Tuesday, August 31, 2010

kelebihan wanita..

satu lagi artikel yang amat bermakna untuk dikongsi bersama2..terutama untuk golongan wanita..banyaknya kelebihan kita semua... alhamdulillah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


~jojoe~

Monday, August 30, 2010

10 hari menjelang Syawal...

dah lama dah rasanya tak citer sangat bab makan2 ni kan?hehe..dah nak raya dah pun neh... semalam baru berkesemptan berbuka puasa di luar dengan adik2 aku.. huhu... ekceli ada seorang yg istimewa ikut sama berbuka..hehe...shy3...so kami berenam ( termasuk 2 org anak buah aku )..
sebelum tu kami soping2 dulu..so dah jadi kewajipan aku beli baju raya untuk anak2 buah tersayang.,tersengih lebar mak dia dapat pau kakak dia yang sorang neh...huhuhu... ramai jugak manusia kat karnival mall tu...huhuh..

shopping kat sinih.. ;-P

anak lelaki adikku yg tak banyak kerenah...


on da way balik kami singgah berbuka di sebuah kedai makan berdekatan highway..ekceli aku selalu mamam situ dengan my lokong.. hehe..

kakak yang suka mengusik dan banyak cakap...huhuh

menu berbuka puasa yang memang sedap..ada tomyam, sotong celur tepung, sayur campur, telur dadar, sambal belacan..nyam3...

satay pun ada tau..sedap tul.sepucuk rm 0.40

so, kali ni kami mencuba menu istimewa kat situ.memang best dan berbaloi sangat,.harganya pun berpatutan... tak sia2 kami singgah berbuka kat situ,..alhamdulillah..len kali datang lagii.. ;-)
menu utama...SIAKAP 3 RASA.. Best!.. 5 bintang..huhuh

p/s: mood aku sangat hepi... up punyer happy..hehe...


~jojoe~

Friday, August 27, 2010

Jangan kahwin??

Tadi ada terbaca artikel ni..rasa sangat menarik dan ingin berkongsi bersama2..semoga dalam bulan yang mulia ni kita akan mendapat sesuatu bersama.. Amin..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang en...am, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~jojoe~

Wednesday, August 25, 2010

bla..bla..bla





peperiksaan percubaan SPM dah pun bermula ari ahad lepas 22 ogos 2010... bila datang musim exam ni mesti ramai yang pikir senangla keja cikgu, tengok budak menjawab jer..padahal dugaannya Tuhan jer tahu,.,huhuh,,masa exam time bulan puasa ni la banyak tol cobaan.. Tuhan saja yang tau betapa ngantok dan bosan sangat masa mengawas peperiksaan ni..rasanya kalo aku yang jadi student menjawab soalan takder seboring neh... huhuh.tapikan masalahnya budak2 tu sendiri pun dah terkulai layu kat meja tulis...kepenatan menjawab soalan sampai tertidur..pelik tul aku.. zaman aku dulu 2 1/2 jam tu rasa singkat sangat masa nak menjawab soalan2...tapi sekarang, baru ja 5 minit menatap kertas exam dah 'pengsan'...macam ni... huhuh... 5 minit lagi masa nak abis baru terkulat2 bangun menjawab..adeii...apapun, good luck to my dear students kalo ada yang terbaca entry ni.sayangi diri dan masa depan kamu yer...

pejam celik pejam celik dah 2 minggu umat islam berpuasa kan..??alhamdulillah..bila sebut sal puasa ni, masa paling teruja adalah masa berbuka puasa..hehehe... tapi jangan berlebihan pulak..petang ni, aku nak masak agar2 neh..
pernah buat 2-3 ari sebelum puasa ari tu...agar2 coklat..jom mamam..oppss..selamat berbuka puasa.. ;-)


~jojoe~

Sunday, August 22, 2010

Banjir!

Mcm dah lama lak tak update blog neh..hehehe... dah seminggu lebih berpuasa baru nak sapu2 sawang kat sini.. ekceli, memang ada benda nak cerita, tapi biasala, mood berblogging entah lari ke mana..huhuh...

hari ni mcm biasa sekolah.. cuma pagi ni ujan lebat sangat2.. kalola tak sekolah mesti lepas jer subuh aku tarik selimut balik..kikiki... so, pkul 630 aku dah bertolak dari rumah...sengaja awal sebab hujan.. so, aku bawa secermat yang mampu, malas nak rushing dengan jalan yang basah dan licin.nak dijadikan cerita lagi 500 meter jer nak sampai sekolah, jalan di depan aku dibanjiri air.. memang dalam..ada gak kereta tersadai kat dalam air tu...cuak gak aku rasa..huhuhu...last2 aku follow kete depan yang membelok masuk simpang kg..

huhuhu...punyala jauh aku follow last2 kuar highway ke baling-grik.. huhuh...Bila dah jumpa jalan kuar ,banjir lagi..last2 baru aku teringat ada satu jalan kuar dekat ngan pagar sekolah..jalan tu jarang2 aku lalu..msa merentas desa ari tu jer pernah ikut..harap2 takder masalah...huhuhu..alhamdulillah..bila sampai situ memang takder banjir.. banjir cuma dalam 100 meter jer dari situ.huhuh... sampai gak aku kat sekolah.. kalo ikutkan jam 7 aku dah sampai sekolah..sekali 730 baru sampai..apapun..yang penting selamat sampai.alhamdulillah...

p/s: xsempat snap gambar..cuak teramat...huhuh

~jojoe~

Monday, August 9, 2010

menghitung hari

lagi dua hari dah nak puasa... sebulan kemudian akan berhari raya.. tak sabarnya bila fikir... tapi dalam masa yg sama rasa mcm banyak tul benda nak buat..huhuh... 23hb ni budak2 aku akan menjawab soalan percubaan SPM 2010..so, tinggal kurang 2 minggu ja lagi nak buat sesi ulangkaji.. mujur sillibus dah abis..so sekarang aku banyak tumpu kepada latihan dalam kumpulan dan memberi teknik2 menjawab kepada students supaya they all lebeh bersedia.. cuma apa yg buat aku rungsing ialah ada antara mereka yang suka ponteng sekolah..ari ni datang esok tak datang, lusa datang ..tulat tak datang2.. tungging dah tunggang langgang... huhuhu...
soal puasa lak aku doakan semoga tahun ni memberi seribu rahmat kepada kita semua.. harap dapat puasa penuh..hmm, lusa sekolah akan bercuti sempena kehadiran Ramadhan Al-mubarak. sekarang ni dah tengok banyak tempat dibuka khas untuk bazar ramadhan..apapun, jadikan ramadhan yang mulia ni sebagai bulan untuk penuh keinsafan.. toksah membazir (peringatan untuk diri sendiri) huhuhu....

~jojoe~

Wednesday, August 4, 2010

Mia Sara Vs Shin Bi

Mesti korang kenal budak kecik yg tiut ni kan???Mia Sara Nasuha, pelakon kanak2 yang sgt comel di Malaysia... sebelum ni tahu dia ada berlakon dalam drama ADAMAYA tapi aku tak tenguk drama tu..sekarang bila slot akasia kat TV3 ada drama EPILOG SYURGA CINTA aku jadi tertarik nak tengok lakonan budak cute ni... comelnya..geram tul tengok.. adeeiii...
Mia dan 'mamanya" dalam drama ADAMAYA
alala..sangat comel kan??anak sapa ler ni.....hehe
ekcelikan Mia ni mengingatkan aku kepada seorang pelakon kanak2 korea yang tak kurang cutenya.. dia memegang watak sebagai SHIN BI dalam drama Wonderful Life..

sangat pandai berlakon dan bila dia nangis buat aku rasa nak nangis sama..huhuh... owh, kanak2 comel,... cepat betul memikat hati ku..huhuhu....
~i love u~

shinbi ku dah besar.....


p/s: one day nak anak yang tiut dan petah bercakap camgini bleh tak??huhuhu
~jojoe~

Sunday, August 1, 2010

私は十分に古いんだよ!

Hari Ahad, pukul 6.oo petang aku akan berada tepat depan tv3.. ternanti program jepun bertajuk 私は十分に古いんだよ!(i'm Old Enough!).. program ni menayangkan aksi kanak2 jepun berdikari... cute sangat tengok...

Orang jepun memang terkenal dengan disiplin yang kuat. begitu juga dengan cara mereka mendidik anak2 mereka sejak kecil. bayangkan kanak2 berumur 5-6 tahun disuruh keluar rumah untuk membeli barang.Melintas jalanraya, berjalan di khayalak ramai yang saiz badan berganda lebih besar dari mereka sendiri...sangat berdikari dan comel juga..

terfikir juga adakah ibubapa mereka tidak takot jika anak mereka diculik atau hilang???.. mcm yang berlaku di negara kita, main di taman permainan bersendirian pun sudah merbahaya apalagi menyuruh anak membeli barang di pasaraya di bandar yang sibuk... fikir-fikirkanla...






~jojoe~

IKLAN LAGI!