Thursday, October 28, 2010

kuda laut jantan mengandung?

pagi tadi seorang pelajar aku bertanya; " cikgu..cikgu...haiwan apa yang jantannya melahirkan anak?".. terdiam kejap aku..teka teki ke apa ni..kadang2 bkn leh caya sangat budak2 neh..ingat serius tapi kadang2 main2 jerk..last2 aku dapat jawapan kat mr. GOOGLE..hehehe...

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.

Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter.

Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.

Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



~jojoe~

11 comments:

  1. eh 1st time taw pasal nie..huhu..tengs 4 da info sis..;)

    ReplyDelete
  2. fyza~~thanx to student akak..kalo dia tak tanya akak pun xtau dik..hehehe

    ReplyDelete
  3. wah teruja beauty baca... best2... beauty pun suka tgk discovery chanel kat astro... leka betul kalau bab2 nih...=)

    tq cikgu jojoe...;-)

    ReplyDelete
  4. jojoe pun teruja gak mencari jawapan ari tu... heheh ..glad u like it..sama2..;-)

    ReplyDelete
  5. Nasib baik hakikat kejadian manusia tak begitu... Hehe

    ReplyDelete
  6. asmar~kalo hakikat manusia begitu dapatla hang rasa mengusung perut 9bulan..hehehe

    ReplyDelete
  7. Tak rela I taw... Haha... Takleh aku bygkan aku yg mengandung. Haha..

    ReplyDelete
  8. aku pun xrela bayangkan hang ngandung..hahaha...bila terbayang rasa nk tergelak sgt... bayangkan hang mengandung dan ada misai janggut..tak ker haru..hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha..geli plak dah..tok sah geli2...

    ReplyDelete
  10. hahaha..geli plak dah..tok sah geli2...

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!