Sunday, October 31, 2010

Semoga Selamat,..

semua persiapan dah diatur..cincin pun dah beli...
hari ni akan berlangsung.. semoga semuanya berjalan lancar dan teratur.. Amin... ;-)..


semuanya serba sederhana..yang penting majlis selamat berlangsung...
Perjalanan majlis? InsyaAllah, akan diceritakan kemudian..;-)

~jojoe~

Jalan2 cari jalan...

Minggu lepas aku deman+selesema+ batuk.. memang perit jer time batuk2 cam nk kuar anak tekak... dengan kerja yang menimbun2 mintak disiapkan...mcm tak abis2 jer kerja ni..siap satu datang lagi satu...mcm mana nak abis kalo camgini..huhu..tambah2 dah nak dekat cuti sekolah ni..banyak benda nak siapkan...kalo kira2 betul2 tinggal sepuluh ari jer lagi nak cuti...yeyy...syok ker? syokler jugak... dapat rehat2kan minda..hehe.... tapi ada risaunya sebab bebudak aku nak exam wehhh...huhuh..camner ni...mcm blum cukup lagi ilmu yg aku bagi..huhuh...

apapun lupakan kejap soal tu..minggu lepas dapat surat panggilan mesyuarat... kena g pendang plak ni minggu ni... masalahnya aku tak pernah p pendang..hehehe... so,walaupun dalam keadaan selsema terdetik rasa nk g jalan2 kat pendang sesambil cari sekolah tempat aku meeting nanti...memula plan nak ajak cik ada tapi dia ada urusan so, adalah someone ni sudi temankan..siapa lagi..hehehe... Pukul 3 kami bergerak ke Pendang..Alhamdulillah, perjalanan dilancarkan dan dengan mudah aku menemui destinasi yg dicari.. on da way balik sengaja aku follow jalan lama..menikmati keindahan sawah padi yang menghijau.. tetiba my lokong bagi cadangan ke pantai..pantai apa yg ada kat sawah padi neh?? ooo PANTAI MURNI di yan rupanya..takderla jauh sangat...sesekali syok gak buang minyak kreta neh..hehhehe...



ubat selesema aku...hahaha....

sampai sana orgpun tak ramai...bestnya dapat melihat LAUT.Dah lama tak bersantai tepi laut..kali terakhir pun rasanya di Tanjung Aru sabah dulu dengan kawan2..huhu..rindunya...

kami tak lama kat situ..sebab dah makin lewat..pukul 5 kami bertolak balik..memang dah ada rancangan nak datang lagi..heheh ;-)


~jojoe~

Thursday, October 28, 2010

kuda laut jantan mengandung?

pagi tadi seorang pelajar aku bertanya; " cikgu..cikgu...haiwan apa yang jantannya melahirkan anak?".. terdiam kejap aku..teka teki ke apa ni..kadang2 bkn leh caya sangat budak2 neh..ingat serius tapi kadang2 main2 jerk..last2 aku dapat jawapan kat mr. GOOGLE..hehehe...

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.

Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter.

Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.

Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



~jojoe~

Kisah Tembikai..



Time2 cuaca panas xmenentu mcm sekarang ni memang best kalo dapat makan buah kegemaran aku ni..sekarang ni banyak betul dijual di tepi2 jalan..kampung aku sendiri pun penuh ditumbuhi buah-buahan ni..sampai tak larat nak makan. Banyak sebenarnya khasiat buah yang juga merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW ni. mari kita berkongsi info ni sama2...


KEBAIKAN BUAH TEMBIKAI

Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selain kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di dalam.


p/s: favorite drink ~~~ watermelon juice~~~

~jojoe~

Tuesday, October 26, 2010

histeria

ni bukan tajuk filem tu... dah basi dah pun filem tu... yg aku nk citer ni histeria yg betul2 berlaku kemarin waktu persekolahan..pertama kali selepas 2tahun aku kat sini aku dapat tengok fenomena ni live depan mata. seawal jam8 pagi dah ada dah pelajar yg terjerit2 histeria. pastu mula berjangkit2 dari satu bangunan ke bangunan lain..gempar gak rasa masa tu..sampai semua kena kumpul kat dataran perhimpunan..kalo tak kumpul kang ada yg terjun bangunan ke apa tak ke naya? ada gak yg terjerit sambil tendang meja kerusi dan pecah kan tingkap..huhuh..
kul 9, di dataran perhimpunan bacaan yasin dimulakan.. dalam pada tu dah berbelas2 pelajar histeria dan cuba ditenangkan.. lepas bacaan yasin 2-3 org lagi kena .. last2 semua pelajar diarah pulang dalam pukul 1030 mcm tu..cikgu-cikgi masih kena tunggu sampai waktu balik cam biasa. aku tak sempat ambik gambar budak2 yg histeria tu... yelah, duk sibuk cool kan diaorang ja..bila sekolah dah sunyi sepi barula sempat snap gambar.


.meremang gak bulu roma..huhuh.... hmm..harap2 hari ni semuanya berjalan lancar dan tak berulang lg...nauzubillah..
~jojoe~

Sunday, October 24, 2010

cuti cuti..cinta

Mcm dah lama tak pergi cuti2 cari makan dan tengok wayang..hehe..kemarin berkesempatan jugakla..selepas 2 minggu berturut setiap ujung minggu penuh dengan program sekolah akhirnya dapat jugakla dating2 cari makan..hehehe...
kali ni kami tengok cite CCC.. baru jer kuar khamis ari tu..ramai jugak yg tengok.. pelik gak bila ada yg cakap citer ni tak menarik dan gagal..bagi aku citer ni sangat best! penuh dengan adegan komedi dan melucukan. kalo yang rasa getik tu pun mayb time ada part si azizah mahzan yang bercakap slang mat salleh..memang nampak mengada2.dan satu lagi pasal dialog nasi lemak 50 sen yang tak sesuai untuk tontonan kanak2..rasanya kalo dialog tu takder pun taklah mencacatkan jalan cerita...tapi keseluruhannya memang best menonton...aku ni bukannya pengkritik filem..just bagi pendapat saja...so kalo sesapa yang tengok tu sila2kanla..tepuk dada tanya selera..
bila sebut sal selera ni teringatla apa yang aku makan.huhuh.memang best...nanti nak p mkan lagi..heheheh


nasi goreng ayam pedas ~ aku punya..


nasi tomato- dia punya...


ABC aiskrim..sedap nih..hehehe
p/s: lapor balik rasanya..huhuh

~jojoe~

Wednesday, October 20, 2010

Ciplak jer..

owhhh..rupa2nya bukan cerita STH jer diciplak oleh filipina...banyak lagi drama popular korea dan dijadikan drama tv filipina..antaranya drama2 peberet aku seperti sam soon dan my girl..tak kisahla kalo nak ciplak..yg penting citer tu masih best ditonton... jgn mcm citer2 indon dahler..meleret2 jer citer..sampai penat menunggu endingnya..haha...



STH versi korea


STH versi filipina


my lovely sam soon korea dan filipina


my girl korea dan filipina


lovers in paris korea vs filipina


full house pun kena ciplak gak???


boys over flower
p/s: apa2 jelah...layan jer..hehe

~jojoe~

Monday, October 18, 2010

Stairway to heaven

Sekarang ni pukul 3 petang aku mesti tertunggu cerita ni..
Drama ni versi filipina yang diceduk dari drama popular korea yg juga menggunakan tajuk yang sama..bezanya of course dari segi bahasa dan pelakon2 nya


hero-heroin STH Korea..
STH versi korea


jalan cerita masih sama..sedih,..kisah percintaan cholo dan jodi yang banyak halangan...Jodi dan Cholo membesar bersama-sama. Mereka selalu ada untuk satu sama lain. Tragedi bermula apabila Cholo mula belajar di luar negeri tanpa Jodi. Ayah Jodi Maita berkahwin lagi, yang mengambil dua anaknya, Tristan dan Eunice, dari pernikahan sebelumnya dengan Dindo. Eunice iri hati dengan kehidupan Jodi dan bertekad untuk mengambil segalanya, termasuk Cholo. Tristan mula menyimpan perasaan untuk saudara tiri nya Jodi, namun Jodi masih mencintai Cholo.


Lima tahun kemudian, tragedi terjadi apabila Jodi kemalangan kereta menyebabkan dia kehilangan memori nya. Bersama dengan Tristan, mereka memulakan hidup baru. Cholo dipaksa untuk percaya bahawa Jodi sudah mati, dan Jodi memulakan hidup baru sebagai Jenna.Cholo akhirnya bertunang dengan Eunice. Namun, suatu hari takdir menemukan dia kembali dengan Jodi (Jenna)..Cholo bertekad untuk menawan hati Jenna dan percaya Jenna adalah Jodi.

Citer ni endingnya sedih kot..kalo tak salah la..sebab aku tak tengok sgt citer yg versi korea tu.. mcm last sekali Jodi akan mati juga sebab sakit..tak tahuler betul ke tak..kita tunggu dan lihat jelah..ok?



~jojoe~

Saturday, October 16, 2010

a story to tell..

bulan ni sebenarnya banyak menguji kesabaranku..Alhamdulillah, semua masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin..huhu.. Apa yg penting kebahagiaan itu masih denganku.. ku bersyukur.. Satu perkara yang tidak dapat ku lupa adalah kesakitan bila kaki ku tersepit pintu bilik.. terasa lagi sakit itu ketika aku menutup pintu bilik kerana tergesa2 nak ke sekolah...apabila Tuhan berikan kesakitan ,tandanya DIA sedang mengampunkan dosa2 kecil kita..ku terima kesakitan itu walaupun sudah seminggu berlalu..huhuh

semangat berblogging ni sebenarnya makin padam..tapi aku tetap gagahkan diri berkongsi cerita..tak pasti ada ke tidak yang sudi membca,,tapi sekurang2nya apa yang aku tulis di sini dapat ku baca semula pada tahun2 akan datang..sebagai satu memori. banyak lagi yang berlaku dalam bulan ni, tapi aku yakin setiap yang berlaku pada hikmahnya..dan aku juga mendapat sdikit motivasi dari setiap perkara atau masalah yang menjengah.. apapun, just wish me all the best..

~jojoe~

Imam muda di sekolahku!

Hari ni, sekolahku dikunjungi pelawat istimewa yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para pelajar dan guru.. siapa lagi kalo bukan 'imam muda' kelahiran negeri ini, saudara Muhamad Khairul Azhar b. Ghazali . beliau yang baru berusia 21tahun ini merupakan pserta rcangan IMAM MUDA 2010 yang disiarkan di ASTRO OASIS beberapa bulan yang dulu..

semangat tul budak2 aku dengar ceramah beliau... apapun memang best penyampaian dan rugiler sapa2 yang tak datang sekolah ganti ari ni...

sesi bergambar bersama imam muda kita
~jojoe~

Thursday, October 14, 2010

Pot Luck!!


Hari ni cikgu2 perempuan kat sekolah aku but POT LUCK..masing2 bawak juadah best2...sedapnyer..aku bawa diri jer makan2..hehehe... ada nasi lemak..mee goreng, kuih muih, keropok, buah tembikai, laksa, roti canai,kek lapis, mee kari,kek coklat, aduiii...banyaknya..sampai tak tau nak makan mana satu..kantin memang tak laku ari tu.. inilah penangan cikgu2 pempuan yg rajin..memang sedap...thanx to them..



roti canai...nyam2..marilah menambahkan kolestrol yg sedia ada...hehehe.... mau dua tiga hari exercise pun lum tentu abis kalori ni kena guna..huhuhu



cikgu cikgi yang berselera makan,,hehehe,,seronoknyer kaunselor aku ni ambik makanan..hehehe...

p/s: kenyang sampai ke petang..hehehe
~jojoe~

IKLAN LAGI!