Wednesday, December 7, 2011

Nasi Lemak 2.0

Ini bukan review filem nasi lemak 2.0 tu..menonton pun idak, mcm mana nk review..ini ada lah berkaitan ngan nasi lemak yg saya masak cuti ni..biasala, time2 cuti ni kadang datang mood nak masak itu ini..hehehe.. konon pandai masak ala2 masterchef la, padahal hihihi... agak2 chef rizz pun xsudi pandang..hehehe...
so, dipendekkan citer, saya telah merajinkan diri memasak nasi lemak.. bolehla untuk dimakan..hahaha...

Resipi Nasi lemak

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan dan 1 cawan air
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam 
 Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam dan gula 
   Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun ( ayam goreng pun bleh..)hehehe
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

~jojoe~

4 comments:

  1. Bila la lagi cigu maw masak utuk kamiorg...rindu sudah maw makan masakan cigu ni....=.="..:P hahha
    ::tcey::

    ReplyDelete
  2. @tc ~hehehe..itula..datang baling bukan mau cari sia..nanti bleh masak mee..hehehe

    ReplyDelete
  3. @windi~ nasi lemak memang sedap..tp xleh makan selalu la...hehehe

    ReplyDelete

bling bling

IKLAN LAGI!