Wednesday, September 28, 2011

Jamuan Aidilfitri

Hari Rabu lepas bilik guru saya yang khas untuk 7 cikgu perempuan jer tu buat jamuan kecil-kecilan sempena Aidilfitri..hehehe... wat kecil2 jer..sebab tak ramai kat situ... tapi ada gak  cikgu lelaki yang sudi bersama-sama memeriahkan suasana.. siap sponsor lemang..hehehe.. memang best...
Sebelum majlismemang  dah diberi tugasan masing2..saya kena masak neh.

hehehe..this time saya masak rendang daging..sedapnyerrr.. (mintak puji) hahaha..antara menu2 lain termasukla bihun, laksa, puding, kueh mueh, dan sebagainya..


marilah kita menjamu selera..erkkk..dah kenyang dah..Alhamdulillah..hehehhe....
~jojoe~

Monday, September 26, 2011

Kisah hati

~Perjalanan hidup dalam cinta, pasti ada waktu suka dan duka,
Kewajaran dalam menempuhi pun pasti ada detik-detik manis dan pahit.
Tapi bila cinta kita tiada petunjuk, tiada kepastian, tiada penghujung ibarat cinta di alam mimpi.
Hanya diri sahaja yang merasa keindahannya, hanya diri sahaja yang merasa bahagia,
Sedangkan waktu sudah tiba pada penghujung mimpi,
Serasa tak ingin bangun dari tidur yang lena,
Sayang kalau-kalau mimpi itu tidak akan sama berulang
dan bersambung kembali~~~~
Yang menjadi kesudahan berharap pada yang tak memberi.
❀. .¸(¯`••´¯)¸.• ❀
•♫❀* •.¸.•*❀ _•❀*•.

sumber: youtube.com

~jojoe~

Friday, September 23, 2011

9 Tahun dah!

23 september , 9tahun lalu merupakan titik permulaan untuk saya berkecimpung dalam dunia pendidikan.. perjalanan masih jauh, tapi masa begitu cepat berlalu..sedar2 dah 9 tahun saya bergelar cikgu..terharunya rasa,,
doktor... hehehe...cikgu sains..

kalau dicongak ikut umur persaraan, masih berbaki 25tahun lagi untuk saya berjuang, InsyaAllah..semoga Allah mempermudahkan urusan dan tugas saya dengan limpahan rezekiNya. Amin..
Masih terbayang 1st time naik kapal terbang ke Sabah, 1st time naik bas melalui jalan yang bahaya untuk sampai ke Keningau.. fuhh... bila diingat balik kenangan 6tahun di Sabah betul2 mendewasakan dan memberi erti kepada saya... Banyak pengalaman pahit manis saya tempuhi dan menjadi sebahagian daripada rencah idup saya sebagai seorang guru..
 with my BFF in the Science Lab

Perjuangan ini takkan berakhir sehingga sampai waktunya.. doakan saya agar menjadi guru yang baik... yang terbaik..InsyaAllah.
~jojoe~

Thursday, September 22, 2011

Pizza Hut: Chunky Loaded Pizza!!

Baru2 ni berkesempatan merasa hidangan baru di Pizza huts.. yelah kalo ari2 duk kuar iklan kat tv tunjuk gambar2 camgini


dan ini

sapa yang tak terliur ??huhuhuhu... memang menyelerakan.nyum3... Pizza ni ada 10 layers walaupun tak tinggi mcm ada 10 layer.,,ingredient nya tu ..kalo betul2 tinggi 10 layers mahunya luas mulut nak nganga makan...huhuh..semput ler jawabnya...

Saya ke sana dengan adik dan sepupu saya..

budak2 ni ler  paling xcited dapat makan pizza free,..free untuk diaorang tp tidak bagi saya..cissss...

~jojoe~

Wednesday, September 21, 2011

Al-Hijab


alamak..pas tengok trailer citer ni mcm best jer kan? huhuh..walaupun penakot saya memang minat citer seram2..dengan syarat ada yang sudi teman saya tengok..hehehehe....
so, cant wait to watch this movie..bangga lak tengok filem melayu yang bleh wat saya meremang bulu roma..huhuhuh...jom layann...
Sinopsis:
Rafael (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.
Teman wanita Rafael, Qiss (lakonan Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut.
Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.
Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.
Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.
Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.
Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? hmm... jawapannya lepas tengok citer nanti...tungguuuuu...

~jojoe~

Kisah dongeng

i like this song... syahdu jer bila menghayati bait2 liriknya.. Setiap manusia ada kelemahan dan pastinya kita akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain bila sudah menemui pasangan hidup masing2.. "Mencintai aku dengan seadanya..Mencintai aku bukan kerana rupa..Dalam waktu sedu..Dalam waktu hiba...Ku harapkan dia rela..Mencintai aku dengan seadanya..Sanggup menerima insan tak sempurna"...



Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

p/s: teman gembira senang dicari, teman di kala duka??

~jojoe~

Sunday, September 18, 2011

Nasi Ayam 1Malaysia

16 September seperti yang kita sedia maklum adalah merupakan Hari Malaysia.. Selamat Hari Malaysia kepada semua.Seingat saya dulu,  masa kat sabah, semenanjung tak bercuti hari ni.. hanya untuk Sabah, tapi selepas Kerajaan isytiharkan 16September sebagai hari Malaysia, maka dapatla kita cuti tu..Kebetulan tahun ni  hari Malaysia jatuh pada hari Jumaat yang sememangnya sedia cuti untuk kawasan Utara, jadi cuti menjadi 3 hari untuk minggu ini.sampaila arini, Ahad...
so, saya ambik kesempatan untuk masak nasi Ayam minggu ni.. kiranya nama resipi ni, Nasi Ayam 1Malaysia..hehehe..
 ayam madu ... nyum nyum.... macam mana nk diet ni? ermmm...
ayam yang direbus dalam sup diangkat campur ngan madu, sos tiram dan kicap lalu digoreng..
 nasi yang sedia dimakan...
saya panaskan mentega, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang, bawang putih, halia 
pastu saya masukkan beras yang dah dibasuh+ daun pandan .. goreng kejap, pastu masukkan sup  dan masak ajer macam biasa...
 aksesori tambahan..
untuk kuah kicap, saya letak sup sikit+kicap manis
untuk kuah merah tu saya blender cili merah+cili padi+cuka+garam+gula+air masak skit...
 sup ayam yang sedap..hehehe..mintak puji...  :-)
tumis jer bawang putih, serai, halia, kulit kayu manis semua..pastu masuk ayam, air, kiub pati ayam, sup bonjut semuala... pandai2 ler adjust rasanya yer..oh ya.. saya ada masukkan lobak merah and tomato gak..hehehe

 taraaa.siap sudah untuk dimamam.... NASI AYAM 1Malaysia... hehehe... nyum3..

~jojoe~

Check Kolestrol dan Gula dalam darah


 Baru-baru ni saya berkesempatan buat ujian darah sendiri di sekolah..dengan bantuan kakak2 sekerja saya.. masing2 nak tahu aras gula dalam darah dan juga aras kolestrol.. erm, berdebar2 gak terutama masa kena cucuk jari untuk keluarkan darah..memang penakot neh.. nahh, ambik darah..huhuh...

 ni ler alat EasyTouch untuk test gula dan kolestrol dalam darah

 kakak-kakak yang sedang bersiap sedia nak jadi 'nurse' ..hehehe
 rujukan

Alhamdulillah, lepas check aras gula saya masih d paras normal, begitu juga dengan kolestrol..masih di  aras Normal...

 memang sekarang ni berhati2 bab pengambilan gula ..mujurla saya ni bukan peminat minuman berkarbonat.. kalo tak..ermmm..cuma dalam kepala ni duk pusing pikir camner nak trunkan berat neh..xbrani dah nk ambik ubat2 diet ni..takot ada side effect kat buah pinggang..pas tengok ayah sakit sebab masalah buah pinggang saya jadi serik..... Apapun, marila kita sama2 jaga kesihatan yer...

p/s: doakan ayah saya cepat sembuh... :-(

 ~jojoe~

Saturday, September 17, 2011

Dugaan

this past 2 weeks memang bukan minggu yang menyeronokkan bagi saya.mcm2 perkara yang terjadi..yang terbaru sal dapur tu lah... tp yang paling menyedihkan bila ayah saya masuk hospital.. mulanya sebab kencing manis and HPT yang dihidapinya sekian lama... tp kali ni dah lain skit..masuk wad pun lebih dari sminggu..last2 doktor detect buah pinggang dia rosak.. aduii... memang dugaan untuk kami sekeluarga.. sekarang bapa saya kena cuci buah pinggang sminggu 3kali.. Kemarin dia dah dibenarkan pulang tapi kena datang lagi untuk pemeriksaan.
 adekcayang sedang memotong kuku ayah..

Minggu lepas juga semasa ayah saya d hospital, saya ada melawat seorang sahabat kampung (UDI) yang masuk hospital hari yang sama ngan ayah saya..hati dia terkena jangkitan kuman.. masa saya dan adik saya pergi melawat dia baru sudah mandi sebab dia rasa panas.kami masih sempat bergurau semua.. masa tu pukul 630 petang. Balik rumah , dalam kul 1140 malam saya dan adik saya terkejut bila dapat tau dia dah menghembuskan nafas yang terakhir..
gambar arwah di zaman kanak2 kami..dia meninggal di usia yang
cukup muda...baru 26 tahun...


 Memang terkejut sangat..dan mcm tak percaya... baru saja kami bebual petang tadi dan xsampai 6 jam kemudian dia meninggal dunia.. Pukul 3pagi, semasa jenazah sampai di kampung, saya dan adik saya (adeqcayang)yang memang rapat ngan arwah pergi melawat.. ya Allah, sebak rasa melihat sekujur tubuh yang dah tak bernyawa, sedang beberapa jam tadi, saya masih dapat melihat senyuman dia.. Ajal maut di tangan Tuhan.. Kita tidak tahu bila masa kita kembali padaNya.. Semoga kita kembali dalam keadaan yang terbaik.. Amin..
Al-Fatihah....



~jojoe~

Thursday, September 15, 2011

Alahai...

@#%$#*$*@*!!~(@*#*#$*@*!*!#*#*$*$*@!!*~*!@*#*!*!

ada yang paham tak? rasanya saya sorang jer kot yang paham... geram sungguh hati saya ni... kenapa ada manusia yang seteruk ini.. mcm mana nak maju kalo buat kerja pun tak jujur, main hantam koromo.. hangat tul hati saya..maaflah sebab tetiba merepek di sini.. tapi MODE saya memang down dengan apa yang berlaku.. saya upah seseorang untuk buat table top dapur..

 blum pun saya tinggal and masak2, bingkai tepi dah luruh..dah lekang.. apa kess?? bila saya call suh datang perbaiki mcm2 alasan diberi..masuk ari ni dah seminggu dah saya tunggu. Dia cakap dia busy..helllllloooo..agak2 la.. saya dah bayar abis dah ... at least datangla perbaiki.. bukan lama mana pun.. time nak ambik duit, malam pun ko sanggup datang umah ambik.. skarang dah tak ada masa lak untuk kerja yang tak siap.. memang @#!*#$*#!@*!@*!#*..mcm ni lah kan manusia..?? x bertanggungjawab... Sabar jelah walaupun sekarang bila call or mesej xkena balas.. memang merosakkan mood saya nak masuk rumah baru..

kemarin masa cina pasang kabinet dapur datang pasang dapur pun dia ada komplen sal table top yang tak kemas... ada lagi bingkai mozek yang jatuh masa proses pemasangan tu.. ermmm..sapa nak jawab...?? untuk kawan2 yang tercari2 nk wat mozek table top dapur , hati2la...jangan sampai terkena mcm saya.. memang tak bleh blah!!!!

~jojoe~

Friday, September 9, 2011

Waiting List!

hari ni saya jalan2 cari perabot ngan adik saya.. Banyak jugak yg kami beli.. termasukla pergi bayar pndahuluan untuk langsir kat ALAMODA.. ada lg 5 barang dalam waiting list yang blum dibeli.. erm... kan bagus kalo sekali petik jer semua barang mari depan mata..hehehe...

CHECK LIST BARANG RUMAH:
langsir 
kabinet dapur
set bilik tidor
 meja makan
tv
sofa
rak TV
peti sejuk
mesin basuh

p/s: doa2 la yer semua barang ni saya dapat beli dengan segera..huhuh...

~jojoe~

Thursday, September 8, 2011

Operasi Mengecat

peristiwa ini berlaku semasa bulan puasa..tetapi disebabkan kemalasan mengupdate blog, hampir2 saya terlupa kisah penat ini..hehehe... mengecat rumah saya.. memang ler seksa kan.. mengecat..mujurla ada 2 hamba Allah yang sudi membantu saya mengecat..hehehe..thank u guys,,Jasamu dikenang,,:)

Warna pilihan saya untuk ruang tamu ialah hijau.. saya suka HIJAU..mula2 cadang nk cat 2 warna.. tetapi bila start cat warnanya sangatler lembut.. so, saya decide buh smua jer color ijo... dalam bilik tdo lak saya pilih color coklat gelap n coklat lembut...
tapi disebabkan kesuntukan masa dan bulan puasa, kerja mengecat bilik tdo akan bersambung selepas raya.. yakni minggu depan.. xsabar nk tengok rupa bilik tdo yang dah bercat...


tadi orang langsir dari ALAMODA dah datang ambik ukuran tingkap .kabinet dapur pun dalam proses..xsabar nk duk rumah saya ni..walaupun tidak semewah atau sebesar mana, tp nilah bakal my HOME SWEET HOME!!.. Pening:) jugak pikir perabot2 smua blum beli..aduii... cukup ker budget neh... kalo xda perabot apa bleh x? hehehe... lucu lak tringat kata ehem2 saya... " xkisahla rumah xada pun, yg penting dapat idup bersama':):)... ermmm... wink2...:)
  
 ~jojoe~

Monday, September 5, 2011

Layan jer..

hari ni saya pening+ biol+ bengong jap..:)banyak betul yg saya pikir..:)terutamanya soal rumah baru..ermmm...:) layan kejap pemberian dari seorang 'teman lama' di netlog suatu ketika dulu...

cantik kan?
:)

~jojoe~

IKLAN LAGI!