Monday, October 18, 2010

Stairway to heaven

Sekarang ni pukul 3 petang aku mesti tertunggu cerita ni..
Drama ni versi filipina yang diceduk dari drama popular korea yg juga menggunakan tajuk yang sama..bezanya of course dari segi bahasa dan pelakon2 nya


hero-heroin STH Korea..
STH versi korea


jalan cerita masih sama..sedih,..kisah percintaan cholo dan jodi yang banyak halangan...Jodi dan Cholo membesar bersama-sama. Mereka selalu ada untuk satu sama lain. Tragedi bermula apabila Cholo mula belajar di luar negeri tanpa Jodi. Ayah Jodi Maita berkahwin lagi, yang mengambil dua anaknya, Tristan dan Eunice, dari pernikahan sebelumnya dengan Dindo. Eunice iri hati dengan kehidupan Jodi dan bertekad untuk mengambil segalanya, termasuk Cholo. Tristan mula menyimpan perasaan untuk saudara tiri nya Jodi, namun Jodi masih mencintai Cholo.


Lima tahun kemudian, tragedi terjadi apabila Jodi kemalangan kereta menyebabkan dia kehilangan memori nya. Bersama dengan Tristan, mereka memulakan hidup baru. Cholo dipaksa untuk percaya bahawa Jodi sudah mati, dan Jodi memulakan hidup baru sebagai Jenna.Cholo akhirnya bertunang dengan Eunice. Namun, suatu hari takdir menemukan dia kembali dengan Jodi (Jenna)..Cholo bertekad untuk menawan hati Jenna dan percaya Jenna adalah Jodi.

Citer ni endingnya sedih kot..kalo tak salah la..sebab aku tak tengok sgt citer yg versi korea tu.. mcm last sekali Jodi akan mati juga sebab sakit..tak tahuler betul ke tak..kita tunggu dan lihat jelah..ok?



~jojoe~

4 comments:

  1. huhu x bleh tgk la..time keja..jeles akak jd cikgu ptg bleh rehat2 dah..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    akak rasa sad ending la anis...kalo dia betul ceduk abis cerita korea tu.Kalo gtu jodi pasti akan mati la kot.Lepas dia jadi buta tuu... :(

    ReplyDelete
  3. hehehe..marilah fyza..sama2 jadi cikgu...hehe

    ReplyDelete
  4. kak ain~ya..dia mengidap kanser mata kan?sedihnyaaa...tak suka tul sad ending..huhuh

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!