Wednesday, June 2, 2010

Alahai Iman Hafiz..

hari ni balik dari sekolah aku terus ke hospital..kebetulan hospital ngan sekolah sangat dekat..dalam 5minit ja aku dah bleh sampai ke wad kanak-kanak ni.. semalam adik aku call bagitau anak lelaki dia (iman hafiz) terpaksa masuk wad sebab asyik muntah2 tak berhenti... memula doktor bagi balik tapi bila dia muntah depan doktor barula doktor suh masuk wad semalaman..

Anak buah aku ni anak ke-2 adik aku..bulan depan baru cukup setahun..kesian tul bila pikir budak2 kecil2 mcm tu sakit..kalo org dewasa sakit bolehla bagitau kat mana sakit, tp kalo budak yg baru nak belajar berjalan ni sakit camner la..huhuh..
bila aku sampai dia sambut dengan senyuman..dah boleh sayang2..adui,... geramnya tengok... cutenya..huhuh... mcm aku (hehe).. rasa hepi tengok dia dah ok skit lepas kena tambah air... adik aku cakap semalam yg teruk sebab badan dia lemah jer...

alala...sian kan?? siap tunjuk lagi tangan dia yg berbalut bekas laluan masuk air ke badan...

adik aku bagitau lagi, hafiz dah leh minum dan makan.. patutla hepi dan senyum jer kerja dia.

sukanya tengok dia senyum dan ketawa... harap2 esok dah bleh balik umah... ;-)


sayang anak buah mak ngah..

~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!