Saturday, July 31, 2010

Albi nadak

sekarang ni aku asyik layan lagu arab ni. ALBI NADAK (SERUAN HATIKU)....memang best dengar...huhuh..mendayu2 jer..tambah2 bila baca liriknya dalam bahasa melayu... korang pernah dengar tak lagu neh?? sesapa yang teringin nak dengar leh klik kat link di bawah ni ya.. layannn...

Albi Nadak ~ Fares Download Link




ALBI NADAK ~ SERUAN HATIKU~


Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu


~jojoe~

Friday, July 30, 2010

我看过的电影 SALT


hehe,... maksud tajuk entry tu "saya dah menonton filem SALT"... saja jer suka suki nak letak bahasa cina.. yeye jer kan??hehehe... SALT tu maksudnya GARAM kan?tapi dalam pilem neh Salt tu adalah watak Angelina Jolie ~Evelyn Salt~.. memang best citer ni..banyak aksi lasak dan stunt yang angelina buat sendiri.. memang dia nampak cool dan lasak dalam citer ni..mcm filem lara croft jugak.,,
filem tak terlalu berat dan tak memeningkan kepala walaupun pada mulanya tu duk tertanya2 gak samada Evelyn ni betul2 perisik rusia yang memang dlatih untuk menghuru harakan dunia..meneruskan usaha memusnahkan Amerika bagi pihak Rusia...,huhuh... last2 dapat juga tau kebenarannya.. kesian gak kat dia,husband kena bunuh,best fren lak pembelot..huhuh...apapun, korang tengokla sendiri citer ni... memang tak rugi nonton.. ;-)



p/s: kurangkan SALT dalam makanan..hehehe
~jojoe~

Thursday, July 29, 2010

Rombongan cik kiah!!!

apa nak cerita eh?? ..napa rasa malas tul rasa nak update blog neh...huhuh.. apapun baru2 ni, hari rabu (28 Julai 2010) aku ada mengiringi pelajar ke Alor setar untuk rombongan kelas rekacipta.. bertolak jam 715 dari sekolah.. dah lama tak naik bas tau..seingat aku kali terakhir aku naik bas masa balik dari KL tahun 2005 atau 2006.. aiyokk..sangat lama ok..so, ada sedikit rasa thrill kat situ..huhuh.. pening kepala..

ni bas kitaorang...

pemandangan di dalam dan di luar bas...

dah sampai alor setar... lama dah tak datang sini lepas abis belajar kat UUM dulu..huhuh..

destinasi pertama kami ialah Pusat Sains Negara cawangan Utara.. best gak meninjau2 bahan2 yang dipamerkan.. paling menarik minat aku ialah bila berpeluang merasai gegaran gempa bumi dalam semua rumah kecil,...huhu..gerun rasanya..tu baru rumah contoh..blum lagi betul2 melalui keadaan sebenar semasa gempa bumi..huhuh..ni gambar2 yang sempat aku snap kat situ.

rumah kecil untuk merasai pengalaman gempa bumi...


tengok bintang..i like...
jam 11pagi kami bertolak ke sebelah Pusat Sains iaitu Muzium padi... bayaran masuk RM3 + RM2 kalo nak bawa masuk kamera..huhuh..tapi untuk pelajar RM1 ja...masa ni ada bertembung dengan krew penggambaran TV1 yang buat program untuk bulan ramadhan.. diaorang cakap waktu siaran 24ogos neh jam 330-400 petang..nak kena tengok neh..mana tau kot2 terselit muka aku kat program tu..wakaka..perasan tol... apapun, lukisan yang terdapat dalam muzium tu memang sangat cantik dan real... kagum betol..
bergambar kenangan di depan muzium...aku takder dalam gambar k...hehe

cantikkan lukisan neh???....


pelbagai jenis padi dari serata dunia..

krew RTM untuk program Ramadhan
spot makan sedap!!!...nyam..nyammm...
jam 1230 tengahari kami bertolak ke Stadium Darulaman untuk makan2..sejam kemudian bertolak ke Sg Petani untuk Pameran rekacipta yang melibatkan beberapa buah universiti..pameran tu berlangsung di Sg Petani Inn Hotel... lama juga kami kat sana...

lokasi pameran REKACIPTA.. SP inn Hotel..


Jam 5 bertolak balik ke sekolah..alhamdulillah, perjalanan dan rombongan ni berjalan lancar... (ekceli nak citer panjang2, tapi tak reti nak menulis lagi)..huhuhuh...

~jojoe~

Wednesday, July 28, 2010

Kemaafan itu...

Rasa nak jiwang balik..huhuh.:(.napa 2-3 hari ni rasa sedih erkk?? sensitif tak yah cakap la..skit2 rasa nak majuk.. tapi bila tak kena pujuk rasa sedih dan kecik ati plak rasa..aduii... kenapakah apakah??.:L.. bila dengar lagu ni rasa lagi sedih.. huhuhu... nak nangis....:,(

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah



~jojoe~

Friday, July 23, 2010

Bila setia tidak bermakna.. ;-(




Baru-baru ni banyak betol cerita-cerita isteri curang, suami curang terpampang dalam akhbar..kadang-kadang aku terfikir di mana letaknya nilai kesetiaan itu.. Mengapa perlu berjanji setia andai dikhianati, ..mengapa mengaku cinta andai tidak mampu memberikannya seikhlas hati.Mengapa perlu ada keinginan untuk CURANG?..

bagi aku bila sudah melafaz janji, kita akan seperti memberi sepenuh kepercayaan kepada seseorang itu..ada sebahagian lagi diri kita padanya yang perlu dia jaga.. separuh hati kita bersamanya..andai dikhianati,hilanglah separuh hati itu.. sebab itulah agaknya sakit putus cinta ini rasa seperti hati dilenyek2, diramas2 dan dihiris2..aku pernah melalui rasa itu.. Walaupun ' sakit, aku teruskan hidup..kata-kata ni banyak memberi semangat semasa 'kehilangan' itu...

"ibubapa adalah manusia paling rapat dalam hidup kita... bila sampai masa mereka akan pergi.. dan kita terpaksa teruskan hidup seperti biasa....
suami isteri yang hidup bertahun2 lamanya pun..
andai tiada jodoh akan bercerai juga dan terpaksa meneruskan hidup seperti org asing..
inikan pula manusia yang tiada hati dan perasaan, bila dia mengkhianati hati dan perasaan kita.. lepaskanlah... kerana dia bukan sesiapa pun bagi kita"

hidup kita seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan adakalanya boleh jatuh ke bawah... Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Kesetiaan itu sangat penting...Hargailah pasangan kita seperti mana kita menghargai diri sendiri.. Semoga hidup kita akan sentiasa disulami kebahagian.Amin.

p/s: Semoga kesetiaan menjadi tunjang hubungan ini.. Amin...

~jojoe~

Wednesday, July 21, 2010

PhD

Ekceli tajuk entry aku ni takder kaitan ngan nak ambik Phd tu.. tak layak pun..master pun tak terambik...huhu.. cuma apa yang aku nak tulis ni berkaitan dengan sikap segelintir manusia dalam dunia ni yang terlalu kuat Perasaan Hasad Dengkinyer.. (Phd ler tu)..hmmm...

2-3 hari ni bila aku blogwalking ke page kawan2, ramai gak blogger yang menerima tempias Phd ni.. yelah, ada makhluk Tuhan tu yang sanggup buka akaun blog semata2 nak tinggalkan komen yang menyakitkan hati (siap maki hamun).ada yang bagi komen pedas yang memanaskan hati....dan tak ketinggalan ada gak yang tak buka buka akaun tapi letak nama sebagai 'tetamu' untuk tinggalkan pesanan yang juga menyakitkan hati di SHOUTBOX..

aku terfikir apa salah blogger? bila tengok balik isi2 blognya, takder plak isu2 panas yang mejatuhkan maruah sesapa mahupun menganggu ketenteraman awam.. blogger hanya berkongsi rasa,hobi, minat dan warna warni kehidupannya..jadi kenapa mesti ada Phd yang masuk dan menggugat ketenteraman si penulis...?bagi aku, kalo pun aku tak puas hati atau tak berminat dengan isi kandungan blog tu aku hanya mendiamkan diri..silent is better,,:shh:.. itu bukan blog aku, jadi tak perlu komen apa2 yang menyakitkan hati...lainla kalo nak tinggalkan jejak atau komen membina bagi si blogger memperbaiki isi kandungan blognya.itupun dengan bahasa yang baikla.. atau kalo tak puas hati gak sendiri buat blog dan jaga blog sendiri sebaik mungkin...:hmm:

apapun, kepada rakan2 yang dah terkena penangan mereka2 yang Phd neh, banyak2ler bersabar ok??.. tak semua manusia dalam dunia akan suka dengan apa yang kita suka..jadi bersabarlah...just remember,..mereka pun manusia biasa..ada kelemahan sendiri... apa yang mereka cakap, atau apa yang mereka hamun itu adalah bukti kelemahan mereka.. S..A.B.A.R.!

p/s: sendiri pun sedang geram sebab diumpat dari belakang.. huhu..sabar je lah..:mad::,(


~jojoe~

Monday, July 19, 2010

Lelaki idaman..

:note:oohh sayang.. dikaulah jejaka idaman..:note:

hehehe..:p rasa nak nyanyi2 jer sal lelaki idaman neh..korang ada tengok citer ILLUSI tak kat TV3.. hehehe..bukan nak cakap sal drama tu.. tapi pasal pelakonnya.. si ashraf muslim tu..mcm dah nak jatoh cinta la..hehehe..bukan kat dia tapi karakter dia tu.. agak2 ada lagi ker lelaki sebaik karakter dia dalam citer tu..huhuh.. memang lelaki idaman betol.. :love:

dalam citer tu dia nampak innocent dan penyabar jer.. sayang tol dia kat isteri dia.. huhuh.. suka lelaki yang penyabar.. tak suka yang panas2 baran neh... :hmm:dah pernah ada pengalaman berdepan dengan manusia sebegini suatu ketika.. kisah pahit yang sukar dilupakan, susah diluah, susah gak nak ditelan..:spin:huhuh.. apapun, yang berlalu biar ja berlalu... idup baruku dah bermula setahun yang lalu.. dah jumpa sebenarnya my "lelaki idaman"hehe... wink3x....:$

p/s: harap2 takder yang jeles ya??hihihi:hee:

~jojoe~

Iman Hafiz..

Apa yang menarik minggu ni ya?? mcm biasa keja, balik umah, keja balik umah dan bla bla bla.... hehehe... itu ler rutin harian aku..nak cakap bz sangat2 tu tak ler sangat.. cuma duk sibuk nak abiskan silibus mata pelajaran ja.. tinggal satu bab jer lagi..huhuh... pasni dah bleh buat ulangkaji untuk SPM.. bebudak aku pun dah mula gabra siapkan kerja khusus itu ini.. ada gak yang duk nervous+terkejut cipan bila check nama melekat untuk PLKN sesi 8/2011,.. hehehe..~ini bukan aku k??ni adik aku dan anaknya..hehe~

oh yer..merujuk kepada tajuk entry di atas, kemarin ada ke rumah adik aku..dia buat majlis skit sempena ulangtahun pertama kelahiran anak terunanya... hmm..kejap tul masa berlalu..rasa mcm baru jer tahun lepas aku duk menanti berjam2 kat luar wad bersalin... tahun ni dah genap setahun Muhammad Iman Hafiz....kalo aku ada baby sendiri mesti dah bleh lari 4x400 dah..hahaha...


setahun yang lalu iman dalam pelukan mak ngah nya.. hihihih... ada gaya ibu mithali tak??

SETAHUN KEMUDIANNN>>>>

haa..ni baru aku...iman Hafiz dah besar..mak ngah maintain muda..hehehehe

seronok tengok budak2 membesar depan mata neh .. teruja betol.... tak sabar nak tengok iman berjalan...pasni bleh la dia bergusti ngan kakak dia yang nakal tu..hehehe

~jojoe~

Thursday, July 15, 2010

miangnya haku!

Masa aku tulis entry ni kan.. ekceli aku rasa sedih.. :,(aku rasa pilu.. aku rindu seseorang.. huhuh.. miangnya haku...:$ padahal ari2 aku dapat tengok dia.. dapat sms..dapat calling2..tapi masih duk teringat2.. huhuh... apakah, kenapakah???.. bila baca blog citer kawan2 masa kawin rasa makin rindu kat dia.. tahukah dia?????:mad:
kalaula dia tahu..huhuh..:p jap nak sms bagitahu..hahah.. :hee:memang aku dah miang neh..:love:


~jojoe~:heart:

IKLAN LAGI!