Monday, December 24, 2012

Hutang!

sedihnya saya bila jadi mcm ni.. bila ada yang mengambil kesempatan.. kenapala saya ni baik sangat... kadang2 rasa nak menangis mengenangkan kebodohan diri..benar kata orang.." BUAT BAIK BERPADA_PADA buat jahat jangan sekali".. sekarang diri sendiri yang teraniaya...
sekarang ni saya dibelenggu dengan 2 masalah..kedua-duanya melibatkan soal DUIT... bila memberi hutang dan manusia tu enggan membayar hutang.. mcam2 alasan diberi... yang pertama tu dari bulan 6 lagi..sampai sekarang..bertangguh2 sehingga 6 bulan... kadang2 saya terfikir..ada juga manusia yang mcm ni kan? cakap xmampu bayar padahal mampu pulak melangsungkan perkahwinan 3 hari yang lalu!!... memang sangat menyakitkan hati...selfish!!! pentingkan diri sendiri... saya memang xpernah rasa benci dan geram kat orang mcm sekarang ni...
satu lagi masalah pun soal yang sama juga..xnak bayar..semuanya salah saya ..kerana simpati..kerana kesian dan niat nak menolong saya terlupa yang manusia ni rambut saja sama hitam..tapi hati lain-lain..simpati kerana dia OKU membuatkan saya rugi bukan seratus dua ratus tapi  seribu lebih..berisghtifar panjang saya... Syukur Tuhan sedarkan saya sehingga saya membatalkan urusan saya dengannya...jika tidak mungkin lebih dari itu saya rugi dan tidak mendapat setimpal dengan apa yg saya bayar..
lepas ni saya berjanji akan lebih berhati-hati dan akan mendengar nasihat orang yang tersayang.. saya xnak tertipu lagi..berkaitan hutang itu,, saya xkan halalkan dunia akhirat..dan apa yang saya tahu, doa orang yang teraniaya itu akan dimakbulkan Tuhan..InsyaAllah..Amin...

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)


 ~jojoe~

Friday, December 21, 2012

Pavlova ...vavava

Saya memang suka masak... walaupun on diet saya nak masak jugak..so..yg akan jadi mangsa tukang makan adalah adik2 saya yg semakin montel...hahahaha...so, kemarin gatal tangan la nk buat pavlova.. lgpun buah kiwi n strawberi dalam fridge tu dah nak reput dah,,,huhuhu.. senang ajer kan wat pavlova ni kan? mcm susah n rumit tp kejap jerpun dah siap..hehehe

bahan-bahan nak buat "meringue" untuk pavlova:
4 biji telur (ambil putih telur jer yer...)
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil cuka makan..bukan cuka getah yer..hehehe
1 sudu esen vaanilla ( saya letak 2...bg kurang bau hanyir telur tu)
1 sudu besar tepung jagung

Untuk topping:
1/2 cawan whipping cream
buah-buahan segar n masam mcm strawberry, kiwi, anggur

cara nak masak:
putar jer 4 biji telur tu sampai kembang sekembang2 nya... pastu masuk gula skit2 dan putar.. lepas tu masukkan esen vanila+cuka+tepung..kacau guna spatulla yer... lepas dah siap  bolehla diletak "meringue" tu atas baking paper ..wat bentuk bulat yer,..nk wat segitiga ke.segiempat pun xda hal..
Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing k)..Bila Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan ..
taraaaa,...hodohnya pavlova saya ni..hahaha....
tapi bila dah kena touching ngan whipping krim jadila begini..lawa per... 
sedapnya...nyum3... dah abis sebelah.... ada lagi untuk adik2 saya telan... cubala yer... kalo saya bleh masak konpem anda pun boleh..hahahahaha

~jojoe~

Thursday, December 13, 2012

Home made ice cream

Memandangkan masih dalam mood bercuti,, saya menggatalkan tangan buat ais krim sendiri kat umah..muda amat yer....main campak2 barang jer..hehehehe

1/2 cawan susu pekat ( rasanya bleh kurangkan..manis sangat..huhu)
1 cawan susu cair
1 sudu besar ovallete
1 sudu esen vanilla
sebiji telur

untuk perisa:
2 sudu strawberry emulco
2  sudu milo
biskut oreo (kisar)
coklat cip/coklat rice

putar jer semua tu dalam mixer yer sampai pekat dan berkrim... pastu bahagi ler separuh2 untuk perisa yang kita nak.. pastu campurkan mcm ni dan biarkan beku dalam peti ais untuk aiskrim sesedap di kedai..hehehehe

~jojoe~

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

alhamdulillah... kita sudah hampir ke penghujung tahun 2012... bersyukur masih dpanjangkan umur..semoga kita sentiasa dalam rahmatNya.. Amin.. tarikh hari ni begitu hebat diperkatakan..banyak status yang keluar d wall fb berkaitan tarikh ni...bagi saya, tarikh ini sekadar tarikh walaupun agak cantik.. yelah..lepas ni mana nk jumpa tarikh genap mcm tu..xder tarikh 13.13.13 kan? hehehe... kalo yang cantik lepas ni pun mungkin 11.12.13... huhu..
apapun tahniah diucapkan kpada pasangan pengantin yang memilih tarikh ni sebagai hari pernikahan... salah seorangnya pelajar saya ni.. alhamdulillah..dah selamat menjadi isteri orang di usia 19 tahun..

tahniah buat syu...
Hari ni saya ke rumah adik perempuan saya.makan2 tengahari dirumah beliau..bestnya makan masakan ala2 kampung ni ramai2..ada sambal belacan, ulam, ikan pekasam, ayam goreng, sambal sotong, pucuk paku goreng n gulai ikan..memang terangkat abis...

opps... terlupa plak saya sedang berdiet..hahaha

~jojoe~

Sunday, December 9, 2012

23 November 2013



Debaran 23 November 2012 sudah berlalu..alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun lain dirancang lain yang jadi namun tetap sesuatu yg positif dan pastinya yang lebih baik... selepas tarikh itu saya buka buku baru sebab status baru yang dipegang sementara menanti tahun depan...hanya mendoakan yang terbaik.. banyak yang sudah disediakan..dan ada juga masalah yang timbul..sabar sajala dan cuba yang terbaik..chaiyooo,,,,
.
~jojoe~

Tuesday, November 20, 2012

my flower girls to be!

I love my students... baru2 ni bila buat tusyen sains, 3 orang pelajar ni ikot balik tdor kat umah saya untuk 2 malam... memang best n sedih gak sebab pasni diaorang dh abis skolah..saya mmg rapat ngn bebudak ni..
apa mereka buat di rumah bujang saya? study sains la...aktiviti lain termasukla berbincang nak design fesyen apa sebagai flower girl saya nanti..hehehe...sooo sweet...
petangnya kami jogging..frankly speaking, saya rasa termotivasi dengan adanya mereka ni...semangat nk kuruskan badan n nak kawin..hahaha...
apalagi eh...oh ya..satu lagi yang saya suka bila saya masak.konpem abis...siap ada pujian lagi..hahaha..bagus2....


~jojoe~

Semoga dipermudahkan..

16 November 2012 adalah tarikh yang penting untuk saya.. pada hari itu saya dengan penuh debaran telah menguatkan langkah kaki ini untuk bertemu dengan my future father in law.my future MIL dah xada.. meninggal hampir 9 tahun yang lalu kerana mengidap penyakit SLE.Innalillah. :-(
Apa yang berlaku waktu itu...Memang sangat mendebarkan okeh..muka terasa pucat n rasa tak bermaya.. for me, 1st impression sangat penting..kalo saya gagal abisla..apapun, thanx to him yang always be at my side... Alhamdulillah..pertemuan berjalan lancar.he's so warm n kind....so, tarikh 23 November 2012 (this coming friday) akan menjadi tarikh yang sama pentingnya juga dan rasanya akan lebih mendebarkan.. Ya Allah..semoga dipermudahkan semuanya..
Bukan senang rupanya nak kawin yer..banyak betul persediaan yang perlu dibuat dan sekarang saya dah mula rasa peningnya itu..secara jujurnya saya tak tahu nak mula macam mana...  baru2 pun ada ke butik pengantin tempah make up..
bajunya saja belum sebab pemilik butik mintak saya dan partner buat homework and research..ayooo.. nk kena design baju kawin sendiri eh? uhuhu... so, saya membelila apa yang patut untuk dibuat research...

sekarang ni dah jumpa design yang kami mahu..so..tunggu masa saja p tempah.. InsyaAllah... sekali lagi..semoga dipermudahkan segalanya...Aminnn...

~jojoe~

Friday, November 16, 2012

Kursus kahwin

Bila kemalasan menguasai..semakin lambatla ber update blog neh..hehehe... dah seminggu cuti sekolah bermula.. saya mulakan dengan kursus perkahwinan di Hasani SP pada sabtu dan ahad yang lalu  (10/11 november 2012) .. 2 hari kursus kat situ bersama adik dan sepupu saya..termasuk ler lokong saya sekali..

apa yang berlaku sepanjang kursus..hehehe
breakfast dulu
itula tempat kursus kami
sesi fotogediks.. hehehe

makan2 meraikan kejayaan mendapatkan sijil kawen..hahaha
pasembur yang nyam2...
chicken chop 
nasi goreng paprik 
kuewtiow goreng..
terliurnyaa,,,...huhuhu....Best jugak kursus kahwin ni..banyak ilmu rumahtangga yang saya dapat kat sini.. mcm tak cukup jer 2 ari..akhirnya berjaya jugak memperolehi sijil yang berharga neh..


okeh...selesai sudah step pertama...

sijil kahwin

~jojoe~

Wednesday, November 7, 2012

Ford Focus

Awal tahun depan cukupla 6 tahun saya bersama kereta sekarang...so..ada lagi 3 tahun utk abis bayar..heheh..pastu mungkin akan berkira2 nak beli kereta baru...InsyaAllah masa tu kalo panjang umur mungkin saya dah bekeluarga..dah ada anak... so, kenala beli kereta yang selesa sikit..
tp cik abang saya neh minat betul kereta nih...


FORD FOCUS..duk berkira2 nk beli...apa kelebihan ford focus tu yer?tanya mr google...

Focus yang pintar, selamat, mesra alam dan berkualiti

Focus serba baru memaparkan pelbagai ciri canggih dan pintar yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya, termasuk pakej keterhubungan diaktifkan suara SYNC© yang memenangi anugerah, Bantuan Letak Kereta Aktif, Hentian Bandar Aktif dan Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS).

Ford SYNC menyediakan keterhubungan tanpa kawalan tangan yang diaktifkan suara. Sistem pemenang anugerah ini membolehkan pemandu membuat panggilan, menghantar dan menerima pesanan teks dan memainkan muzik menerusi arahan suara dan kawalan yang dipasang pada roda stereng – semuanya sambil mata memberi tumpuan kepada jalan raya dan tangan memegang stereng.

Dengan sentuhan satu butang, pemandu Ford Focus serba baru boleh menggunakan Bantuan Letak Kereta aktif untuk meletakkan kereta secara selari tanpa kawalan tangan sepenuhnya, kerana sistem ini menggunakan sensor di sekeliling Focus untuk membantu mengenal pasti ruang letak kereta yang sewajarnya dan kemudian memandu masuk secara automatik. Pemandu perlu mengawal pedal minyak, brek dan gear.

Sistem untuk mengurangkan perlanggaran yang dinamakan Hentian Bandar Aktif memberikan tahap keselamatan tambahan kepada pemandu dengan memantau jalan di hadapan untuk lalu lintas pegun dan membrek secara automatik jika sensor mengesan bahawa kereta di hadapan telah berhenti secara tiba-tiba.

Pada kelajuan sehingga 30 km/j, sensor mengimbas kawasan di hadapan Focus untuk mengesan halangan yang mungkin wujud. Jika Focus mendekati kenderaan yang sedang menekan brek, bergerak perlahan atau berhenti di hadapan dan meramalkan bahawa perlanggaran mungkin berlaku, brek akan dipersiapkan. Jika pemandu terus tidak aktif, (tiada input stereng atau pembrekan), kereta menekan brek secara automatik dan mengurangkan tork enjin.

Sistem Maklumat Titik Buta Ford meningkatkan kesedaran pemandu dengan memaklumkan mereka apabila kenderaan yang sedang memotong berada di dalam zon titik buta mereka di sebelah kiri dan juga kanan kenderaan.

Focus serba baru menggunakan enjin petrol Duratec Ti-VCT GDi baru dengan transmisi automatik enam kelajuan PowerShift yang menghasilkan 20 peratus lebih kuasa berbanding model sebelumnya, sambil meningkatkan penjimatan minyak dengan ketara.

Focus serba baru juga dilengkapi sistem Penutup Gril Aktif – yang menggunakan lohong udara untuk mengawal aliran udara secara automatik menerusi gril ke sistem pendinginan dan enjin – lantas mengurangkan seretan dan bunyi angin pada Focus semasa dipandu laju sambil meningkatkan penjimatan minyak.

Lebih Menyenangkan dan Mengurangkan Kos Pemilikan

Pemilik Ford Focus serba baru juga akan menghargai selang servis 10,000 km yang memudahkan mereka. Seperti semua kenderaan penumpang Ford yang terdapat di Malaysia, Focus serba baru disediakan dengan Pelan Servis Lanjutan (ESP) untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan tanpa sebarang kos tambahan.

Ford ESP ialah program penyenggaraan percuma yang meliputi alat ganti dan kos buruh selama sehingga tiga tahun atau 60,000km. Selain daripada pemeriksaan rutin dan servis penyenggaraan, Ford ESP merangkumi penggantian percuma bagi kehausan dan kelusuhan biasa, termasuk palam pencucuh, penyerap hentakan, tali sawat enjin, hos enjin, pad brek, pelapik brek dan bilah pengelap.

Liputan tambahan termasuk penggantian turas minyak, turas udara enjin, cecair brek dan bahan pendingin enjin. Penggantian ini termasuk dalam ESP Ford tanpa sebarang caj tambahan dan hanya alat pengilang tulen (OEM) digunakan.

Untuk menambah lagi perlindungan, liputan piawai bagi Focus serba baru termasuk waranti terhad kenderaan baru “dari bampar ke bampar” selama 3 tahun atau sehingga100,000 km bagi peralatan terpilih.

Dengan lebih 10 juta unit dijual sejak diperkenalkan pada 1998, Ford Focus telah menjadi pilihan utama pengguna di seluruh dunia kerana nilai hebat, keselesaan keselamatan dan keseronokan memandu yang dijanjikan.saya plak kalo bleh nak kereta mcm ni,..sesuai untuk family..huhuh...ford jugak aper..

apapun..masih ada 3 tahun...masa tu mayb minat dia akan ke arah kereta lain plak...just wait n see..hehe


~jojoe~

Tuesday, November 6, 2012

besday mia...

waaa... kejapnya masa berlalu kan.... dah besar si comel ni..rasa mcm baru jer dilahirkan...22 november genapla umur anak adik saya ni setahun...majlis doa selamat diadakan pada hari ahad lalu, 28oktober.. 2 hari lepas raya haji..sebelum tu mak ada buat majlis tahlil untuk arwah ayah.
selepas doa selamat, rumah mak saya dipenuhi kanak2 dan saudara  mara termasuk kawan2 adik2 saya.. mcm2 juadah diadakan..kira 2 in 1 la, termasuk untuk hari raya korban sekali. ada laksa..ada bihun.. ada mee...ada bubur 1 malaysia...hehehe
nasi tomato pun ada tau..nyum3..hancur diet ari tu...huhuhu

kek plak ada 4 jenis..ambik ko..hehe..yang ni ada air tangan saya untuk anak buah saya yang comel ni..walaupun xsesedap kek kat kedai kek tu tp bolehla..hehehe..
 hepi besday mia sayang...



mia bersama ibu dan abah..masa untuk  potong kek..yeyyy...tambah lagi lemak abah ko..hahahaha


suasana kat umah mak saya..

mia xcited masa nak buka present...hehehehe
"ini hadiah,,,mia punyaaaaaaaaaaaaaa"


~jojoe~

kau yang terindah

jiwang kejap..hehehe... mcm best jer lirik lagu ni..sesuaila sangat nk tuju kat seseorang..hehehe...
"Awak akan jumpa org yang sayangkan awak, TAPI, awak TAKKAN jumpa org yang sayangkan awak, mcm SAYA SAYANGKAN AWAK"
disebabkan xda video klip lagu ni yang best,,,so saya buat sendiri video ni..tp modelnya hero and heroin korea..tetiba jer kan..ekceli ni dari drama sam soon..suka cerita ni..sal perempuan berbadan besar yang penuh keyakinan diri... how i wish.. heronya plak ensem..yang best adalah wataknya yang sangat manja.. xcaya cuba tgk video ni..huhu.. romantikla..hihi (gelak miang..)..so..enjoy...



Lirik Lagu Kau Yang Terindah – Alyah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

~jojoe~

Monday, November 5, 2012

Oh my teeth!!

dah lama betul xpergi jumpa dentist..gigi pun dah xlawa..makin tua makin xcantik strukturnya..huhuhu... pening betul kepala pikir.. last2 saya ajak dia temankan saya jumpa doktor gigi..huhhu... tahun depan kalo jadi kawin harus cantik gitu senyuman kan? hahaha ( gatai)...

so, kami ke SP dental Klinik..huhu... mcm biasa memula tu terpaksala scaling gigi dulu.. itula saat yang paling saya takot kalo bab2 jumpa dentist ni..ngilu amat,,..huhuhuh...dan selesai baru la rasa mcm dilahirkan..xda gigi..hehehe... plaq2 degil dah tertanggal..hehehe... yang penting...
 mestila senyuman nih...hahaha.. doktor cakap gusi saya tidak sihat..so terpaksa tukar ubat gigi n kumur...huhu..bye2 colgate..so, next year, bulan 2 scaling lagi..huhuhu.... mesti 6 bulan sekali yer..wajib... :-)

~jojoe~

Sunday, November 4, 2012

Kolestrol

let's talk about cholestrol...chewaahhh,,sebenarnya saya sangat risau dengan kolestrol ni.. yelah..usia pun bukan muda lagi.bila test blood plak mcm tinggi sangat kolestrol ni...
Bila belajar sains, kita tahu kolestrol jugak sebenarnya penting untuk badan..tp kalo berlebihan boleh membawa kepada penyakit jantung...huhuh... so, sebab tu sekarang saya menjinakkan diri makan makanan yg rendah kolestrol dan tinggi omega-3,6 and 9...
Kekurangan asid lemak omega-3, 6 dan 9 boleh menyebabkan ruam kulit, keletihan, sistem kekebalan badan rendah, infertilitas dan masalah pada sistem pembiakan. Sebuah kajian pada tahun 2002 olehAmerican Heart Association menunjukkan hubungan antara pengambilan omega-3,6,9 dengan pengurangkan penyakit kardiovaskular. Pengambilan omega-3, 6 dan 9 juga membantu menyekat kalori berlebihan daripada terus masuk ke badan dan disimpan sebagai lemak.
sebab tu lah saya makan salmon.. hehehe... sebab salmon kaya dengan omega3... omega 6 pulak boleh dijumpai dalam kuning telur, minyak sayur dan kekacang.Omega-9 merupakan asid lemak yang ditemui dalam minyak zaitun, minyak nabati, alpukat dan kacang-kacang. Omega-9 menurunkan paras kolesterol dan memperkuatkan sistem kekebalan badan. Omega-9 dapat dihasilkan dari omega-6 dan omega-3.
saya jugak ambil supplement nih.. EPA DHA yang kaya dengan omega.. 3 biji sehari..
 alhamdulillah..semalam bila check kolestrol,bacaan ni yang saya dapat... okla tu kan... 





~jojoe~

Grilled Salmon

chewaahhh...1st time masak grilled salmon neh... kredit tu cik ada yg sudi bagi resipe neh..hehehe... Rupanya banyak jugak manfaat ikan ni..walaupun agak mahal tp memang bagus untuk kesihatan.. ada sebab kenapa saya makan ikan neh.. huhuhu... nantila cerita... enjoy the pic!!
Ikan salmon mempunyai khasiat sebagai makanan untuk kesihatan kulit. Ikan salmon dapat menghalang kedutan pada kulit dan memelihara kulit agar tetap sihat dan halus. Salmon adalah ikan yang kaya dengan lemak tak tepu Omega 3 yang dapat mengurangkan pengeluaran partikel penyebab radang dalam tubuh yang boleh merosakkan kulit.

p/s: nice!!
~jojoe~

Friday, November 2, 2012

My love

Ada yang bertanya siapa si dia..huhu...bukan xnak letak gambar..cuma masanya belum tiba..bila sudah sah baru saya letak gambar di sini ye..hehe..apapun, family dan kawan baik saya tahu siapa dia.. InsyaAllah..one day...
so..wat masa sekarang tgk jer gambar dia masa kecik2 yer...comel x? haha

~jojoe~

S.R chocolate banana cake

Ini cerita 2 minggu lepas ok...before raya haji lagi..hehehe... dalam diet2 pun masih teringin nk makan kek dari secret recipe..sebenarnya dah lama mengidam nk makan kek ni..

chocolate banana cake..tp sayangnya kat Secret resipe di Village Mall ni xda kek tu..huhuh... so terpaksala order  kek lain... huhuhu..


Chocolate Indulgence


brownies


apapun i hope one day dapat makan kek banana tu...soooo yummy..last time makan masa kat sabah dulu....huhuhu....miss the taste...

~jojoe~

Thursday, November 1, 2012

short moment date!

kemarin lepas sekolah ke Sg Petani.. Hujan lebat sangat2.. angin pun kuat..saya dan si dia yang baru makan terus lemah lutut xleh bergerak..sebab halatuju kami mesti seberang jalan dulu..
so, nk wat apa eh? sementara tunggu hujan reda kami makan ini di kfc..


 yummmy....dahla sejuk makan lg benda sejuk... ubat tu..hehehe... lama jugak kami date tepi tingkap tunggu ujan berhenti..
bila dah renyai skit barula dapat jalan seberang jalan ke destinasi kami... akhirnya, tercapai jugak motif date aritu...

hehehehe

~jojoe~

Tuesday, October 30, 2012

Subhanallah!

suatu pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah, saya dapat menikmati keindahan alam ini..langit kelihatan merah seperti adanya lahar gunung berapi di atas sana.cantiknya Ya Allah..
 

~jojoe~

IKLAN LAGI!