Thursday, December 30, 2010

Janin


kemarin ada menonton filem nih..boleh tahan jugak citernya... time last tu yg touching..huhuh..nak meleleh gakler air mata ni,,huhuhuh
Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampong selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan.

Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan. Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya.

Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian ngeri telah berlaku.
Orang – orang kampung telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera…
ni ler part yg menyediahkan tu... kasihnya ibu membawa ke syurga...
Lakonan Eja, Hairie Othman dan Airis Yasmin.
~jojoe~

2 comments:

  1. macam bestlah...mo tgk lah ni..

    ReplyDelete
  2. bukan macam best... memang best...jgn xtgk ..hehehe

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!