Tuesday, February 15, 2011

Sini ada Hantu


Di blog ni takder hantu..tapikan di wayang sekarang tengah tayang citer ni..memang sangat bestttttt!!..memula nak tengok tu duk pikir gak 5-6 kali..nak tengok tak nak nak tengok tak nak...mayb sebab filem ni tak banyak promotion atau mayb sebab tak ada nama2 pelakon best.. kecuali adala 2-3 org yg memegang watak sementara dalam filem nih... sebab citer ni mcm syampoo 3 in 1..hehehe..banyak2 citer hantu digabungkan dalam satu filem... sgt lawak dan sangat best..ada time tu rasa takot, tp ada ketika tu penuh gamat panggung dengan gelak ketawa melihat adegan lucu dalam pilem ni.Menerusi Sini Ada Hantu, penonton dapat menyaksikan tiga kisah hantu yang popular di negara kita iaitu Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Jepun. Walaupun filem ini diterajui oleh nama-nama yang agak kurang popular, namun filem ini berjaya membawa unsur seram dan komedi dengan baik sekaligus membuatkan penonton yang datang melihatnya berpuas hati...tontonler... tak kenal maka xcinta...

Sinopsis

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung di mana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereka bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.Fasha Sandha jadi hantu pokok pisang...

wajah Fasha Sandha yang disolek jadi hantu..cantikkan??hehehe

Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik, Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula iaitu ‘Hantu Nombor Ekor’ di mana kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

seram betul part hantu cina neh..huhuhuh

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin.

Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.

Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku...

Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri? Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Jangan ketinggalan menonton Sini Ada Hantu yang ditayangkan di 54 pawagam seluruh negara bermula 10 Febuari 2011.

p/s: best!!!..selamat menonton...

~jojoe~

2 comments:

  1. alaaa... soriler..semua nya xdrancang ler...last minute planning....huhuh

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!