Thursday, September 23, 2010

Genap 8 Tahun



bila tengok tarikh ari ni 23 September aku rasa familiar betul..puas aku kodek2 kepala ni pikir apa kaitan tarikh ni dengan idup aku..huhu..last2 baru teringat...8 tahun yang lalu tanggal 23september 2002 aku mula bergelar sebagai seorang cikgu...

8 tahun lalu masa ni aku di Kuala Lumpur, mendaftar di Hotel Midah untuk ke Sabah.. Masih terbayang2 lagi saat dapat surat tawaran penempatan mengajar..TAHNIAH, ANDA BERJAYA DITEMPATKAN MENGAJAR DI NEGERI: SABAH..
rasa nak gugur jantung..seminggu aku menangis membayangkan aku terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang sangat lama.. rasa saya tidak syiok masa tu..semangat nak grad sminggu sebelum ke Sabah tu pun rasa hambar...fikiran aku lebih kepada memikirkan tempat aku akan dihantar untuk mengajar.apapun, lama2 aku kena terima kenyataan...inilah yang tertulis untuk hidup aku..

bila di Sabah, semua bayangan buruk tu lenyap...aku gembira bertemu pelajar dan kawan2 baru..semuanya menyeronokkan...pengalaman indah dalam idup.. sampai bila aku takkan lupakan kenangan di sana..ada pahit, ada manis..semua tu mengajar aku erti kehidupan ynag sebenar..and i miss those old good days...

Selamat Ulangtahun ke-8 untuk diriku dan rakan2 seangkatan ku yang memulakan tugas sebagai pendidik 8tahun yang lalu. kuakui masih terlalu mentah dalam dunia pendidikan ni dan masih belajar untuk menjadi guru yang baik.. Amin...
kenangan bersama rakan-rakan sekerja di SM Ken Hwa, Keningau, Sabah.




~jojoe~

4 comments:

  1. SELAMAT ULANG TAHUN MENGAJAR JOJOE... SEMOGA SEGALA ILMU YANG DICURAH MENJADI BEKALAN DI AKHIRAT. AMIN ;-)

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun jd cikgu sis..hope sumanya baik2..n ddoakan sis tabah utk tempuh hari2 akan dtg b'gelar guru..insyaAllah..;)

    ReplyDelete
  3. hepi 8th anniversary being a teacher...nice!!May Allah bless u sis...:)

    ReplyDelete
  4. beauty~thanx my dear beauty...
    fyza~InsyaAllah ...
    najwa~ May Allah bless u 2... ;-)

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!