Saturday, June 26, 2010

Masak-masak

hari ni duk rumah dan masak2 ja.. tetiba ja ari ni terasa nak makan rendang ayam yang selalu aku masak time raya..best neh kalo cicah ngan ketupat pulut yang mak aku buat..nyam2... selepas penat berhempas pulas akhirnya siap juga rendang spesel yang jarang2 aku masak neh..( sori, gambar dalam kuali..blum angkat untuk hidang..),,cubala yer.. sedap neh(heh.. terperasan lak...)

bahan-bahan:
beberapa ketul ayam (sesuka ati..ikut berapa org nak makan.. seekor terus pun takper..)hehehe
daun kunyit
secawan santan

10 biji cili kering - dikisar berasingan

*bahan2 untuk dikisar
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. ayam dibersihkan dan diperap bersama kunyit dan sedikit garam.
2. panaskan minyak.
3.masukkan semua bahan yang dikisar.. bila dah kuar wangi dan masak masukkan cili kering yang sudah dikisar..
4. Masukkan sedikit garam dan gula. bila cili dah masak masukkan ayam yang diperap kunyit tadi.
5. biarkan ayam masak dan masukkan santan.masak hingga sedikit kering.
6. bila dah masak taburkan daun kunyit supaya baunya lebih wangi.
Akhirnya.. tara... siaplah ayam rendang beta..hehehe.. nyam2..selamat menjamu selera...
~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!