Thursday, October 28, 2010

Kisah Tembikai..



Time2 cuaca panas xmenentu mcm sekarang ni memang best kalo dapat makan buah kegemaran aku ni..sekarang ni banyak betul dijual di tepi2 jalan..kampung aku sendiri pun penuh ditumbuhi buah-buahan ni..sampai tak larat nak makan. Banyak sebenarnya khasiat buah yang juga merupakan buah kegemaran Nabi Muhammad SAW ni. mari kita berkongsi info ni sama2...


KEBAIKAN BUAH TEMBIKAI

Buah tembikai atau Citrullus Vulgaris kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selain kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di dalam.


p/s: favorite drink ~~~ watermelon juice~~~

~jojoe~

3 comments:

  1. assalamualaikum anis..

    sedap buah tembikai nie..buat jus tembikai susu pn layan jugak..tp x bleh makan banyak sangat..bleh demam d buatnya.thx for the info.

    ReplyDelete
  2. wah... sedap nye... beauty pun suke tembikai... pasnih makin kerap la beauty minum air tembikai termasuk hubby beauty... menambahkan tenaga... ekekekeee ;-)

    ReplyDelete
  3. wsalam kak ain...

    sama2 ..peberet fruit anis tu tau./hehehe

    beauty~ rajin2 minum jus ya...biar dua2 bertenaga..hehehe

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!