Saturday, October 8, 2011

Takder kerja cari kereja..

Apa aktiviti ari ni yer? hari ni saya temankan adik saya ke Program Penempatan Pekerjaan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di Kulim.


Program ni di bawah anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kulim dengan kerjasama Politeknik itew...Masa kami sampai dalam kul 10 lebeh memang dah ramai sangat manusia kat situ. Ada banyak pekerjaan yang ditawarkan utk peringkat PMR, SPM sampaila degree. Company dari Selangor, Tanjung Malim pun ada.
So, adik saya pun mencubala nasib kat situ.. 3 temuduga jugala dia masuk.. Semuanya jawapan yang sama cam candidate lain, "kami akan call"..hehehe.. ok ler tu dari dia cakap "maaf..awak gagal".. so, we just wait n see la kan...
Bagi yang berminat, peluang masih terbuka... sbb program ni akan berlangsung sampai esok ... cuba-cubala..mana tahu rezeki kan...


PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)
(TEMUDUGA TERBUKA)
ANJURAN   : PEJABAT TENAGA KERJA KULIM DENGAN KERJASAMA POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
PADA               : 8 – 9 OKTOBER 2011 (SABTU – AHAD)
MASA              : 9.00pg – 4.00ptg
TEMPAT          : DEWAN MUADZAM SHAH POLITEKNIK TUANKU  SULTANAH    BAHIYAH KULIM HI-TECH PARK 09000 KULIM, KEDAH DARULAMAN.

AMBIL PERHATIAN*
SILA BAWA
~ KAD PENGENALAN
~ SIJIL-SIJIL KELAYAKAN
~ RESUME TERKINI
~ BERPAKAIAN KEMAS & SOPAN

*Sebarang Pertanyaan hubungi; 04-490 6566 / 04-490 9111



p/s: baru sedar, rupanya masih ramai yang perlukan kerja...ermmm...
~Jojoe~

No comments:

Post a Comment

bling bling

IKLAN LAGI!