Friday, July 23, 2010

Bila setia tidak bermakna.. ;-(




Baru-baru ni banyak betol cerita-cerita isteri curang, suami curang terpampang dalam akhbar..kadang-kadang aku terfikir di mana letaknya nilai kesetiaan itu.. Mengapa perlu berjanji setia andai dikhianati, ..mengapa mengaku cinta andai tidak mampu memberikannya seikhlas hati.Mengapa perlu ada keinginan untuk CURANG?..

bagi aku bila sudah melafaz janji, kita akan seperti memberi sepenuh kepercayaan kepada seseorang itu..ada sebahagian lagi diri kita padanya yang perlu dia jaga.. separuh hati kita bersamanya..andai dikhianati,hilanglah separuh hati itu.. sebab itulah agaknya sakit putus cinta ini rasa seperti hati dilenyek2, diramas2 dan dihiris2..aku pernah melalui rasa itu.. Walaupun ' sakit, aku teruskan hidup..kata-kata ni banyak memberi semangat semasa 'kehilangan' itu...

"ibubapa adalah manusia paling rapat dalam hidup kita... bila sampai masa mereka akan pergi.. dan kita terpaksa teruskan hidup seperti biasa....
suami isteri yang hidup bertahun2 lamanya pun..
andai tiada jodoh akan bercerai juga dan terpaksa meneruskan hidup seperti org asing..
inikan pula manusia yang tiada hati dan perasaan, bila dia mengkhianati hati dan perasaan kita.. lepaskanlah... kerana dia bukan sesiapa pun bagi kita"

hidup kita seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan adakalanya boleh jatuh ke bawah... Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Kesetiaan itu sangat penting...Hargailah pasangan kita seperti mana kita menghargai diri sendiri.. Semoga hidup kita akan sentiasa disulami kebahagian.Amin.

p/s: Semoga kesetiaan menjadi tunjang hubungan ini.. Amin...

~jojoe~

10 comments:

  1. Kejujuran & kesetiaan suatu yg tak dpt dipisahkan.... nak dapat pasangan macam tu ada jangan bimbang.... cumanya nak cari pasangan camtu la.... hehe...

    Nak komen pun aku tak reti. Psl pada mulanya mmg segalanya indah... tp proses perjalanan bersama psangan sudah tentu ada banyak liku & jalan kena tempuh. Halangan, dugaan, rodblok yg ada di depan kita tak tau... semuanya tu dapat mengubah pasangan kita dengan sekelip mata saja...

    Jika dulunya madu.... kini dah menjadi racun.... hilang, ghaib kata2 indah, janji yg pernah dikotakan....berubah hanya dengan sekelip mata....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kesetiaan semata-mata mungkin memang tidak akan bermakna. Kesetiaan itu patut berlandaskan panduan agama bukan semata-mata terlafaz drpd nafsu cinta ketika itu apalagi bagi cinta yg terlarang. Pada suami isteri pun bukan kesetiaan semata2 itu yg mengekalkan rumahtangga tapi juga unsur2 lain dan unsur yg sangat penting ialah suami isteri itu sentiasa berusaha mendekatkan hati kpd yg SATU.

    Dalam percintaan, bagi cinta yang berpaling rasa kepada orang lain, perlu diredhai. Hati manusia itu boleh berubah tanpa dipaksa. Perpisahan kerana orang lain tidak semestinya akibat kecurangan, mungkin itu hakikat tiada jodoh. Jadi relakanlah, jangan jadi dendam.

    hihi..bermadah di blog akak pepagi sabtu..

    ReplyDelete
  3. asmar~dalam 100 orang entah2 sorang ja yg betul2 setia kan?? kalo ada persefahaman,mesti hubungan tu kekal walau beribu rodblock kat depan..hehehehe

    ReplyDelete
  4. wsalam sakinah..betul tu..akak setuju ngan kata2 sakinah... yang penting hubungan kita dengan yang Esa mesti kuat,... jadi bila berdepan dengan masalah seperti putus cinta kita akan rasa tetap tenang sebab hubungan kita dengan Pencipta tidak akan putus... jadi takkan ada yang pendek akal buat keputusan untuk bunuh dirila, bila putus cinta.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. yang penting jangan kita buat org..kang pasti one day dapat balasan.klu org buat kita anggap satu ujian ja.klu kita buat baik pasti dibalas baik but sebaliknyala...

    ReplyDelete
  6. betul3... cikgu aida sangat betul... buat baik dibalas baik.. tak suka org buat permainkan kita, jgn permainkan org lain juga... lebiuu...

    ReplyDelete
  7. kesetiaan kdg2 sgt susah d ungkapkan..cuma yg btul2 ikhlas tahu nilai setia..

    ReplyDelete
  8. betol3... you are absolutely right... !!

    ReplyDelete
  9. bila kepercayaan yang diberikan dimusnahkan sekelip mata... susah bagi kita untuk memupuk kepercayaan itu kembali... mengambil masa yang lama rasanya untuk kembalikan semua itu.... jadi, kepercayaan yang ada jangan sesekali diperlekehkan...=)

    beauty pernah terluka yang amat dalam tak terkira malah sampai waktu ini masih ada sisa yang tertinggal... tak pernah terlintas pun untuk menerima kelukaan dan ujian seperti itu... namun hidup mesti diteruskan, cuba mencari arah yang lebih baik dan perbetulkan semua kembali... insyaAllah Allah bersama kita yang sentiasa sabar...=)

    amin untuk doa jojoe... mudah2an dipermudahkan hubungan yang sedia ada...=)

    ReplyDelete
  10. samalah nasib kita beauty..joe pun pernah lalui peritnya tu..sampaikan ambil masa bertahun2 nak bina hubungan baru...bila sekali kepercayaan dihancurkan susah betol nak percaya lagi... joe pun harap mcm tu..moga pilihan joe kali ji tak salah dan berkekalakn sampai bila2...

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!