Friday, March 4, 2011

Hani

Selasa baru-baru ni berakhirla drama ni kat tv3.. tiap2 minggu memang xlepas tonton citer neh..best dan ada nilai-nilai pengajaran.. terutama dalam mengharungi kehidupan yang sekejap di atas..sekejap d bawah... sebagai manusia kita tak lepas dari ujian Allah... apapun, Tuhan tahu sejauh mana kekuatan umatNya.. apa-apa ujian yang datang semuanya atas ketentuan dariNya...


SINOPSIS

Hani adalah sebuah drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri ini mengisahkan cabaran hidup seorang remaja (Hani) yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

Ummu Hani (Nur Fathia) merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

KESUDAHANNYA:-

Hani pula menjalani hari-hari terakhirnya dengan menyumbang bakti kepada agama. apabila kanser otaknya kembali tumbuh dia berdepan dengan kematian dan endingnya memang sedihla.. dia meninggal semasa dalam perjalanan mahu menunaikan umrah disaksikan oleh Irfan dan kedua ibubapanya... so sad... saper2 yg xtgk citer ni sila-sila tonton di tv3.com.my .. mcm boleh di download juga..selamat menonton!!
NOVEL 'HANI' AKAN DILANCARKAN PADA PESTA BUKU ANTARABANGSA KL PADA APRIL 2011

p/s: Nur Fathia (Hani) tu seksi jugak orgnyer yer..kalo bertudung mcm dalam drama tu kan manis.. ayu jer...
~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!