Saturday, March 5, 2011

merentas desa 2011

kejapnya masa berlalu...mcm baru jer tahun lepas bercerita pasal kejohanan merentas desa sekolah.. tahun ni lewat skit dari tahun lepas..apapun semua berjalan lancar pagi tadi..

suasana perhimpunan awal pagi.

tahun ni saya memegang jawatan sebagai penjaga checkpoint.Rumah sukan saya plak dari laksamana menjadi syahbandar.. saya menjaga checkpoint 3..juga berdekatan gunung dan sungai..


getah sebagai penanda check point untuk peserta...


tenang sangat permandangan kat sini...cuma air sungainya sangat keruh..tahun lepas bersih jer..nak kata disebabkan hujan, xder ujan pun..agaknya sebab aktiviti korek pasir..betapa aktiviti manusia mengubah kecantikan alam semulajadi yang semakin dimamah usia...huhuh...
apapun..ini keputusan kejohanan merentas desa tahun ini.

TEMPAT PERTAMA : RUMAH LAKSAMANA (MERAH)
TEMPAT KEDUA : RUMAH SYAHBANDAR (HIJAU)
TEMPAT KETIGA : RUMAH TEMENGGUNG (KUNING)
TEMPAT KEEMPAT : RUMAH BENDAHARA (BIRU)

Tahniah untuk semua!! ;-)
p/s: tunggu kejohanan sukan dan olahraga ler plak...bulan jun nanti...

~jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!