Friday, June 25, 2010

Nasibmu,.. adik IZZATI.

pernah tak korang baca berita ni.. tentang seorang kanak2 yang baru berusia 10 tahun, yang dulunya boleh berlari,bermain dan bergurau senda dengan rakan2 seusianya kini terlantar sakit tak bermaya.. itulah adik izzati yang sebenarnya sekampung denganku.

masuk hari ni dah setahun lebih dia koma disebabkan jangkitan kuman pada saraf tunjangnya. selama setahun jugalah dia terbaring di katil hospital sehinggalah baru2 ini dia dibenarkan pulang oleh hospital apabila keluarganya berjaya membina sebuah bilik khas untuk didiaminya.. bilik itu mesti dilengkapi dengan mesin2 rawatan yang mencecah ribuan ringgit dan mesti mempunyai penyaman udara. akhirnya bilik itu berjaya dibina hasil bantuan org ramai sejak berita tentang kanak2 malang ini tersebar di kaca tv1 dan suratkhabar tempatan..
hari ni aku dan adik aku berkesempatan melawatnya di rumahnya tadi.. masuk ja dalam bilik khas izzati terasa seperti masuk ke dalam wad di hospital. melihat saja wajahnya yang bengkak terasa sangat sebak...rasa simpati mencurah2. apalagi melihat wayar2 yang bersirat di lehernya yang ditebuk dan di hidungnya untuk memudahkan pernafasan dan juga untuk makan dan minum..

Mesin2 mahal dan katilnya termasuk aircond membuatkan aku terfikir jumlah kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung oleh keluarga ini..itu belum lagi termasuk kos lampin, kos susu khas sebagai makanan dan belanja rumah termasuk blanja sekolah anak2 yang lain. adui.. besar sungguh dugaan untuk mereka sekeluarga.. bapanya hanya seorang buruh biasa yang berpendapatan RM600 sebulan dan ibunya surirumah sepenuh masa. Menyentuh soal ibunya, aku rasa ibunya seorang yang sangat tabah..melihat cara dia menjaga anaknya, memberi minum dan mencuci kahak izzati menggunakan tiub tadi, dapat aku rasakan kasih seorang ibu yang tak pernah putus mengharap agar anaknya itu cepat sembuh.. .aku sendiri hanya mampu berdoa semoga bantuan tidak akan putus2 diterima oleh keluarga ini.. semoga mereka tetap tabah dan semoga adik izzati akan kembali sembuh dan dapat kembali ke sekolah dan ceria seperti dulu.. Amin.

~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!