia menyerahkan kepada sesiapa sahaja yang mahukan anak saudaranya itu.



Selain itu, iklan yang Mr Hu letakkan juga menerangkan asal usul anak saudaranya itu. Dikatakan bahawa bapa kepada anak itu seorang yang berpelajaran tinggi dan mempunyai rekod kesihatan yang baik. Manakala emaknya pula mempunyai kulit yang lembut dan mata besar yang cantik. Iklan tersebut juga ditulis seperti begini "sangat comel, harap semua orang akan berfikir mengenai kanak-kanak".

Isu ini semakin lama diketahui oleh media dan Taobao juga tahu mengenai isu ini. Maka admin website tersebut telah mematikan akaun member lelaki tersebut.

p/s: macam-macam perangai manusia..ada yang buang..ada yang lelong bayi... (sambil geleng kepala)

9 comments:

  1. tu ler kan kak..mcm2 perangai...huhuhu

    ReplyDelete
  2. HMMM... menarik gak.... kreatif menjana pendapatan.. hehhee

    ReplyDelete
  3. gile betol.... bg beauty lg bagus baby tuh... punye lah comel nak dilelong2.... ape saje jantina anak kita kan anugerah dr Allah... stupid punye org... hish... (beauty geram sgt nih...)

    ReplyDelete
  4. amboiii abg biin... ingat anak kusing ker nak lelong2..hehehe

    ReplyDelete
  5. beauty..tol tu..dah ada anak langsung tak hargai... 1 yen lak tu..murah tol harga pemberian Tuhanbg diaorang... betol2 stupid tu orang..

    ReplyDelete
  6. hihihihi..... lebih elok la tuh kalau dibandingkan dengan di malaysia.... main lempar kat tong sampah jer... sumbat kat mangkuk tandas jer... kena gonggong dek anjing liar lagi... kan lebih parah tu namanyaaa.....

    ReplyDelete
  7. hmmm... apapun dua2 tak elok.. siap lelong tu...kalo budak tu dibeli oleh org yg tak betanggungjawab camner...???

    ReplyDelete
  8. keduanya tak elok.... dalam tak elok tu yang disana LEBIH elok (sedikit) berbanding yang disini..

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!